Panduan Menulis Bahagian Hobi dan Minat Untuk Resume yang Terkini

Anda pasti merasa keliru setiap kali menulis resume yang baru. Tambahan pula, tiada panduan yang tetap yang boleh anda rujuk untuk memastikan resume yang anda sediakan menepati standard serta piawaian penulisan CV atau resume yang terkini.

Panduan Menulis Bahagian Hobi dan Minat Untuk Resume yang Terkini

Menulis resume dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Menulis resume
Table of contents
Kandungan

Menulis resume dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta CV saya

Untuk mereka yang kali pertama menulis resume profesional, anda mungkin tidak tahu bahawa sebuah resume yang lengkap mengandungi empat bahagian utama dan beberapa lagi bahagian tambahan yang mampu membantu pemohonan kerja anda melangkah ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Di dalam panduan ini, kami akan memberi penekanan yang mendalam pada bahagian tambahan resume iaitu hobi dan minat. Untuk itu, jika anda tidak pasti maklumat apa yang harus anda nyatakan dalam bahagian tambahan ini, teruskan membaca bersama kami.

Mengapa Hobi dan Minat Boleh Membantu Pemohonan Kerja Anda


Buat yang kali pertama menulis resume, anda mungkin merasa bahawa maklumat seperti hobi atau minat tidak penting untuk dinyatakan. Namun begitu, tanggapan tersebut tidak betul. Ini kerana, perekrut pada kebiasaannya akan mengambil kira pelbagai aspek dalam menentukan sama ada calon yang mereka tapis layak untuk ditemu duga atau diambil sebagai pekerja mereka.

Jadi, anda pasti tertanya-tanya bagaimana hobi dan minat boleh menjadi aspek penting dalam penilaian yang dilakukan oleh para perekrut. Untuk makluman, hobi yang anda miliki membantu perekrut untuk mengenali keperibadian serta perwatakan anda. Anda tidak perlu berpura-pura dalam menyatakan hobi atau minat anda hanya untuk kelihatan profesional. Sebaliknya, jujur pada diri sendiri agar anda dapat diterima ke syarikat yang sesuai dengan keperibadian anda.

Hobi dan minat untuk resume


Sebagai contoh, jika anda mempunyai latar belakang dalam bidang kejuruteraan tetapi mempunyai hobi bermain gitar, perekrut dapat memberi bayangan bahawa anda memiliki perwatakan yang ceria dan artistik. Jika anda seorang guru muzik klasikal tetapi gemar aktiviti lasak, perekrut dapat membayangkan bahawa anda sukakan cabaran dan seorang yang berjiwa kental.

Apa beza hobi dan minat bagi tujuan penulisan resume

Tidak banyak bezanya antara minat dan hobi. Ini kerana, secara amnya, minat adalah asas kepada hobi. Jika anda tidak mempunyai minat kepada sesuatu perkara, besar kemungkinan anda juga tidak akan menjadikan perkara tersebut sebagai hobi anda. Pada masa yang sama juga, minat mungkin merangkumi perkara yang lebih meluas.

Sebagai contoh, minat kepada seni. Individu yang meminati seni akan menghargai pelbagai konsep dan jenis seni yang ada. Minat mereka kepada setiap aspek seni mungkin tidak berbelah bagi, jadi besar kemungkinan mereka juga tidak pasti bahagian seni yang mana yang mereka paling minati.

Sekiranya mereka tahu bahagian seni yang mereka paling gemari, mereka akan menggunakan lebih banyak masa lapang mereka untuk mendalami minat mereka. Dan inilah yang kita boleh panggil sebagai hobi. Jadi, sekiranya anda meluangkan masa lapang anda untuk melakukan satu perkara yang membawa kegembiraan kepada anda, itu adalah hobi anda.

Di Mana Anda Boleh Menulis Hobi dan Minat Dalam Resume


Secara amnya, hobi dan minat adalah bahagian tambahan yang kadang-kala tidak disertakan oleh kebanyakkan pemohon. Untuk anda yang baru menulis resume buat kali pertama, anda boleh merujuk urutan bahagian resume yang harus anda nyatakan. Bahagian-bahagian tersebut adalah seperti berikut:

  • tajuk resume
  • rumusan profesional
  • pengalaman kerja
  • latar belakang pendidikan
  • sijil dan pencapaian profesional
  • hobi dan minat
  • kefasihan bahasa
  • orang rujukan

Bila anda perlu menyatakan hobi dan minat di dalam CV atau resume

Seperti yang telah kami nyatakan, hobi dan minat dikategorikan sebagai bahagian tambahan di dalam resume anda. Ini bermakna, ia tidak wajib dinyatakan sekiranya anda yakin bahawa maklumat lain yang ada dinyatakan mampu membantu anda mendapatkan pekerjaan impian anda.

Jadi, siapakah yang wajib menyertakan bahagian minat dan hobi di dalam resume mereka? Jawapannya ringkas sahaja. Pemohon yang tiada pengalaman dalam kerja yang mereka impikan. Katakan anda baru sahaja tamat pengajian dalam bidang dandanan dan solekan, anda pasti ingin membuktikan anda benar-benar minat dan berbakat dalam bidang tersebut.

Hobi dan minat untuk resume


Jadi, untuk meyakinkan para perekrut atau organisasi yang menawarkan kerja kepada anda, anda harus menyatakan dandanan dan solekan adalah minat serta hobi utama anda. Walaupun anda tidak mempunyai tahun pengalaman kerja yang cukup, anda sekurang-kurangnya mampu membuktikan bahawa anda memiliki pengalaman langsung dalam bidang kecantikan ini.

Anda juga boleh menyertakan bahagian ini di dalam resume anda sekiranya terdapat ruangan yang boleh diisikan dalam halaman utama resume anda. Tetapi ingat, resume yang profesional haruslah tidak melebihi dua muka surat. Jika melebihi dari bilangan ini, resume anda akan kelihatan tidak tersusun dan sukar untuk dibaca oleh para perekrut.

Cara yang Betul Untuk Menulis Bahagian Hobi dan Minat

Untuk membantu anda mendapatkan gambaran yang jelas mengenai kedudukan serta cara menulis bahagian minat di dalam CV atau resume, mari lihat contoh resume sebenar di bawah ini.

Lukas Kieran
Guru Muzik

011-111 1111
kieranlukas@contoh.com
MY, Sarawak
linkedin.com/in/lukas-muzikal-2122

Rumusan Profesional

Guru muzik yang berbakat dan berpengalaman dalam bidang nyanyian orkestra. Mempunyai lima tahun pengalaman dalam membimbing kumpulan orkestra kebangsaan ke pertandingan nyanyian di peringkat antarabangsa. Terbukti mampu mengasah bakat terpendam pelajar dengan melakukan sesi latihan yang inklusif. Mempunyai semangat dan minat yang mendalam dalam mengasah bakat seni anak muda.

Pengalaman Kerja

Guru Muzik
Sekolah Seni Kebangsaan Malaysia
Januari 2018-Januari 2023

  • Penolong Ketua Panitia Muzik Orkestra selama tiga tahun berturut-turut.
  • Mengajar kelas vokal dengan menggunakan pendekatan kelas muzik yang interaktif dan moden untuk membangkitkan minat pelajar.
  • Mengenal pasti pelajar yang mempunyai bakat unik dalam nyanyian orkestra klasik.
  • Membimbing serta melatih pelajar dalam melakukan persembahan orkestra bertemakan muzikal P.Ramlee.
  • Memberikan nasihat dan pendapat kepada rakan guru lain dalam seni persembahan nyanyian dan instrumen muzik.
  • Membimbing kumpulan orkestra kebangsaan dalam pertandingan orkestra klasik di Jepun dan berjaya meraih tempat ketiga.

Tahap Pendidikan

Sarjana Muda Seni Persembahan Orkestra
Univesiti Teknologi Mara Seremban
September 2017

Sijil dan Pencapaian Profesional

  • Penolong Panitia Muzik Orkestra
  • Guru pembimbing pasukan orkestra kebangsaan 2020

Hobi dan Minat

Nyanyian lagu klasik Itali

Seperti yang anda boleh lihat di atas, hobi dan minat boleh dinyatakan dengan cara yang ringkas tetapi padat. Anda cuma perlu menggunakan tanda peluru bagi memastikan ianya kelihatan kemas dan mudah dibaca oleh para perekrut.

Kesimpulan: Resume yang Lengkap dan Profesional Bermula di Sini


Di dalam panduan resume kami kali ini, kami hanya menerangkan dengan teliti bagaimana anda boleh mengenal pasti hobi yang anda miliki dan cara bagaimana anda boleh merangkumkannya ke dalam resume anda. Sekali lagi, bahagian ini adalah bahagian tambahan. Jadi, anda tidak wajib untuk menunjukkannya kepada para perekrut.

Hobi dan minat untuk resume


Namun apa yang pasti, dengan menyertakan maklumat ini, anda dapat memastikan resume anda tampil lebih menonjol jika dibandingkan dengan para pemohon yang lain.

Surat Iringan - wajibkah ia disertakan?


Jika anda pernah merujuk panduan menulis resume kami yang lain, anda pasti tahu bahawa surat iringan kadang-kala wajib disertakan untuk tujuan pemohonan kerja. Surat iringan adalah kenyataan yang anda gunakan untuk memastikan perekrut mengenali dan mengenal pasti mengapa anda layak untuk dipilih sebagai calon senarai pendek mereka.

Oleh itu, kami ingin mempelawa anda untuk merujuk dan memuat turun contoh resume profesional kami yang telah disediakan sendiri oleh pakar kerjaya kami. Semoga berjaya!

Cipta resume anda dengan templat terbaik


Soalan Lazim Mengenai Cara Menulis Resume

Di bahagian seterusnya, anda akan melihat koleksi soalan lazim yang sering ditanya oleh graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian dan ingin mengorak langkah ke era pekerjaan. Kami berharap soalan di bawah dapat membantu anda menulis resume dengan lebih yakin dan profesional.

Perlukah saya menyertakan maklumat orang rujukan?

Secara amnya, maklumat ini hanya akan diminta olehe perekerut sekiranya anda berjaya ditemu duga. Mereka akan menghubungi orang rujukan anda bagi mengesahkan sama ada maklumat yang anda sampaikan adalah benar. Jadi, dengan erti kata lain tidak wajib.

Apakah saiz fon yang boleh saya guna semasa menaip resume?

Anda boleh menggunakan saiz fon 10 ke 11 pts sahaja.

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda