CV Penganalisis Data - Format Terkini yang Anda Harus Guna

Bidang analisis data sememangnya luas. Tetapi apa yang pasti, permintaan terhadap individu yang mempunyai kemahiran di dalam bidang ini juga sangat tinggi. Oleh kerana permintaan yang tinggi, saingan untuk mendapatkan kerja di dalam bidang ini juga sengit. Jadi, apakah yang akan membezakan anda dengan pemohon-pemohon yang lain? Sudah pastilah CV Penganalisis Data yang hebat. Jika anda berada di laman ini, tahniah! Anda kini satu langkah di depan pemohon-pemohon yang lain. Ini kerana, di dalam panduan ini, anda akan mendapat panduan yang terperinci untuk menulis cv penganalisis data yang terbaik.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Contoh Resume Penganalisis Data

Catherine Maya Daniel
Penganalisis Data
011-234 1234
catherineMD@yahoo.com
Sabah, MY
Linkedin.com/in/catherineMD

Rumusan Profesional

Jurutera data yang rajin, boleh dipercayai, dan didorong oleh data. Mempunyai Sarjana Sains dalam Sains Komputer dan memiliki 6 tahun pengalaman dalam membina model data dan projek migrasi pangkalan data terkemuka. Turut berpengalaman dalam menilai papan pemuka dan mencipta laporan KPI. Pakar Excel yang diperakui dengan kepakaran SQL, Python, dan Tableau.

Pengalaman Bekerja

Musk Data House
Penganalisis Data
Mac 2018- sekarang

  • Mencipta infrastruktur data dan pelaporan dari bawah hingga ke atas dengan Tableau dan SQL untuk memberikan pandangan masa nyata mengenai produk, corong pemasaran dan KPI perniagaan.
  • Melaksanakan uji kaji harga jangka panjang yang meningkatkan nilai pelanggan sebanyak 15%
  • Membangunkan maklumat operasi di Tableau untuk membantu kontraktor mengenal pasti kawasan yang perlu ditambah baik, dan ini telah membantu syarikat menjana untung kasar tahunan sebanyak RM100,000.
  • Menyelia empat orang kontraktor dan lima orang pekerja sepenuh masa.

Sheldon and Co.
Penganalisis Data
2016-2018

  • Mencipta dan mengawal laporan untuk program kerajaan di peringkat negeri menggunakan Python, SQL, dan Excel, dan ini telah mengurangkan tenaga bekerja sebanyak 75 jam setiap bulan.
  • SQL digunakan untuk mencari kawasan prosedur yang boleh diperbaiki, meningkatkan keuntungan program pengekalan di seluruh negeri sebanyak 5%.
  • Menggunakan model serta data bagi memahami dan meramalkan kos tiang lampu di pasaran, dan membentangkan hasil kajian kepada para pelabur

Pencapaian Akademik

Sarjana Sains dalam Sains Komputer
Universiti Malaysia Sabah
Disember 2015

Pencapaian lain

    Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah

Sijil-sijil

  • Sijil Profesional analisis data Google
  • Sijil Profesional Penganalisis Data IBM
  • Analisis Data Bertauliah AWS

Untuk makluman anda, templat cv penganalisis data yang anda boleh dapati di dalam panduan ini juga menggunakan format terkini. Dan ramai lagi di luar sana sudah berjaya menempah temu duga menggunakan templat resume kami ini. Kini, giliran anda pula.

Tetapi sebelum itu, jom lihat apakah ciri-ciri sebuah resume yang terbaik dan apakah kesilapan biasa yang dilakukan pemohon semasa menulis CV atau resume mereka. Teruskan membaca bersama kami!

Kadar pekerjaan dan gaji penganalisis data di Malaysia

Seperti yang anda sedia maklum, kepakaran di dalam bidang analisis data mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dunia. Menurut sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Market Research Future, pasaran analisis data akan meningkat kepada hampir $140 bilion pada tahun 2026. Jumlah ini satu peningkatan yang besar jika dibandingkan pada tahun 2019, iaitu $23 bilion.

Jika pasaran analisis data meningkat, bagaimana pula dengan kadar gaji anda yang berada di Malaysia? Adakah peluang pekerjaan sebagai penganalisis data tinggi di Malaysia? Bidang analisis data merupakan bidang kemahiran kerja yang tinggi, gaji yang ditawarkan agak lumayan. Tetapi ini juga bergantung kepada pengalaman anda bekerja.

Menurut Payscale, gaji purata penganalisis data di Malaysia ialah RM42,924 setahun. Tetapi, purata gaji tahunan di dalam bidang ini boleh mencecah sebanyak RM73,000. Selain daripada itu, permintaan terhadap kepakaran di dalam bidang ini juga tinggi. Ini jelas terbukti apabila terdapat 4,908 iklan kekosongan jawatan sebagai Penganalisis Data di laman Jobstreet.

Cara Menulis Resume Penganalisis Data (walaupun tanpa pengalaman)


Terdapat banyak pendapat yang mungkin sah dan tidak sah dikeluarkan di luar sana mengenai cara menulis cv atau resume penganalisis data yang betul. Anda mungkin pernah meniru panduan yang ada dikongsikan. Tetapi, adakah panduan tersebut berjaya membantu anda untuk dipanggil ke sesi temu duga?

Jika tidak, kami di sini sedia membantu anda untuk menulis resume penganalisis data yang betul. Anda tidak perlu lagi memuat turun templat resume dari sumber yang tidak sahih. Sebaliknya, anda dialu-alukan untuk merujuk panduan cara membuat cv penganalisis data di laman utama kami.

Sebagai permulaan, mari teliti susunan yang betul untuk resume penganalisis data. Susunan tersebut adalah seperti berikut:

  • Pengepala atau tajuk resume
  • Kesimpulan atau objektif utama resume
  • Bahagian pengalaman bekerja
  • Latar belakang akademik
  • Senarai kemahiran
  • Bahagian tambahan yang mungkin merangkumi:
    • Bahasa yang anda fasih
    • Sijil serta pengiktirafan
    • Kerja amal
    • atau hobi

Selepas itu, anda boleh menyusun bahagian penting resume anda dengan berpandukan tips di bawah ini:

  • Semak kembali resume yang anda pernah hantar dan ubah maklumat yang anda sertakan supaya bersesuaian dengan permintaan terkini dari prospek majikan anda
  • Kenal pasti kata kunci penting yang terdapat pada deskripsi iklan jawatan kosong dan dan masukkan kata kunci yang betul ke dalam resume anda. Masukkan juga kata kerja yang ada dinyatakan bagi memudahkan resume anda tidak ditendang oleh Sistem Penjejakan Pekerja.
  • Pastikan tajuk resume yang anda gunakan merangkumi perkataan yang berkaitan dengan jawatan penganalisis data.
  • Masukkan pengalaman kerja serta kemahiran yang berkaitan dengan jawatan yang anda pohon sahaja.

Susunan resume yang betul

Susun atur kandungan penting resume anda sangat penting. Ini bagi memudahkan para perekrut untuk meneliti maklumat penting yang anda sediakan dengan mudah. Perkara pertama yang anda harus pastikan adalah, elakkan resume yang melebihi satu muka surat. Anda harus bijak menggunakan perkataan bagi memastikan resume anda ringkas tetapi padat.

Selain daripada itu pemilihan fon juga sangat penting. Jangan gunakan saiz fon yang terlampau kecil atau besar. Sebaliknya, gunalah saiz 10,11 atau 12. Untuk stail fon pula, anda digalakkan untuk menggunakan stail fon standard. Sebagai contoh, Tahoma, Times New Roman dan juga Arial. Ini bagi memastikan resume anda kelihatan profesional dan mudah untuk dibaca.

Untuk memudahkan anda, pastikan empat perkara di bawah harus anda ingat semasa menulis resume:

  • Elakkan resume yang melebihi satu muka surat
  • Saiz fon yang boleh digunakan adalah 10,11 dan 12
  • Guna stail fon seperti Tahoma, Times New Roman dan Arial untuk resume yang mudah dibaca

Struktur serta format resume yang sesuai

Struktur resume yang betul penting kerana ini akan membantu perekrut untuk mengenal pasti sama ada anda calon yang sesuai untuk jawatan yang mereka tawarkan. Oleh itu, anda perlu tahu apaka perkara utama yang anda mahu nyatakan untuk menonjolkan potensi anda sebagai seorang penganalisis data.

Terdapat tiga format resume yang anda boleh gunakan. Format pertama ialah Format Resume Kronologi.

⚠️Peringatan: Jangan guna format ini jika anda pernah tidak bekerja dalam tempoh masa yang lama.


Untuk menggunakan format resume ini, anda perlu menyusun pengalaman bekerja anda dari yang terkini dan kemudian diikuti dengan pengalaman bekerja pada tahun sebelum itu.

Format resume seterusnya adalah Format Praktikal atau functional.

👍 Jika anda tidak mempunyai pengalaman bekerja yang luas, guna format resume ini.


Untuk format resume ini, anda tidak perlu risau akan apa yang anda harus tulis di bahagian pengalaman bekerja. Ini kerana, format ini tidak begitu menekankan garis masa dan pengalaman bekerja anda. Sebaliknya, kemahiran yang anda miliki akan diserlahkan menerusi format ini.

Format resume yang ketiga adalah gabungan antara Format Resume Kronologi + Format Resume Praktikal.

👍 Format ini sesuai untuk calon yang memohon jawatan penganalisis data senior atau yang setaraf.


Jika pengalaman bekerja anda lebih dari 10 tahun, dan kemahiran analisis data anda menyeluruh, gunakan format resume ini. Sama seperti Format Resume Kronologi, anda perlu menyusun pengalaman bekerja anda mengikut garis masa. Dahulukan pengalaman bekerja yang terkini di dalam resume anda. Seterusnya, anda boleh menyatakan kemahiran yang anda kuasai di dalam huraian pengalaman anda bekerja.

Tajuk dan Hubungan Maklumat


Apa yang ada pada tajuk? Segala-galanya! Tajuk adalah perkara pertama di dalam resume yang akan dilihat oleh para perekrut. Oleh itu, pastikan tajuk yang anda gunakan ada perkataan analisis/penganalisis/data dan yang berkaitan dengannya.

⚠️Peringatan: Jangan memasukkan informasi yang kurang penting seperti tarikh lahir anda di bahagian tajuk.


Jadi, apa yang perlu anda masukkan di dalam bahagian tajuk resume penganalisis data? Mari lihat contoh tajuk resume yang betul dan juga yang kurang tepat di bawah.

Tajuk yang betul
Catherine Maya Daniel
Penganalisis Data
011-234 1234
catherineMD@yahoo.com
Sabah, MY
Linkedin.com/in/catherineMD

Tajuk yang salah
Catherine Maya Daniel
Penganalisis Data
011-234 1234
catherineMD@yahoo.com
No.431 Taman Muhibah,
Jalan Kimanis Papar,
99000 Kota Kinabalu, Sabah
Linkedin.com/in/catherineMD

🎁Tips tambahan: Tidak perlu meletakkan alamat penuh anda di bahagian tajuk resume


Perkara lain yang sering dipandang ringan oleh para pemohon ialah menyertakan gambaran berukuran pasport mereka bersama dengan resume yang dihantar. Ini mungkin bukan kesalahan yang besar, tetapi kebanyakan syarikat besar tidak menggalakkan perkara ini bagi menjamin proses pemilihan yang tidak berat sebelah.

Terangkan pengalaman anda sebagai penganalisis data


Bahagian seterusnya ini penting kerana di bahagian inilah anda akan meyakinkan bakal majikan untuk melantik anda. Anda perlu perincikan pengalaman serta kemahiran yang anda miliki di bahagian ini. Sebaik-baiknya, elakkan juga menggunakan ayat yang terlalu panjang untuk memaklumkan pengalaman bekerja anda.

Baiklah, sekarang anda pasti berfikir bagaimana cara untuk menulis pengalaman anda di dalam resume penganalisis secara ringkas dan padat. Anda sudah tentu mahu memaklumkan perekrut mengenai semua sejarah bekerja anda, bukan?

⚠️Peringatan: Hanya masukkan pengalaman bekerja anda yang berkaitan dengan posisi yang anda pohon.


Kesilapan yang mungkin anda pernah lakukan di dalam bahagian pengalaman bekerja adalah, menyatakan pengalaman bekerja yang tidak relevan dengan jawatan yang anda ingin pohon. Sebaliknya, cuma nyatakan pengalaman yang relevan dengan jawatan penganalisis data sahaja.

Selalunya, banyak tanggungjawab serta sumbangan yang anda berikan melalui jawatan kerja yang anda galas. Untuk itu, di dalam bahagian pengalaman resume atau cv penganalisis data anda, pastikan anda menggunakan bullet point. Ini bagi memudahkan perekrut untuk mengenal pasti keistimewaan anda.

Contoh resume seorang penganalisis data yang berpengalaman

Musk Data House
Penganalisis Data
Mac 2018- sekarang
  • Mencipta infrastruktur data dan pelaporan dari bawah hingga ke atas dengan Tableau dan SQL untuk memberikan pandangan masa nyata mengenai produk, corong pemasaran dan KPI perniagaan.
  • Melaksanakan uji kaji harga jangka panjang yang meningkatkan nilai pelanggan sebanyak 15%
  • Membangunkan maklumat operasi di Tableau untuk membantu kontraktor mengenal pasti kawasan yang perlu ditambah baik, dan ini telah membantu syarikat menjana untung kasar tahunan sebanyak RM100,000.
  • Menyelia empat orang kontraktor dan lima orang pekerja sepenuh masa.
Sheldon and Co.
Penganalisis Data
2016-2018
  • Mencipta dan mengawal laporan untuk program kerajaan di peringkat negeri menggunakan Python, SQL, dan Excel, dan ini telah mengurangkan tenaga bekerja sebanyak 75 jam setiap bulan.
  • SQL digunakan untuk mencari kawasan prosedur yang boleh diperbaiki, meningkatkan keuntungan program pengekalan di seluruh negeri sebanyak 5%.
  • Menggunakan model serta data bagi memahami dan meramalkan kos tiang lampu di pasaran, dan membentangkan hasil kajian kepada para pelabur


Contoh resume seorang penganalisis data yang kurang berpengalaman

Meta Infinity
Pembantu Penganalisis Data
2020-2022
  • Mengumpul data untuk tujuan uji kaji bagi meramal kos tiang lampu di pasaran
  • Menyediakan tayangan slaid untuk membentangkan hasil kajian kepada pihak berkepentingan
  • Membantu pengurus analisis data dalam melaksanakan uji kaji harga jangka panjang


Bagaimana jika anda tidak mempunyai pengalaman?

Jika anda tidak mempunyai pengalaman bekerja, jangan risau. Anda boleh meletakkan pengalaman yang anda perolehi semasa berada di universiti.

Sebagai contoh:
  • Penglibatan semasa latihan industri
  • Penglibatan di dalam aktiviti kokurikulum di universiti
  • Penyertaan di dalam organisasi kolej seperti Majlis Perwakilan Pelajar


Pendidikan: Cara untuk menulis latar belakang akademik anda

Latar belakang akademik sangat penting untuk memohon jawatan sebagai seorang penganalisis data. Oleh kerana saingan di dalam industri ini sangat sengit, sijil Sarjana lebih dipandang tinggi berbanding sijil Sarjana Muda dan Diploma. Ini juga akan menentukan tangga gaji anda.

Namun begitu, format serta cara anda menyusun informasi mengenai latar belakang akademik anda juga sangat penting. Anda perlu memastikan tahap pendidikan yang tertinggi dinyatakan terlebih dahulu.

📌Tips: Sijil UPSR tidak perlu dinyatakan


Contoh latar belakang akademik di dalam resume

Sarjana Sains dalam Sains Komputer
Universiti Malaysia Sabah
Disember 2015


Contoh latar belakang akademik di dalam resume

Sarjana Muda Sains dalam Sains Komputer
Universiti Malaysia Sabah
Disember 2015

Diploma Sains Matematik
Universiti MAHSA
September 2011


Kemahiran terbaik untuk CV penganalisis data


Selaras dengan arus permodenan, kemahiran di dalam bidang analisis data juga semakin luas. Untuk memastikan anda tampil lebih menyerlah berbanding para pesaing yang lain, anda perlu melengkapi diri dengan kemahiran yang tinggi permintaannya.

Jika anda tidak pasti sama ada kemahiran yang anda miliki di dalam bidang penganalisisan data, rujuk keterangan iklan jawatan yang dipohon. Kebanyakan perekrut akan menyatakan kemahiran yang mereka perlukan.

Namun begitu, kemahiran di dalam bidang penganalisisan data semata-mata tidak cukup. Anda juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah. Kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh seorang penganalisis data adalah seperti berikut:

Kemahiran Keras (hard skills):

  • SQL
  • Python
  • SPSS
  • Matab
  • C++
  • Microsoft Excel
  • Javascript
  • SAS

Kemahiran Insaniah:

  • Komunikasi
  • Pengurusan masa
  • Multitugas
  • Membuat keputusan
  • Kepimpinan
  • Kerjasama berpasukan
  • Pemikiran kritis
  • Pembelajaran berterusan

Ringkasan Profesional: Pembentangan kad CV anda


Ringkasan profesional di dalam resume anda menentukan sama ada perekrut akan membaca resume anda secara keseluruhan. Jadi, anda perlu bijak di dalam menggunakan ayat yang tepat untuk menonjolkan kelebihan anda.

Oleh itu, jom lihat 2 contoh ringkasan profesional di bawah:

Contoh ringkasan profesional yang betul
Jurutera data yang rajin, boleh dipercayai, dan didorong oleh data. Mempunyai Sarjana Sains dalam Sains Komputer dan memiliki 6 tahun pengalaman dalam membina model data dan projek migrasi pangkalan data terkemuka. Turut berpengalaman dalam menilai papan pemuka dan mencipta laporan KPI. Pakar Excel yang diperakui dengan kepakaran SQL, Python, dan Tableau.

💡 Contoh di atas ringkas dan padat kerana pemohon menyatakan karakter positif beliau dan juga latar belakang akademik. Beliau juga menyatakan pengalaman bekerja serta kemahiran yang dimiliki tanpa menggunakan ayat yang panjang.

Contoh ringkasan profesional yang kurang tepat
Jurutera data yang mempunyai lima tahun pengalaman dalam bidang penganalisisan data. Pakar menggunakan SQL,Python dan bahasa pengaturcaraan yang lain.

💡 Contoh di atas tidak tepat kerana ringkasan profesional pemohon terlalu umum. Tidak ada kenyataan yang akan menarik hati perekrut dinyatakan di contoh tersebut.


Kemahiran komputer dan pensijilan


Kemahiran komputer dan pensijilan yang berkaitan dengan bidang analisis data sangat penting. Jika pengalaman bekerja anda tidak banyak, anda boleh menyaingi pemohon yang lain dengan memiliki pensijilan yang tinggi permintaannya.Antara kemahiran yang anda boleh dapatkan melalui kursus adalah seperti berikut:

  • Sijil Profesional analisis data Google
  • Sijil Profesional Penganalisis Data IBM
  • Analisis Data Bertauliah AWS

Bahasa

Bahagian ini harus anda sertakan. Terutama sekali jika anda bekerja di dalam syarikat antarabangsa. Senaraikan sahaja bahasa yang anda fasih menggunakan bullet point.

Ringkasan: Tulis Resume yang Sempurna


Sebagai rumusan panduan menulis resume penganalisis data, mari imbas sekali lagi perkara-perkara penting yang anda perlu lakukan untuk menulis resume yang terbaik.

  • Kemahiran yang dinyatakan di dalam iklan kerja adalah kata kunci yang harus anda masukkan ke bahagian pengalaman bekerja dan juga rumusan profesional anda
  • Guna format resume kronologi, atau praktikal atau gabungan kedua-duanya
  • Guna fon Tahoma, Times New Roman atau Arial
  • Saiz fon mestilah sekurang-kurangnya 10 dan tidak melebihi 12
  • Jangan sertakan gambar dan tarikh lahir anda
  • Jangan guna ayat yang berjela-jela, sebaliknya gunakan bullet point
  • Semak dan betulkan kesalahan ejaan jika ada

Lengkapkan CV anda dengan surat lamaran


Resume tidak lengkap jika tidak disertakan dengan surat lamaran atau juga dikenali sebagai surat pengiring. Tidak banyak yang tahu bahawa CV adalah perkara wajib yang anda perlu sertakan semasa menghantar permohonan kerja.

Anda mungkin rasa ini perkara remeh sahaja. Namun begitu, rugi jika anda tidak menyertakan CV penganalisis data anda. Ini kerana, hanya di dalam CV sahaja anda dapat menerangkan dengan terperinci mengenai tanggunjawag, sumbangan serta pengalaman bekerja anda. Oleh itu, kami telah menyediakan templat CV penganalisis data untuk anda gunakan.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Soalan Lazim

Apakah perbezaan antara resume dan CV seorang penganalisis data?

Secara ringkasnya, resume mengandungi sejarah serta latar belakang kerja anda. CV pula mengandungi apa yang anda nyatakan di dalam resume, tetapi dengan lebih mendalam lagi.

Berapakah kadar gaji seorang penganalisa data yang bekerja sebagai freelancer?

Ini bergantung dengan platform yang anda gunakan serta pengalaman yang anda miliki. Tetapi apa yang pasti seorang penganalisis data dibayar $15 per jam. Dan ini adalah kadar bayaran minimum.

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche