Pembantu CV - Panduan Terbaru

Apa pun jenis pekerjaan yang anda ingin dapatkan haruslah didahulukan dengan menghantar resume yang terbaik. Tanpa sekeping resume, belum tentu anda boleh mengaku anda layak untuk mendapatkan perkerjaan yang diimpikan.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Pembantu CV yang Sebenar

Sila rujuk resume pembantu peribadi sebenar di bawah untuk memberikan gambaran sebenar sebuah resume yang diiktiraf oleh majikan.

Jenny Michael
Pembantu Peribadi
012-345 1234
jennymichael@gmail.com
Kuala Lumpur, MY
linkedin.com/jennyM

Ringkasan Profesional

Pembantu peribadi dengan 7 tahun pengalaman dalam menyediakan perkhidmatan kepada pengurus atasan dan pemimpin di peringkat pentadbiran peringkat tinggi. Menyelaras keperluan pentadbiran harian, logistik perjalanan, dan jadual rumit untuk membantu pihak atasan yang mempunyai kekangan masa memaksimumkan produktiviti mereka.

Pengalaman

Pembantu Peribadi
Marriott Corps.
Mei 2017- sekarang

  • Menjadualkan rutin harian serta semua aktiviti berkaitan dengan syarikat untuk Pengurus Besar.
  • Menggunakan perisian penjadualan untuk menguruskan jadual empat pengurus syarikat dalam satu masa.
  • Merancang dan menyelaras urusan perjalanan bagi Pengurus Besar, CTO dan eksekutif kanan lain.
  • Meninjau, mengisih dan mengatur pesanan masuk bagi menentukan tahap keutamaan dan menjawab / merangka respons yang munasabah.

Pembantu Peribadi
Cash & Trade
Mei 2016-Mei 2017

  • Menyediakan jadual harian CEO syarikat.
  • Membeli serta mengatur jadual perjalanan dalam dan luar negara CEO.
  • Memastikan pesanan makanan untuk semua acara yang dihadiri CEO menepati keperluan nutrisi (tidak menghidangkan makanan yang menyebabkan alahan).
  • Menyusun fail penting syarikat mengikut susunan kronologi.

Pendidikan

Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat
Universiti Teknologi Mara Pahang
November 2015

Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia
SMK Ampang Selangor
Disember 2012

Sijil

  • Sijil Pakar Microsoft Office
  • Profesional Pentadbiran Bertauliah

Rujukan

Mr. Kamal Harun
CEO Marriot Corps.
012-567 9980

Untuk anda yang berminat untuk menjadi seorang pembantu, panduan ini disusun khas untuk anda.

Ini bermakna, tidak kiralah jika anda seorang pembantu peribadi, pembantu rumah, atau pembantu maya, anda boleh menggunakan panduan penulisan cv ini. Ini kerana, panduan ini disediakan khas oleh pakar resume kami sendiri. Oleh itu, kami sangat menggalakkan agar anda memuat turun templat resume pembantu sebagai rujukan anda.

Pembantu CV


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana panduan ini boleh membantu anda mendapatkan resume yang profesional, jom lihat apa yang akan dibincangkan di bahagian seterusnya ini.

Contoh Resume Untuk Kerjaya Sebagai Pembantu


Sebelum kami berkongsi dengan anda resume sebenar yang telah dihantar untuk memohon jawatan sebagai seorang pembantu, kami ingin memastikan anda tahu perkara utama yang akan kita bincangkan bersama dalam artikel ini. Berikut adalah objektif yang kami harap anda akan capai melalui artikel ini:

  • mengenal pasti format resume yang sesuai dengan pengalaman serta kemahiran yang dimiliki
  • gaji purata tahunan serta peluang pekerjaan sebagai pembantu di Malaysia
  • struktur utama sebuah resume yang profesional
  • cara penulisan yang berkesan bagi setiap bahagian di resume anda
  • kesilapan umum yang sering dilakukan oleh pemohon dalam resume mereka
  • apa itu surat iringan
  • soalan lazim berkaitan dengan kerjaya pembantu di Malaysia

Gaji Serta Peluang Kerjaya Sebagai Pembantu di Malaysia


Kerjaya sebagai pembantu menawarkan peluang gaji yang menarik. Tetapi apa yang pasti, gaji seorang pembantu rumah dan pembantu peribadi tidak sama. Ini kerana, kedua-dua pekerjaan ini memerlukan kemahiran serta kecekapan yang berbeza. Untuk tujuan panduan ini, kita akan melihat gaji serta peluang pekerjaan pembantu peribadi di Malaysia.

Menurut Salary Explorer, purata gaji tahunan seorang pembantu peribadi di Malaysia ialah RM39,200. Faktor utama yang mempengaruhi bayaran gaji ialah pengalaman bekerja anda. Berikut adalah gaji bulanan mengikut tahun anda bekerja:

2 tahun ke bawah: RM1,720
2-5 tahun: RM2,280
5-10 tahun: RM3,360
10 tahun ke atas: RM4,100


Pada masa yang sama, Jobstreet turut merekodkan sebanyak 3,204 iklan jawatan kosong sebagai pembantu peribadi. Angka ini menunjukkan bahawa peluang pekerjaan dalam bidang pembantu peribadi sangat tinggi. Jika anda berkelayakan, langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan menghantar resume yang terbaik kepada majikan prospek anda di Jobstreet.

Cara Menulis Resume Pembantu yang Terbaik

Pembantu CV


Jika anda berada di laman ini, bermakna anda belum pernah menulis atau menjana resume anda sendiri. Tapi usah risau, kerana anda berada di tempat yang betul untuk mendapatkan idea untuk menulis resume yang betul serta diiktiraf. Dan jika ini bukan kali pertama anda menulis resume tetapi memerlukan format resume yang terbaru, teruskan membaca panduan ini.

Sebelum itu, kami menggalakkan agar anda memuat turun templat resume pembantu kami bagi memudahkan anda menyunting sendiri kandungan yang lebih relevan dengan pemohonan kerja anda. Tanpa membuang masa, mari lihat apa yang harus anda rangkumkan di dalam sebuah resume yang profesional.

Struktur utama resume pembantu

Sebuah resume yang lengkap haruslah memiliki perkara-perkara utama seperti di bawah ini:

  • Tajuk atau pengepala
  • Objektif atau ringkasan profesional
  • Pengalaman bekerja
  • Pendidikan
  • Sijil
  • Bahagian tambahan (bahasa, kemahiran anugerah, kerja sukarela atau rujukan)

Tips susunan kandungan utama resume yang betul

Dengan berpandukan struktur utama yang telah kami nyatakan di atas, anda kini boleh mula menulis resume pembantu anda. Tetapi, untuk lebih memudahkan kerja anda, kami ingin berkongsi beberapa tips yang akan membantu anda. Tips-tipsnya adalah seperti berikut:

  • Guna resume sedia ada, dan ubah kandungan yang ada agar relevan dengan pemohonan kerja yang terkini
  • Pastikan bahagian tajuk resume anda disertakan dengan alamat atau nombor telefon terkini
  • Susun semula urutan bekerja anda jika pernah bekerja di beberapa tempat yang berbeza
  • Semak iklan jawatan kosong dan sertakan kata kunci yang dinyakat di resume yang terkini
  • Guna saiz fon 10-12 pts sahaja
  • Guna warna fon yang gelap
  • Guna stail fon yang mudah dibaca seperti Times New Roman

🎁Tips tambahan Pastikan resume anda tidak melebihi satu muka surat


Format resume yang bersesuaian dengan pengalaman anda

Bagi memastikan susunan kandungan utama anda kemas dan mudah dibaca, anda perlu memastikan format yang anda gunakan sesuai dengan pengalaman kerja yang dimiliki. Secara amnya, terdapat tiga format resume utama yang anda harus tahu.

Format resume kronologi

Format resume ini sesuai digunakan untuk mana-mana pemohon yang pernah bekerja di lebih daripada sebuah syarikat. Ini kerana, ia akan memudahkan anda untuk menyusun urutan pengalaman bekerja anda dari yang terkini dan diikuti dengan yang sebelumnya.

Format resume praktikal

Bagi pemohon yang tidak mempunyai pengalaman bekerja yang relevan dengan kerja yang ingin dipohon, guna format resume praktikal. Ini kerana, anda hanya perlu mengetengahkan kemahiran yang anda miliki serta berkaitan dengan kerjaya pembantu peribadi.

Format gabungan

Format gabungan ialah format kronologi dan praktikal yang digabungkan. Format ini sesuai digunakan oleh pemohon yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang yang dipohon. Selalunya, format ini digunakan oleh pemohon yang pernah bekerja lebih dari lima tahun dalam bidang yang sama.

Tajuk atau Pengepala Resume


Baiklah, sekarang mari lihat bagaimana anda boleh menulis setiap bahagian resume dengan betul dan tepat. Kita mulakan dengan tajuk atau juga dikenali sebagai pengepala resume. Berikut adalah contoh tajuk resume yang betul:

BETUL
Jenny Michael
Pembantu Peribadi
012-345 1234
jennymichael@gmail.com
Kuala Lumpur, MY
linkedin.com/jennyM


Jangan lakukan kesilapan di bawah untuk tajuk resume anda.

SALAH
Jenny Michael
Pembantu Peribadi
012-345 1234
jennyMxoxo@gmail.com
No. 1B Lorong 2B Jalan Kristal,
96000 Sibu, Sarawak.
linkedin.com/jennyM

🛑 Contoh di atas kurang tepat. Pertama, e-mel yang disertakan tidak kedengaran profesional. Kedua, anda tidak perlu menyertakan alamat penuh di dalam resume.


Ringkasan Profesional


Bahagian resume yang seterusnya ialah ringkasan profesional. Jika ini adalah kali pertama anda memohon kerja, anda mungkin perlu menggantikan ringkasan profesional dengan objektif resume. Objektif resume digunakan bagi membenarkan anda menyatakan objektif utama anda memohon bekerja.

Untuk panduan ini, kami akan berkongsi dengan anda contoh ringkasan profesional yang betul dan kurang tepat.

Contoh yang betul
Ringkasan Profesional
Pembantu peribadi dengan 7 tahun pengalaman dalam menyediakan perkhidmatan kepada pengurus atasan dan pemimpin di peringkat pentadbiran peringkat tinggi. Menyelaras keperluan pentadbiran harian, logistik perjalanan, dan jadual rumit untuk membantu pihak atasan yang mempunyai kekangan masa memaksimumkan produktiviti mereka.

Contoh yang kurang tepat
Berpengalaman dalam mengurus jadual pegawai atasan bagi membantu mereka mencapai produktiviti yang lebih baik.

🛑 Contoh di atas kurang tepat kerana ia terlalu ringkas dan kurang meyakinkan para perekrut bahawa pemohon seorang yang berwibawa.


Pengalaman Bekerja Sebagai Pembantu


Jika anda menggunakan format resume kronologi dan format resume gabungan, berikut adalah contoh yang baik untuk anda rujuk untuk menulis pengalaman bekerja di resume anda.

BETUL
Pengalaman
Pembantu Peribadi
Marriott Corps.
Mei 2017- sekarang
  • Menjadualkan rutin harian serta semua aktiviti berkaitan dengan syarikat untuk Pengurus Besar.
  • Menggunakan perisian penjadualan untuk menguruskan jadual empat pengurus syarikat dalam satu masa.
  • Merancang dan menyelaras urusan perjalanan bagi Pengurus Besar, CTO dan eksekutif kanan lain.
  • Meninjau, mengisih dan mengatur pesanan masuk bagi menentukan tahap keutamaan dan menjawab / merangka respons yang munasabah.
Pembantu Peribadi
Cash & Trade
Mei 2016-Mei 2017
  • Menyediakan jadual harian CEO syarikat.
  • Membeli serta mengatur jadual perjalanan dalam dan luar negara CEO.
  • Memastikan pesanan makanan untuk semua acara yang dihadiri CEO menepati keperluan nutrisi (tidak menghidangkan makanan yang menyebabkan alahan).
  • Menyusun fail penting syarikat mengikut susunan kronologi.


Elakkan kesilapan seperti menulis pengalaman bekerja yang terlalu ringkas atau tidak berkaitan dengan pemohonan jawatan pembantu peribadi seperti di bawah ini:

SALAH
Tukang Wang
Kedai Serbaneka Mimi
Jun 2012-September 2015
  • Menjaga kaunter pembayaran
  • Mengira wang
  • Mengira stok barang


Tips untuk menulis pengalaman kerja untuk yang tiada pengalaman:

Untuk anda yang baru tamat sekolah atau tidak mempunyai pengalaman yang relevan dengan bidang yang dipohon, fokuskan kepada kemahiran yang anda boleh gunakan untuk jawatan yang dipohon.

Untuk mengenal pasti apa kemahiran yang diinginkan oleh perekrut, semak kata kunci tersebut di dalam iklan jawatan yang anda pohon.

Latar Belakang Pendidikan

Pembantu CV


Pada zaman ini, jika anda ingin mendapat pekerjaan yang dibayar dengan gaji berpatutan, anda harus mempunyai tahap pendidikan lebih daripada sijil sekolah menengah. Untuk jawatan seperti pembantu peribadi, anda harus memiliki diploma dalam bidang pengurusan pejabat atau yang berkaitan.

Contoh menulis latar belakang pendidikan yang betul seperti di bawah:

BETUL
Pendidikan

Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat
Universiti Teknologi Mara Pahang
November 2015

Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia
SMK Ampang Selangor
Disember 2012


Pensijilan yang Berkaitan dengan Jawatan Pembantu

Pembantu CV


Memiliki sijil yang relevan dengan jawatan yang dipohon sangat penting. Ini kerana, ia akan lebih mengetengahkan lagi cv anda berbanding pemohon yang lain. Berikut adalah contoh sijil yang berkaitan dengan kerjaya sebagai pembantu peribadi:

  • Sijil Profesional Penggunaan Microsoft Office
  • Certified Professional Secretary

Maklumat Orang Rujukan


Menyertakan maklumat orang rujukan boleh membantu pemohonan anda dipertimbangkan oleh para perekrut. Ini kerana, ia memberi persepsi bahawa anda seorang yang boleh dipercayai. Anda boleh menyertakan satu atau tiga nama sebagai orang rujukan.

Rujukan
Mr. Kamal Harun
CEO Marriot Corps.
012-567 9980


Kemahiran yang Diperlukan Oleh Pembantu

Pembantu CV


Untuk bersaing dengan lebih mudah, nyatakan kemahiran yang anda miliki di dalam resume anda. Terdapat dua jenis kemahiran umum yang perlu anda ketengahkan.

Kemahiran teknikal:

  • Menggunakan Microsoft Office
  • Menggunakan perisian pengurusan masa seperti Microsoft To-Do
  • Khidmat pelanggan
  • Pengurusan acara
  • Penyelesaian masalah teknikal
  • Pengurusan media sosial
  • Penggunaan alat komunikasi dan kolaborasi seperti Slack/Notion
  • Kemahiran perakaunan asas

Pembantu CV

Kemahiran insaniah:

  • Komunikasi
  • Pengurusan masa
  • Kerja berkumpulan
  • Perwatakan yang positif
  • Boleh menjaga maklumat sulit
  • Fleksibiliti
  • Perhatian yang teliti terhadap semua perkara
  • Berinisiatif

Maklumat Lain yang Boleh Disertakan Dalam Resume Anda


Maklumat penting lain yang boleh anda sertakan dalam resume pembantu peribadi adalah maklumat seperti kefasihan bahasa, pencapaian lain, serta kerja amal. Berikut adalah cara bagaimana anda boleh menyampaikan maklumat ini secara berkesan.

Kefasihan bahasa & pencapaian lain

Kebolehan bertutur, membaca dan mendengar dalam bahasa asing adalah antara kemahiran yang sangat berguna untuk semua jenis pekerjaan. Di Malaysia, anda tidak semestinya perlu fasih menggunakan bahasa Malaysia dan Inggeris sahaja. Bahkan, penguasaan bahasa Mandarin juga sangat penting.

Jadi, senaraikan semua bahasa yang anda boleh gunakan mengikut tahap penguasaan anda. Jika anda memiliki sijil yang boleh mengesahkan tahap penguasaan dalam setiap bahasa yang disenaraikan, lampirkan sijil tersebut bersama resume yang akan anda hantar.

Anda juga boleh menyenaraikan pencapaian lain anda seperti wakil negara dalam acara renang dunia atau mana-mana pencapaian yang boleh menunjukkan keperibadian yang berdisiplin dan positif.

📌Tip: Gunakan simbol tanda peluru untuk menyenaraikan pencapaian serta bahasa yang fasih anda gunakan


Kesimpulan: Semua yang Perlu Anda Tahu Mengenai CV Seorang Pembantu


Di dalam panduan ini, kita telah membincangkan perkara-perkara penting di bawah:

  • Rangka utama resume pembantu peribadi atau kerjaya pembantu lain yang berkaitan
  • Format resume yang sesuai digunakan berdasarkan pengalaman yang dimiliki
  • tangga gaji serta peluang pekerjaan pembantu peribadi di Malaysia
  • cara penulisan yang berkesan (kenal pasti kata kunci dalam iklan kerja)
  • kesilapan umum yang perlu dielakkan

Surat iringan


Surat iringan adalah sambungan atau huraian mengenai maklumat yang anda tulis dalam resume yang dihantar. Untuk yang tidak mempunyai pengalaman dalam menulis surat iringan, guna templat resume pembantu kami. Surat iringan penting kerana anda boleh menggunakannya untuk meyakinkan para perekrut bahawa anda layak untuk dipilih.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Soalan Lazim

Apakah beza antara pembantu peribadi dan pembantu maya?

Beza utama kedua-dua kerjaya ini adalah keberadaan anda. Sebagai pembantu peribadi, kehadiran fizikal anda diperlukan untuk mengurus kerja yang diarahkan. Manakala pembantu maya pula boleh berada di mana-mana sahaja dan melakukan tugasan secara dalam talian.

Apa itu cover letter?

Cover letter jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu ialah surat iringan. Surat ini selalunya dihantar bersama resume. Ia mengandungi maklumat yang sama seperti di dalam resume, cuma lebih terperinci dan panjang.

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche