Penolong Eksekutif CV - Tips Terbaru + Percuma

CV yang ditulis dengan baik adalah penting jika anda ingin berjaya dalam pasaran kerja yang kompetitif hari ini, terutamanya bagi pemohonan jawatan sebagai pembantu eksekutif. Untuk makluman, CV adalah peluang pertama anda untuk menarik perhatian majikan yang berpotensi dengan kelayakan anda, jadi pastikan CV atau resume anda menonjol.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Contoh Sebenar Resume Penolong Eksekutif

Munairah Binti Khalid
Penolong Eksekutif
019-012 3456
munairah99@gmail.com
Batu Pahat, MY
Linkedin.com/in/munairah-khalid

Rumusan Profesional

Pembantu eksekutif yang berdedikasi dan sangat teratur dengan pengalaman selama 5 tahun dalam memberikan sokongan kepada pemimpin peringkat tinggi dalam semua keperluan pentadbiran mereka. Keupayaan yang terbukti dalam mengendalikan jadual, perancangan perjalanan, dan menyelaraskan operasi pejabat yang rumit. Kemahiran komunikasi yang cekap bagi mengendalikan penyelesaian masalah, dan juga seorang yang terperinci. Komited serta boleh dipercayai dalam mengendalikan maklumat sulit di samping tangkas dalam melakukan tugasan yang diberikan.

Pengalaman Kerja

HillTop Construction
Penolong Eksekutif
Februari 2020-sekarang

  • Menyediakan sokongan pentadbiran yang komprehensif kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan eksekutif kanan, termasuklah menguruskan kalendar tahunan, menjadualkan mesyuarat, dan menyelaraskan jadual perjalanan.
  • Menyedia dan mengedit surat-menyurat, persembahan slaid dan laporan untuk kegunaan pejabat dan orang berkepentingan.
  • Menjadi pusat rujukan utama pihak berkepentingan dalaman dan luaran, menunjukkan tahap profesionalisme luar biasa.
  • Menyelaras dan melaksanakan acara dan persidangan seluruh syarikat, memastikan logistik yang lancar dan pengalaman peserta yang cemerlang.
  • Menyelenggara dan mengatur fail dan dokumen sulit, menggunakan budi bicara dan kerahsiaan yang tinggi.

Kana Build
Penolong Eksekutif
Januari 2018-Februari 2020

  • Memberi sokongan kepada pasukan eksekutif dengan menguruskan kalendar, mengatur mesyuarat, dan mengendalikan jadual perjalanan mereka.
  • Menyediakan dan mengedit dokumen, laporan dan pembentangan, memastikan ketepatan dan tahap profesionalisme sentiasa dicapai.
  • Menjadi penyelaras logistik untuk setiap sesi mesyuarat jabatan, termasuk penyediaan agenda, minit, dan item tindakan susulan.
  • Memberi sokongan kepada jabatan kewangan untuk penyediaan laporan belanjawan dan pemprosesan invois.

Tahap Akademik

Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia
Universiti Teknologi Mara
November 2017

Diploma Pengurusan Pejabat
Universiti Teknologi Mara
September 2014

Kemahiran

  • Pengurusan Pejabat
  • Mesyuarat dan Perancangan Acara
  • Penyediaan Dokumen dan Pembentangan
  • Komunikasi Bertulis dan Lisan yang kuat
  • Kerahsiaan dan Budi Bicara
  • Pengurusan Masa
  • Kemahiran menggunakan Perisian Microsoft

Sijil Kemahiran

  • Rakan Pentadbir Pasukan dari Microsoft 365
  • Asas 365 dari Microsoft

Penglibatan Profesional

  • Kursus Pengurusan Maklumat Sulit

Rujukan

Puan Siti Maimun Binti Jamal
Pengarah HillTop Construction
siti.maimun@hilltopconstruction.com

Dengan berpandukan artikel ini, kami yakin anda akan dapat menulis resume yang menepati piawaian pemohonan kerja yang telah ditetapkan oleh perekrut. Oleh itu, apa kata anda muat turun templat resume pembantu eksekutif kami terlebih dahulu. Ini bagi memudahkan anda mengikuti panduan menulis setiap bahagian resume ini dengan terperinci.

Jom lihat contoh sebenar resume penolong eksekutif di bawah ini.

Gaji dan Permintaan Kerja dalam Bidang Pembantu Eksekutif


Menurut Payscale, gaji purata tahunan seorang pembantu eksekutif ialah RM36,041. Jumlah ini turut bergantung kepada industri yang anda pilih. Sebagai contoh, jika anda bekerja sebagai pembantu eksekutif di dalam industri cari minyak dan gali, purata gaji tahunan anda lebih tinggi daripada yang dilaporkan oleh Payscale. Pada masa yang sama, tahun pengalaman kerja dan tahap pendidikan anda juga turut memainkan peranan dalam menentukan gaji yang akan anda terima setiap bulan.

Penolong Eksekutif CV

Secara amnya, purata gaji bulanan mana-mana individu yang menceburi kerjaya ini menurut Salary Explorer adalah seperti berikut:

  • gaji purata rendah: RM2,940
  • gaji purata: RM8,910
  • gaji purata tertinggi: RM14,700

Memandangkkan kerjaya ini diperlukan di dalam semua industri, anda tidak perlu risau akan ketersediaan jawatan kosong sebagai penolong eksekuitif. Menurut laman iklan kerjaya paling terkenal di Malaysia, iaitu, Jobstreet, lebih 3,000 jawatan kosong diiklankan. Jadi, jika anda mempunyai kemahiran serta kelayakan yang mencukupi, anda pasti dapat menjadi salah seorang pemohon yang terpilih.

Rangka Sebuah Resume yang Diiktiraf oleh Sumber Manusia


Resume yang tersusun dengan baik lebih mudah dibaca. Ia juga memudahkan pengurus pengambilan atau para perekrut untuk mengenal pasti kelayakan anda yang paling relevan dalam masa yang singkat. Oleh itu, apabila anda menulis resume, pastikan ia 'dibina' menggunakan rangka-rangka utama berikut:

Tajuk dan maklumat untuk dihubungi

Bahagian pertama di dalam resume yang wajib anda tulis ialah tajuk resume anda. Bahagian ini harus mengandungi maklumat penting seperti berikut:

  • nama penuh anda
  • jawatan yang anda pohon
  • nombor telefon dan alamat e-mel
  • negeri asal
  • pautan ke portfolio profesional anda

Contoh menulis bahagian ini dengan betul ialah seperti di bawah ini:

Penolong Eksekutif CV

BETUL
Munairah Binti Khalid
Penolong Eksekutif
019-012 3456
munairah99@gmail.com
Batu Pahat, MY
Linkedin.com/in/munairah-khalid

Walaupun nampak ringkas, pemohon sering melakukan kesilapan seperti berikut:

SALAH
Nama: Munairah Binti Khalid
Tarikh lahir: 12 Mei 1995
Jantina: Perempuan
No. telefon: 019-012 3456
Alamat e-mel: munairah99@gmail.com
Alamat penuh: No 2A, Jalan Setiawan, Bandar Baru 54000, Perak Malaysia

Anda tidak perlu menyatakan maklumat tidak penting seperti tarikh lahir atau jantina anda. Ini hanya akan membazir ruangan resume anda.

Rumusan Profesional/ Objektif Resume

Resume anda harus mengandungi penyataan ringkas yang dijadikan sebagai pengenalan kepada kelayakan, pengalaman, dan matlamat kerjaya anda sebagai pembantu eksekutif. Bahagian resume ini dirujuk sebagai Ringkasan Profesional atau Objektif Resume. Ia mampu menarik perhatian pengurus pengambilan pekerja sekiranya anda menyatakan kenyataan yang membuktikan kelayakan anda bagi jawatan yang dipohon.

Jadi, jika anda ingin menulis bahagian rumusan profesional dengan betul dan berkesan, guna tips mudah berikut:

  • Guna ayat yang ringkas - Secara umum, Ringkasan Profesional atau Objektif Resume perlu mengandungi beberapa ayat yang panjang
  • Nyatakan kemahiran yang diperlukan - Tunjukkan kemahiran yang paling penting yang menjadikan anda calon yang baik untuk jawatan pembantu eksekutif. Kemahiran yang relevan untuk jawatan ini adalah seperti menguruskan pejabat, mengendalikan kalendar bekerja, menyelaraskan perjalanan, merancang acara, berkomunikasi, menyelesaikan masalah, menguruskan masa, dan menggunakan perisian pejabat. Laraskan kemahiran anda supaya sesuai dengan deskripsi iklan kerja.
  • Pengalaman kerja - Anda harus menyatakan berapa tahun anda berkhidmat di dalam bidang yang sama sebelum ini.
  • Matlkamat kerjaya - Matlamat kerjaya penting terutama sekali untuk anda yang ingin menggunakan objektif resume. Ia harus membuktikan kesungguhan anda untuk berbakti kepada syarikat baru.

Berikut adalah contoh rumusan profesional yang ditulis dengan baik:

BETUL
Rumusan Profesional
Pembantu eksekutif yang berdedikasi dan sangat teratur dengan pengalaman selama 5 tahun dalam memberikan sokongan kepada pemimpin peringkat tinggi dalam semua keperluan pentadbiran mereka. Keupayaan yang terbukti dalam mengendalikan jadual, perancangan perjalanan, dan menyelaraskan operasi pejabat yang rumit. Kemahiran komunikasi yang cekap bagi mengendalikan penyelesaian masalah, dan juga seorang yang terperinci. Komited serta boleh dipercayai dalam mengendalikan maklumat sulit di samping tangkas dalam melakukan tugasan yang diberikan.

Pengalaman Bekerja dan Cara Menulisnya Dengan Betul

Pengalaman Kerja merupakan sebahagian daripada resume anda. Objektif utama bahagian ini adalah memaklumkan pengurus pengambilan atau perekrut mengenai semua perkara yang perlu mereka tahu mengenai sejarah kerja dan pencapaian anda. Apabila bercakap tentang pengalaman kerja anda sebagai pembantu eksekutif, penting bagi anda untuk menyerlahkan pencapaian dengan menggunakan kenyataan yang boleh diukur.

Penolong Eksekutif CV

Berikut adalah contoh yang betul untuk menulis bahagian ini:

BETUL
Pengalaman Kerja
HillTop Construction
Penolong Eksekutif
Februari 2020-sekarang

  • Menyediakan sokongan pentadbiran yang komprehensif kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan eksekutif kanan, termasuklah menguruskan kalendar tahunan, menjadualkan mesyuarat, dan menyelaraskan jadual perjalanan.
  • Menyedia dan mengedit surat-menyurat, persembahan slaid dan laporan untuk kegunaan pejabat dan orang berkepentingan.
  • Menjadi pusat rujukan utama pihak berkepentingan dalaman dan luaran, menunjukkan tahap profesionalisme luar biasa.
  • Menyelaras dan melaksanakan acara dan persidangan seluruh syarikat, memastikan logistik yang lancar dan pengalaman peserta yang cemerlang.
  • Menyelenggara dan mengatur fail dan dokumen sulit, menggunakan budi bicara dan kerahsiaan yang tinggi.

Kana Build
Penolong Eksekutif
Januari 2018-Februari 2020

  • Memberi sokongan kepada pasukan eksekutif dengan menguruskan kalendar, mengatur mesyuarat, dan mengendalikan jadual perjalanan mereka.
  • Menyediakan dan mengedit dokumen, laporan dan pembentangan, memastikan ketepatan dan tahap profesionalisme sentiasa dicapai.
  • Menjadi penyelaras logistik untuk setiap sesi mesyuarat jabatan, termasuk penyediaan agenda, minit, dan item tindakan susulan.
  • Memberi sokongan kepada jabatan kewangan untuk penyediaan laporan belanjawan dan pemprosesan invois.

Untuk menulis bahagian ini dengan berkesan, kami ingin memperkenalkan kepada anda mengenai apa itu kata kunci dan ATS. Jom lihat bahagian di bawah ini:

Kata Kunci dan Pengoptimuman ATS


Sebelum anda memohon sesebuah pekerjaan, anda harus tahu bahawa pemohonan dan resume anda akan ditapis menggunakan Perisian ATS. Ini bermakna, jika perisian ini tidak dapat menjejak kata kunci yang diperlukan untuk sesebuah jawatan di dalam resume anda, besar kemungkinan pemohonan anda akan ditolak serta merta.

Jadi, apa itu kata kunci? Kata kunci sesebuah jawatan kerja selalunya ada dinyatakan di dalam iklan kerja kosong. Ia selalunya merujuk kepada pengalaman kerja, kemahiran khusus yang perlu anda miliki serta kefasihan di dalam bahasa asing tertentu. Dengan berbekalkan maklumat ini, kami yakin anda boleh lebih yakin lagi menulis sebuah resume yang terbaik.

Penolong Eksekutif CV

Tahap Pendidikan dan Cara Menulisnya

Bahagian lain yang wajib anda nyatakan di dalam resume ialah latar belakang pendidikan anda. Pada masa sekarang, pemohon yang layak memohon jawatan sebagai penolong eksekutif harus memiliki sekurang-kurangnya diploma di dalam bidang pengurusan. Berikut adalah cara yang betul untuk menulis bahagian ini:

BETUL
Tahap Akademik
Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia
Universiti Teknologi Mara
November 2017

Diploma Pengurusan Pejabat
Universiti Teknologi Mara
September 2014


Pastikan anda sentiasa menyatakan pendidikan tertinggi anda terlebih dahulu. Kemudian, barulah diikuti dengan tahap pendidikan anda yang sebelumnya. Pada masa yang sama, anda tidak perlu menyatakan semua sijil atau tahap pendidikan rendah anda.

Kemahiran yang Wajib Dimiliki oleh Pembantu Eksekutif

Sebagai seorang pembantu/penolong eksekutif yang profesional anda harus memiliki kemahiran teknikal dan insaniah yang tertinggi. Kemahiran-kemahiran ini harus dinyatakan di dalam resume anda dengan jelas. Jadi, anda perlu menyediakan ruangan khas di dalam resume anda untuk menyatakan kemahiran yang dimiliki. Berikut adalah cara serta contoh kemahiran yang wajib dimiliki oleh seorang penolong eksekutif:

Kemahiran

  • Pengurusan Pejabat
  • Mesyuarat dan Perancangan Acara
  • Penyediaan Dokumen dan Pembentangan
  • Komunikasi Bertulis dan Lisan yang kuat
  • Kerahsiaan dan Budi Bicara
  • Pengurusan Masa
  • Kemahiran menggunakan Perisian Microsoft

Bahagian Penting Lain yang Boleh Anda Tulis di Dalam Resume


Sebagai tambahan kepada rangka utama resume pembantu eksekutif anda; Ringkasan Profesional, Pengalaman Kerja, dan Pendidikan, anda boleh menyertakan bahagian tambahan yang boleh menyerlahkan lagi kelayakan anda dan memberikan gambaran menyeluruh profil profesional anda. Berikut ialah bahagian tambahan lain yang boleh anda sertakan:

Sijil Kemahiran

Sertakan bahagian berasingan untuk menekankan kelayakan anda jika anda mempunyai sebarang pensijilan yang berkenaan dengan kerja anda sebagai pembantu eksekutif. Ini mungkin menunjukkan pengetahuan anda mengenai bidang tertentu dan dedikasi anda untuk kekal terkini dengan standard dalam perniagaan. Contoh bahagian sijil kemahiran di dalam resume ditulis dengan cara berikut:

Penolong Eksekutif CV

Sijil Kemahiran

  • Rakan Pentadbir Pasukan dari Microsoft 365
  • Asas 365 dari Microsoft

Penglibatan profesional

Penglibatan profesional merujuk kepada sebarang aktiviti atau program yang disediakan oleh majikan anda bagi membantu perkembangan profesional anda. Dengan menyertakan bahagian ini, anda boleh menunjukkan serta membuktikan dedikasi anda untuk pembelajaran sepanjang hayat dan kemajuan kerjaya. Contoh program serta cara menulis bahagian ini boleh dilihat di bawah:

Penglibatan Profesional

  • Kursus Pengurusan Maklumat Sulit
  • Kursus Pengurusan Masa

Orang Rujukan

Kadang-kala, majikan prospek tidak memerlukan anda untuk menyertakan maklumat mengenai orang rujukan. Oleh itu, anda boleh menulis bahagian ini dengan cara berikut:

Orang rujukan
(disediakan atas permintaan sahaja)


Jangan lupa juga untukuntuk memaklumkan rujukan anda lebih awal setiap kali anda berkongsi maklumat hubungan mereka. Ini membolehkan mereka bersedia dan membantu memberikan maklumat yang positif mengenai anda.

Kesimpulan: Resume yang Terbaik dan Profesional


Apabila memohon kerja sebagai pembantu eksekutif, menulis CV yang menarik memerlukan pertimbangan yang teliti. Ini termasuklah perkara penting seperti kriteria pekerjaan, rangka utama resume, dan pencapaian anda. Kami yakin bahawa panduan yang kami kongsikan ini menyediakan tips serta perkongsian yang berguna dan boleh membantu anda mendapatkan pekerjaan idaman anda. Oleh itu, pastikan anda merujuk semula panduan ini dan jangan lakukan kesilapan umum yang telah kami kongsikan.

Hantar Surat Iringan Bersama Resume Anda


Baiklah, sebelum mengakhiri panduan ini, kami ingin menyatakan bahawa surat iringan boleh membantu resume anda tampil lebih menyerlah. Ini kerana, apa yang tidak dapat anda huraikan dengan teliti di dalam resume boleh dihuraikan dengan lebih lanjut di dalam surat iringan. Untuk pengetahuan, surat iringan adalah penjelasan yang lebih teliti lagi mengapa anda layak untuk dipilih sebagai calon jawatan yang diiklankan.

Untuk itu, sila rujuk contoh resume penolong eksekutif kami pada bila-bila masa sahaja!

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Soalan Lazim Mengenai Penulisan Resume

Kami percaya bahawa anda mungkin mempunyai banyak persoalan mengenai cara menulis resume dengan betul. Untuk itu, kami akan berkongsi dengan anda antara soalan lazim mengenai resume di bawah ini:

Apakah format resume yang sesuai digunakan?

Bergantung kepada pengalaman kerja dan kemahiran yang anda miliki. Apa yang pasti, terdapat tiga format utama resume yang boleh anda gunakan. Format-format tersebut ialah format kronologi terbalik, format praktikal dan format gabungan. Format gabungan adalah campuran antara format kronologi terbalik dan praktikal.

Apakah jenis atau stail fon yang sesuai digunakan untuk menulis resume?

Jenis atau stail fon yang sesuai digunakan adalah mana-mana dtail yang mudah dibaca dan boleh memastikan resume anda kelihatan kemas. Antara stail fon yang lazim digunakan ialah Times New Roman, Helvetica, Tahoma, Calibri, Arial dan banyak lagi.

Adakah saiz fon 8 pts terlalu kecil untuk resume?

Ya. Saiz yang sesuai ialah 10-12 pts sahaja.

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche