Oleh itu, di dalam panduan menulis resume pereka grafik ini, kami akan berkongsi dengan anda templat resume terkini yang boleh anda muat turunkan terlebih dahulu. Kemudian, anda akan dapat melihat apa rangka utama sebuah resume pereka grafik yang sebenar.
Permintaan Kerja serta Gaji Pereka Grafik di Malaysia
Tidak kira sama ada anda ingin bekerja sebagai pereka grafik bebas atau di syarikat pemasaran, permintaan terhadap kepakaran dalam bidang ini sangat tinggi. Setakat ini, laman iklan kerja kosong utama di Malaysia iaitu Jobstreet mengiklankan lima ribu lebih jawatan kosong sebagai pereka bentuk grafik.
Pada masa yang sama, purata gaji tahunan untuk individu yang berkemahiran dalam bidang ini bergantung kepada pengalaman kerja yang dimiliki. Berikut adalah purata gaji bulanan berdasarkan tahun pengalaman yang dikeluarkan oleh laman Salary Explorer:
Untuk makluman, jika anda bekerja untuk syarikat luar negara tetapi dari rumah sahaja, anda mungkin dibayar lebih daripada purata gaji bulanan yang telah kami senaraikan di atas. Ini kerana, kemahiran mereka bentuk grafik merupakan kemairan yang dianggap sebagai kemahiran yang bernilai tinggi.
Rangka Utama Resume Reka Bentuk/Pereka Bentuk Grafik
Untuk menarik perhatian para perekrut, anda perlu memastikan resume pereka grafik anda berasaskan rangka utama resume yang diiktiraf. Di dalam sebuah resume, anda perlu menyertakan rangka-rangka utama yang berikut:
Format utama resume reka bentuk grafik yang diiktiraf
Secara amnya, anda boleh menggunakan mana-mana tiga format utama resume reka bentuk grafik. Setiap format ini pula telah disesuaikan mengikut pengalaman kerja yang dimiliki oleh setiap individu. Sebagai contoh:
Format kronologi-sesuai digunakan oleh pemohon yang pernah bekerja di dua syarikat atau lebih banyak lagi.
Format praktikal-sesuai digunakan oleh graduan yang baru tamat pengajian dan kurang berpengalaman, tetapi memiliki kemahiran yang diminta oleh perekrut.
Format kronologi+praktikal-sesuai digunakan oleh individu yang berpengalaman serta terbukti memiliki kemahiran yang luas dalam bidang reka bentuk grafik.
Tips menulis resume yang menarik perhatian para perekrut
Pernahkah anda terfikir mengapa permohonan kerja anda ditolak walaupun anda yakin bahawa anda layak untuk mendapatkan jawatan tersebut? Kadang kala, permohonan kerja boleh ditolak kerana resume yang dihantar terlalu panjang dan tidak seragam.
Jadi untuk mengelakkan masalah remeh ini berlaku, pastikan resume yang anda hantar memiliki ciri di bawah ini:
Cara menulis pengepala resume
Pengepala resume merupakan bahagian di mana anda menyatakan nama, alamat serta maklumat untuk dihubungi. Berikut adalah contoh yang betul untuk anda ikuti:
Jika anda perhatikan, alamat e-mel yang digunakan menunjukkan kerjaya seorang pemohon. Maka, secara tidak langsung, ini dapat memberikan pandangan yang positif kepada para perekrut.
Contoh kedua yang kami kongsikan tidak tepat. Pertama, alamat e-mel yang digunakan kedengaran kurang profesional. Kedua, alamat penuh tidak perlu disertakan.
Cara menulis ringkasan profesional
Ringkasan profesional merupakan perenggan ringkas yang mengetengahkan kemahiran serta pencapaian yang anda perolehi sepanjang perkhidmatan anda sebagai pereka grafik yang profesional. Berikut adalah contoh ringkasan profesional yang ringkas tetapi padat:
Ringkasan profesional yang baik tidak terlalu panjang dan tidak juga terlalu ringkas. Sebaik-baiknya, pemohon digalakkan menggunakan angka atau statistik bagi membuktikan keupayaan serta kemampuan mereka sebagai pereka grafik yang hebat. Seperti dalam contoh di atas, angka 7 tahun dan 20% mampu memberikan impak yang positif terhadap permohonan anda.
Contoh ringkasan profesional yang kurang meyakinkan perekrut adalah seperti berikut:
Cara menulis pengalaman kerja anda
Contoh resume yang baik selalunya dilengkapi dengan huraian pengalaman kerja yang merangkumi kata kunci dalam iklan jawatan kosong. Jika anda meneliti semula iklan kerja yang dipohon, anda pasti dapat melihat senarai kemahiran yang diperlukan untuk jawatan tersebut. Itu adalah kata kunci yang perlu anda rangkumkan dalam bahagian resume anda.
Berikut adalah contoh pengalaman bekerja seorang pereka grafik yang mempunyai pengalaman bekerja lebih daripada lima tahun:
Jika anda perhatikan, pengalaman bekerja bagi contoh di atas menggunakan format resume kronologi.
Apa perlu saya lakukan jika tidak mempunyai pengalaman bekerja?
Sekiranya anda baru sahaja menamatkan pengajian, anda pasti risau kerana tidak tahu apa yang perlu anda nyatakan dalam bahagian pengalaman bekerja resume anda. Namun begitu, usah risau. Ini kerana, anda boleh menggunakan format resume praktikal, di mana anda hanya perlu menekankan kemahiran yang relevan untuk jawatan yang anda inginkan.
Selain itu juga, anda boleh menyatakan latihan industri sebagai sebahagian daripada pengalaman bekerja anda.
Latar belakang pendidikan
Untuk menarik perhatian perekrut dalam bidang reka bentuk grafik, anda haruslah mempunyai kelulusan yang relevan dalam bidang ini. Kebanyakan pereka grafik profesional memiliki diploma atau sarjana muda dalam reka bentuk kreatif. Untuk menyatakan latar pendidkan anda dengan tersusun, ikuti contoh di bawah ini:
Contoh di atas turut menggunakan kaedah kronologi.
Sijil profesional dalam bidang reka bentuk grafik
Untuk mereka yang mungkin tidak dapat melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi, memiliki sijil profesional dapat membantu anda tampak lebih meyakinkan berbanding pemohon yang lain. Di bawah adalah antara contoh sijil yang relevan dengan bidang kerja sebagai pereka grafik:
Cara menulis kerja amal dalam resume
Jika anda pernah menyertai sebarang aktiviti kemasyarakatan, anda boleh menyenaraikannya di dalam resume terkini anda. Untuk pengetahuan anda, banyak organisasi yang mencari sukarelawan bagi membantu mereka mereka logo persatuan atau sebarang tugasan yang berkaitan dengan bidang rekaan grafik.
Para graduan baru terutamanya boleh menyertai kerja amal sebegini bagi menambah pengalaman bekerja mereka. Di samping itu, aktiviti ini dapat memberikan imej yang positif terhadap anda dan memudahkan perekrut untuk menilai anda sebagai seorang yang beramanah.
Perkara lain yang anda boleh masukkan dalam resume reka bentuk
Contoh resume yang terbaik tidak semestinya perlu merangkumkan semua perkara yang anda capai dari sekolah rendah hinggalah ke zaman bekerja. Sebenarnya, anda cuma perlu menyertakan pencapaian atau aktiviti yang relevan dengan pemohonan kerja anda sekarang.
Berikut adalah antara perkara lain yang belum kami nyatakan dalam contoh resume reka bentuk utama kami di atas, tetapi anda boleh sertakan dalam resume anda:
Apabila anda menyenaraikan pencapaian dalam bidang sukan dan juga orang rujukan, pastikan anda sentiasa menggunakan bullet point seperti mana bahagian lain dalam contoh resume yang telah kami kongsikan.
Selain itu, pastikan juga orang rujukan yang anda senaraikan bukan ahli keluarga atau sahabat anda. Individu yang boleh anda gunakan sebagai orang rujukan adalah bekas penyelia latihan industri anda, ataupun bekas pengurus di tempat kerja anda.
Kemahiran teknikal dan insaniah
Anda boleh menyenaraikan kemahiran yang dimiliki kepada dua bahagian utama, iaitu kemahiran teknikal dan insaniah. Berikut adalah contoh kemahiran yang berkaitan dengan jurusan reka bentuk grafik:
Kemahiran teknikal:
Kemahiran insaniah:
Ringkasan Cara Menulis Resume yang Terbaik
Dengan berpandukan panduan menulis resume yang terbaik ini, kami pasti anda sudah mendapat gambaran yang jelas mengenai apa yang perlu anda lakukan. Untuk mengimbas semula apa yang telah dibincangkan, mari lihat perkara penting yang perlu anda lakukan semasa menulis resume anda:
Perlukah saya menyertakan surat iringan atau cover letter?
Anda digalakkan menyertakan surat iringan dalam permohonan kerja anda. Surat iringan tidak jauh bezanya dengan resume. Beza utamanya ialah, surat iringan lebih panjang lagi. Dengan erti kata lain, ia adalah huraian daripada resume anda.
Anda digalakkan untuk memuat turun templat cv kami bagi memudahkan anda menulis surat iringan yang akan dihantar bersama resume anda nanti. Dengan itu, kami berharap agar permohonan kerka anda berjaya. Selamat maju jaya!