Resume Pramugari| Panduan Menulis Resume yang Betul + Templat

Lagu tema drama Awan Dania di atas membakar semangat para gadis-gadis yang bercita-cita untuk menjadi pramugari. Kami juga yakin bahawa anda pasti pernah berangan-angan untuk menjelajah dunia apabila anda menjadi seorang pramugari. Anda mungkin merasakan cita-cita anda hanya sekadar mimpi sahaja.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Contoh Resume Pramugari

Dania Mirdad
Pramugari AirMas Fly
019-012 3456
daniamirdad@gmail.com
Jelebu, MY
Linkedin.com/in/daniamirdad

Rumusan Profesional

Berpengalaman sebagai pramugari domestik selama empat tahun. Seorang yang berdedikasi, cekap  dengan kepakaran dalam memastikan penumpang mendapat pengalaman perjalanan yang luar biasa. Penyelesai masalah strategik yang mempunyai rekod prestasi mengendalikan perubahan yang tidak dijangka dalam persekitaran yang mencabar dan masa sensitif sambil menunjukkan tingkah laku yang mementingkan keselamatan sepanjang proses dan prosedur operasi dijalankan.

Pengalaman Bekerja

AirMas Fly Berhad
Pramugari Domestik
Januari 2018- sekarang

  • Memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang, membantu proses menaiki pesawat dan menyediakan perkhidmatan makanan dan minuman di dalam penerbangan domestik
  • Memastikan dulang makanan disediakan dengan tepat terutamanya untuk penumpang yang memesan makanan khusus kepada diet mereka.
  • Barangan makanan dan khasiat yang disediakan dengan tepat mengikut pesanan pengeluaran standard.
  • Menunjukkan prosedur standard untuk menyediakan makanan, minuman panas/sejuk untuk perkhidmatan makan.
  • Mengurangkan kos pembaharuan serta memperbaiki sebanyak 15% setahun dengan membasmi kuman serta menjadualkan penyelenggaraan secara berkala.
  • Mematuhi dasar dan menyesuaikan diri dengan perubahan dalam unit seperti yang diperlukan untuk meningkatkan produktiviti bekerja sebanyak 25%.

Paramount Hotel
Koordinator Acara
2013-2014

  • Memudahkan penyelarasan dan sokongan untuk merancang lebih daripada 100 acara setahun, menjaga permit lokasi, makanan, logistik, dan hiasan.
  • Mengenal pasti vendor yang sesuai dan mendapatkan kontrak kos efektif, meningkatkan pendapatan lebih daripada 47%.
  • Untuk memastikan pelaksanaan semua aktiviti acara dengan cekap, saya merancang dan menyelaraskan semua aspek pendaftaran, pengangkutan, dan penginapan hotel.

Latar Belakang Akademik

Sijil Latihan Krew Kabin
AirMas Fly Academy
Disember 2017

Diploma Pengurusan Pejabat
Universiti Utara Malaysia
September 2012

Pencapaian lain

    Pengerusi Kelab Rakan Sebaya Universiti Utara Malaysia

Sijil-sijil

  • Sijil Latihan Krew Kabin
  • Sijil Profesional Persediaan Krew Kabin
  • Sijil Pertolongan Cemas

“Ku ingin terbang, tinggi di awan, bersama bintang, bersama bulan”.

Tetapi, usah berputus asa dan kerjarlah cita-citamu. Ini kerana, kami di sini akan membimbing anda untuk menulis resume pramugari yang terbaik. Panduan menulis resume kami ini sesuai untuk anda yang tidak mempunyai pengalaman bekerja yang luas di dalam dunia penerbangan dan pramugari.

Jika anda mempunyai pengalaman yang luas, kami akan membimbing anda untuk menulis resume pramugari anda secara berkesan. Ini kerana, contoh resume pramugari yang anda boleh dapati di sini telah disediakan oleh para pakar kami. Apa tunggu lagi, kumpulkan sijil anda dan jom tulis resume pramugari yang terbaik!

Kadar pekerjaan dan gaji pramugari di Malaysia

Anda kini sudah mendapat gambaran kasar mengenai contoh resume pramugari yang betul. Tetapi mari terokai pasaran serta permintaan terhadap kerjaya pramugari di Malaysia. Sebelum itu, tahukah anda baru-baru ini terdapat sebuah syarikat penerbangan memulakan operasi pertama mereka di Malaysia?

Ini menunjukkan bahawa industri penerbangan di Malaysia semakin berkembang. Secara tidak langsung, peluang pekerjaan sebagai pramugari juga turut akan bertambah. Tetapi, untuk makluman anda, kadar bayaran gaji berbeza mengikut pengalaman bekerja dan juga kawasan penerbangan di mana anda ditugaskan. Oleh itu, jom lihat purata gaji yang diterima oleh pramugari di Malaysia di bawah.

  • 0-2 tahun: RM4,890
  • 2-5 tahun: RM6,850
  • 5-10 tahun: RM4,740
  • 10-15 tahun: RM5,740
  • 15-20 tahun: RM6,270
  • 20 tahun ke atas: RM6,600

Untuk pengetahuan anda, data mengenai kadar gaji purata pramugari yang kami nyatakan ini dikeluarkan oleh Salary Explorer. Salary Explorer turut melaporkan bahawa gaji purata seorang pramugari adalah RM4,600. Ini kerana, syarikat penerbangan turut memberikan elaun berdasarkan jam bertugas serta destinasi penerbangan.

Cara menulis resume pramugari (walaupun tanpa pengalaman)


Anda mungkin memiliki semua kriteria yang diperlukan untuk menjadi seorang pramugari. Tetapi, dengan hanya mengetahui anda mempunyai kriteria yang diperlukan tidak memadai. Anda harus menampilkan keistimewaan anda di dalam resume pramugari yang hebat. Oleh itu, di bahagian ini, kami akan memperkenalkan kepada anda cara menulis sebuah resume yang terbaik.

Anda pasti pernah melihat pelbagai format resume pramugari di luar sana. Malah anda mungkin pernah menggunakan format resume yang disyorkan. Tetapi, jangan mudah terpedaya. Kebanyakkan format resume yang ada di luar sana tidak diiktiraf oleh kebanyakkan syarikat antarabangsa.

Resume seorang pramugari harus kelihatan kemas dan profesional. Jadi, untuk memastikan anda menghantar resume yang diterima oleh majikan prospek, pastikan bahagian penting resume anda mengikut urutan di bawah:

  • Kesimpulan atau objektif utama resume
  • Bahagian pengalaman bekerja
  • Latar belakang akademik
  • Senarai kemahiran
  • Bahagian tambahan yang mungkin merangkumi:
    • Bahasa yang anda fasih
    • Sijil serta pengiktirafan
    • Kerja amal
    • atau hobi

Untuk memastikan anda memasukkan kandungan resume yang betul, anda boleh merujuk tips penulisan di bawah ini:

  • Gunakan resume lama anda dan ubah suai kandungan yang ada berdasarkan deskripsi kerja terkini yang ingin dipohon.
  • Kenal pasti kata kunci yang dinyatakan di dalam huraian iklan jawatan pramugari untuk anda masukkan ke dalam resume anda.
  • Masukkan informasi yang relevan sahaja di bawah tajuk resume anda.
  • Hanya masukkan pengalaman bekerja yang berkaitan dengan jawatan terkini yang anda ingin minta.

Susun atur resume yang betul

💡 Kebanyakkan permohonan kerja tidak berjaya kerana pemohon melampirkan resume yang terlalu panjang.


Seperti yang kami telah nyatakan tadi, memiliki kriteria yang mencukupi untuk menjadi seorang pramugari tidak memadai jika penulisan resume anda kurang memuaskan. Dengan menyatakan pengalaman serta kemahiran yang anda miliki juga tidak memadai. Jadi, anda harus memastikan anda menggunakan format resume pramugari yang betul.

Oleh itu, di bahagian panduan penulisan resume pramugari ini, kami akan menekankan format wajib yang anda harus tahu untuk menulis resume pramugari dengan betul. Kami juga akan memperkenalkan kesalahan umum yang sering dilakukan oleh pemohon di bahagian yang seterusnya  agar anda tidak melakukan kesalahan yang sama.

  • Saiz fon yang sesuai: 10,11 atau 12 pts
  • Stail fon yang sesuai: Calibri, Arial, Tahoma atau Times New Roman
  • Kandungan muka surat resume: 1
  • Warna tulisan yang sesuai: Hitam

Struktur serta format yang sesuai

💡 Guna format resume yang bersesuaian dengan tahun pengalaman anda bekerja.


Kini anda sudah tahu mengenai format asas untuk menulis resume dengan betul. Sekarang, kami akan memperkenalkan tiga jenis struktur dan format penulisan resume yang diterima oleh para-para perekrut. Anda boleh memilih mana-mana format penulisan yang sesuai dengan pengalaman anda bekerja. Mari lihat tiga format resume tersebut.

Format kronologi

Format kronologi sesuai digunakan sekiranya anda mempunyai pengalaman bekerja yang lebih daripada lima tahun. Anda juga boleh menggunakan format ini jika anda pernah bekerja di beberapa buah syarikat yang berbeza. Apa yang perlu anda lakukan ialah, senaraikan pengalaman bekerja anda dengan meletakkan kerja anda yang terkini terlebih dahulu. Kemudian barulah diikuti dengan pengalaman anda bekerja yang  sebelumnya.

Format praktikal

Format praktikal berbeza dengan format kronologi. Ini kerana, format resume praktikal lebih sesuai digunakan oleh individu yang tidak mempunyai pengalaman bekerja di dalam bidang kerja yang ingin dipohon. Sebaliknya, anda perlu menekankan kemahiran yang anda miliki di dalam resume pramugari anda.

Format kronologi + Format praktikal

Format ketiga ini menggabungkan format resume pertama dan kedua yang telah kami nyatakan di atas. Seperti yang anda sedia maklum, anda harus memiliki pengalaman dan kemahiran yang relevan dengan jawatan pramugari yang anda pohon. Pastikan juga anda menyusun pengalaman bekerja mengikut urutan yang sama seperti di dalam format kronologi.

Tajuk resume dan maklumat hubungan

Seterusnya, kami akan menerangkan cara yang betul untuk menulis tajuk resume anda. Tajuk yang kami maksudkan ini adalah bahagian di mana anda menyatakan nama penuh serta jawatan terkini anda. Anda juga perlu menyatakan maklumat yang boleh digunakan oleh perekrut untuk menghubungi anda.

⚠️ Jangan masukkan maklumat yang tidak relevan seperti tarikh lahir anda di bahagian tajuk resume.


Di bahagian bawah ini, anda akan melihat contoh tajuk resume pramugari yang betul dan contoh yang kurang tepat. Perhatikan kedua-dua contoh ini agar anda tidak melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya di dalam resume pramugari anda.

Contoh tajuk resume yang betul

BETUL
Dania Mirdad
Pramugari AirMas Fly
019-012 3456
daniamirdad@gmail.com
Jelebu, MY
Linkedin.com/in/daniamirdad


Contoh tajuk resume yang kurang tepat

SALAH
Dania Mirdad
Pramugari AirMas Fly
012-345 6789
daniagamergirl1234@gmail.com
29 Mac 1990
No 1A. Taman Harmoni,
Jalan Jelebu,
54000 Jelebu, MY

✒️ Nota ringkas: Contoh di atas kurang tepat kerana emel yang dimasukkan tidak kelihatan profesional dan alamat penuh serta tarikh lahir tidak perlu dinyatakan.


Terangkan pengalaman anda sebagai pramugari


Bahagian pengalaman bekerja anda adalah ruangan yang paling penting di dalam resume pramugari anda. Kebanyakan individu yang berpengalaman gagal dipanggil untuk temudugakerana mereka tidak memasukkan kata kunci yang dicari oleh para perekrut.

📌 Tips: Masukkan kata kunci yang dinyatakan oleh majikan di dalam huraian jawatan kosong yang diiklankan.


Untuk memastikan anda menulis resume pramugari yang boleh memenangi hati para perekrut, anda perlu bijak menggunakan perkataan yang sesuai semasa menceritakan pengalaman bekerja anda. Salah satu cara tersebut adalah dengan menyatakan sebarang kemahiran yang ada dinyatakan di dalam iklan jawatan kosong.

Untuk pengetahuan anda juga, resume yang anda hantar akan ditapis oleh Sistem Penjejakan Pemohon terlebih dahulu. Selalunya, permohonan yang tidak berjaya bukan disebabkan anda tidak layak. Tetapi, sistem penapis resume ini hanya akan melepaskan resume yang ada menyatakan kata kunci berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Oleh itu, mari lihat contoh cara menulis pengalaman bekerja yang betul di bawah.

BETUL
Pengalaman Bekerja
AirMas Fly Berhad
Pramugari Domestik
Januari 2018- sekarang
  • Memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang, membantu proses menaiki pesawat dan menyediakan perkhidmatan makanan dan minuman di dalam penerbangan domestik
  • Memastikan dulang makanan disediakan dengan tepat terutamanya untuk penumpang yang memesan makanan khusus kepada diet mereka.
  • Barangan makanan dan khasiat yang disediakan dengan tepat mengikut pesanan pengeluaran standard.
  • Menunjukkan prosedur standard untuk menyediakan makanan, minuman panas/sejuk untuk perkhidmatan makan.
  • Mengurangkan kos pembaharuan serta memperbaiki sebanyak 15% setahun dengan membasmi kuman serta menjadualkan penyelenggaraan secara berkala.
  • Mematuhi dasar dan menyesuaikan diri dengan perubahan dalam unit seperti yang diperlukan untuk meningkatkan produktiviti bekerja sebanyak 25%.
Paramount Hotel
Koordinator Acara
2013-2014
  • Memudahkan penyelarasan dan sokongan untuk merancang lebih daripada 100 acara setahun, menjaga permit lokasi, makanan, logistik, dan hiasan.
  • Mengenal pasti vendor yang sesuai dan mendapatkan kontrak kos efektif, meningkatkan pendapatan lebih daripada 47%.
  • Untuk memastikan pelaksanaan semua aktiviti acara dengan cekap, saya merancang dan menyelaraskan semua aspek pendaftaran, pengangkutan, dan penginapan hotel.


Tetapi jika anda tidak mempunyai pengalaman …

Jika anda belum pernah bekerja sebagai pramugari, anda boleh menyatakan pengalaman latihan industri atau mana-mana jawatan kerja yang hampir sama jawatan pramugari yang anda pohon. Sebagai contoh:

Paramount Hotel
Koordinator Acara
2013-2014
  • Memudahkan penyelarasan dan sokongan untuk merancang lebih daripada 100 acara setahun, menjaga permit lokasi, makanan, logistik, dan hiasan.
  • Mengenal pasti vendor yang sesuai dan mendapatkan kontrak kos efektif, meningkatkan pendapatan lebih daripada 47%.
  • Untuk memastikan pelaksanaan semua aktiviti acara dengan cekap, saya merancang dan menyelaraskan semua aspek pendaftaran, pengangkutan, dan penginapan hotel.


Persamaan jawatan koordinator acara dengan pramugari adalah, kedua-duanya memastikan keselesaan pelanggan dan penumpang.

Pendidikan: Bagaimana untuk memasukkan latar belakang akademik anda?


Sama seperti cara anda menulis bahagian pengalaman bekerja, anda perlu menyatakan tahap pendidikan mengikut tahap pendidikan yang tertinggi terlebih dahulu. Untuk resume pramugari, anda perlu menyatakan di mana anda menerima latihan sebagai pramugari terlebih dahulu. Kemudian barulah diikuti dengan tahap pendidikan tertinggi anda yang seterusnya.

📌 Tips: Guna bullet point untuk menyenaraikan tahap pendidikan anda.


Contoh Latar Belakang Akademik Pramugari

Sijil Latihan Krew Kabin
AirMas Fly Academy
Disember 2017

Diploma Pengurusan Pejabat
Universiti Utara Malaysia
September 2012


Contoh Latar Belakang Akademik Pramugari

Sijil Latihan Krew Kabin
AirMas Fly Academy
Disember 2017

Sijil Pelajaran Malaysia
SMK Batu Putih
Disember 2015


Kemahiran terbaik untuk CV Pramugari


Apabila anda menulis resume pramugari, anda tidak boleh menyatakan kemahiran hard skill semata-mata. Kemahiran insaniah juga penting kerana anda berinteraksi dengan penumpang setiap masa. Oleh itu, kemahiran berkomunikasi dan kepekaan terhadap emosi pelanggan sangat penting. Untuk contoh kemahiran yang diperlukan, sila lihat senarai di bawah ini:

Hard skill:

  • Bantuan pernafasan (CPR)
  • Mengira
  • Pertolongan cemas
  • Menggunakan peralatan emeriksaan pra-penerbangan, dalam penerbangan dan selepas penerbangan dalam pesawat
  • Menggunakan peralatan komunikasi dan pengesanan pesawat
  • Kemahiran berbahasa Inggeris, Mandarin atau bahasa antarabangsa yang lain
  • Kemahiran menggunakan perisian perkhidmatan pelanggan
  • Kemahiran menggunakan perisian untuk menempah makanan di dalam pesawat

Kemahiran isaniah:

  • Mesra
  • Komunikasi
  • Membuat keputusan
  • Kepimpinan
  • Kerjasama berpasukan
  • Penyelesaian masalah
  • Pembelajaran berterusan
  • Menepati masa

Ringkasan Profesional: Semua yang perekrut perlu tahu mengenai anda


Bahagian ringkasan profesional juga boleh digantikan dengan objektif resume anda. Pada pandangan kami, anda boleh menggunakan objektif resume sekiranya anda memohon kerja yang tidak mengira pengalaman bekerja. Oleh sebab itulah, kami lebih mencadangkan ringkasan profesional untuk digunakan, terutamanya untuk individu yang bercita-cta menjadi pramugari.

Anda pasti ingin tahu apakah yang dimaksudkan dengan ringkasan profesional resume pramugari, bukan? Rinkasan profesional adalah bahagian di mana anda merumuskan pengalaman serta kemahiran yang anda miliki dalam beberapa perkataan yang ringkas. Oleh itu, anda harus bijak menggunakan perkataan yang sesuai untuk memastikan semua informasi penting mengenai anda diterjemahkan secara berkesan.

Di bahagian seterusnya ini, kami akan menampilkan satu contoh ringkasan profesional yang bagus, dan satu lagi contoh yang kurang tepat. Sila teliti kedua-dua contoh ini agar anda dapat menulis bahagian ringkasan profesional dengan baik.

Contoh yang tepat
Berpengalaman sebagai pramugari domestik selama empat tahun. Seorang yang berdedikasi, cekap dengan kepakaran dalam memastikan penumpang mendapat pengalaman perjalanan yang luar biasa. Penyelesai masalah strategik yang mempunyai rekod prestasi mengendalikan perubahan yang tidak dijangka dalam persekitaran yang mencabar dan masa sensitif, sambil menunjukkan tingkah laku yang mementingkan keselamatan sepanjang proses dan prosedur operasi dijalankan.

💡 Contoh di atas ini tepat kerana perkataan yang digunakan tidak lebih daripada lima ayat. Tambahan pula, pemohon menyatakan tahun beliau berkhidmat beserta dengan pengalaman serta kemahiran yang beliau perolehi secara ringkas dan padat.

Contoh yang kurang tepat
Pramugari yang mesra pelanggan dan ceria serta memahami perasaan penumpang.

💡 Contoh di atas kurang tepat kerana pemohon tidak menyatakan sebarang kemahiran yang relevan dengan kerjaya seorang pramugari. Tambahan pula, kenyataan rumusan profesionalnya pula terlalu pendek.


Kemahiran komputer dan pensijilan


Sebagai pramugari, anda harus pandai menggunakan sebarang perisian yang diperlukan untuk memastikan pengalaman penerbangan yang lancar. Tetapi, tidak setakat itu sahaja. Anda perlu memiliki kemahiran yang paling penting di dalam bidang penerbangan, iaitu; kemahiran menyelamatkan penumpang. Ingat, tugas utama anda adalah memastikan keselamatan penumpang.

Oleh itu, anda perlu menyenaraikan semua sijil-sijil yang berkaitan dengan bidang penerbangan di dalam bentuk bullet point, seperti di bawah ini:

Sijil-sijil

  • Sijil Latihan Krew Kabin
  • Sijil Profesional Persediaan Krew Kabin
  • Sijil Pertolongan Cemas

Bahasa

Kemahiran untuk bertutur di dalam bahasa asing juga satu kelebihan yang boleh dimiliki oleh seorang pramugari. Kemahiran bahasa ini boleh membantu anda dipilih untuk berkhidmat di dalam penerbangan antarabangsa. Senaraikan bahasa yang anda boleh gunakan mengikut urutan kefasihan.

Rujukan

Bahagian rujukan boleh membantu anda untuk mendapat kepercayaan daripada para perekrut. Ini kerana, anda akan menyatakan maklumat untuk membolehkan para perekrut menghubungi bekas majikan atau penyelia anda. Oleh itu, pastikan anda menyertakan nombor telefon ataupun alamat emel bekas majikan anda yang sah.

⚠️Amaran: Ibu bapa atau rakan anda tidak boleh dijadikan orang yang dirujuk.


Ringkasan: Tulis CV yang Sempurna


Kami pasti setelah meneliti panduan menulis resume pramugari ini, anda dapat menulis resume yang terbaik bagi membolehkan anda dipanggil untuk ditemuduga. Panduan kami ini juga ada menyatakan kesalahan yang harus anda elakkan semasa menyenaraikan pengalaman bekerja, latar belakang pendidikan dan juga bahagian penting resume pramugari yang lain.

Untuk memudahkan anda, mari semak rumusan mengenai cara untuk mendapatkan cv dan resume pramugari yang terbaik di bawah ini:

  • Saiz fon yang sesuai: 10,11 atau 12 pts
  • Stail fon yang sesuai: Calibri, Arial, Tahoma atau Times New Roman
  • Kandungan muka surat resume: 1
  • Warna tulisan yang sesuai: Hitam
  • Guna antara tiga format resume yang dicadangkan: kronologi, praktikal, gabungan
  • Masukkan kata kunci jawatan yang dipohon di dalam penulisan resume pramugari
  • Semak semula resume yang ditulis untuk mengelakkan ada kesalahan ejaan

Lengkapkan CV anda dengan surat pengiring


Surat pengiring, atau juga dikenali sebagai cover letter sering dipandang sebelah mata sahaja oleh para pemohon jawatan pramugari. Tetapi anda harus tahu bahawa surat pengiring akan membantu anda tampil lebih menyerlah di mata para perekrut. Ini kerana, anda hanya akan dapat menghuraikan pengalaman dan kemahiran yang anda miliki melalui surat pengiring.

Oleh itu, rugi sekiranya anda tidak menyertakan surat pengiring semasa memohon kerja. Jika anda tidak pasti untuk menulis cv dengan betul, anda boleh memuat turun templat resume pramugari kami. Dengan itu, selamat maju jaya di dalam bidang pramugari yang anda ingin ceburi!

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Soalan lazim

1. Bagaimanakah cara untuk menjadi seorang pramugari?

Untuk menjadi pramugari, anda perlu memiliki sijil SPM terlebih dahulu. Kemudian, barulah anda boleh memohon untuk mengikuti latihan sebagai kru kapal terbang. Kebanyakkan syarikat penerbangan di Malaysia akan mengadakan temuduga terbuka untuk memilih individu yang layak menjadi pelatih kru kapal terbang mereka.

2. Apakah ketinggian minimum yang perlu dimiliki oleh mana-mana individu untuk menjadi pramugari?

Tinggi minimum yang perlu dimiliki oleh seseorang sekiranya beliau berminat menjadi pramugari adalah 157cm. Jika anda lelaki, anda harus mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 163cm.

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche