Resume Pengawal Keselamatan | Contoh, templat, tips & banyak lagi

Seorang pengawal keselamatan boleh bertugas di dalam pelbagai industri. Individu yang berkelayakan tidak hanya ditugaskan untuk mengawal premis perniagaan semata-mata. Malah, ada yang ditugaskan sebagai pengawal peribadi orang kenamaan.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Semak contoh resume pengawal keselamatan sebenar di bawah ini 👇

Kamal Bin Harun
Pengawal Keselamatan
014-567 8901
kamal.harun@yahoo.com
Raub, Pahang
linkedin.com/kamalH

Ringkasan Profesional

Seorang pengawal keselamatan yang berdisiplin dan tangkas, sentiasa bersedia berhadapan dengan kecemasan dan mempunyai 6 tahun pengalaman dalam pengurusan kawalan kecemasan di pusat membeli belah ternama. Pakar dalam pengurusan keselamatan kecemasan dan bantuan melibatkan perlindungan nyawa.

Pengalaman

Pengawal Keselamatan
Berjawa Times Mall
Mei 2018 sehingga kini

  • Melakukan rondaan lengkap di semua bangunan dan lantai setiap jam bagi menyelesaikan permasalahan yang diajukan oleh pengunjung pusat membeli belah.
  • Berkomunikasi secara tegas tetapi tetap profesional dengan semua lapisan masyarakat dan juga orang awam..
  • Bertanggungjawab membangunkan pelan rawatan individu berdasarkan maklumat yang diberikan oleh keluarga dan unit perkhidmatan sosial.
  • Mengimbas lebih kurang 200 orang pengunjung keluar dan masuk setiap hari menggunakan mesin pengimbas x-ray untuk mengelakkan individu yang mencurigakan melakukan sebarang kesalahan yang memudaratkan pengunjung lain.

Pengawal Keselamatan
Megah Industrial
Mei 2016 sehingga 2018

  • Mengawal semua kawasan pengeluaran kilang menerusi 15 Televisyen Litar Tertutup berpusat .
  • Meninjau semua jejak kamera keselamatan secara langsung serta rakaman sebelumnya untuk memastikan tiada aktiviti seperti pencerobohan atau kecurian berlaku.
  • Mengiring tetamu kehormat dari lapangan terbang ke kilang untuk memastikan kelancaran serta keselamatan perjalanan tetamu tersebut.

Pendidikan

Sijil Pelajaran Malaysia
Sekolah Menengah Kebangsaan Meligai
Disember 2015

Kemahiran

  • Kawalan kamera keselamatan
  • Berkomunikasi dan interaksi secara aktif dengan pihak atasan dan orang awam
  • Memegang lesen penggunaan senjata api
  • Pakar menggunakan pengimbas mesin x-ray dan yang mudah alih
  • Mempunyai tali pinggang hitam dalam Taekwondo
  • Penulisan laporan yang mengikut piawaian yang telah ditetapkan
  • Kemahiran asas dalam Microsoft Words dan Excel

Untuk anda yang berkelayakan, anda pasti sudah mengisi beberapa jawatan kosong sebagai pengawal keselamatan. Tetapi tiada satu pun yang berjaya membawa anda ke tahap temu duga.

contoh resume pengawal keselamatan


Maka, di dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan kepada anda contoh cv pengawal keselamatan yang diiktiraf. Panduan yang lengkap ini akan menerangkan langkah demi langkah yang anda perlu lakukan semasa menulis resume.

Tidak hanya itu, kami turut sertakan kesilapan yang sering dilakukan oleh pemohon dalam resume yang mereka hantar kepada majikan. Oleh itu, jom terus membaca untuk mengetahui apa yang anda harus lakukan untuk tampil lebih menyerlah dalam kalangan pemohon yang lain.

Contoh CV Pengawal Keselamatan


Setiap penulisan seperti kertas ujian karangan, surat rasmi dan juga resume pengawal keselamatan perlu diolah mengikut format yang tepat. Ini kerana, resume yang anda hantar, sebagai contoh akan menentukan sama ada anda layak untuk dilantik dan digaji. Dengan erti kata lain, ia melambangkan kepribadian anda.

Jadi, secara ringkasnya, panduan ini akan membimbing anda dari segi:

  • Pemilihan format resume yang bersesuaian dengan pengalaman serta kemahiran anda sebagai pengawal keselamatan.
  • Susunan resume yang betul.
  • Format tulisan seperti saiz dan stail fon.
  • Contoh templat CV pengawal keselamatan yang lengkap.
  • Panduan menulis resume pengawal keselamatan langkah demi langkah.
  • Apa yang anda Harus atau Elakkan semasa menulis resume.
  • Sumber untuk muat turun templat pengawal keselamatan anda.

Kadar pekerjaan dan gaji pengawal keselamatan di Malaysia

Untuk makluman anda, gaji minimum untuk pengawal keselamatan di Malaysia tertakluk kepada bidang perkhidmatan yang dipilih - swasta atau kerajaan. Jika anda memohon untuk berkhidmat sebagai pengawal keselamatan kerajaan, berikut adalah maklumat penting yang anda perlu tahu:

  • Gred tugas: KP11
  • Kumpulan perkhidmatan: Pelaksana
  • Gaji Minimum: RM1,205
  • Gaji Maksimum: RM2,939
  • Kadar Kenaikan Gaji Setahun: RM80

Maklumat di atas diambil dari laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Manakala menurut Salary Explorer pula, purata gaji pengawal keselamatan yang berkhidmat dalam bidang swasta berbeza dengan bayaran perkhidmatan bersama kerajaan. Maklumat lanjut mengenainya adalah seperti berikut:

  • Purata Gaji Minimum (rendah): RM950
  • Purata Gaji Minimum: RM1,980
  • Purata Gaji Maksimum: RM 3,110

Cara menulis resume pengawal keselamatan (walaupun tanpa pengalaman)


Terdapat pelbagai standard penulisan resume yang anda boleh dapatkan secara dalam talian. Jika anda tidak memperhatikan dengan betul, sesetengah standard penulisan resume ini diterbitkan lima atau sepuluh tahun yang lalu. Besar kemungkinan standard penulisan yang digunakan tidak menepati standard yang digunakan oleh majikan zaman sekarang.

Jadi di bahagian seterusnya ini, kita akan merungkai garis panduan penulisan resume yang diiktiraf oleh kebanyakan majikan atau syarikat besar yang ada di dunia ini. Garis panduan penulisan resume ini juga tidak khusus untuk satu jenis pekerjaan sahaja. Malah cara membuat cv ini boleh digunakan untuk pemohon yang ingin bekerja dalam bidang lain.

Sebagai permulaan, garis panduan ini disediakan bagi membantu majikan prospek anda mengenal pasti keistimewaan serta bakat anda jika dibandingkan dengan pesaing anda.

Perkara yang menarik mereka bermula dari, warna, susun atur, mudah untuk mereka cari informasi yang relevan dengan keperluan utama mereka dalam masa yang singkat.

Struktur resume untuk pemohon yang ingin bekerja sebagai pengawal keselamatan harus mempunyai bahagian yang berikut:

  • Tajuk atau pengepala
  • Objektif atau Ringkasan Profesional
  • Pengalaman bekerja
  • Pendidikan utama
  • Kemahiran
  • Bahagian tambahan (bahasa, kemahiran menggunakan perisian, sijil, anugerah, kerja sukarela dan hobi)

Tips susunan resume untuk mengetengahkan sentuhan peribadi profesional anda:

  • Guna resume sedia ada dan sesuaikan dengan permohonan kerja yang terkini mengikut spesifikasi yang diiklankan oleh perekrut.
  • Cipta tajuk atau pengepala resume yang merangkumi kata kunci dari iklan, bagi memudahkan perekrut mengenal pasti anda.
  • Pastikan bahagian pengalaman dan kemahiran yang anda miliki serasi dengan permintaan yang dinyatakan oleh perekrut dalam iklan mereka.
  • Pastikan sijil atau dokumen penting yang diminta dilampirkan bersama resume anda.

Susun atur resume yang betul

Penulisan resume yang kemas tidak sekadar merujuk kepada penyusunan maklumat mengenai anda sahaja. Malah, anda perlu memastikan bahawa saiz serta stail fon yang anda pilih tidak terlalu unik hingga sukar dibaca. Jadi pastikan anda memilih tetapan fon seperti di bawah:

  • Saiz fon: 10-12 pts
  • Stail: Tahoma, New Times Roman, Arial, Roboto
  • Warna huruf: Hitam atau gelap

Struktur serta format yang sesuai

Terdapat tiga format resume utama yang anda boleh gunakan untuk memohon jawatan pegawai keselamatan. Format penulisan resume ini disesuaikan mengikut peringkat kemahiran dan juga pengalaman yang dimiliki oleh individu yang berkaitan.

Format resume kronologi:

Format resume ini sesuai digunakan oleh pengawal keselamatan yang memiliki 5 tahun pengalaman. Dengan erti kata lain, bahagian pengalaman anda bekerja akan diberikan penekanan yang lebih mendalam.

Cara susunan pengalaman bekerja anda harus dilakukan mengikut urutan yang terkini dan barulah diikuti dengan pengalaman bekerja anda yang sebelumnya.

Format praktikal atau functional:

Format resume ini sesuai digunakan oleh mahasiswa atau pelajar yang baru tamat pengajian. Jika anda belum mempunyai pengalaman sebagai pengawal keselamatan, gunakan format resume ini. Anda cuma perlu mengetengahkan bahagian kemahiran secara lebih terperinci.

Jika anda mempunyai sijil atau kemahiran dalam seni mempertahankan diri, sila nyatakan dalam resume anda.

Format resume kronologi + praktikal:

Buat individu yang terbukti berpengalaman dalam bidang pekerjaan pengawal keselamatan, gunakan format resume gabungan ini. Ia akan membantu resume anda tampil lebih menyerlah.  Ini kerana, format ini sangat memberi penekanan kepada bahagian pengalaman serta kemahiran yang anda miliki.

Jadi, format ini sesuai digunakan untuk individu yang mempunyai 5 tahun atau lebih.

📌 Tip: Pastikan resume anda tidak melebihi SATU muka surat.


Tajuk dan Maklumat Untuk Dihubungi


Tajuk dan maklumat untuk dihubungi merupakan bahagian paling atas yang akan dibaca oleh perekrut. Jadi penting untuk anda memastikan tiada kesilapan ejaan atau maklumat yang tidak perlu dimasukkan ke dalam bahagian ini.

Bagi memberikan anda gambaran jelas mengenai contoh penulisan tajuk dan maklumat yang tepat, kami telah sediakan contoh yang anda boleh ikuti. Pada masa yang sama, contoh tajuk resume yang kurang tepat turut disediakan agar anda tidak melakukan kesalahan yang sama.

Contoh tajuk yang betul:

BETUL
Kamal Bin Harun
Pengawal Keselamatan
014-567 8901
kamal.harun@yahoo.com
Raub, Pahang
linkedin.com/kamalH


Contoh tajuk yang kurang tepat:

SALAH
Kamal Bin Harun
Pengawal Keselamatan
014-567 8901
rockersjims@gmail.com
No 19, Jalan Alur,
Taman Felda 1,
08900, Raub, Pahang,
Malaysia
linkedin.com/kamalH

📌Tip: Pastikan bahagian tajuk ini ringkas. Elakkan alamat emel yang tidak kedengaran profesional. Jangan masukkan alamat penuh anda juga.


Terangkan Pengalaman Anda Bertugas Sebagai Pengawal Keselamatan


Bahagian pengalaman bekerja anda merupakan tempat di mana anda perlu “mempromosikan” diri sendiri dengan berkesan. Ini kerana, jika tiada kata kunci yang berkaitan dengan jawatan pengawal keselamatan disertakan, besar kemungkinan resume anda akan ditendang serta merta.

Ingat, resume anda akan diimbas serta ditapis oleh perisian pengimbas resume terlebih dahulu sebelum dibaca oleh perekrut.

Ini bermakna, jika resume anda melepasi tahap imbasan perisian ini, besar kemungkinan perekrut tidak akan membaca resume anda. Oleh itu, penting untuk anda memastikan kata kunci berkenaan dengan jawatan yang anda pohon dimasukkan ke dalam pengalaman bekerja anda. Jangan lupa untuk menyusun pengalaman bekerja anda menggunakan bullet point agar lebih mudah dibaca.

Contoh penulisan bahagian pengalaman bekerja yang betul adalah seperti di bawah ini:

BETUL
Pengalaman
Pengawal Keselamatan
Berjawa Times Mall
Mei 2018 sehingga kini
  • Melakukan rondaan lengkap di semua bangunan dan lantai setiap jam bagi menyelesaikan permasalahan yang diajukan oleh pengunjung pusat membeli belah.
  • Berkomunikasi secara tegas tetapi tetap profesional dengan semua lapisan masyarakat dan juga orang awam..
  • Bertanggungjawab membangunkan pelan rawatan individu berdasarkan maklumat yang diberikan oleh keluarga dan unit perkhidmatan sosial.
  • Mengimbas lebih kurang 200 orang pengunjung keluar dan masuk setiap hari menggunakan mesin pengimbas x-ray untuk mengelakkan individu yang mencurigakan melakukan sebarang kesalahan yang memudaratkan pengunjung lain.
Pengawal Keselamatan
Megah Industrial
Mei 2016 sehingga 2018
  • Mengawal semua kawasan pengeluaran kilang menerusi 15 Televisyen Litar Tertutup berpusat .
  • Meninjau semua jejak kamera keselamatan secara langsung serta rakaman sebelumnya untuk memastikan tiada aktiviti seperti pencerobohan atau kecurian berlaku..
  • Mengiring tetamu kehormat dari lapangan terbang ke kilang untuk memastikan kelancaran serta keselamatan perjalanan tetamu tersebut.

💡 Contoh di atas berkaitan dengan tugasan serta kemahiran yang anda perolehi sepanjang berkhimat sebagai pegawai keselamatan. Gunakan perkataan yang boleh menunjukkan kewibawaan anda.


Contoh penulisan pengalaman kerja yang tidak sesuai adalah seperti berikut:

SALAH
Pengawal Keselamatan
Macro Supply Sdn.Bhd.
November 2018 sehingga kini
  • Mengawal kilang.
  • Menangkap penceroboh.
  • Menyediakan laporan

🛑 Contoh di atas terlalu ringkas serta tidak menunjukkan keperibadian anda yang profesional kepada para perekrut.


Tetapi jika anda tidak mempunyai pengalaman ...

Jika anda baru sahaja menamatkan pelajaran di peringkat sekolah menengah, anda masih boleh memohon jawatan sebagai pengawal keselamatan menggunakan format resume praktikal. Sertakan sijil berkaitan dengan seni mempertahankan diri atau penyertaan dalam acara sukan bagi membuktikan anda seorang yang berdisiplin serta cergas.

Pendidikan: Bagaimana untuk menulis latar belakang akademik anda


Pendidikan memainkan peranan penting dalam resume pegawai keselamatan. Walaupun kebanyakan jawatan pegawai keselamatan hanya memerlukan anda untuk memiliki sijil SPM,memiliki sijil dari institut yang diiktiraf juga boleh menjadi kelebihan kepada para pemohon. Terutama sekali jika anda memohon untuk bertugas sebagai pengawal keselamatan yang berprestij.

Cara penyusunan latar belakang pendidikan sama seperti penyusunan pengalaman bekerja anda. Ia harus dilakukan mengikut susunan kronologi.

Contoh penulisan latar belakang akademik yang baik adalah seperti berikut:

Pendidikan
Sijil Pelajaran Malaysia
Sekolah Menengah Kebangsaan Meligai
Disember 2015

📌Tip: Tahap pendidikan tertinggi untuk pengawal keselamatan adalah PMR atau PT3


Kemahiran terbaik untuk CV Pengawal Keselamatan


Jika anda tiada pengalaman bekerja sebagai pengawal keselamatan, berikan penekanan terhadap bahagian kemahiran yang dimiliki.

Secara umumnya, kemahiran yang wajib dimiliki oleh pengawal keselamatan boleh dibahagi kepada dua - kemahiran insaniah dan kemahiran teknikal atau teras. Kami sediakan senarai kemahiran yang perlu dimiliki oleh pengawal keselamatan di bawah ini:

Contoh Kemahiran Teras

  • Kecekapan menggunakan komputer asas.
  • Kecekapan menggunakan sistem pengimbasan x-ray
  • Kecekapan menggunakan Kamera Litar Tertutup
  • Kemahiran dalam seni mempertahankan diri
  • Kemahiran dalam mengendalikan senjata api
  • Kecekapan dalam pertolongan kecemasan
  • Kecekapan dalam analisa keselamatan
  • Mempunyai fizikal yang sihat dan cergas

Contoh Kemahiran Insaniah

  • Kemahiran berkomunikasi
  • Kebolehan mengikut arahan
  • Pengurusan masa yang cekap
  • Kemahiran mendengar aduan orang awam
  • Kerja berkumpulan
  • Sopan santun tetapi tegas
  • Kebolehan menyelesaikan masalah
  • Kebolehan melakukan dua tugasan sekaligus

Ringkasan Profesional: Pembentangan intipati resume anda


Ringkasan profesional yang anda tulis di dalam resume bertujuan untuk menyimpulkan semua kebolehan anda dalam beberapa patah perkataan sahaja. Jadi anda perlu bijak untuk memilih perkataan yang boleh menggambarkan kredibiliti serta pengalaman anda dengan berkesan.

Untuk memudahkan anda, kami telah sediakan contoh rumusan professional yang betul dan kurang tepat sebagai rujukan anda.

💡 Ringkasan professional boleh digantikan dengan objektif resume.


Contoh penulisan ringkasan profesional yang betul adalah seperti berikut:

BETUL
Seorang pengawal keselamatan yang berdisiplin dan tangkas, sentiasa bersedia berhadapan dengan kecemasan dan mempunyai 6 tahun pengalaman dalam pengurusan kawalan kecemasan di pusat membeli belah ternama. Pakar dalam pengurusan keselamatan kecemasan dan bantuan melibatkan perlindungan nyawa.

💡 Contoh di atas menampilkan kemahiran seorang pengawal keselamatan yang betul. Tambahan pula, tanggungjawab yang dilaksanakan serta kemahiran yang diperolehi dinyatakan secara ringkas tetapi padat.


Contoh penulisan ringkasan profesional yang tidak menarik adalah seperti berikut:

SALAH
Pengawal keselamatan yang berkhidmat bersama syarikat pengeluaran terbesar yang profesional.

🛑 Contoh di atas terlalu ringkas serta tidak menekankan kemahiran yang dimiliki dengan jelas.


Bahagian tambahan untuk CV pengawal keselamatan


Bahagian tambahan di dalam resume bertujuan agar permohonan anda lebih mudah dipertimbangkan kerana anda memiliki kelebihan yang boleh digunakan sebagai pengawal keselamatan.

Bahagian tambahan boleh dibahagikan kepada beberapa subtopik seperti di bawah:

  • Pensijilan
  • Bahasa
  • Kerja Sukarela
  • Hobi
  • Kemahiran Komputer

Bahasa

Sebagai seorang pengawal keselamatan, anda perlu fasih bertutur menggunakan bahasa Malaysia. Kefasihan bertutur di dalam bahasa lain seperti bahasa Inggeris juga berguna. Jadi senaraikan bahasa yang anda fasih gunakan mengikut tahap kefasihan bertutur, membaca serta menulis.

Kerja Sukarela

Jika anda baru menamatkan pengajian, penyertaan dalam aktiviti kemasyarakatan boleh ditulis di dalam resume anda. Ini akan menunjukkan bahawa anda seorang masyarakat yang berwibawa. Sebagai contoh:

  • Program Gotong Royong Kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Ali Satar
  • Program Kitar Semula Pantai Cermai
  • Program Bantuan Mangsa Banjir Pantar Timur

Hobi

💡Hobi juga penting kerana ia menunjukkan keteersediaan anda dalam mencuba sesuatu yang baru dan mencabar. Antara hobi yang akan membantu resume pengawal keselamatan anda lebih menyerlah adalah:

  • Bersukan
  • Membaca

Kemahiran Komputer

💡Memandangkan kita hidup dalam dunia teknologi, memiliki kemahiran menggunakan komputer akan meletakkan permohonan anda lebih tinggi berbanding dengan pemohon yang lain. Kemahiran asas menggunakan komputer seperti Microsoft Word atau Microsoft Excel boleh dinyatakan.

Pensijilan

💡Pensijilan yang anda pernah perolehi dalam apa bidang pun sangat penting. Sebagai contoh, jangan teragak-agak untuk menyatakan sijil tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri.

Ringkasan: Menulis CV yang sesuai untuk pengawal keselamatan


Panduan penulisan resume pengawal keselamatan ini sangat terperinci. Banyak yang telah kami kongsikan untuk membantu anda menulis resume yang boleh membantu anda mendapatkan pekerjaan yang anda impikan. Oleh itu, mari lihat kembali maklumat penting yang perlu anda ingat semasa menulis resume:

  • Teliti iklan jawatan kosong pengawal keselamatan dan semak sama ada anda memiliki kemahiran yang diminta (jika tidak, usahakan agar anda memiliki kemahiran/pensijilan yang diminta).
  • Guna templat resume yang diiktiraf oleh majikan zaman sekarang.
  • Guna format resume yang bersesuaian dengan tahap pengalaman serta kemahiran anda (tiga format resume utama).
  • Kenal pasti kata kunci yang dinyatakan dalam iklan jawatan kosong untuk anda sertakan dalam resume anda.

Ringkasan: Membuat Resume Profesional Untuk Pengawal Keselamatan

  • Pastikan resume anda ringkas serta padat.
  • Bahagian pengalaman bekerja harus diselitkan dengan tanggung jawab yang anda pikul secara amanah.
  • Pastikan tajuk resume anda menarik bagi menarik perhatian perekrut.
  • Sertakan maklumat tambahan seperti kemahiran, hobi dan bahasa untuk memastikan permohonan anda tampil lebih menyerlah.
  • Gunakan saiz, warna serta stail fon yang seragam.

Lengkapkan CV anda dengan surat iringan


Surat iringan atau lebih dikenali sebagai cover letter digunakan bagi menerangkan pengalaman serta kemahiran anda dengan lebih terperinci. Ia dihantar bersama dengan resume pengawal keselamatan anda juga. Jadi, jika ini kali pertama anda mendengar mengenai surat iringan, gunakan contoh cv pengawal keselamatan kami.

Oleh itu, kami berharap agar permohonan anda menggunakan templat resume kami boleh membantu anda layak dipanggil untuk temu duga!

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Soalan lazim

Apakah beza antara pengawal keselamatan dan pegawai keselamatan?

Pengawal keselamatan selalunya mempunyai tahap pendidikan serta kemahiran yang lebih rendah jika dibandingkan dengan pegawai keselamatan. Pegawai keselamatan selalunya berkhidmat sebagai polis, tentera atau ahli bomba.

Perlukah seorang pengawal keselamatan memiliki segulung ijazah?

Tidak semestinya. Ini kerana, tahap pendidikan minimum yang diperlukan di Malaysia adalah PMR sahaja.

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche