Menulis resume dalam masa 15 minit
Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.
Tetapi, kenyataan mengenai kemahiran yang anda miliki pasti dapat membantu perekrut dan perisian penapis resume (ATS) untuk mengenal pasti bahawa anda adalah calon yang layak untuk ditemu duga.
Oleh itu, kami telah menyediakan panduan menulis resume yang khusus untuk mengajar anda apa cara yang terbaik yang boleh anda lakukan untuk menyerlahkan kelebihan anda. Setelah anda mendalami panduan ini, kami yakin anda akan lebih mahir dalam mengenal pasti kemahiran yang diperlukan untuk sesebuah pekejaan serta cara paling berkesan untuk menyatakannya di dalam resume anda. Oleh itu, jom teruskan membaca bersama kami!
Kenal Pasti Kemahiran yang Wajib Dinyatakan di Dalam Resume
Sebelum kita pergi lebih lanjut ke bahagian bagaimana untuk menulis kemahiran, anda perlu tahu apa fungi utama bahagian ini di dalam resume. Secara amnya, kemahiran boleh dibahagikan kepada dua kumpulan umum. Kumpulan kemahiran yang pertama lebih kepada kebolehan teknikal, dan kumpulan kemahiran yang seterusnya pula lebih kepada keupayaan insaniah. Kedua-dua kemahiran ini penting dan wajib untuk anda nyatakan di dalam resume secara terperinci.
Setiap jenis bidang pekerjaan memerlukan kemahiran teknikal yang berbeza-beza. Tetapi apa yang pasti, kemahiran insaniah yang anda miliki boleh diguna pakai di dalam apa sahaja bidang yang ingin anda ceburi. Sebagai contoh, jika anda memohon kerja buat kali pertama, anda sudah pasti belum lagi mempunyai pengalaman kerja yang cukup. Jadi di situlah kemahiran insaniah boleh membantu pemohonan anda tampil lebih menyerlah.
Dua Kumpulan Kemahiran yang Anda Perlu Nyatakan
Seperti yang telah kami nyatakan di atas, kemahiran yang harus anda nyatakan di dalam resume ialah kemahiran teknikal dan insaniah. Untuk itu, mari lihat contoh kedua-dua kemahiran ini di bawah.
Kemahiran teknikal
Kemahiran teknikal merujuk kepada kemahiran praktikal yang berjaya anda kuasai melalui program kemahiran, kursus, kerja lapangan, dan kesukarelawan. Antara contoh kemahiran teknikal adalah seperti tersebut:
- Perisian Microsoft Office
- SQL
- Java
- Analisis perniagaan dan data
- Kemahiran menggunakan Adobe Photoshop
- Kimpalan
- Sambungan elektrikal
- HTML
Kemahiran teknikal selalunya perlu dibuktikan melalui sijil kemahiran yang diiktiraf. Sebagai contoh, jika anda ingin memiliki sijil kemahiran dalam bidang pemasaran digital, anda boleh pergi ke laman Coursera dan daftar untuk mengikuti kursus yang ada disediakan. Institut pengajian dan latihan tempatan seperti IKBM atau Kolej Vokasional juga menyediakan peluang untuk anda mendapatkan sijil kemahiran tahap III yang diiktiraf.
Kemahiran Insaniah:
Kemahiran insaniah merupakan keupayaan bukan teknikal untuk berjaya dalam persekitaran pekerjaan. Kemahiran insaniah agak berbeza berbanding dengan kemahiran teknikal. Ini kerana, ia tidak boleh diajar atau disijilkan seperti kemahiran teknikal. Untuk memastikan anda memiliki kemahiran insaniah yang diperlukan, anda harus memupuk sifat serta keperibadian yang baik.
Keperibadian yang baik akan membolehkan anda untuk bergaul dengan orang lain dengan mudah. Anda juga akan lebih memahami pandangan orang lain dan mampu membuat keputusan tanpa perlu menghiraukan perasaan diri sendiri dan orang lain. Dengan erti kata lain, anda mampu bertoleransi dengan baik bersama rakan kerja atau orang luar.
Antara kemahiran insaniah yang wajib ada pada mana-mana individu yang ingin berjaya dalam dunia pekerjaan ialah seperti berikut:
- komunikasi
- kerja berpasukan
- bertanggungjawab
- pengurusan masa
- penyelesaian masalah
- kepimpinan
- empati
- pengurusan stress
- kreatif
Kenali kemahiran yang anda miliki
Kunci untuk mencipta résumé yang berkesan membuktikan kemahiran dan pencapaian anda adalah penilaian diri. Mengenali kebolehan dan minat anda akan membantu anda mengekspresikan diri dengan jayanya dan memastikan bahawa anda mengejar peluang pekerjaan yang bersesuaian. Penilaian diri penting kerana anda boleh mengukur sejauh mana anda layak untuk memohon sesebuah pekerjaan yang diimpikan.
Selain daripada itu juga, penilaian diri boleh membantu anda untuk membina resume yang efektif bagi tujuan mendapatkan pekerjaan. Agak sukar sebenarnya untuk menulis CV yang berjaya menonjolkan kelayakan anda melainkan anda mempunyai idea yang jelas tentang kemahiran anda. Resume peribadi dibina berdasarkan penilaian diri.
Apabila anda mengenali kemahiran yang ada dimiliki, ini pasti akan membantu anda semasa ditemu duga. Keyakinan anda semasa temu duga akan meningkat jika anda mengenali kemahiran anda. Anda boleh membuktikan serta meyakinkan majikan potensi anda dengan lebih mudah, dan secara tidak langsung akan memberikan kesan yang baik kepada majikan yang berpotensi.
Cara untuk mengenali kemahiran yang dimiliki
Ikuti langkah-langkah di bawah bagi memastikan semua kemahiran yang anda miliki ada dinyatakan di dalam CV atau resume anda.
- Buat senarai: Sebagai permulaan, buat senarai kebolehan teknikal dan insaniah yan anda miliki. Untuk itu, anda perlu mengambil kira kekuatan anda dalam kerja, hobi, dan kehidupan peribadi anda sekarang atau sebelumnya. Jangan ragu-ragu untuk menyatakan kemahiran yang ada walaupun ia mungkin kedengaran agak remeh. Ini kerana, kemahiran tersebut mungkin merupakan kemahiran yang boleh dipindahkan atau dikenali sebagai transferable skill.
- Dapatkan maklum balas: Dapatkan pendapat atau maklum balas daripada pengurus, rakan kerja, rakan atau ahli keluarga anda. Kadang-kala, kita mungkin akan terlepas pandang akan perkara yang penting kerana cemas atau terburu-buru.
- Tinjauan diri: Lihat kembali pencapaian, cabaran dan projek yang anda telah lakukan dengan cemerlang. Kenal pasti kemahiran yang menyumbang kepada kejayaan anda dalam usaha ini.
- Kenali minat anda: Pertimbangkan perkara yang paling anda minati. Minat dan hobi peribadi selalunya boleh membantu anda mengembangkan kecekapan profesional.
Tunjukkan Kemahiran di Dalam Resume Anda
Setelah anda mengenali kemahiran yang sesuai untuk dinyatakan di dalam resume,kini tiba masa untuk anda menyerlahkannya di dalam resume. Terdapat tiga format resume yang anda boleh gunakan untuk membantu kemahiran yang anda miliki mudah dilihat oleh para perekrut.
- Resume kronologikal: Dalam format ini, sejarah pekerjaan anda disenaraikan dalam susunan kronologi terbalik, bermula dengan kedudukan yang terkini. Ia menawarkan gambaran menyeluruh mengenai perkembangan profesional anda dan sesuai untuk pemohon yang mempunyai sejarah kerja yang penting. Anda boleh menyatakan kemahiran yang dimiliki di bahagian pengalaman kerja, ataupun, sediakan bahagian khusus untuk senarai kemahiran anda.
- Resume praktikal: Format berfungsi menekankan kelayakan dan bakat anda dan bukannya pekerjaan anda sebelum ini. Ia sesuai untuk orang yang menukar kerjaya atau mempunyai jurang pekerjaan. Resume yang menggunakan format ini selalunya dimulakan dengan memberi tumpuan kepada kemahiran dan diikuti oleh bahagian ringkas mengenai pengalaman kerja.
- Resume gabungan: Format resume ini, juga dirujuk sebagai resume hibrid, menggabungkan aspek resume prkatikal dan kronologi. Ia memberi anda peluang untuk menyerlahkan kepakaran anda sambil juga memberikan garis masa pekerjaan anda. Bahagian rumusan profesional atau kelayakan di bahagian atas resume biasanya di mana kemahiran disenaraikan.
Perlu diingat bahawa format yang anda pilih harus konsisten dengan objektif kerjaya anda dan menyerlahkan kebolehan anda dengan berkesan. Memastikan perekrut dan pengurus pengambilan pekerja dapat mengakses kebolehan anda dengan pantas akan membantu mereka mengenal pasti kelayakan anda semasa proses penilaian resume.
Dokumen Sokongan Kemahiran Anda
Untuk memastikan CV anda berkesan, anda tidak hanya perlu menunjukkan bakat anda tetapi juga menyandarkannya dengan contoh atau data yang boleh dipercayai. Dengan memberikan bukti nyata kemahiran anda, anda boleh menyokong kenyataan anda dan memujuk bakal majikan bahawa anda layak untuk jawatan tersebut.
Anda mungkin tertanya-tanya mengapa penting untuk memberikan dokumen sokongan kepada kemahiran yang dimiliki. Pertama, ia menunjukkan kredibiliti anda. Memberi bukti kukuh kemahiran yang diiktiraf menggambarkan bahawa kebolehan anda disokong oleh pengalaman sebenar dan bukan hanya cakap kosong sahaja. Jadi, majikan akan mula mempercayai anda dengan cara mudah ini.
Kedua pula, dokumen sokongan ini akan membezakan anda dengan pemohon yang lain. Pemohon lain mungkin hanya menyatakan kemahiran yang diperlukan oleh majikan. Tetapi, majikan atau para perekrut akan memilih individu yang mempunyai kemahiran yang disokong dengan sijil kemahiran yang diiktiraf.
Bahagian resume untuk menonjolkan kemahiran anda
Terdapat empat bahagian di dalam resume yang boleh anda gunakan untuk menyatakan kemahiran yang anda miliki.
- Tahap pendidikan: Di bahagian ini, anda akan menyatakan tahap pendidikan yang dimiliki. Sesetengah orang mungkin pernah mengikuti pengajian di institut kemahiran seperti koleh vokasional. Jadi, jangan lupa juga untuk menyatakan tahap sijil kemahiran anda. Sebagai contoh, SKM III.
- Bahagian rumusan profesional: Anda boleh menyelitkan tiga ke lima kemahiran paling dicari-cari oleh para perekrut di bahagian ini. Jika anda ingin melihat contoh dan cara terbaik untuk menulis rumusan profesional, anda boleh merujuk contoh resume terbaik kami.
- Bahagian kemahiran: Anda boleh menyediakan bahagian khas untuk kemahiran di dalam resume. Untuk itu, senaraikan semua kemahiran anda kepada dua bahagian utama; kemahiran teknikal dan insaniah, dan gunakan tanda peluru.
- Surat iringan: Jangan teragak-agak untuk menggunakan surat iringan untuk meyakinkan para perekrut. Gunakan surat iringan untuk menerangkan bagaimana dengan kemahiran yang ada dimiliki boleh membantu anda untuk berjaya dalam bidang yang ingin digalas.
Kesimpulan: Kemahiran Penting untuk Resume yang Terbaik
Di dalam artikel ini, kami telah menerangkan kepada anda bagaimana cara anda boleh mengenal pasti kemahrian yang anda miliki. Untuk itu, anda akan lebih yakin untuk menyampaikannya di dalam resume yang akan anda tulis dan hantar kepada para majikan. Jika anda inginkan contoh resume sebenar, anda juga digalakkan untuk merujuk contoh resume guru kami.