Panduan Lengkap Cara Menulis Surat Motivasi Untuk Latihan Amali

Sekiranya anda sedang berusaha mendapatkan tempat untuk menjalankan latihan amali, anda perlu sertakan surat motivasi bersama-sama dengan permohonan anda. Surat motivasi sangat penting kerana ia akan menunjukkan kesungguhan dan semangat anda untuk mendapatkan tempat di dalam syarikat tersebut dan bagaimana anda dapat menerapkan nilai yang anda terima semasa belajar di institusi pendidikan dengan misi syarikat. Oleh itu, surat motivasi perlu ditulis dengan teliti, kemas, dan mampu menggambarkan personaliti serta minat anda.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Contoh surat motivasi - latihan amali

Aisyah Binti Anuar
No.3 Jalan Emas Taman Indera
67111 Kluang Johor
10 Oktober 2024

Pengurus
Syarikat Awan Biru Sdn. Bhd
15, Taman Perindustrian Helang
89000 Kuala Lumpur

Tuan/Puan yang dihormati,

Saya, Aisyah Binti Anuar, pelajar tahun akhir dalam program Ijazah Pemasaran di Universiti Utara Malaysia (UUM), dengan ini ingin menyatakan hasrat untuk menjalani latihan amali di syarikat tuan/puan. Saya mengetahui tentang peluang latihan amali ini melalui laman web rasmi syarikat dan sangat berminat untuk menyertai pasukan tuan/puan kerana reputasi syarikat yang cemerlang dalam pemasaran teknologi hijau.

Sepanjang pengajian saya, saya telah mempelajari pelbagai aspek teori dan praktikal dalam bidang pemasaran, terutamanya dalam mempromosikan produk kepada pelanggan baru. Saya juga mempunyai pengalaman bekerja dalam kumpulan dan menyelesaikan projek-projek yang memerlukan analisis mendalam serta penggunaan teknologi moden. Saya percaya bahawa kemahiran ini akan membolehkan saya menyumbang kepada syarikat tuan/puan semasa latihan amali.

Latihan amali di syarikat tuan/puan akan memberi peluang kepada saya untuk memahami lebih lanjut tentang industri ini serta mengasah kemahiran praktikal yang tidak dapat saya pelajari di bilik kuliah. Saya amat berharap agar dapat menyumbang kepada syarikat tuan/puan sambil mempelajari sebanyak mungkin sepanjang tempoh latihan ini.

Saya harapa tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya untuk menjalani latihan amali di sayarikat tuan. Saya hargai sekiranya diberi peluang untuk menghadiri sesi temuduga bagi membincangkan lebih lanjut mengenai bagaimana saya boleh menyumbang kepada syarikat tuan/puan. Saya sertakan bersama ini resume saya untuk rujukan tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Aisyah Binti Anuar

Selepas membaca artikel ini, anda akan dapat tahu:

  • Bagaimana cara terbaik menulis surat motivasi bagi tujuan memohon penempatan latihan amali
  • Perbezaan antara surat motivasi dengan surat iringan
  • Tips penting yang perlu diambil kira untuk menonjolkan diri dalam surat motivasi dan untuk mendapat tempat latihan amali dalam syarikat yang anda idamkan
Wanita cantik bekerja dengan komputer riba di kafe kedai kopi

📌 Perlukan CV untuk mula memohon tempat latihan amali? Gunakan pembina CV kami untuk mencipta CV yang berkesan hanya dalam beberapa minit.

Bahagian-bahagian penting dalam surat motivasi bagi tujuan latihan amali


Terdapat format umum yang harus diikut dalam menulis surat motivasi. Untuk tujuan memohon penempatan latihan amali, surat motivasi harus mengandungi elemen-lemen di bawah:

1. Alamat Pengirim dan Tarikh

Sertakan alamat penuh anda di bahagian atas sebelah kiri dan tuliskan tarikh surat ditulis di bawah alamat tersebut.

Sebagai contoh:

Akmal Bin Burhanuddin
70, Kampung Setia Menanti
19855 Sabak Bernam Selangor
1 Januari 2024

Tangan perempuan menaip pada papan kekunci komputer riba

2. Alamat Penerima

Nyatakan nama dan alamat syarikat tersebut. Jika anda mengetahui nama individu yang bertanggungjawab, nyatakan nama mereka untuk menunjukkan bahawa anda telah melakukan kajian mengenai syarikat tersebut.

Sebagai contoh:

Lunamaya Binti Syukor
Pengurus Pemasaran Global
Syarikat XYZ Sdn. Bhd
40500 Setiawan Perak

3. Salam Pembukaan

Gunakan salam yang formal seperti "Tuan/Puan yang dihormati" atau gunakan nama spesifik jika diketahui, seperti "Encik Ahmad" atau "Puan Liza". Penggunaan nama spesifik akan menjadikan surat motivasi anda lebih peribadi dan tulus.

4. Perenggan Pembukaan

Mulakan dengan memperkenalkan diri anda dan program latihan amali yang anda mohon. Tulis pernyataan yang kuat tentang keinginan anda untuk menjalani latihan amali dan kenapa anda memilih syarikat tersebut. Pastikan perenggan ini ditulis tidak terlalu panjang, antara 2 - 3 ayat sahaja.

Berikut adalah contoh perenggan pembukaan:

Saya, Syafiq bin Ismail, merupakan pelajar tahun akhir dalam program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologi Malaysia. Saya dengan ini ingin menyatakan hasrat untuk menjalani latihan amali di syarikat tuan/puan. Saya sangat tertarik dengan reputasi syarikat tuan/puan dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan percaya bahawa latihan amali ini akan memberi peluang kepada saya untuk memperoleh pengalaman berharga yang berkaitan dengan kerjaya masa depan saya.

5. Perenggan Tengah

Di bahagian ini, terangkan latar belakang akademik dan kemahiran yang anda miliki yang berkaitan dengan latihan amali tersebut. Anda juga boleh menyatakan sebarang pengalaman terdahulu, walaupun pengalaman tersebut adalah secara sukarela atau semasa projek kolej, yang relevan dengan latihan amali.

Jelaskan kenapa anda berminat untuk menjalani latihan amali di syarikat tersebut. Nyatakan apa yang anda harapkan daripada pengalaman tersebut dan bagaimana ia dapat membantu pembangunan kerjaya anda.

Berikut  adalah contoh perenggan tengah:

Sepanjang pengajian saya dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, saya telah mempelajari pelbagai aspek teori dan praktikal yang melibatkan analisis mekanikal, reka bentuk produk, dan penggunaan teknologi moden dalam penyelesaian masalah kejuruteraan. Saya juga telah terlibat dalam beberapa projek kumpulan yang melibatkan pembangunan prototaip dan simulasi teknikal. Selain itu, saya mempunyai kemahiran menggunakan perisian seperti AutoCAD, SolidWorks, dan MATLAB, yang saya percaya akan memberikan nilai tambah kepada syarikat tuan/puan semasa menjalani latihan amali.

Saya amat berminat untuk menjalani latihan amali di syarikat tuan/puan kerana saya ingin mempelajari lebih mendalam tentang aplikasi praktikal kejuruteraan dalam industri sebenar. Saya yakin bahawa latihan amali ini akan membantu saya mengasah kemahiran teknikal dan mengembangkan pemahaman yang lebih luas tentang kejuruteraan mekanikal serta peranan saya dalam menyumbang kepada projek syarikat.


6. Perenggan Penutup

Ringkaskan kembali sebab utama anda memohon latihan amali ini dan nyatakan bahawa anda sangat berharap untuk mendapatkan peluang tersebut. Jangan lupa untuk menyatakan kesediaan anda untuk hadir ke temuduga pada bila-bila masa yang sesuai.

Berikut adalah contoh perenggan penutup:

Saya sangat berharap pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan saya untuk menjalani latihan amali di syarikat tuan/puan kerana saya percaya pengalaman ini akan menjadi langkah penting dalam perkembangan kerjaya saya dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Saya juga sedia menghadiri sesi temuduga pada bila-bila masa yang sesuai untuk membincangkan bagaimana saya boleh memberikan sumbangan yang bermakna. Terima kasih atas pertimbangan tuan/puan, dan saya berharap dapat menyertai pasukan tuan/puan dalam tempoh terdekat.

7. Tandatangan

Akhir sekali, nyatakan ucapan terima kasih kepada majikan dan tandatangan anda di bahagian bawah surat.

📌 Dalam permohonan latihan amali, anda juga perlu menyertakan CV bersama-sama surat motivasi. Muat turun templat CV dan disesuaikan dengan bidang yang anda pohon.

Wanita dengan komputer riba di atas meja

Format surat motivasi


Dalam menulis surat motivasi bagi tujuan latihan amali, adalah sangat penting untuk memastikannya kelihatan teratur dan profesional. Mari lihat beberapa elemen penting berkenaan format surat motivasi:

  • Panjang surat : Kebiasaannya, panjang yang ideal untuk menulis surat motivasi ialah antara 250 - 400 patah perkataan. Pastikan ia tidak lebih daripada satu muka surat.
  • Jenis dan saiz fon : Antara fon terbaik untuk digunakan ialah: Arial, Calibri, Times New Roman, dan Veranda. Saiz fon yang perlu digunakan ialah 12pt untuk keseluruhan surat.
  • Format penyimpanan : Untuk mengelakkan sebarang masalah teknikal untuk membuka dan membaca surat, sebaiknya anda simpan surat tersebut dan menghantarnya kepada syarikat dalam bentuk PDF bukan Microsoft Word.

Tips menulis surat motivasi bagi tujuan latihan amali yang berkesan


Menulis surat motivasi yang berkesan adalah penting untuk membezakan diri anda daripada calon-calon lain. Ikuti tips-tips di bawah untuk memastikan anda dapat menghasilkan surat motivasi yang menarik perhatian majikan.

Pastikan anda melakukan kajian mengenai syarikat sebelum menulis surat motivasi. Gunakan maklumat tersebut untuk menunjukkan bahawa anda benar-benar memahami misi dan visi syarikat. Ini akan menunjukkan kesungguhan anda kepada majikan.

Tumpukan pada kemahiran yang berkaitan dengan jawatan latihan amali yang dipohon. Nyatakan kemahiran teknikal seperti perisian komputer yang anda tahu, atau kemahiran insaniah seperti komunikasi berkesan dan kerja berpasukan. Pastikan anda hanya memasukkan kemahiran-kemahiran yang penting dalam bidang anda.

Jelaskan mengapa anda berminat untuk melakukan latihan amali di syarikat tersebut dan mengapa anda berminat untuk bekerja dalam bidang yang dipohon. Tunjukkan bahawa anda mempunyai matlamat kerjaya yang jelas dan bagaimana latihan amali ini dapat membantu anda mencapainya.

Jika anda mempunyai sebarang pencapaian yang relevan semasa belajar di universiti/ institusi pendidikan, nyatakan dalam surat anda.  Sebagai contoh adalah anugerah akademik, penemuan menarik dalam projek akhir, atau sebarang aktiviti sukarela yang menunjukkan kemahiran anda.

Gunakan bahasa yang mudah difahami dan elakkan ayat yang terlalu panjang. Fokus kepada isi-isi penting dan elakkan penggunaan frasa klise yang tidak memberikan nilai tambah kepada surat motivasi anda.

Surat motivasi atau surat iringan untuk latihan amali?


Surat motivasi ialah surat yang menyatakan minat anda dan menerangkan sebab anda adalah calon yang layak untuk melakukan latihan amali di sesebuah organisasi. Ia akan menerangkan bagaimana anda mempunyai potensi tinggi untuk menyumbang pada organisasi, dan bagaimana latihan amali tersebut dapat membantu dalam pembangunan kerjaya anda.

Anda harus tahu yang surat motivasi berbeza dengan surat iringan. Berbanding dengan surat iringan, surat motivasi memberi lebih penekanan kepada motivasi, minat, dan matlamat peribadi anda untuk medapatkan tempat latihan amali di syarikat yang dipohon. Manakala surat iringan menerangkan kemahiran dan pengalaman profesional berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Oleh yang demikian, surat motivasi lebih sesuai dgunakan semasa anda memohon untuk mendapatkan tempat latihan amali kerana sebagai pelajar anda mungkin tidak mempunyai pengalaman profesional, atau sekiranya ada hanya sedikit sahaja.

Selain digunakan untuk mendapatkan tempat latihan amali, surat motivasi juga biasanya disertakan semasa calon memohon kemasukan ke universiti dan institusi pengajian tinggi.

Jom tengok bagaimana cara menulisnya!

Gadis pukulan sederhana menulis dalam buku nota

Kesimpulan


Menulis surat motivasi untuk latihan amali memerlukan usaha yang lebih daripada sekadar menghantar resume. Anda perlu menunjukkan minat, motivasi, dan kesediaan untuk belajar serta menyumbang kepada syarikat yang anda pohon. Surat motivasi yang baik boleh membuka peluang yang lebih luas untuk anda, bukan sahaja dalam mendapatkan tempat latihan amali tetapi juga dalam membina rangkaian kerjaya masa depan.

Gunakan panduan di atas untuk menulis surat motivasi yang menonjol, dan pastikan anda menyesuaikannya mengikut syarikat dan jawatan yang dipohon. Dengan persiapan yang rapi dan penulisan yang teliti, anda pasti dapat menarik perhatian majikan dan melangkah satu langkah lebih dekat ke arah mencapai matlamat kerjaya anda.

FAQs


Apa yang perlu disertakan dalam surat motivasi untuk latihan amali?

Surat motivasi yang dihantar untuk mendapatkan tempat untuk menjalankan latihan amali perlu mengandungi perkenalan diri, sebab mengapa anda berminat untuk menjalani latihan amali tersebut, kemahiran dan pengalaman yang berkaitan, dan penutup yang menunjukkan kesediaan anda untuk hadir ke sesi temuduga.

Adakah perlu menyertakan maklumat peribadi dalam surat motivasi?

Anda hanya perlu menyertakan maklumat yang relevan seperti nama penuh, program pengajian, dan institusi pengajian anda. Maklumat lain seperti alamat dan nombor telefon biasanya disertakan dalam bahagian maklumat peribadi di dalam resume.

Berapa panjang surat motivasi yang baik?

Surat motivasi yang baik biasanya tidak melebihi satu muka surat. Pastikan maklumat disusun dengan baik dan tidak terlalu panjang atau berlebihan agar mudah difahami oleh majikan.

Bagaimana untuk menyesuaikan surat motivasi mengikut syarikat yang dipohon?

Lakukan kajian mengenai syarikat tersebut dan sebutkan elemen-elemen yang membuatkan anda berminat untuk bekerja di sana. Ini akan menunjukkan kesungguhan dan minat anda terhadap syarikat tersebut.

Apakah kesilapan umum yang perlu dielakkan semasa menulis surat motivasi?

Elakkan menulis surat yang generik, mengulang maklumat yang sudah ada dalam resume, dan menggunakan bahasa klise yang tidak menonjolkan diri anda sebagai calon yang unik.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

No items found.
Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche