Resume Ahli Farmasi | Contoh, templat, tips & pelbagai lagi

Sebagai seorang farmasis muda, peluang kerjaya terbuka sama ada di hospital, kedai farmasi komuniti, industri farmaseutikal, Unit Penguatkuasaan Farmasi, Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Universiti ataupun Bahagian Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia. Walaupun peluang pekerjaan terbuka luas kepada anda, namun mendapat pekerjaan di organisasi idaman masih mencabar kerana peluang mencuba hanya diberikan sekali sahaja.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Jom selami panduan lengkap menulis resume di bawah ini

Di sini kami telah sediakan contoh resume asas yang akan dikembangkan secara sistematik dan terperinci dengan pelbagai penambahbaikan untuk menarik perekrut memanggil anda menghadiri temuduga.

Siti Rohayu Binti Ali
Perintis Farmasi
03-8723947
Siti.Rohayu@gmail.com
Taman Maluri
linkedin.com/rohayuali

Ringkasan Profesional

Graduan Farmasi dari UKM dalam penjagaan kesihatan termasuk hospital dan bilik pameran farmasi, kemahiran prihatin dan kolaboratif dalam pengurusan stor dan penjagaan pesakit, berdedikasi untuk menambah baik proses untuk menghapuskan kesilapan dan menyampaikan maklumat yang tepat serta melindungi keselamatan pesakit.

Pengalaman

Kedai Farmasi Komuniti Cheras
Perintis Farmasi
Julai 2022 sehingga kini

  • Menjalani penjagaan farmaseutikal kepada pelanggan dan menasihati mereka mengenai kepentingan penjagaan kebersihan.
  • Mengekalkan rekod preskripsi.
  • Memberikan maklumat kepada pesakit tentang kemungkinan komplikasi ubat, kesan sampingan ubat serta masa pengambilan.
  • Mempelajari trend dalam preskripsi ubat untuk menghalang pesakit daripada mengambil dos berlebihan.
  • Melaksanakan dan menambah baik sistem pengurusan inventori untuk mengurangkan pembaziran dan menghapuskan pesanan bertindih.

Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Farmasi
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jun 2022

Kemahiran

  • Kemahiran analitikal
  • Keupayaan Berfikir Secara Kritis
  • Perhatian Kepada Perincian & Penyelesaian Masalah
  • Kemahiran Komunikasi Dan Sosial

Maklumat Tambahan

  • Sijil Tahunan Ahli Farmasi
  • Sijil Pendaftaran Penuh Ahli Farmasi
  • Sijil Pendaftaran Bersyarat
  • Sijil Pendaftaran Sementara
  • Sijil Tahunan Pertubuhan Perbadanan
  • Sijil Pendaftaran Pertubuhan Perbadanan

Sekiranya permohonan anda pada kali pertama ditolak, maka perekrut pada kebiasaannya tidak akan mengendahkan permohonan pada masa hadapan. Mereka dapat menolak permohonan baru secara automatik kerana sistem portal kerja seperti Jobstreet mengingatkan perekrut bahawasanya permohonan anda yang lalu telah di ‘Reject’.

SIla teruskan sekiranya anda ingin menggunakan templat untuk permohonan kerja, sama ada sebagai ahli farmasi, penolong pegawai farmasi atau pembantu pegawai farmasi.

Segala cadangan dalam artikel ini adalah dari pengalaman kami yang telah berinteraksi selama beberapa dekad dengan pelbagai perekrut tempatan serta antarabangsa, termasuk agensi kerajaan, akademik, swasta dan badan kebajikan.

Contoh CV Ahli Farmasi


Menulis resume ahli farmasi siswazah baru seumpama menghasilkan karya seni kerana ia mewakili usaha berdekad anda dari alam akademik untuk mendapat kerja di tempat idaman serta mendapat gaji yang memuaskan. Berikut merupakan garis panduan yang akan dibincangkan di sini untuk menghasilkan resume dan surat iringan dalam hanya beberapa minit:

  • Kaedah untuk memilih format resume, susun atur serta templat terbaik untuk seorang ahli farmasi.
  • Contoh templat resume pembantu ahli farmasi yang lengkap.
  • Panduan langkah demi langkah untuk menulis setiap bahagian resume anda.
  • Perkara yang MESTI anda dilakukan dan LARANGAN yang mesti dielakkan semasa menulis resume ahli farmasi anda.
  • Petua Pro untuk menonjolkan potensi anda berbanding calon lain.

Cara menulis resume ahli farmasi (walaupun tanpa pengalaman)


Bidang penulisan resume telah berkembang maju semenjak beberapa tahun yang lalu. Piawaian penulisan baharu – templat – amalan terbaik – semuanya telah mengalami evolusi berbanding CV pada masa dahulu. Atas sebab ini, adalah  penting untuk anda teliti panduan yang dipaparkan disini untuk menghasilkan resume yang lengkap pada kualiti anatrabangsa sebelum memulakan penulisan anda.

Mari kita mulakan dengan melihat garis panduan penting untuk menghasilkan contoh resume seorang ahli farmasi. Kaedah ini digunakan dalam kebanyakan resume siswazah baharu mahupun yang berpengalaman. Di sini, kami sertakan amalan terbaik dan yang terkini dari bidang sumber manusia sesebuah majikan yang berkaliber.

Perkara yang akan menarik mereka bermula dari warna, susun atur, mudah untuk mereka cari informasi yang relevan dengan keperluan utama mereka dalam masa yang singkat.

Susun atur

Struktur resume permohonan kerja ahli farmasi harus mempunyai bahagian yang berikut:

  • Tajuk atau pengepala
  • Objektif atau Ringkasan CV
  • Pengalaman kerjaya
  • Pendidikan utama
  • Kemahiran
  • Bahagian tambahan (bahasa, kemahiran menggunakan perisian, sijil, anugerah, kerja sukarela dan hobi)

Anda boleh mempribadikan resume ahli farmasi dengan menggunakan beberapa tips yang berikut:

  • Hasilkan tajuk yang sesuai dan cari kata kunci dari iklan, kerana ia adalah perkara pertama yang akan dicari oleh perekrut.
  • Fokuskan masa dan fikiran anda untuk menambah pengalaman dan kemahiran relevan yang serasi dengan keperluan iklan.
  • Tulis resume baharu setiap kali permohonan kerja dilakukan agar kandungan disesuaikan dengan spesifikasi yang diiklankan oleh perekrut.
  • Semak skop dan keperluan iklan kerja dan tambahkan kata kunci dan kata kerja yang sesuai untuk meningkatkan peluang anda untuk memenangi perhatian perekrut.

Format dan Struktur

Sebagai seorang profesional, perekrut dan anda tahu bahawa siswazah baharu tidak mungkin mempunyai pengalaman relevan. Namun, sekiranya anda mengikut norma penulisan resume terbaik seperti kami cadangkan di sini, anda hanya perlu mengolah perkataan dan struktur resume untuk menampilkan kebolehan anda untuk memenuhi keperluan profesional pekerjaan yang ditawarkan itu.

Di bawah ini kami rumuskan dari jutaan jenis resume yang terdapat di internet kepada 3 kategori utama yang sesuai untuk resume ahli farmasi, iaitu:

  • Resume jenis fungsi pula menumpu pada kemahiran anda. Jika anda seorang graduan bidang farmasi baru atau sedang menukar kerjaya, maka resume dengan format fungsi adalah yang terbaik untuk anda.
  • Resume dengan format kronologi terbalik dapat memberi fokus kepada pengalaman profesional anda. Format ini sesuai sekiranya anda telah bekerja sebagai ahli farmasi selama beberapa tahun.
  • Resume hibrid/gabungan pula merupakan campuran kedua-dua format di atas. Ia sesuai untuk calon yang mempunyai gabungan kemahiran dan pengalaman yang memberangsangkan.

Susun atur resume terdiri daripada fon, saiz fon, margin, dan reka bentuk keseluruhan. Pilih reka bentuk ringkas yang mudah dibaca dan difahami. Fon seperti Helvetica, Georgia, Arial, Times New Roman dan Calibri adalah yang terbaik kerana ia mudah dibaca. Gunakan saiz fon 10-12pt.

📌 Tip: Sentiasa hadkan resume anda kepada hanya SATU muka surat sahaja.


Tajuk dan Maklumat Untuk Dihubungi


Sebagai individu yang menentukan dos ubatan kepada pesakit, anda tidak boleh melakukan kesilapan dalam menulis tajuk atau pengepala resume. Bahagian ini mengandungi maklumat yang diperlukan oleh perekrut untuk menghubungi anda. Sekiranya anda mampu menulisnya dengan ringkas, padat dan tanpa ralat, ia pasti menarik perhatian perekrut untuk temuduga.

Maklumat yang perlu ada pada bahagian ini termasuk nama penuh anda, jawatan yang dipohon seperti dalam iklan, maklumat kaedah menghubungi seperti pautan ke profil LinkedIn dan email anda.

Contoh pengepala/tajuk yang baik adalah seperti berikut:

BETUL
Siti Rohayu Binti Ali
Perantis Farmasi
03-8723947
Siti.Rohayu@gmail.com
Taman Maluri
linkedin.com/rohayuali


Contoh pengepala/tajuk yang tidak sesuai adalah seperti berikut:

SALAH
Siti Rohayu Binti Ali
Perantis Farmasi
03-8723947
Red.Rose@gmail.com
No 12, Jalan Perwira 3,
Taman Maluri,
55100, Wilayah Persekutuan,
Kuala Lumpur, Malaysia
linkedin.com/rohayuali

📌Tip: Sekiranya email anda tidak berbunyi profesional, adalah penting untuk anda hasilkan email baru yang lebih profesional serta dapat diakses melalui telefon pintar anda 24 jam. Pastikan bahagian tajuk ini pendek, hanya masukkan maklumat diatas.


Kepilkan gambar atau tidak:

Sebagai seorang siswazah baru ahli farmasi, aras rupa tidak sepatutnya menjadi ukuran tahap keupayaan anda. Gambar tidak perlu dilampirkan dalam resume melainkan perekrut memintanya di dalam iklan atau email peribadi kepada anda sebelum sesi temuduga diadakan. Ini adalah kerana anda mungkin  didiskriminasi secara tidak disedari dari pihak perekrut dari awal lagi .

Pengalaman: Huraikan pengalaman anda dengan jelas


Bahagian pengalaman merupakan fokus kepada resume setiap siswazah baru ahli farmasi. Ia perlu ditulis berpaksikan iklan dari perekrut secara teratur, ringkas dan padat dalam format resume terkini.

Ringkasan resume anda, iaitu bahagian kedua selepas pengepala, perlu memberi persepsi kepada perekrut terhadap kredibiliti anda sebagai seorang yang berpotensi.

Apa yang perlu dilakukan jika anda tidak mempunyai pengalaman

Bagaimanakah caranya untuk menghasilkan resume agar perekrut terpegun serta tidak sabar untuk menghubungi anda untuk ditemuduga, menawarkan gaji yang lebih besar berbanding dengan calon lain?

  • Mulakan kerja sebagai perantis atau sukarelawan selama beberapa bulan walaupun gajinya terlalu rendah.
  • Sekiranya anda mempunyai pelbagai pengalaman kerja, informasi pendidikan dalam zaman persekolahan perlu di tinggalkan kerana ia tidak lagi relevan kepada perekrut. 

Contoh penulisan pengalaman kerja yang baik adalah seperti berikut:

BETUL
Kedai Farmasi Komuniti Cheras
Perantis Farmasi
Julai 2022 sehingga kini
  • Menjalani penjagaan farmaseutikal kepada pelanggan dan menasihati mereka mengenai kepentingan penjagaan kebersihan.
  • Mengekalkan rekod preskripsi.
  • Memberikan maklumat kepada pesakit tentang kemungkinan komplikasi ubat, kesan sampingan ubat serta masa pengambilan.
  • Mempelajari trend dalam preskripsi ubat untuk menghalang pesakit daripada mengambil dos berlebihan.
  • Melaksanakan dan menambah baik sistem pengurusan inventori untuk mengurangkan pembaziran dan menghapuskan pesanan bertindih.

💡 Contoh di atas mengaitkan tugasan anda dengan fakta/data yang dapat digunakan untuk mengukur pencapaian yang diperolehi. Ini juga memudahkan perekrut melihat sifat analitik anda.


Contoh penulisan pengalaman kerja yang tidak sesuai adalah seperti berikut:

SALAH
Kedai Farmasi Komuniti Cheras
Perantis Farmasi
Julai 2022 sehingga kini
  • Pusingan wad klinikal
  • Pelaporan ralat ubat
  • Pelaporan ADR
  • Kaunseling pesakit
  • Pemantauan ubat terapeutik
  • Kajian kes dan pembentangan

🛑 Contoh di atas adalah tidak spesifik, dan ia tidak akan menyerlahkan resume dikalangan calon lain.
📌Tip: Jangan hanya tulis anda seorang “pelajar XX” – tiada perekrut yang mahu mengambil seorang ‘pelajar’. Tulis gelaran yang anda perolehi semasa berada dalam latihan industri. Ia boleh jadi Perantis Farmasi.


Pendidikan: Bagaimana untuk menulis latar belakang akademik anda


Pendidikan memainkan peranan penting dalam resume seorang profesional. Anda boleh masukkan pendidikan sejurus selepas ataupun sebelum bahagian pengalaman kerja. Gunakan format yang konsisten untuk menyenaraikan pendidikan – mulakan dengan nama ijazah, nama institusi, tempoh masa pengajian dan hasil pembelajaran utama yang anda perolehi daripada pengajian.

📌 Sekiranya anda tiada pengalaman kerja, maka mulakan dengan maklumat akademik dan kemudiannya senaraikan kemahiran yang telah anda kuasai serta pengalaman semasa latihan praktikal pada tahun akhir anda.


Contoh penulisan latar belakang akademik yang baik adalah seperti berikut:

Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Farmasi
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jun 2022

Kemahiran
  • Pengurusan projek
  • Pengedaran ubat terkawal
  • Teknologi farmasi
  • Sistem CRM
  • Undang-undang farmasi
  • Operasi farmasi
CGPA- 3.6/4.0

📌 Sekiranya anda masih belum tamat pengajian, masukkan tarikh tamat yang dijangkakan.


Kemahiran terbaik untuk resume ahli farmasi anda


Resume anda perlu ada kemahiran teras serta kemahiran insaniah. Anda juga harus mengenal pasti kemahiran yang diperlukan untuk menyempurnakan kerja dan kemahiran insaniah yang penting untuk bekerjasama di tempat kerja anda.

Mari lihat beberapa kemahiran penting yang perlu anda tambahkan pada resume anda.

Contoh Hard Skills atau Kemahiran Teras

  • Mengisi dan menyemak ketepatan preskripsi.
  • Mengira dos dan mengingat semula maklumat tentang terapi ubat & lain-lain.
  • Menyemak dan melaksanakan preskripsi doktor.
  • Memeriksa kesesuaian dan kesahihannya.
  • Menyusun farmasi dengan cara yang cekap untuk menjadikan pengenalan produk lebih mudah dan cepat.
  • Mengekalkan kawalan penuh ke atas penghantaran, penyimpanan dan pelabelan ubat dan produk lain.

Contoh Soft Skills atau Kemahiran Insaniah

  • Kemahiran mendengar secara generatif
  • Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bertulis seperti menulis laporan
  • Menghormati pandangan berbeza
  • Dapat membezakan di antara masa untuk memimpin dan masa untuk dipimpin
  • Dapat menerima kritikan untuk terus membina idea baru melalui gabungan idea ahli kumpulan lain.
  • Tidak mudah kecewa apabila idea yang diutarakan tidak mendapat sambutan

Ringkasan Profesional: Pembentangan intipati resume anda


Ringkasan profesional merupakan peluang di dalam resume untuk mempromosi diri. Ia dipecahkan kepada 2 bahagian:

  • Ayat pertama memberikan perincian relevan mengenai masa lampau anda untuk membentuk kredibiliti, seperti pendidikan, kemahiran, projek dan pencapaian lalu.
  • Ayat kedua mengenai masa hadapan dengan menyatakan minat dan seronoknya anda untuk berkhidmat dalam organisasi mereka.

Contoh penulisan ringkasan profesional yang baik adalah seperti berikut:

BETUL
  • Ahli farmasi yang berpengetahuan dengan pengetahuan perubatan dan kemahiran pengurusan ubat.
  • Keupayaan yang terbukti untuk memberikan nasihat dan sokongan perubatan kepada pelanggan.
  • Berusaha untuk mendapatkan lebih banyak pengalaman ahli farmasi.
  • Berkebolehan dan berperibadi dengan keupayaan untuk bekerja dengan cekap dalam persekitaran pantas.

💡 Contoh di atas menampilkan kemahiran anda. Ia menjadikan resume kelihatan seimbang dan relevan dengan peranan yang diiklankan kerana ia mengaitkan anda dengan kerja berpersatuan yang menunjukkan anda dapat bekerja secara berkumpulan.


Contoh penulisan ringkasan profesional yang tidak menarik adalah seperti berikut:

SALAH
  • Seorang ahli farmasi yang didorong mencari peluang dalam perkhidmatan farmaseutikal.
  • Bekerjasama dengan juruteknik farmasi.

🛑 Contoh di atas terlalu ringkas maka ia gagal menampilkan minat dan kemahiran yang telah anda kuasai kepada perekrut.


Bahagian tambahan untuk CV ahli farmasi


Bahagian tambahan di dalam resume bertindak sebagai sumber maklumat penting untuk perekrut. Berikut merupakan beberapa contoh yang boleh digunakan:

  • Calon boleh memasukkan pelbagai maklumat di bawah tajuk yang berbeza.
  • Ia merupakan bahagian yang kecil namun ia sentiasa menarik perhatian perekrut.
  • Mudah untuk mengisi ruang resume untuk pelajar yang tidak mempunyai pengalaman diri dalam bidang farmasi secara mendalam.
  • Caranya disini ialah memilih tajuk yang sesuai untuk resume anda. Ingat, informasi yang tidak menambah nilai pada diri anda atau keperluan majikan harus dielakkan.

Bahasa

Untuk seorang ahli farmasi, kemahiran berbahasa Inggeris dan bahasa tambahan lain seperti Mandarin akan memberi impak kepada resume kerana ia membezakan anda daripada calon lain.

Sertai beberapa kursus pendek selepas tamat pengajian atau dalam masa anda sedang menunggu untuk dipanggil temuduga. Kursus bahasa asing yang disertai perlulah menganugerahkan sijil yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa seperti berikut:

  • Goethe Zertifikat atau TestDaF untuk bahasa Jerman
  • TOEFL atau IELTS untuk Bahasa Inggeris
  • SIELE untuk bahasa Sepanyol

Kerja Sukarela

💡 Sebagai seorang ahli farmasi, perekrut mempunyai andaian bahawa anda tidak pandai bersosial. Oleh yang demikian, adalah agak bijak sekiranya anda sebagai siswazah baru, anda pamerkan model resume yang menarik hati perekrut dengan menampilkan keupayaan anda bermesra dengan kanak-kanak dan warga emas.

Anda boleh mulakan dengan menentukan perubahan yang ingin anda lakukan dalam diri pesakit. Kemudian log pengalaman anda berinteraksi dengan mereka semasa memberikan ubat dan kesannya kepada kehidupan harian mereka.

Hobi

💡Hobi yang relevan dengan bidang yang anda ceburi adalah sangat bernilai kepada perekrut yang berpengalaman. Ia menjadi ukuran sama ada anda sanggup melakukan lebih dari skop kerja formal.

Kemahiran Komputer

💡Setiap ahli farmasi mesti mempunyai kemahiran menggunakan komputer. Maka, ia hendaklah’ ditulis dalam bahagian tambahan sebagai ‘kemahiran komputer agar ia tidak terbenam dengan bahagian kemahiran am yang lain.

Sijil Tambahan

Pensijilan adalah penting bagi setiap profesional seperti dalam bidang farmasi. Ia merupakan idea yang bijak untuk tidak memasukkanya dalam bahagian pendidikan am. Berikut merupakan beberapa pensijilan yang dapat menonjolkan resume anda:

  • Sijil Tahunan Ahli Farmasi
  • Sijil Pendaftaran Penuh Ahli Farmasi
  • Sijil Pendaftaran Bersyarat
  • Sijil Pendaftaran Sementara
  • Sijil Tahunan Pertubuhan Perbadanan
  • Sijil Pendaftaran Pertubuhan Perbadanan

Ringkasan: Menulis CV yang sesuai untuk ahli farmasi


Kita telah melihat begitu banyak tips dan panduan menghasilkan resume ahli farmasi yang terbaik atau dengan kata lain, model resume ahli farmasi. Sebagai nota terakhir, sila lihat semula rumusan berikut:

  • Pilih templat yang sesuai untuk menjana resume ahli farmasi .pdf yang berkualiti.
  • Kaji iklan pekerjaan dan kembangkan kemahiran yang mereka cari – dapatkan pensijilan kemahiran yang berkaitan
  • Format resume yang betul adalah kunci untuk memastikan kelayakan anda dibentangkan dengan baik. Sila lihat beberapa tips tambahan disini.
  • Sesuaikan ringkasan resume anda kepada pekerjaan yang berbeza – jadikan ia semenarik mungkin untuk menarik perhatian pembaca.
  • Minta rakan anda untuk menyemak resume anda sebelum menghantarnya kepada perekrut.
  • Mulakan dengan pendidikan dan kemahiran, terutamanya jika anda tidak mempunyai pengalaman. Lihat beberapa kategori yang lain disini.

Ringkasan: Membuat Resume Profesional Untuk Ahli Farmasi

  • Pastikan resume anda pendek, ringkaskan semua kelayakan yang ada.
  • Jadi khusus dalam bahagian pengalaman anda – gunakan nombor untuk menambah kredibiliti – elakkan menulis peranan dan tanggungjawab.
  • Resume anda hendaklah bermula dengan tajuk yang menarik. Ia perlu dibentang secara profesional. Anda boleh lihat contoh templat disini.
  • Gunakan bahagian tambahan untuk memberikan kejutan yang menyenangkan pengurus pengambilan pekerja.
  • Tulis ringkasan objektif yang menerangkan kemahiran dan minat utama anda dalam pekerjaan itu.
  • Gunakan format yang jelas untuk mempamerkan kelayakan akademik anda – jadikan deskriptif tentang kelayakan dan pencapaian akademik.

Lengkapkan CV anda dengan surat iringan


Surat iringan dihantar bersama resume dan ia menerangkan sebab anda berminat dengan jawatan yang ditawarkan dalam sesebuah iklan serta bagaimana anda merupakan calon terbaik berbanding ribuan calon lain.

Sila luangkan masa untuk berfikir, membuat kajian mengenai struktur dan kandungan iklan dan kemudian hasilkan surat iringan yang dapat menarik perhatian perekrut. Sila lihat contoh templat sedia ada disini untuk menjimatkan masa anda menghasilkan surat sendiri.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Soalan lazim

Apakah pecahan yang terdapat dalam bidang farmasi?

Terdapat tiga pecahan utama dalam bidang farmasi, iaitu:

  • Farmakoepidemiologi dan Sains Keselamatan
  • Farmakoekonomi
  • Perkhidmatan Kesihatan Farmaseutikal
Apakah 7 Pekerjaan paling popular dalam bidang farmasi terkini di Malaysia?

Berikut merupakan pilihan kerjaya sebagai ahli farmasi berdaftar di Malaysia:

  • Ahli Farmasi Akademik
  • Ahli Farmasi Komuniti
  • Ahli Farmasi Hospital
  • Ahli Farmasi Industri
  • Pakar farmakologi
  • Ahli Farmasi Penyelidikan
  • Ahli toksikologi
  • Ahli Farmasi Veterinar

Untuk memudahkan kerja anda menghasilkan dan mengubah format tanpa menulis berulang resume anda setiap kali anda pohon pekerjaan, sila lihat resume builder yang telah kami hasilkan disini.

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche