Resume internship | Contoh, templat, tips & pelbagai lagi

Pernahkah anda terfikir, mengapa gaji seorang intern terlalu kecil berbanding siswazah baru?  Masalah sebenar adalah penerimaan majikan atau perekrut terhadap pelajar/interns. Ini adalah kerana setiap kali sesebuah jawatan kosong diiklankan di Malaysia, akan ada beratus-ratus permohonan! Sedihnya, pihak sumber manusia, atau perekrut hanya mengambil masa beberapa jam untuk mengimbas semua permohonan untuk mencari beberapa resume yang menarik perhatian mereka.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Jom selami panduan lengkap menulis resume

Kami telah sediakan contoh resume paling asas dibawah ini. Ianya akan dikembangkan secara lebih terperinci dengan pelbagai penambahbaikan untuk menarik perekrut memanggil anda menghadiri temuduga.

Zakaria Bin Adnan
Perintis Perakaunan
03-8213994
Zakaria.ad@gmail.com
Damansara Damai
linkedin.com/zakariaad

Ringkasan Profesional

Bakal graduan jurusan perakaunan dari USM yang mempunyai minat dan kelebihan meneliti perincian dokumen kewangan, analisis aliran kewangan, menjalankan penyiasatan penipuan, penilaian status kewangan perniagaan. Gemar bekerjasama dalam kumpulan merentasi jurang usia.

Pengalaman

Kelab Fotografi USM
JuruAudit Kelab
Mai 2020 sehingga kini

  • Menjalankan pemeriksaan aliran tunai dan penyata imbangan aktiviti kelab
  • Menggunakan perisian Autocount untuk kerja analisis aliran tunai
  • Bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk urusan bil penyelenggaraan dan perkhidmatan pengawal keselamatan

Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Universiti Sains Malaysia
Jun 2022

Kemahiran

  • Melakukan audit terperinci dengan teliti
  • Analisa aliran wang
  • Penyiasatan aliran tunai dan mencari pembiayaan
  • Berkomunikasi secara lisan dan bertulis
  • Bekerjasama dalam kumpulan merentasi jurang umur

Maklumat Tambahan
Sijil
Anugerah Dekan 2020, 2021, 2022

Oleh yang demikian, sekiranya CV anda tidak menarik perhatian mereka dalam 10 saat pertama, ia akan dicampak keluar dan disenarai hitam dari dipertimbangkan untuk permohonan jawatan kosong pada masa hadapan di dalam syarikat mereka. Keadaan ini menjadi lebih kritikal pada masa sekarang kerana sistem portal kerja mengingatkan perekrut sama ada permohonan anda pernah ditolak pada masa lalu ataupun tidak.

SIla teruskan sekiranya anda ingin templat untuk digunakan dalam permohonan kerja seterusnya. Pengalaman kami adalah berdasarkan interaksi selama berdekad dengan pelbagai perekrut tempatan dan antarabangsa, termasuk agensi kerajaan dari bidang berteknologi tinggi.

Contoh CV internship atau perantis


Sama seperti menulis thesis anda, menulis resume juga ada tekniknya. Menulis resume internship merupakan karya seni yang sangat penting untuk mendapat kerja di tempat idaman serta mendapat elaun yang memuaskan. Berikut merupakan garis panduan yang akan dibincangkan disini untuk menghasilkan resume dan surat iringan dalam hanya beberapa minit:

  • Kaedah untuk memilih format resume, susun atur serta templat terbaik untuk seorang intern.
  • Contoh templat resume internship yang lengkap.
  • Panduan langkah demi langkah untuk menulis setiap bahagian resume anda.
  • Perkara yang MESTI dilakukan dan MESTI dielakkan untuk dielakkan semasa menulis resume internship anda.
  • Petua Pro untuk menonjolkan diri anda berbanding calon lain.

Cara menulis resume internship (walaupun tanpa pengalaman)


Bidang penulisan resume telah berkembang maju semenjak setahun yang lalu. Piawaian penulisan baharu – templat – amalan terbaik – semuanya telah mengalami evolusi berbanding CV pada masa dahulu. Atas sebab ini, adalah  penting untuk anda teliti panduan yang dipaparkan disini untuk menghasilkan resume yang lengkap pada kualiti anatrabangsa sebelum memulakan penulisan anda.

Mari kita mulakan dengan melihat garis panduan penting untuk menghasilkan contoh resume seorang internship. Kaedah ini digunakan dalam kebanyakan resume siswazah baharu mahupun yang berpengalaman. Di sini, kami sertakan untuk anda amalan terbaik dan yang terkini dalam bidang sumber manusia sesebuah majikan idaman.

Perkara yang menarik mereka bermula dari, warna, susun atur, mudah untuk mereka cari informasi yang relevan dengan keperluan utama mereka dalam masa yang singkat.

Susun atur

Struktur resume permohonan kerja internship harus mempunyai bahagian yang berikut:

  • Tajuk atau pengepala
  • Objektif atau Ringkasan CV
  • Pengalaman kerjaya
  • Pendidikan utama
  • Kemahiran
  • Bahagian tambahan (bahasa, kemahiran menggunakan perisian, sijil, anugerah, kerja sukarela dan hobi)

Anda boleh mempribadikan resume internship dengan menggunakan beberapa tips berikut:

  • Tulis resume baharu setiap kali permohonan kerja dilakukan agar kandungan disesuaikan dengan spesifikasi yang diiklankan oleh perekrut.
  • Hasilkan tajuk yang sesuai dan cari kata kunci dari iklan, kerana ia adalah perkara pertama yang akan dicari oleh perekrut.
  • Fokuskan masa dan fikiran anda untuk menambah pengalaman relevan yang serasi dengan keperluan iklan.
  • Semak skop dan keperluan iklan kerja dan tambahkan kata kunci dan kata kerja yang sesuai untuk meningkatkan peluang anda untuk memenangi perhatian perekrut.

Format dan Struktur

Sebagai seorang intern atau perantis, perekrut dan anda tahu bahawa anda tidak mempunyai pengalaman. Namun sekiranya anda  mengikut norma penulisan resume terbaik seperti yang dicadangkan disini, anda akan dapat mengolah perkataan dan struktur untuk menunjukkan kebolehan anda untuk memenuhi keperluan profesional kerja tersebut.

Dibawah ini kami rumuskan jutaan jenis resume yang terdapat di internet kepada 3 kategori utama yang sesuai untuk anda, iaitu:

  • Resume jenis fungsi pula menumpu pada kemahiran anda. Jika anda seorang graduan baru atau sedang menukar kerjaya, maka resume dengan format fungsi adalah yang terbaik untuk anda.
  • Resume hibrid/gabungan pula merupakan campuran kedua-dua format di atas. Ia sesuai untuk calon yang mempunyai gabungan kemahiran dan pengalaman yang memberangsangkan.
  • Resume dengan format kronologi terbalik dapat memberi fokus kepada pengalaman anda. Format ini sesuai sekiranya anda telah bekerja sebagai akauntan profesional selama beberapa tahun.

Susun atur resume terdiri daripada fon, saiz fon, margin, dan reka bentuk keseluruhan. Pilih reka bentuk ringkas yang mudah dibaca dan difahami. Fon seperti Helvetica, Georgia, Arial, Times New Roman dan Calibri adalah yang terbaik kerana ia mudah dibaca. Gunakan saiz fon 10-12pt.

📌 Tip: Hadkan resume anda kepada hanya SATU Muka Surat sahaja.


Tajuk dan Maklumat Untuk Dihubungi


Sebagai bakal profesional, anda tidak boleh melakukan kesilapan dalam menulis tajuk atau pengepala resume. Bahagian ini mengandungi maklumat yang diperlukan oleh perekrut untuk menghubungi anda. Sekiranya seorang internship mampu menulis dengan ringkas, padat dan tanpa ralat, ia pasti menarik perhatian perekrut untuk ditemuduga. Maklumat yang perlu ada pada bahagian ini termasuk nama penuh anda, jawatan yang dipohon seperti dalam iklan, maklumat kaedah menghubungi seperti pautan ke profil LinkedIn dan email anda.

Contoh pengepala/tajuk yang baik adalah seperti berikut:

BETUL
Zakaria Bin Adnan
Perintis Perakaunan
03-8213994
Zakaria.ad@gmail.com
Damansara Damai
linkedin.com/zakariaad


Contoh pengepala/tajuk yang tidak sesuai adalah seperti berikut:

SALAH
Zakaria Bin Adnan
Perintis Perakaunan
03-8213994
romeo888@gmail.com
No 37, Jalan Kuda,
Taman TiTi Gajah,
47120, Puchong,
Petaling, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
linkedin.com/zakariaad

📌Tip: Pastikan bahagian tajuk ini pendek, hanya masukkan maklumat diatas. Sekiranya email anda tidak berbunyi profesional, adalah penting untuk anda hasilkan email baru yang lebih profesional serta dapat diakses melalui telefon pintar anda 24 jam.


Kepilkan gambar atau tidak:

Sebagai seorang internship, aras rupa tidak sepatutnya menjadi ukuran tahap keupayaan anda. Oleh kerana anda tiada pengalaman, dan hanya akan berserta mereka untuk sementara waktu, anda dinasihatkan untuk melampirkan gambar dalam resume.  Namun demikian, anda mungkin akan didiskriminasi secara tidak disedari dari pihak perekrut dari awal lagi .

Pengalaman: Terangkan pengalaman anda dengan jelas


Bahagian pengalaman merupakan fokus dalam resume setiap permohonan untuk internship. Ia perlu ditulis berpaksikan iklan dari perekrut secara teratur, ringkas dan padat dalam format resume terkini.

Ringkasan resume anda, iaitu bahagian kedua selepas pengepala, perlu memberi persepsi kepada perekrut terhadap kredibiliti anda sebagai intern yang berpotensi.

Apa yang perlu dilakukan jika anda tidak mempunyai pengalaman

Bagaimanakah caranya untuk menghasilkan resume agar perekrut terpegun serta tidak sabar untuk menghubungi anda untuk ditemuduga, menawarkan elaun yang lumayan berbanding calon lain?

  • Mulakan kerja sebagai sukarelawan selama beberapa bulan walaupun gajinya terlalu rendah atau tiada gaji.
  • Sekiranya anda mempunyai pelbagai pengalaman, informasi pendidikan dalam zaman persekolahan perlu di tinggalkan kerana ia tidak lagi relevan kepada perekrut.

Contoh penulisan pengalaman kerja yang baik adalah seperti berikut:

BETUL
Kelab Fotografi Universiti Sains Malaysia
JuruAudit Kelab
Mai 2020 sehingga kini
  • Menjalankan pemeriksaan aliran tunai dan penyata imbangan.
  • Menggunakan perisian Autocount untuk kerja analisis aliran tunai.
  • Bekerjasama dengan MPP untuk membayar bil penyelenggaraan dan perkhidmatan pengawal keselamatan.
  • Mengekalkan lejar kewangan kelab dan membuat laporan kewangan kepada bendahari Universiti.
  • Menjalankan analisis akaun dan menyelaraskan semua entri perakaunan dengan penyata bank dan urus niaga lain. Bekerja sama dengan pasukan audit dan membantu menyelesaikan percanggahan dalam penemuan audit.
  • Mengawasi tanggungjawab perakaunan am bagi tiga perintis sambilan yang mengendalikan perakaun tambahan.

💡 Contoh di atas mengaitkan tugasan anda dengan fakta/data yang dapat digunakan untuk mengukur pencapaian yang diperolehi. Ini juga memudahkan perekrut melihat sifat analitik anda sebagai seorang intern.


Contoh penulisan pengalaman kerja yang tidak sesuai adalah seperti berikut:

SALAH
Kelab Fotografi Universiti Sains Malaysia
JuruAudit Kelab
Mai 2020 sehingga kini
  • Penyediaan penyata kira-kira
  • Berkomunikasi dengan AJK
  • Mengaudit

🛑 Contoh di atas adalah tidak spesifik, dan ia tidak akan menyerlahkan resume dikalangan calon lain.
📌Tip: Jangan hanya tulis anda seorang “pelajar XX” – tiada perekrut yang mahu mengambil seorang ‘pelajar’. Tulis gelaran yang anda ingin perolehi dalam latihan industri ini. Ia boleh jadi Perantis Akauntan.


Pendidikan: Bagaimana untuk menulis latar belakang akademik anda


Pendidikan memainkan peranan penting dalam resume internship. Anda boleh masukkan pendidikan sejurus selepas ataupun sebelum bahagian pengalaman kerja. Gunakan format yang konsisten untuk menyenaraikan pendidikan anda – mulakan dengan nama ijazah, nama institusi, tempoh masa pengajian dan hasil pembelajaran utama yang anda perolehi daripada pengajian.

📌 Sekiranya anda tiada pengalaman kerja, maka mulakan dengan maklumat akademik dan kemudiannya senaraikan kemahiran yang telah anda kuasai serta pengalaman semasa latihan praktikal pada tahun akhir anda.


Contoh penulisan latar belakang akademik yang baik adalah seperti berikut:

Pendidikan
Siswazah Sarjana Muda Perakaunan
Universiti Sains Malaysia
Disember 2022

Kemahiran
  • Melakukan audit terperinci dengan teliti
  • Analisa aliran wang
  • Perakaunan cukai
  • Penyiasatan aliran tunai dan tender
  • Berkomunikasi secara lisan dan bertulis
  • Bekerjasama dalam kumpulan merentasi jurang usia
CGPA- 3.8/4.0

📌 Sekiranya anda masih belum tamat pengajian, masukkan tarikh tamat yang dijangkakan.


Kemahiran terbaik untuk resume internship anda


Resume anda perlu ada kemahiran teras serta kemahiran insaniah. Anda juga harus mengenal pasti kemahiran yang diperlukan untuk menyempurnakan kerja dan kemahiran insaniah yang penting untuk bekerjasama di tempat kerja anda.

Mari lihat beberapa kemahiran penting yang perlu anda tambahkan pada resume anda.

Contoh Hard Skills atau Kemahiran Teras

  • Pengetahuan lanjutan tentang topik perakaunan
  • Kemahiran pengkomputeran dan teknologi, termasuk kecekapan dalam perisian perakaunan
  • Kemahiran prinsip perakaunan yang diterima umum (GAAP)
  • Pemahaman tentang isu kawal selia dalam perakaunan
  • Kesedaran yang meluas dan global tentang isu dan organisasi perniagaan dan ekonomi
  • Pemahaman tentang etika, perundangan dan tanggungjawab sosial dalam perniagaan, termasuk akauntabiliti

Contoh Soft Skills atau Kemahiran Insaniah

  • Kemahiran mendengar secara generatif
  • Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bertulis seperti menulis laporan
  • Menghormati pandangan berbeza
  • Dapat membezakan di antara masa untuk memimpin dan masa untuk dipimpin
  • Dapat menerima kritikan untuk terus membina idea baru melalui gabungan idea ahli kumpulan lain.
  • Tidak mudah kecewa apabila idea yang diutarakan tidak mendapat sambutan

Ringkasan Profesional: Pembentangan intipati resume internship


Ringkasan profesional merupakan peluang keemasan di dalam resume untuk mempromosi diri. Ia dipecahkan kepada 2 bahagian:

  • Ayat pertama memberikan perincian relevan mengenai masa lampau anda untuk membentuk pattern kredibiliti, seperti pendidikan, kemahiran, projek dan pencapaian lalu.
  • Ayat kedua mengenai masa hadapan dengan menyatakan minat dan seronoknya anda untuk berkhidmat dalam organisasi mereka.

Contoh penulisan ringkasan profesional yang baik adalah seperti berikut:

BETUL
  • CPA berlesen dan peranti perakaunan.
  • Mengetuai penggunaan perisian perakaunan baharu yang mengotomasikan laporan.
  • Berjaya menjimatkan 10 jam/ bulan kerja pentadbiran.

💡 Contoh di atas menampilkan kemahiran. Ia menjadikan resume kelihatan seimbang dan relevan dengan peranan yang diiklankan kerana ia mengaitkan anda dengan kerja berpersatuan yang menunjukkan anda dapat bekerja secara berkumpulan.


Contoh penulisan ringkasan profesional yang tidak menarik adalah seperti berikut:

SALAH
Pelatih perakaunan yang berdedikasi dan berkemahiran dalam bidang perakaunan.

🛑 Contoh di atas terlalu ringkas maka ia gagal menampilkan minat dan kemahiran yang telah anda kuasai kepada perekrut.


Bahagian tambahan untuk CV internship


Bahagian tambahan di dalam resume bertindak sebagai sumber maklumat penting untuk perekrut. Berikut merupakan beberapa contoh yang boleh digunakan:

  • Calon boleh memasukkan pelbagai maklumat di bawah tajuk yang berbeza.
  • Ia merupakan bahagian yang kecil namun ia sentiasa menarik perhatian perekrut.
  • Mudah untuk mengisi ruang resume untuk pelajar yang tidak mempunyai pengalaman keinternshipan yang mendalam.
  • Caranya disini ialah memilih tajuk yang sesuai untuk resume anda. Ingat, informasi yang tidak menambah nilai pada diri anda atau keperluan majikan harus dielakkan.

Bahasa

Sebagai seorang intern atau perantis, kemahiran berbahasa Inggeris dan bahasa tambahan lain seperti Arab atau Mandarin akan memberi impak kepada resume kerana ia membezakan anda daripada calon lain.

Sertai beberapa kursus pendek selepas tamat pengajian atau dalam masa anda sedang menunggu untuk dipanggil temuduga. Kursus bahasa asing yang disertai perlulah menganugerahkan sijil yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa seperti berikut:

  • Goethe Zertifikat atau TestDaF untuk bahasa Jerman
  • TOEFL atau IELTS untuk Bahasa Inggeris
  • SIELE untuk bahasa Sepanyol

Kerja Sukarela

💡 Sebagai pemohon internship, perekrut mempunyai andaian bahawa golongan ini ini tidak mampu memberi nilai kepada organisasi mereka melainkan melakukan kerja kerani bawahan. Oleh yang demikian, adalah agak bijak sekiranya anda sebagai internship mempamerkan model resume internship yang menarik hati perekrut dengan menyertai program sukarela yang berkaitan dengan perakaunan walaupun tidak bergaji.

Anda boleh mulakan dengan menentukan perubahan yang ingin anda lakukan dalam komuniti. Kemudian hubungi mereka melalui Facebook untuk membentangkan cadangan aktiviti sukarelawan anda dan mula menarik ahli komuniti lain untuk menyertai anda.

Hobi

💡Hobi yang relevan dengan bidang yang anda ceburi adalah sangat bernilai kepada perekrut yang berpengalaman. Ia menjadi ukuran sama ada anda sanggup melakukan lebih dari skop kerja formal.

Kemahiran Komputer

💡Setiap siswazah mesti mempunyai kemahiran menggunakan teknologi berkomputer untuk membantu anda mendiagnosis kerja perakaunan anda. Maka, ia hendaklah’ di tulis dalam bahagian tambahan sebagai ‘kemahiran komputer agar ia tidak terbenam dengan bahagian kemahiran am yang lain.

Pensijilan profesional adalah penting bagi seperti intern. Ia merupakan idea yang bijak untuk tidak memasukkanya dalam bahagian pendidikan am. Berikut merupakan beberapa pensijilan yang dapat menonjolkan resume internship anda:

  • Akauntan Awam Bertauliah (CPA)
  • Penganalisis Kewangan Bertauliah (CFA®)
  • Akauntan Pengurusan Bertauliah (CMA)
  • Ejen Berdaftar (EA)
  • Juruaudit Dalaman Bertauliah (CIA)
  • Juruaudit Sistem Maklumat Bertauliah (CISA)
  • Penganalisis Pelaburan Alternatif Bertauliah (CAIA)

Ringkasan: Menulis CV yang sesuai untuk permohonan internship


Kita telah melihat begitu banyak tips dan panduan menghasilkan resume internship yang terbaik atau dengan kata lain, model resume internship. Sebagai nota terakhir, sila lihat semula rumusan berikut:

  • Kaji iklan pekerjaan dan kembangkan kemahiran yang mereka cari – dapatkan pensijilan kemahiran yang berkaitan
  • Pilih templat yang sesuai untuk menjana resume internship pdf yang berkualiti.
  • Format resume yang betul adalah kunci untuk memastikan kelayakan anda dibentangkan dengan baik. Sila lihat beberapa tips tambahan disini.
  • Sesuaikan ringkasan resume anda kepada pekerjaan yang berbeza – jadikan ia semenarik mungkin untuk menarik perhatian pembaca.
  • Minta rakan anda untuk menyemak resume anda sebelum menghantarnya kepada perekrut.
  • Mulakan dengan pendidikan dan kemahiran, terutamanya jika anda tidak mempunyai pengalaman. Lihat beberapa kategori yang lain disini.

Ringkasan: Membuat Resume Profesional Untuk internship

  • Pastikan resume anda pendek, ringkaskan semua kelayakan anda.
  • Jadi khusus dalam bahagian pengalaman anda – gunakan nombor untuk menambah kredibiliti – elakkan menulis peranan dan tanggungjawab.
  • Resume internship anda hendaklah bermula dengan tajuk yang menarik. Ia perlu dibentang secara profesional. Anda boleh lihat templat disini.
  • Gunakan bahagian tambahan untuk memberikan kejutan yang menyenangkan pengurus pengambilan pekerja.
  • Tulis ringkasan objektif yang menerangkan kemahiran dan minat utama anda dalam pekerjaan itu.
  • Gunakan format yang jelas untuk mempamerkan kelayakan akademik anda – jadikan deskriptif tentang kelayakan dan pencapaian akademik.

Lengkapkan CV anda dengan surat iringan


Surat iringan dihantar bersama resume dan ia menerangkan sebab anda berminat dengan jawatan yang ditawarkan dalam sesebuah iklan serta bagaimana anda merupakan calon terbaik berbanding ribuan calon lain.

Maka, luangkan masa untuk berfikir, membuat kajian mengenai struktur dan kandungan surat iringan yang dapat menarik perhatian perekrut dan kemudian menulisnya. Sila lihat contoh templat sedia ada disini untuk menjimatkan masa anda menghasilkan surat sendiri.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Apa sijil profesional dalam bidang perakaunan yang paling dikehendaki perekrut dari seorang akuntan?

CMA bermaksud Akauntan Pengurusan Bertauliah yang pakar dalam Perakaunan Kewangan dan pengurusan strategik dan Ijazah dianugerahkan oleh Institut Akauntan Pengurusan (IMA). CMA berurusan dengan bidang pengurusan dan strategi manakala CPA diutamakan untuk bahagian kawal selia dan percukaian. Lesen CPA ialah pensijilan perakaunan yang paling popular untuk peranan perakaunan dan kewangan di Amerika Syarikat. Penamaan ini mengesahkan kepakaran anda dalam cukai, pematuhan, pengurusan risiko, perakaunan forensik dan bidang lain.

Apakah 7 Pekerjaan paling popular dalam bidang Perakaunan?

Untuk memudahkan kerja anda menghasilkan dan mengubah format tanpa menulis berulang resume anda setiap kali anda pohon pekerjaan, sila lihat resume builder yang telah kami hasilkan disini.

  • Juruaudit
  • Akauntan Maklumat dan Teknologi
  • Penganalisis Kewangan Kanan
  • Akauntan Forensik
  • Akauntan Pengurusan

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche