Panduan Lengkap Langkah Demi Langkah Untuk Membina Resume Ideal

Menulis resume dengan baik adalah langkah pertama yang penting dalam mencari pekerjaan impian. Jika anda ingin membina resume yang benar-benar memikat perhatian perekrut, pastikan anda tahu elemen-elemen utama yang wajib ada.

Panduan Lengkap Langkah Demi Langkah Untuk Membina Resume Ideal

Menulis resume dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Menulis resume
Table of contents
Kandungan

Menulis resume dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta CV saya

Elemen ini bukan sekadar maklumat biasa tetapi rahsia untuk membuat resume anda menonjol di antara ratusan calon lain.

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan:

  • Elemen-elemen yang wajib ditulis di dalam resume.
  • Bagaimana menyusun maklumat di dalam resume.
  • Contoh resume terbaik untuk menarik perhatian majikan.
Setiausaha sibuk menyiapkan laporan di komputer riba

Apa yang dicari oleh majikan di dalam resume anda?


Semasa membaca resume, tiga perkara yang selalunya dicari oleh majikan anda adalah, yang pertama "Apa yang anda telah lakukan?". Kedua, "Kenapa anda lakukannya?", dan ketiga ialah "Apakah hasilnya?". Sekiranya apa yag ditulis di dalam resume anda dapat menjawab ketiga-tiga soalan ini, anda berada di landasan yang betul.

Majikan sangat menitik beratkan sama ada calon memenuhi kriteria pekerjaan yang telah ditetapkan ataupun tidak. Resume ideal adalah yang mampu menunjukkan bahawa calon dapat melakukan tugasan, dan dalam masa yang sama dapat memberi nilai kepada syarikat. Bahagian kemahiran dan pengalaman adalah di mana mereka dapat mencari maklumat ini.

💡 Sekiranya anda sedang mencari contoh resume untuk memohon pekerjaan impian anda, lihat templat resume kami yang boleh diubah suai untuk pelbagai jawatan.

Bersedia untuk mempelajari langkah-langkah untuk menghasilkan resume ideal tersebut? Mari kita mulakan.

Elemen-elemen yang wajib ditulis di dalam resume


Beikut adalah elemen-elemen yang wajib ada untuk mendapatkan resume yang berkesan. Pastikan anda menulis elemen-elemen ini mengikut susunan.

1. Maklumat peribadi

Maklumat peribadi mestilah berada di bahagian atas resume. Pastikan maklumat ini ringkas tetapi lengkap supaya majikan dapat menghubungi anda dengan mudah. Maklumat yang wajib ada:

  • Nama penuh
  • Nombor telefon
  • Alamat e-mel
  • Pautan ke profil profesional seperti LinkedIn, laman web personal, GitHub atau lain-lain yang berkaitan dengan pengalaman kerja anda.

2. Pengalaman kerja


Pandangan hadapan wanita dengan kopi dan fon telinga bekerja pada komputer riba di luar rumah

Bahagian ini adalah yang perlu diberi keutamaan. Majikan hendak melihat di mana anda bekerja sebelum ini dan apa yang telah anda lakukan di sana. Maklumat ini dapat memberikan gambaran bagaimana cara anda bekerja dan latar belakang profesional anda.

Sekiranya anda baru sahaja habis belajar dan tiada pengalaman kerja sepenuh masa, tuliskan pengalaman yang berkaitan seperti latihan industri, pengalaman bekerja separuh masa, atau pengalaman menjadi sukarelawan yang anda pernah lakukan.

Sekiranya anda mempunya banyak pengalaman kerja, anda perlu menulisnya mengikut turutan kronologi bermula dengan pekerjaan yang terkini. Hanya masukkan pengalaman kerja yang relevan dengan pekerjaan yang hendak dipohon untuk mengelakkan resume menjadi terlalu panjang.

Maklumat yang wajib dimasukkan dalam pengalaman kerja:

  • Nama jawatan
  • Nama syarikat
  • Lokasi syarikat
  • Tarikh mula dan akhir bekerja
  • Ringkasan tugasan dan pencapaian

Contoh pengalaman kerja:

Chef Eksekutif, Restoran La Gourmet, Kuala Lumpur, Januari 2018 – Kini

  • Merancang dan mencipta menu yang inovatif yang meningkatkan jualan restoran sebanyak 20% dalam tempoh satu tahun.

  • Menguruskan operasi dapur termasuk pembelian bahan mentah, kawalan kos, dan penyeliaan kakitangan.

  • Melatih dan membimbing pasukan dapur untuk memastikan kualiti dan konsistensi makanan.

Terokai contoh resume di bawah untuk membantu anda menghasilkan resume yang baik untuk memohon kerja dalam bidang hospitaliti.

3. Pendidikan

Sekiranya anda masih belajar atau baru sahaja menghabiskan pelajaran sama ada lepasan SPM ataupun lepasan universiti/kolej, bahagian pendidikan boleh diletakkan pada bahagian atas. Sekiranya tidak, ia perlu berada selepas bahagian pengalaman kerja.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman pendidikan yang unik, yang dapat meningkatkan kebolehpasaran anda di dalam industri seperti sijil kursus dalam talian, masukkannya di dalam bahagian ini juga.

Seperti bahagian pengalaman kerja, bahagian ini juga perlu ditulis mengikut susunan kronologi bermula dengan pendidikan yang terkini.

Maklumat yang wajib dimasukkan:

  • Nama kursus/ program
  • Tahun bermula dan graduasi/ tamat pengajian
  • Nama universiti/ kolej/ sekolah
  • Keputusan (CGPA), penghormatan dan anugerah

Contoh pendidikan:

Diploma Seni Kulinari (2012 – 2014)
Akademi Kulinari Antarabangsa, Kuala Lumpur
CGPA: 3.8/4.0

4. Kemahiran

Bahagian kemahiran juga sangat penting seperti bahagian-bahagian yang lain. Di sinilah majikan dapat melihat dengan pantas apakah kemahiran-kemahiran yang anda ada dan sama ada kemahiran tersebut sejajar dengan apa yang mereka cari.

Kebiasaannya, kemahiran ditulis di bahagian akhir resume. Tetapi dalam kes tertentu seperti sekiranya anda ingin mengetengahkan kemahiran profesional dan unik yang anda ada, ia boleh diletakkan di bahagian atas resume.

💡 Masukkan ke dalam resume kemahiran teknikal dan insaniah yang penting dan bersesuaian dengan deskripsi jawatan yang akan anda pohon. Elakkan dari menyenaraikan kemahiran umum dan tidak relevan dengan pekerjaan yang dipohon.

Contoh kemahiran:

  • Kemahiran teknikal: Masakan Perancis, Pengurusan Dapur, Pengawetan Makanan, Pengendalian Peralatan Dapur
  • Kemahiran insaniah: Kepimpinan, Komunikasi Berkesan, Penyelesaian Masalah, Kerja Berpasukan
Wanita pandangan sisi dengan pakaian rasmi bekerja pada komputer riba

5. Rujukan

Bahagian rujukan adalah pilihan dan boleh ditinggalkan jika tidak diminta dalam iklan pekerjaan. Namun, jika anda ingin menambah rujukan, pastikan ia terdiri daripada individu yang mengenali anda dari segi profesional.

Sekiranya anda tidak mahu memasukkan maklumat rujukan, anda boleh menulis "Rujukan akan diberikan atas permintaan".

Contoh rujukan:

En. Ahmad Ismail
Pengurus Restoran,
Restoran La Gourmet
ahmad.ismail@example.com
+6012-3456789

Tips menarik perhatian perekrut menggunakan resume terbaik


Setelah siap menulis resume, jangan sesekali terus menghantarnya tanpa semak. Ada beberapa perkara penting yang perlu anda lakukan untuk memastikan resume tersebut berjaya menarik perhatian perekrut. Berikut adalah beberapa tips tambahan:

1. Sesuaikan resume dengan perisian ATS (Applicant Tracking System)

Apakah ATS?

ATS adalah perisian yang digunakan oleh majikan untuk menguruskan proses pengambilan pekerja. ATS membantu menyaring, mengurus, dan menilai permohonan kerja secara automatik. Ia menyimpan resume yang diterima, menganalisis kandungan untuk kata kunci tertentu, dan menilai kesesuaian calon berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Sistem ini memudahkan majikan untuk menguruskan jumlah permohonan yang banyak dan memastikan mereka dapat mengenal pasti calon yang paling sesuai dengan cepat.

Pada masa kini, kebanyakan syarikat menggunakan ATS untuk membantu dalam proses perekrutan pekerja. Jadi, sebagai calon, anda perlu pastikan resume anda dapat melepasi saringan ATS.

Apa yang perlu anda buat?

Pergi ke iklan jawatan yang anda ingin mohon dan lihat deskripsi jawatan tersebut dan kemahiran yang dicari. Di situlah anda dapat mencari kata-kata kunci yang dicari oleh robot ATS ini. Gunakan kata-kata kunci ini semasa membina ayat-ayat di dalam resume.

2. Sesuaikan resume mengikut jawatan

Setiap resume perlu disesuaikan mengikut jawatan yang dipohon. Jangan gunakan resume yang sama untuk semua permohonan kerja. Pastikan anda menyelaraskan maklumat dan kemahiran yang dinyatakan mengikut deskripsi kerja dalam iklan.

3. Periksa penggunaan bahasa, ejaan dan tatabahasa

Penggunaan bahasa yang baik sangat penting. Resume yang mempunyai kesalahan ejaan atau tatabahasa boleh memberikan tanggapan negatif kepada majikan. Jangan gunakan istilah yang terlalu teknikal dan berulang-ulang. Paling penting adalah untuk pastikan perekrut faham dengan apa yang ditulis didalam resume.

4. Format resume

Fon yang sesuai digunakan dalam penulisan resume. Gunakan fon ringkas seperti Arial, Calibri, Cambria, atau Helvetica.

Simpan resume menggunakan format Word atau PDF. Penggunaan format PDF dapat memastikan kesemua format kekal tersusun rapi. Namun, tiada salahnya sekiranya anda hendak menggunakan Word.

Ahli perniagaan bekerja pada komputer riba

Kesimpulan


Dalam perjalanan anda mencari pekerjaan impian, anda akan sentiasa akan perlu untuk mengemas kini resume yang telah dibina. Selepas beberapa ketika mungkin anda mahu menukar susun atur, membuang atau menambah maklumat yang ada sekarang.

Ke mana pun resume tersebut dihantar, dan bagaimana sekalipun proses pencarian kerja anda, sekiranya anda memberi tumpuan terhadap langkah-langkah menulis resume yang baik, sudah tentu ia akan membuahkan hasil. Pelajari tips untuk mendapatkan pekerjaan idaman. Satu hari nanti, anda akan mendapat panggilan temuduga dan seterusnya berjaya diterima bekerja pekerjaan impian anda. Selamat berjaya.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda