Contoh Resume di Dalam Bidang Pemasaran yang Betul - Panduan Umum

Kerjaya di dalam bidang pemasaran sangat luas. Malah, setiap kerjaya yang ada mempunyai keperluan yang berbeza-beza. Namun, jika anda berpengalaman di dalam bidang ini, anda pasti tahu bahawa semua kerjaya di dalam bidang pemasaran mempunyai satu persamaan yang tetap. Persamaan tersebut adalah untuk meningkatkan jualan.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Contoh Resume Eksekutif Pemasaran

James Chan
Eksekutif Pemasaran
011-234 5678
jameschan@gmail.com
Kelana Jaya, MY
Linkedin.com/in/jameschan

Rumusan Profesional

Eksekutif Pemasaran dengan tiga tahun pengalaman yang mahir meningkatkan pendapatan dan keuntungan melalui penyelidikan terperinci serta peruntukan sumber yang cekap. Terbukti dapat  memaksimumkan keuntungan semasa bekerja sebanyak 25%  dalam anggaran pemasaran yang terhad. Pakar dalam mengenal pasti keperluan pelanggan dan menawarkan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang praktikal.

Pengalaman Bekerja

Mewah Holdings
Eksekutif Pemasaran
2020-sekarang

  • Mengekalkan komunikasi yang berkesan dengan pelanggan sambil menentukan objektif pemasaran dengan jelas.
  • Memberi sokongan kepada pengurus pemasaran dan pemain pasukan utama yang lain.
  • Mengadakan mesyuarat kakitangan tetap untuk mengesan kemajuan semua kempen yang sedang berlangsung.
  • Merangka cara yang berkesan untuk meningkatkan jualan kepada pelanggan.
  • Membentuk pasukan pemasaran untuk setiap projek.
  • Menjawab pertanyaan pelanggan.

Jaya Intel
Eksekutif Pemasaran Muda
2019-2020

  • Membangunkan kesedaran jenama dan strategi pemasaran.
  • Menyediakan laporan analisis pasaran untuk setiap projek.
  • Membangunkan dan melaksanakan strategi penempatan produk.
  • Mengatur pengedaran bahan pemasaran yang cekap.
  • Berunding dengan kakitangan pemasaran mengenai usaha perancangan strategik.

Pencapaian Akademik

Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa
Kolej MASSA
Disember 2018

Diploma Perniagaan dan Pemasaran
Kolej Komuniti Serdang
Mei 2014

Pencapaian lain

  • Menyertai program pertukaran pelajar ke Universiti Kebangsaan Thailand
  • Ketua Program Usahawan Muda Kolej Massa

Sijil-sijil

  • Sijil Profesional Pemasaran Digital
  • Sijil Microsoft Excel untuk Perniagaan

Oleh itu, di dalam panduan umum ini, kami akan membimbing anda untuk menulis resume di dalam bidang pemasaran dengan betul. Kami percaya, panduan yang kami sediakan ini boleh digunakan untuk memohon mana-mana jawatan di dalam bidang pemasaran. Apa yang anda perlu lakukan adalah muat turun templat resume di dalam bidang pemasaran kami sebelum anda menulis resume.

Sebelum itu, jom lihat contoh resume seorang eksekutif pemasaran di bawah ini.

Kadar pekerjaan dan gaji di dalam bidang pemasaran

Pemasaran adalah sebuah industri yang luas. Bahkan juga, hampir setiap industri di Malaysia memerlukan bidang pemasaran untuk terus relevan di dalam dunia perniagaan. Ini dapat dibuktikan melalui sebuah laporan yang dikeluarkan oleh GRABJOBS, di mana laporan ini menyenaraikan industri pemasaran antaran industri yang mendapat permintaan yang tertinggi di Malaysia.

Menurut Salary Explorer, purata gaji paling rendah untuk mana-mana individu yang bekerja di dalam bidang ini ialah RM3,430 sebulan. Manakala purata gaji tertinggi pula ialah RM7,430 sebulan.Untuk memberikan anda gambaran jelas mengenai tangga gaji purata di dalam industri pemasaran, kami akan menunjukkan gaji yang diterima jika anda memilih industri ini sebagai laluan kerjaya anda.

  • Pengurus Projek: RM7,150
  • Pengurus Pemasaran Produk: RM9,000
  • Penulis Pemasaran: RM4,500
  • Eksekutif Pemasaran: RM9,120
  • Penganalisis Pasaran: RM6, 730

Cara Menulis Resume Untuk Kerjaya di Dalam Bidang Pemasaran


Panduan menulis resume kami ini sesuai digunakan untuk mana-mana kerjaya di dalam bidang pemasaran yang ada di dunia ini. Ini kerana, format resume yang kami syorkan ini diiktiraf dan digunakan oleh perekrut di seluruh dunia. Selain daripada itu juga, anda boleh memuat turun cv resume di dalam bidang pemasaran kami pada bila-bila masa anda memerlukannya.

Baiklah. Anda pasti juga pernah menulis resume sebelum ini bukan? Tetapi, anda mungkin tidak tahu komponen penting yang harus disertakan oleh anda di dalam resume untuk bidang pemasaran. Tidak hanya itu, anda mungkin pernah mendapar cadangan untuk menggunakan graf bagi menunjukkan tahap kemahiran anda di dalam resume. Itu semua tidak perlu.

Anda hanya perlu memastikan resume anda ditulis secara ringkas dan padat. Untuk itu, pastikan anda merangkumi perkara-perkara di bawah di dalam resume anda untuk kerjaya di dalam bidang pemasaran:

  • Pengepala atau tajuk resume
  • Kesimpulan atau objektif utama resume
  • Bahagian pengalaman bekerja
  • Latar belakang akademik
  • Senarai kemahiran
  • Bahagian tambahan yang mungkin merangkumi:
    • Bahasa yang anda fasih
    • Sijil serta pengiktirafan
    • Kerja amal
    • atau hobi

Sebelum kita pergi ke bahagian yang lebih penting, mari lihat tips mudah agar anda dapat menulis resume dengan lebih lancar lagi di bawah ini:

  • Jika ada resume tersedia, ubah suai sahaja resume sedia ada agar relevan dengan jawatan terkini yang dipohon.
  • Kenalpasti kemahiran atau kata kunci yang disenaraikan di dalam jatawan kerja pemasaran yang anda minta
  • Pastikan anda meletakkan jawatan terkini anda di bahagian tajuk resume anda
  • Jangan masukkan kemahiran atau pengalaman kerja yang tiada kaitan dengan bidang pemasaran

Susunan resume yang betul

Apakah formula resume yang terbaik? Jawapannya ialah, susunan yang betul dan kemas. Bayangkan jika anda menonoton siri drama tidak mengikut urutan episod yang betul, pasti anda akan merasa bingung, bukan? Sama juga untuk sebuah resume. Anda tidak mahu perekrut sakit kepala sebelum sempat membaca resume anda dengan habis.

📌Tips: Guna bullet point untuk menyenaraikan maklumat penting resume anda.


Susunan resume yang betul harus dimulakan dengan rumusan profesional, maklumat peribadi anda (tajuk resume), pengalaman bekerja, latar belakang akademik, sijil dan diikuti dengan maklumat lain seperti rujukan atau bahasa. Dengan mengetahui susunan sahaja juga tidak memadai. Ini kerana, perekrut juga sangat mementingkan kebolehbacaan sesebuah resume.

Untuk itu, ikuti tips mudah di bawah:

  • Saiz fon tidak kurang daripada 10pts dan tidak melebihi 12pts.
  • Guna fon yang mudah dibaca seperti Arial, Tahoma atau Times New Romans
  • Penggunaan ayat yang singkat agar tidak melebihi satu muka surat.

Struktur serta format resume yang sesuai

Kami akan memperkenalkan tiga format resume utama yang sering digunakan di dalam industri pemasaran. Jom lihat format yang mana sesuai dengan jawatan serta pengalaman kerja yang anda miliki.

Format kronologi

✒️Nota ringkas: Format kronologi sesuai untuk pemohon yang ingin bekerja sebagai pengurus, pengarah, eksekutif senior, penulis pemasaran senior.


Format kronologi mementingkan pemohon memiliki pengelaman bekerja yang lama dan pelbagai. Pelbagai yang kami maksudkan di sini ialah, pemohon pernah bekerja sebagai eksekutif junior, hinggalah tahap yang lebih tinggi lagi di dalam bidang pemasaran. Untuk menulis bahagian pengalaman bekerja menggunakan format ini, anda perlu menyusun pengalaman bekerja anda mengikut urutan yann terkini dan diikuti dengan yang sebelumnya.

Format praktikal

✒️Nota ringkas: Format praktikal sesuai untuk pemohon yang ingin bekerja sebagai penulis iklan muda, eksekutif pemasaran, pembantu penganalisis SEO dan yang setarf dengannya.


Format praktikal ini sesuai digunakan jika anda tidak berapa memiliki pengalaman yang luas di dalam bidang pemasaran. Jika anda graduan baru, anda boleh menggunakan format ini. Untuk format praktikat, anda hanya perlu menekankan kemahiran yang anda miliki. Ini tidak bermakna anda perlu mengecualikan bahagian pengalaman bekerja anda.

Format gabungan

✒️Nota ringkas: Format gabungan sesuai digunakan oleh individu yang mempunyai pengalaman serrta kemahiran luas di dalam bidang pemasaran.


Jika anda mempunyai pengalaman bekerja lebih daripada lima tahun, anda boleh menggunakan format ini. Format ini adalah gabungan antara format kronologi dan format praktikal. Ini bermakna, anda harus membuktikan kemahiran yang anda miliki juga relevan dengan bidang pemasaran yang terkini.

Tajuk dan Maklumat untuk Dihubungi


Tajuk resume adalah nama dan jawatan terkini yang anda pohon. Manakala maklumat untuk dihibungi pula adalah, nombor telefon, alamat emel, alamat kediaman ringkas dan juga pautan ke laman portfolio dalam talian anda. Laman portfolio dalam talian adalah seperti laman Linkedin.

Kedengaran mudah sahaja, bukan? Malangnya, ramai yang tidak mengambil serius akan pentingnya bahagian ini. Antara kesilapan umum yang dilakukan oleh pemohon di bahagian resume ini adalah:

  • Menulis alamat penuh
  • Menggunakan alamat emel yang tidak kendengaran profesional
  • Tidak menyertakan jawatan terkini yang ingin dipohon
  • Memasukkan jantina
  • Menyertakan pautan ke profil laman media sosial
Tajuk yang betul
James Chan
Eksekutif Pemasaran
011-234 5678
jameschan@gmail.com
Kelana Jaya, MY
Linkedin.com/in/jameschan

Tajuk yang kurang tepat
James Chan
Eksekutif Pemasaran
011-234 5678
jamesthegamerss@gmail.com
Kelana Jaya, MY
Linkedin.com/in/jameschan


Terangkan Pengalaman Anda di Dalam Bidang Pemasaran


Walau apapun kerjaya yang anda ceburi di dalam bidang pemasaran, anda perlu menyatakan pengalaman bekerja anda dengan terperinci. Tambahan pula, bahagian ini adalah antara bahagian yang paling penting di dalam sebuah resume. Untuk itu, anda perlu bijak menggunakan perkataan yang dapat membentuk ayat yang ringkas dalam menceritakan kemahiran serta pengalaman anda.

Di bahagian ini juga, anda tidak hanya menyatakan pengalaman bekerja anda semata-mata.

Malah, anda perlu menyatakan bagaimana melalui tanggungjawab yabg diberikan, anda mampu membantu syarikat mencapai sasaran mereka. Cara ini juga akan membezakan anda dengan para pemohon yang lain. Untuk contoh yang lebih terperinci, mari lihat contoh pengalaman bekerja di bawah ini:

Mewah Holdings
Eksekutif Pemasaran
2020-sekarang
  • Mengekalkan komunikasi yang berkesan dengan pelanggan sambil menentukan objektif pemasaran dengan jelas.
  • Memberi sokongan kepada pengurus pemasaran dan pemain pasukan utama yang lain.
  • Mengadakan mesyuarat kakitangan tetap untuk mengesan kemajuan semua kempen yang sedang berlangsung.
  • Merangka cara yang berkesan untuk meningkatkan jualan kepada pelanggan.
  • Membentuk pasukan pemasaran untuk setiap projek.
  • Menjawab pertanyaan pelanggan bagi meningkatkan kepercayaan pelanggan.
Jaya Intel
Eksekutif Pemasaran Muda
2019-2020
  • Membangunkan kesedaran jenama dan strategi pemasaran.
  • Menyediakan laporan analisis pasaran untuk setiap projek.
  • Membangunkan dan melaksanakan strategi penempatan produk.
  • Mengatur pengedaran bahan pemasaran yang cekap.
  • Berunding dengan kakitangan pemasaran mengenai usaha perancangan strategik.


Contoh di atas adalah pengalaman bekerja seorang eksekutif pemasaran. Jika anda bekerja sebagai penulis iklan atau copywriter anda boleh menggunkan contoh di bawah:

AdsCo Company
Penulis Iklan
Januari 2018-sekarang
  • Penulisan blog untuk tujuan mempromosikan barangan sukan tempatan beerjaya meningkatkan jualan dalam talian sebanyak 15% pada suku tahun akhir.
  • Merangka serta melancarkan pelan strategik untuk mengenal pasti strategi pemasaran dalam talian.
  • Menggunakan kaedah SEO untuk berjaya meningkatkan kadar kunjungan pelanggan ke laman eDagang syarikat.


Bagaimana jika anda tidak mempunyai pengalaman?

Jika anda tidak mempunyai pengalaman di dalam bidang pemasaran, jangan risau. Anda boleh menyatakan mana-mana pengalaman yang relevan seperti latihan industri di bahagian pengalaman bekerja anda. Seterusnya, gunakan format resume praktikal untuk membantu anda menampilkan kemahiran yang anda miliki.

Pendidikan: Cara untuk menulis latar belakang akademik anda

Latar belakang akademik anda sama penting dengan pengalaman bekerja. Tambahan lagi jika jawatan yang anda ingin pohon mewajibkan tahap pendidikan yang tinggi. Sebagai contoh, penganalisis data, penganalisis pemasaran dan juga pengurus pemasaran.

Untuk itu, mari lihat contoh latar belakang pendidikan di dalam bidang pemasaran yang anda boleh jadikan contoh.

Contoh latar belakang akademik di dalam resume:

Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa
Kolej MASSA
Disember 2018

Diploma Perniagaan dan Pemasaran
Kolej Komuniti Serdang
Mei 2014


Contoh latar belakang akademik di dalam resume:

Sarjana Pentadbiran Perniagaan
INTI University
Mac 2014

Sarjana Muda Kewangan
INTI University
Mei 2012


Kemahiran Terbaik Untuk CV di Dalam Bidang Pemasaran


Memandangkan banyak kemahiran yang dirumuskan untuk industri pemasaran, kami akan memperkenalkan kepada anda beberapa kemahiran yang wajib anda miliki. Ini juga bagi memastikan resume anda lebih terserlah jika dindingkan dengan pemohon-pemohon yang lain.

Jika anda ingin tahu apakah kemahiran yang diperlukan oleh sesebuah jawatan yang anda pohon, lihat kemairan yang dinyatakan di dalam iklan kekosongan jawatan tersebut.

Dengan cara ini, kami pasti anda dapat mengalahkan perisian tapisan resume yang digunakan oleh majikan prospek. Jika anda tidak tahu, kebanyakkan resume yang dihantar akan ditapis oleh mesin atau perisian terlebih dahulu sebelum menentukan pemohon yang layak untuk panggilan temu duga. Oleh itu, masukkan kemahiran yang disenaraikan di dalam resume anda.

⚠️Peringatan: Jangan menyenaraikan kemahiran yang anda tidak miliki di dalam resume hanya untuk memikat hati para perekrut.


Terdapat dua jenis kemahiran yang perlu anda miliki di dalam bidang pemasaran. Kedua-dua jenis kemahiran tersebuat adalah seperti berikut:

Kemahiran teknikal:

  • SEO
  • Pertanyaan pangkalan data
  • Statistik
  • Automasi pemasaran
  • Pemodelan data
  • Penulisan iklan
  • Mereka dan melancarkan ujian laman web capaian
  • Pengurusan Sistem Kandungan (CMS)

Kemahiran insaniah:

  • Menepati masa
  • Kerja berpasukan
  • Kepimpinan
  • Komunikasi berkesan
  • Pemikiran kritikal
  • Penyelesaian masalah
  • Pembelajaran berterusan
  • Kreativiti

Ringkasan Profesional: Pembentangan kad CV anda


Bahagian ringkasan profesional terletak di bahagian kedua di dalam resume anda. Untuk resume di dalam bidang pemasaran, bahagian ringasan profesional ini sangat penting. Ini kerana, sama seperti bidang pemasaran yang ingin anda ceburi, anda harus bijak ‘memasarkan’ potensi anda melalui bahagian ini.

Anda juga boleh menggantikan bahagian ini dengan objektif resume.Tetapi, pada pendapat kami, objektif resume lebih sesuai digunakan untuk pemohonan kerja yang tidak berapa mementingkan pengalaman bekerja. Sebagai contoh, pelajar latihan industri atau penulis muda.

Jika anda ingin melihat contoh ringkasan profesional yang tepat, jom lihat contoh di bawah:

Contoh ringkasan profesional yang betul

BETUL
Eksekutif Pemasaran dengan tiga tahun pengalaman yang mahir meningkatkan pendapatan dan keuntungan melalui penyelidikan terperinci serta peruntukan sumber yang cekap. Terbukti dapat memaksimumkan keuntungan semasa bekerja sebanyak 25% dalam anggaran pemasaran yang terhad. Pakar dalam mengenal pasti keperluan pelanggan dan menawarkan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang praktikal.

✒️ Contoh di atas tepat kerana pemohon menyatakan sumbangan semasa tiga tahun beliau berkhidmat di dalam bidang pemasaran. Tambahan pula, ayat yang digunakan ringkas dan jumlah perkataan pula tidak melebihi 55 patah perkataan.


Contoh ringkasan profesional kurang tepat

SALAH
Eksekutif Pemasaran yang rajin dan berdedikasi, mencari pengalaman serta cabaran baru di dalam dunia pemasaran. Cekap menggunakan alat perisian SEO untuk membantu penulisan iklan yang berkesan.

✒️ Contoh di atas kurang tepat kerana tidak merumuskan pengalaman serta kemahiran bekerja yang lebih terperinci.


Kemahiran komputer dan pensijilan


Untuk terus kekal relevan dan maju di dalam apa saja bidang yang anda ceburi di dalam industri pemasaran, anda harus melengkapkan diri dengan ilmu digital dan pemasaran yang terkini. Antara pensijilan profesional yang mendapat permintaan tinggi di dalam indsutri pemasaran adalah seperti berikut:

  • Pensijilan Dynamics 365 Fundamentals (CRM)
  • Sijil Profesional Pemasaran Digital
  • Sijil Asas Statistik

Pada bahagian Sijil-sijil Resume, anda boleh menggunakan bullet point seperti yang kami lakukan di atas.

Bahasa

Kebolehan berbahasa di dalam Bahasa Inggeris sangat penting. Terutama sekali jika anda ingin bekerja dengan starikat pemasaran antarabangsa. Kebolehan bertutur dan menulis di dalam bahasa antarabangsa yang lain juga satu kelebihan. Sama dengan bahagian resume yang lain, senaraikan saja semua bahasa yang fasih anda gunakan.

Rujukan

Bahagian rujukan adalah di mana anda menyertakan maklumat seperti nombor telefon dan alamat emel bekas pengurus atau penyelia anda. Ini bagi memudahkan perekrut mendapatkan bukti yang sahih mengenai kreadibiliti anda.

⚠️Peringatan: Ibu bapa dan rakan anda tidak boleh menjadi orang rujukan.


Ringkasan: Tulis Resume yang Sempurna


Untuk menulis resume di dalam bidang pemasaran yang sempurna, anda harus tidak melakukan kesalahan remeh seperti kesalahan ejaan. Anda juga tidak boleh memasukkan informasi yang tidak tepat hanya untuk cuba mendapatkan perhatian para perekrut. Memalsukan maklumat di dalam resume adalah kesalahan yang sangat berat.

Tetapi, jangan risau. Jika anda masih kurang yakin untuk menulis resume di dalam bidang pemasaran secara sempurna, mari imbas kembali maklumat penting yang kami telah sediakan di dalam panduan ini.

  • Kenal pasti kata kunci jawatan kosong dengan meneliti kemahiran yang ada dinyatakan di dalam iklan jawatan kosong untuk anda gunakan di dalam resume
  • Pilih di antara format kronologi, praktikal atau gabungan untuk menulis resume yang hebat
  • Guna saiz fon 10,11 atau 12 sahaja
  • Pilih stail fon yang mudah dibaca seperti Times New Romans
  • Pastikan resume tidak melebihi satu muka surat
  • Senaraikan pengalaman bekerja, tahap pendidikan, kemahiran dan sijil menggunakan bullet point
  • Semak semula resume yang ditulis untuk memastikan tiada kesalahan ejaan

Lengkapkan CV anda dengan surat pengiring


Ramai yang tidak tahu bahawa surat pengiring dapat membantu pemohonan kerja mereka. Surat pengiring atau lebih dikenali sebagai cover letter digunakan untuk menunjukkan bagaimana kehadiran anda dapat membantu syarikat untuk maju ke hadapan. Sama dengan resume, anda perlu menceritakan kemahiran dan pengalaman yang anda miliki, tetapi dengan lebih mendalam lagi.

Jika anda tidak pasti bagaimana cara menulis surat pengiring dengan baik, anda boleh merujuk CV di dalam bidang pemasaran kami. Kami percaya anda dapat meyakinkan para perekrut untuk memanggil anda ke sesi temu duga. Oleh itu, selamat maju jaya dan selamat menulis resume yang terbaik!

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Soalan lazim

Adakah bidang pemasaran di Malaysia mendapat permintaan yang tinngi?

Ya. Sudah semestinya. Terutama sekali bidang pemasaran digital. Setakat ini, permintaan terhadapa kepakaran pemasaran digital sangat tinggi. Namun individu yang memiliki kepakaran di dalam bidang ini sangat rendah. Oleh itu, jika anda berkemahiran tinggi di dalam bidang ini, anda akan mendapat gaji yang agak lumayan.

Apakah yang dimaksudkan dengan kata kunci resume?

Kata kunci resume adalah perkataan yang menggambarkan kemahiran yang diperlukan oleh majikan untuk sesebuah jawatan yang mereka iklankan. Sebagai pemohon, anda perlu menyertakan kata kunci itu di dalam resume bagi memudahkan pemohonan kerja anda.

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche