Contoh resume jurutera | Templat dan sumber untuk berjaya

Penilaian Purata untuk templat ini

5
Rated 5 out of 5
Daripada 1 ulasan pelanggan

Selepas berusaha selama beberapa tahun tanpa dapat tidur dengan nyenyak kerana anda cuba menyiapkan ratusan kerja kursus, membuat pembentangan, melengkapkan laporan dan akhir sekali viva. Anda akhirnya berjaya menjadi graduan jurutera – atau mungkin hampir menjadi seorang graduan.

Sebelum meraikan kejayaan anda sebagai seorang jurutera siswazah, anda masih perlu mendapatkan kerja di syarikat yang membayar gaji memberangsangkan untuk membayar balik duit pinjaman, wang pemberian ibu bapa atau membuktikan kepada rakan taulan kehebatan anda mendapat kerja di syarikat yang di idami setiap graduan kejuruteraan Malaysia untuk memiliki kehidupan yang anda impikan selama ini.

Anda perlu mencipta resume pelajar kejuruteraan yang padat untuk mendapatkan pekerjaan pertama anda. Ini adalah kerana, sebagai seorang jurutera, 3 pekerjaan pertama anda akan mencorakkan kehidupan serta arah tuju industri mana yang akan anda sertai selama mana anda bekerja sebagai seorang jurutera.

Jika anda seorang pelajar kejuruteraan yang cuba mencari kerja sebelum menamatkan pengajian mahupun jika anda baru sahaja menamatkan pengajian dan ingin memohon pekerjaan pertama anda, panduan ini akan membantu anda melalui langkah-langkah untuk manulis resume seorang jurutera yang sempurna.

Di bawah ini kami telah menghasilkan panduan yang mudah untuk diikuti sebagai templat resume jurutera untuk membantu anda menghasilkan resume yang terbaik. Pengalaman kami adalah berdasarkan interaksi selama berdekad dengan pelbagai perekrut tempatan dan antarabangsa, termasuk agensi kerajaan dari bidang berteknologi tinggi.

Contoh resume jurutera

Jika karnival kerjaya sudah hampir tiba, dan anda ingin menghasilkan resume dengan surat iringan terbaik untuk menarik perhatian perekrut, berikut ialah petua ringkas yang boleh anda gunakan sebagai templat untuk menghasilkan resume dan surat kiriman dalam beberapa minit:

  • Panduan untuk memilih format resume, susun atur dan templat terbaik untuk pelajar kejuruteraan.
  • Contoh resume Pelajar Kejuruteraan yang lengkap.
  • Panduan langkah demi langkah untuk menulis setiap bahagian resume anda.
  • Perkara yang PERLU dilakukan dan yang TIDAK boleh semasa menulis resume kejuruteraan anda.
  • Petua Pro untuk menonjolkan diri anda daripada aplikasi lain.

Jom selami panduan lengkap menulis resume👇

Berikut adalah contoh resume asas yang akan dirancang dan dikembangkan secara lebih terperinci dengan beberapa penambahbaikan untuk menarik perekrut untuk memanggil anda menghadiri temuduga.

Mustafa Bin Karim
Graduan Kejuruteraan Elektrikal
03-98839944
mus.karim@gmail.com
Taman Kayangan, Kuala Selangor
linkedin.com/mustafakamal

Sinopsis Profesional
Pelajar Kejuruteraan Elektrikal yang sangat berminat dengan bidang elektronik dan perkhidmatan pembuatan. Mempunyai pengalaman selama 8 bulan dalam industri mereka bentuk dan penyelenggaraan sistem elektrik. Dalam latihan industri saya di Perunding Kejuruteraan Elektrik Boyd & Kent (M). Saya bekerja sebagai jurutera reka bentuk untuk pemasangan elektrik bernilai RM200 juta untuk projek KVMRT.

Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dengan Kepujian
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor
2018-2022 (Bakal tamat pengajian pada November 2022)

Pengalaman Berkerja

Ogos 2021 hingga kini
Perunding Kejuruteraan Elektrik Boyd & Kent (M) Sdn .Bhd.
Jurutera Reka Bentuk (Pelatih)

  • Menyertai pasukan penyelia dan juruelektrik dalam pemasangan sistem elektrikal
  • Menyertai jabatan pembelian dalam perolehan alatan dan peralatan pemasangan elektrik – sebut harga yang dianalisis dan spesifikasi produk
  • Menyediakan BOQ untuk keperluan pelanggan dan membentangkannya dalam mesyuarat mingguan
  • AutoCAD elektrikal digunakan untuk reka bentuk sistem elektrik dan Ansys SpaceClaim untuk pengoptimuman parameter.
  • Pengalaman mengemaskini jadual projek secara live dengan menggunakan Click-Up.

Kemahiran

  • Pengawal mikro
  • Reka bentuk litar PCB dan PLC
  • Perhatian kepada perincian
  • Penyelesaian masalah
  • Pengurusan masa

Cara menulis resume jurutera (walaupun tanpa pengalaman)

Apabila anda melangkah ke dunia profesional dan mula kerjaya pertama anda, anda akan menyedari bahawa ia lebih sukar daripada menyelesaikan masalah kejuruteraan kerana ia melibatkan individu lain – mereka akan sentiasa menilai anda dalam semua aspek dan respon yang anda lakukan, bermula dari cara anda menulis resume, cara anda berjalan dan bercakap dalam temu duga.

Bidang penulisan resume sentiasa berkembang – ia tidak seperti 5 tahun lalu. Piawaian penulisan baharu – templat – amalan terbaik – dan itulah sebabnya penting untuk anda meneliti panduan menghasilkan resume yang lengkap ini sebelum memulakan penulisan anda.

Kita akan mulakan dengan garis panduan umum untuk menulis resume. Ini digunakan untuk kebanyakan resume graduan mahupun berpengalaman dan kami akan memberikan anda amalan standard yang paling terkini dalam jabatan sumber manusia.

Kaedah menulis terbaik adalah memfokus kelebihan anda berbanding rakan graduan lain pada permulaan resume. ini adalah kerana, fokus maksimum perekrut adalah dalam 10 saat pertama mereka melihat resume anda. Sekiranya menarik, fokus mereka dapat dilanjutkan kepada 3 minit lagi. Namun, sekiranya resume dibentangkan dengan baik, mereka akan meneruskan meneliti resume anda melebihi 10 minit dan anda pasti akan dipanggil untuk temuduga.

Perkara yang menarik mereka bermula dari, warna, susun atur, kandungan yang relevan dengan keperluan mereka serta masa yang anda ambil untuk mengkaji skop dan jenis calon yang mereka sedang cari.

Susun atur

Struktur resume permohonan kerja jurutera harus mempunyai bahagian berikut:

  • Pengepala
  • Ringkasan resume/objektif resume
  • Bahagian pengalaman kerja
  • Bahagian pendidikan
  • Bahagian kemahiran
  • Bahagian tambahan (bahasa, kemahiran komputer dan sijil, anugerah, kerja sukarela dan minat)

Anda boleh mempribadikan resume jurutera terlatih dengan menggunakan tips berikut:

  • Hasilkan resume baru untuk setiap permohonan berlainan untuk menyesuaikannya dengan spesifikasi yang diperlukan majikan.
  • Semak skop dan keperluan iklan kerja dan tambahkan kata kunci dan kata kerja yang sesuai untuk meningkatkan peluang anda untuk memenangi perhatian perekrut.
  • Hasilkan tajuk yang sesuai dan cari kata kunci dari iklan, kerana ia adalah perkara pertama yang akan dicari oleh perekrut.
  • Fokuskan masa dan fikiran anda untuk menambah pengalaman relevan yang serasi dengan keperluan iklan.

Format dan Struktur

Sebagai pelajar kejuruteraan, kami tahu anda tidak mempunyai banyak pengalaman profesional, tetapi dengan mengikut norma penulisan resume terbaik ia dapat membantu mengutamakan informasi yang lain mengenai anda. Ingat, resume anda akan dibaca oleh perekrut, maka gunakan ‘bahasa’ mereka!

Di bawah ini kami rumuskan jutaan jenis resume yang terdapt di internet kepada 3 kategori utama yang sesuai untuk profesion kejuruteraan, iaitu:

  • Resume dengan format kronologi terbalik dapat memberi fokus kepada pengalaman profesional anda. Format ini sesuai sekiranya anda telah bekerja sebagai jurutera selama beberapa tahun.
  • Resume jenis fungsi pula menumpu pada kemahiran anda. Jika anda seorang graduan baru atau sedang menukar kerjaya untuk menjadi seorang jurutera, maka resume dengan format fungsi adalah yang terbaik untuk anda.
  • Resume hibrid/gabungan pula merupakan campuran kedua-dua format di atas. Ia sesuai untuk calon yang mempunyai gabungan kemahiran dan pengalaman yang memberangsangkan.
Susun atur resume terdiri daripada fon, saiz fon, margin, dan reka bentuk keseluruhan. Pilih reka bentuk ringkas yang mudah dibaca dan difahami. Fon seperti Helvetica, Georgia, Arial, Times New Roman dan Calibri adalah yang terbaik kerana ia mudah dibaca. Gunakan saiz fon 10-12pt.
📌 Tip: Hadkan resume anda pada hanya SATU Muka Surat.

Tajuk dan Maklumat Untuk Menghubungi Anda

Bahagian tajuk atau pengepala resume untuk jurutera hendaklah bebas daripada ralat dan kesilapan. Ini kerana ia mengandungi maklumat yang digunakan oleh perekrut untuk menghubungi anda. Sekiranya seorang jurutera mampu menulis dengan ringkas, padat dan tanpa ralat, ia pasti dapat menarik perhatian perekrut untuk menghadiri temuduga. Maklumat yang perlu ada pada bahagian ini termasuk nama penuh anda, jawatan kerja seperti dalam iklan, maklumat kaedah menghubungi anda seperti pautan ke profil LinkedIn dan email anda. 

Contoh pengepala/tajuk yang baik adalah seperti berikut:

BETUL
Mustafa Bin Karim
Graduan Kejuruteraan Elektrikal

03-98839944
mus.karim@gmail.com
Taman Kayangan, Kuala Selangor
linkedin.com/mustafakamal

Contoh pengepala/tajuk yang tidak sesuai adalah seperti berikut:

SALAH
Mustafa Bin Karim
Graduan Kejuruteraan Elektrikal

03-98839944
mus.karim@gmail.com
No.2, Jalan Tembaga, Taman Kayangan,
42300 Bandar Puncak Alam,
Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
Tarikh lahir 02/03/2000
linkedin.com/mustafakamal

📌Tip: Pastikan bahagian tajuk pendek, hanya masukkan maklumat seperti diatas. Adalah penting untuk anda hasilkan email baru yang berbunyi profesional serta berfungsi.

Kepilkan gambar atau tidak:

Sebagai seorang jurutera, aras rupa tidak sepatutnya menjadi ukuran tahap keupayaan analitik anda. Gambar tidak perlu dilampirkan dalam resume melainkan perekrut memintanya di dalam iklan atau email peribadi kepada anda sebelum sesi temuduga diadakan. Ini adalah kerana anda mungkin  didiskriminasi secara tidak disedari dari pihak perekrut dari awal lagi .

Pengalaman: Merupakan asas dalam industri kejuruteraan

Bahagian pengalaman ini merupakan asas kepada resume setiap jurutera. Setiap graduan pasti menghadapi pelbagai kesukaran untuk mengisinya kerana tiada pengalaman yang dapat menonjolkan kelebihan anda berbanding dengan calon lain. Mungkin juga anda menghadapi diskriminasi dari perekrut berdasarkan Universiti anda!

Ringkasan resume anda, iaitu bahagian kedua selepas pengepala, perlu menarik perekrut terhadap kredibiliti dan potensi anda sebagai jurutera yang berkaliber.

Untuk menjadikannya relevan dengan iklan jawatan baru, sila masukkan beberapa mata pelajaran yang berkaitan serta topik tugasan untuk menunjukkan kesinambungan diantara akademik anda dengan skop kerja yang diiklankan perekrut.

Apa yang perlu dilakukan jika anda tidak mempunyai pengalaman

Bagaimanakah caranya untuk menghasilkan resume agar perekrut terpegun serta ttidak sabar untuk menghubungi anda untuk ditemuduga dan bersedia untuk menawarkan gaji dan tanggungjawab yang lebih besar kepada anda berbanding dengan calon lain?

  • Kami mencadangkan agar anda luangkan masa menyertai badan kebajikan yang relevan dengan bidang yang anda minat.
  • Cari NGO berkaitan pendidikan kejuruteraan untuk mahasiswa universiti anda atau cadangkan projek kejuruteraan mini dalam taman perumahan anda.
  • Luangkan masa bersama sukarelawan lain dan abadikan gambar yang menunjukkan kesungguhan anda menyelesaikan masalah komuniti setempat melalui akaun Linkedin anda.
  • Ia juga menunjukkan anda mempunyai sikap mesra dan mudah bergaul dengan masyarakat, dan dapat bekerjasama dengan generasi yang lebih tua dari anda.
  • Sekiranya anda mempunyai pelbagai pengalaman kerja, informasi pendidikan dalam zaman persekolahan perlu di tinggalkan kerana ia tidak relevan lagi untuk perekrut. 

Contoh penulisan pengalaman kerja yang baik adalah seperti berikut:

BETUL
Perunding Kejuruteraan Elektrik Boyd & Kent (M) Sdn .Bhd.
Jurutera Reka Bentuk (Pelatih)
Ogos 2021 hingga kini

Jurutera Reka Bentuk (Pelatih)

  • Menyertai pasukan penyelia dan juruelektrik dalam pemasangan sistem elektrikal
  • Menyertai jabatan pembelian dalam perolehan alatan dan peralatan pemasangan elektrik – sebut harga yang dianalisis dan spesifikasi produk
  • Menyediakan BOQ untuk keperluan pelanggan dan membentangkannya dalam mesyuarat mingguan
  • AutoCAD elektrikal digunakan untuk reka bentuk sistem elektrik dan Ansys SpaceClaim untuk pengoptimuman parameter.
  • Pengalaman mengemaskini jadual projek secara live dengan menggunakan Click-Up.
💡Contoh di atas mengaitkan tugasan anda dengan fakta/data yang dapat digunakan untuk mengukur pencapaian yang diperolehi. Ini juga memudahkan perekrut melihat sifat analitik anda sebagai seorang jurutera.

Contoh penulisan pengalaman kerja yang tidak sesuai adalah seperti berikut:

SALAH
Perunding Kejuruteraan Elektrik Boyd & Kent (M) Sdn .Bhd.
Jurutera Reka Bentuk (Pelatih)
Ogos 2021 hingga kini
  • Memasang sistem elektrikal
  • Bekerjasama dengan jabatan pembelian dalam perolehan
  • Menyediakan BOQ
  • Menggunakan dan AutoCAD, Ansys dan Click-Up.
🛑 Contoh di atas adalah tidak spesifik, dan ia tidak akan menyerlahkan resume dikalangan calon lain.
📌Tip: Jangan hanya tulis anda seorang “pelajar kejuruteraan” – tiada perekrut yang mahu mengambil seorang ‘pelajar’. Tulis gelaran yang anda perolehi semasa berada dalam latihan industri. Ia boleh jadi Pelatih Kejuruteraan atau Jurutera Pelatih.

Pendidikan: Bagaimana untuk memasukkan latar belakang akademik anda

Pendidikan memainkan peranan penting dalam resume seorang pelajar kejuruteraan. Pada kebiasaannya, perekrut akan menulis kelayakan akademik yang mereka ingini berdasarkan huraian skop dan tanggungjawab kerja yang diiklankan.

Anda boleh masukkan pendidikan sejurus selepas ataupun sebelum bahagian pengalaman kerja. Gunakan format yang konsisten untuk menyenaraikan pendidikan anda – mulakan dengan nama ijazah, nama universiti, tempoh masa pengajian dan hasil pembelajaran utama yang anda perolehi daripada kursus ijazah.

📌Sekiranya anda tiada pengalaman kerja (melainkan pernah melakukan kerja dengan badan kebajikan), maka mulakan dengan maklumat akademik dan kemudiannya senaraikan kemahiran yang telah anda kuasai serta pengalaman semasa latihan praktikal pada tahun akhir anda.

Contoh penulisan latar belakang akademik yang baik adalah seperti berikut:

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian
2018-2022 (Bakal tamat pengajian pada November 2022)
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor
  • Structural engineering
  • Building architect
  • Engineering machinery

CGPA- 3.6/4

📌 Sekiranya anda masih belum tamat pengajian, masukkan tarikh tamat yang dijangkakan.

Kemahiran terbaik untuk resume jurutera anda

Mendapat pekerjaan idaman bukannya suatu yang mudah, anda perlu mempamerkan gabungan pengalaman, kemahiran, latihan dan pencapaian akademik yang memberangsangkan untuk menarik perekrut yang berpengalaman.

Resume anda perlu ada kemahiran teras serta kemahiran insaniah. Anda juga harus mengenal pasti kemahiran yang diperlukan untuk menyempurnakan kerja dan kemahiran insaniah yang penting untuk berkerjasama di tempat kerja anda.

Mari lihat beberapa kemahiran penting yang perlu anda tambahkan pada resume anda.

Contoh Hard Skills atau Kemahiran Teras

  • Pengagihan kuasa dan reka bentuk grid
  • Reka bentuk sistem mekatronik
  • Reka bentuk litar elektrik
  • Analisis BOQ
  • Reka bentuk mikropengawal
  • Reka bentuk PCB dan PLC
  • Pemprosesan isyarat digital

Contoh Soft Skills atau Kemahiran Insaniah

  • Kemahiran mendengar secara generatif
  • Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bertulis seperti menulis laporan
  • Kemahiran menganalisis data
  • Kemahiran menyelesaikan masalah
  • Kemahiran bekerja dalam kumpulan
  • Menghormati pandangan berbeza
  • Dapat membezakan di antara masa untuk memimpin dan masa untuk dipimpin
  • Dapat bekerja dalam persekitaran yang bertekanan tinggi
  • Tidak mudah kecewa apabila idea yang diutarakan tidak mendapat sambutan
  • Dapat menerima kritikan untuk terus membina idea baru melalui gabungan idea ahli kumpulan lain

Ringkasan Profesional: Pembentangan intipati resume anda

Ringkasan profesional sebenarnya adalah peluang dan ruang dalam resume untuk mempromosi diri. I dipecahkan kepada 2 ayat:

  • Ayat pertama menekankan kemahiran utama dan minat anda untuk menyertai syarikat mereka
  • Ayat kedua membentangkan prestasi anda dalam latihan industri, pencapaian akademik dan potensi profesional anda.

Contoh penulisan ringkasan profesional yang baik adalah seperti berikut:

BETUL
  • Seorang jurutera elektrikal yang berdedikasi dalam reka bentuk kawalan proses untuk PLC mesin pembuatan.
  • Sedang berusaha untuk berkhidmat dengan pasukan kawalan dan instrumentasi untuk mengoptimumkan proses pembuatan.
  • Dalam latihan industri di BIL Food Processing, saya terlibat dalam mencari parameter terbaik untuk pengeluaran optimum biskut coklat mereka.
💡Contoh di atas menampilkan kemahiran anda. Ia menjadikan resume kelihatan seimbang dan relevan dengan peranan yang diiklankan kerana ia mengaitkan anda dengan kerja berpersatuan yang menunjukkan anda dapat bekerja secara berkumpulan.

Contoh penulisan ringkasan profesional yang tidak menarik adalah seperti berikut:

SALAH
Jurutera pelatih yang berdedikasi dengan minat dalam bidang kawalan dan instrumentasi.
🛑 Contoh di atas terlalu ringkas maka ia gagal menampilkan minat dan kemahiran yang telah anda kuasai kepada perekrut.

Bahagian tambahan untuk CV jurutera

Bahagian tambahan di dalam resume bertindak sebagai sumber maklumat penting untuk pelajar kejuruteraan. Berikut merupakan beberapa contoh faedah yang dapat anda perolehi apabila ia digunakan dengan bijak:

  • Ia merupakan bahagian yang kecil namun ia sentiasa menarik perhatian perekrut.
  • Calon boleh memasukkan pelbagai maklumat di bawah tajuk yang berbeza.
  • Mudah untuk mengisi ruang resume untuk pelajar yang tidak mempunyai pengalaman kejuruteraan yang mendalam.
  • Caranya disini ialah memilih tajuk yang sesuai untuk resume anda. Ingat, informasi yang tidak menambah nilai pada diri anda atau keperluan majikan harus dielakkan.

Bahasa

Untuk seorang jurutera, kemahiran berbahasa Inggeris dan bahasa tambahan yang lain akan memberi impak kepada resume kerana ia membezakan anda daripada calon lain. Bahasa tersebut digunakan dalam menulis laporan, email, berdiskusi dan mempelajari pengetahuan baru setelah berkerja.

Sertai beberapa kursus pendek selepas tamat pengajian atau dalam masa anda sedang menunggu untuk dipanggil temuduga. Kursus bahasa asing yang disertai perlulah menganugerahkan sijil yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa seperti berikut:

  • Goethe Zertifikat atau TestDaF untuk bahasa Jerman
  • TOEFL atau IELTS untuk Bahasa Inggeris
  • SIELE untuk bahasa Sepanyol

Kerja Sukarela

💡 Sebagai seorang jurutera, perekrut mempunyai andaian bahawa golongan professional ini tidak pandai bersosial. Oleh yang demikian, adalah agak bijak sekiranya anda sebagai graduan jurutera mempamerkan model resume yang menarik hati perekrut.

Anda boleh mulakan dengan menentukan perubahan yang ingin anda lakukan dalam komuniti. Kemudian hubungi pengerusi taman untuk membentangkan cadangan aktiviti sukarelawan anda dan mula manarik ahli komuniti alin untuk menyertai anda.

Hobi

💡Hobi yang relevan dengan bidang yang anda ceburi adalah sangat bernilai kepada perekrut yang berpengalaman. Ia menjadi ukuran sama ada anda sanggup melakukan lebih dari apa yang di arah.

Kemahiran Komputer

💡Setiap jurutera mesti mempunyai kemahiran menggunakan pelbagai perisian untuk membantu anda melengkapkan skop kerja. Ia hendaklah’ di tulis dalam bahagian tambahan sebagai ‘kemahiran komputer agar ia tidak terbenam dalam bahagian kemahiran am lain.

Pensijilan adalah penting bagi setiap jurutera. Merupakan idea yang baik untuk tidak memasukkanya dalam bahagian pendidikan am. Berikut merupakan beberapa pensijilan yang dapat menonjolkan resume pelajar kejuruteraan anda:

  • Jurutera Profesional (PE)
  • Profesional Pengurusan Projek (PgMP)
  • Profesional Jurutera Sistem Bertauliah (CSEP)
  • Pensijilan Pengawal Logik Boleh Aturcara (PLC)
  • Pensijilan Kawalan Penyeliaan dan Pemerolehan Data (SCADA)
  • Pengurus Tenaga Bertauliah (CEM)

Ringkasan: Menulis CV yang sesuai untuk jurutera

Kami telah bersama-sama melihat banyak tips dan garis panduan untuk menghasilkan resume jurutera yang sempurna. Sebagai nota terakhir, sila pertimbangkan petua pro berikut:

  • Pilih templat yang sesuai untuk menjana resume jurutera pdf yang berkualiti.
  • Minta rakan anda untuk menyemak resume anda sebelum menghantarnya kepada perekrut.
  • Gunakan grammarly untuk menyemak penggunaan bahasa Inggeris dalam resume jurutera anda.
  • Format resume yang betul adalah kunci untuk memastikan kelayakan anda dibentangkan dengan baik. Sila lihat beberapa tips tambahan disini.
  • Kaji iklan pekerjaan dan kembangkan kemahiran yang mereka cari – dapatkan pensijilan kemahiran yang berkaitan.
  • Mulakan dengan pendidikan dan kemahiran, terutamanya jika anda tidak mempunyai pengalaman. Lihat beberapa kategori yang lain disini.
  • Semasa proses menulis resume, tumpukan sebahagian besar perhatian anda pada bahagian pengalaman profesional.
  • Sesuaikan ringkasan resume anda kepada pekerjaan yang berbeza – jadikan ia semenarik mungkin untuk menarik perhatian pembaca.

Ringkasan: Membuat Resume Profesional untuk Pelajar Kejuruteraan

  • Resume pelajar kejuruteraan anda hendaklah bermula dengan tajuk yang menarik. Ia perlu dibentang secara profesional. Anda boleh lihat templat disini.
  • Pastikan resume anda pendek, ringkaskan semua kelayakan anda.
  • Tulis ringkasan objektif yang menerangkan kemahiran dan minat utama anda dalam pekerjaan itu.
  • Jadi khusus dalam bahagian pengalaman anda – gunakan nombor untuk menambah kredibiliti – elakkan menulis peranan dan tanggungjawab.
  • Gunakan format yang jelas untuk mempamerkan kelayakan akademik anda – jadikan deskriptif tentang kelayakan dan pencapaian akademik anda. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai tips tambahan untuk menghasilkan resume pelajar disini.
  • Gunakan bahagian tambahan untuk memberikan kejutan yang menyenangkan kepada pengurus pengambilan pekerja.

Lengkapkan CV anda dengan surat iringan

Surat iringan dihantar bersama resume dan ia menerangkan sebab anda berminat dengan jawatan yang ditawarkan dalam sesebuah iklan serta bagaimana anda merupakan calon terbaik berbanding ribuan calon lain.

Surat iringan juga membebaskan anda dari kekangan struktur resume. Di sini anda bebas meluahkan kreativiti anda melalui penulisan dan struktur logik untuk menarik mereka memilih anda.

Oleh yang demikian, sila luangkan masa untuk berfikir, membuat kajian mengenai struktur dan kandungan surat iringan yang dapat menarik perhatian perekrut dan kemudian menulisnya. Sila lihat contoh templat sedia ada disini untuk menjimatkan masa anda menghasilkan surat sendiri.

Soalan lazim

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya berminat dengan skop jawatan yang diiklankan tetapi ijazah saya tidak sama dengan ijazah yang diiklankan oleh majikan?

Petua untuk mencapai kejayaan adalah minat yang mendalam dalam sebarang bidang yang diceburi. Kerap kali ijazah yang ditulis dalam sesuatu iklan adalah andaian yang dari ketua jabatan atau perekrut. Ini bermaksud, anda boleh memohon jawatan tersebut dengan syarat anda menulis dan terangkan dengan jelas mengapa anda ingin jawatan tersebut dalam surat iringan serta dalam ringkasan professional.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya terasa unversiti saya didiskriminasi oleh kebanyakan perekrut?

Sekiranya anda terasa sedemikian, dapatkan kepastian dengan bertanya rakan anda sama ada mereka dipanggil temuduga, ditawarkan kerja dalam syarikat kecil yang tidak popular atau diberikan gaji lebih kecil dari yang biasanya diterima oleh graduan kejuruteraan lain seperti dibawah RM2,000.00 sebulan.

Sekiranya ini berlaku, anda perlu memperbaiki kualiti resume dan surat iringan yang anda dan rakan anda hasilkan. Sama ada ia tidak diedit untuk disesuaikan untuk setiap permohonan berbeza, atau anda tidak menulisnya dengan cara yang menarik perhatian perekrut. Saya cadangkan agar anda melihat resume builder yang telah kami hasilkan disini.

Artikel yang serupa