Menulis resume dalam masa 15 minit
Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.
"Nak buat macam mana?" Jangan risau, kami akan bantu anda. Anda boleh ke blog kami yang penuh dengan panduan berguna untuk mendapatkan kerjaya impian.
Salah satu elemen penting dalam penulisan surat iringan ialah penggunaan salam yang tepat. Salam permulaan dan penutup mencerminkan sikap profesionalisme dan rasa hormat anda kepada penerima surat. Jadi, pastikan anda menggunakan salam yang dapat memaksimumkan peluang anda dipanggil untuk temuduga.
Di dalam artikel ini, anda akan belajar tentang:
- Kepentingan penggunaan salam yang tepat dalam surat iringan
- Salam spesifik surat iringan jika mengetahui nama penerima
- Salam formal surat iringan jika tidak mengetahui nama penerima
- Kesalahan salam yang perlu dielakkan
Kepentingan menggunakan salam yang sesuai di dalam surat iringan
Pemilihan salam yang betul bukan sahaja menunjukkan etika penulisan, tetapi ia juga membantu membina tanggapan pertama yang baik. Berikut adalah beberapa sebab mengapa pemilihan salam yang sesuai dalam surat iringan adalah penting:
- Menunjukkan profesionalisme:
Memberi salam yang betul menandakan bahawa anda memahami etika dan protokol penulisan surat rasmi. Ini menunjukkan bahawa anda serius dengan permohonan anda dan menghormati penerima surat.
- Mencerminkan etika dan hormat:
Menggunakan nama dan gelaran yang betul mencerminkan rasa hormat anda terhadap penerima. Ini menunjukkan bahawa anda menghargai individu yang akan membaca surat tersebut dan peranan mereka dalam organisasi.
- Membina tanggapan pertama yang positif:
Tanggapan pertama sering kali dibentuk daripada salam yang anda gunakan. Salam yang sopan dan formal menunjukkan bahawa anda seorang calon yang profesional, manakala salam yang kurang sesuai boleh menyebabkan surat anda tidak diberi perhatian yang sewajarnya.
Jenis-jenis salam dalam surat iringan memohon pekerjaan
Terdapat beberapa jenis salam yang biasa digunakan dalam surat iringan, bergantung kepada maklumat yang anda ada tentang penerima surat tersebut. Berikut adalah beberapa contoh salam yang sesuai untuk digunakan dalam ayat surat iringan:
1. Salam spesifik jika anda mengetahui nama penerima
Tujuan penulisan surat iringan adalah bagi mengagumkan pengurus pengambilan pekerja. Meletakkan nama mereka di dalam salam surat iringan dapat menaikkan peluang anda mendapat jemputan temuduga kerana ini menunjukkan yang anda telah mengambil masa untuk mencari nama mereka.
Jika anda mengetahui nama individu yang akan menerima surat iringan anda, adalah lebih baik untuk menggunakan nama mereka dalam salam. Adakalanya, nama perekrut disertakan di dalam iklan pekerjaan. Jadi, lebih baik untuk anda menujukan surat iringan permohonan pekerjaan kepada perekrut tersebut.
Penggunaan nama dalam salam menunjukkan bahawa anda telah melakukan usaha tambahan menyelidik syarikat tersebut. Menggunakan nama dan gelaran profesional bukan sahaja mencerminkan kesopanan, tetapi juga menunjukkan penghargaan dan rasa hormat anda terhadap individu tersebut.
Contoh salam spesifik mengikut nama penerima:
- "Kepada En. Ahmad,"
- "Kepada Cik Fatimah,"
- "Yang Berbahagia Dr. Siti,"
Contoh Penggunaan:
Sekiranya anda mengetahui individu tersebut adalah perempuan, dan anda tidak pasti status perkahwinannya, kami cadangkan anda membuat carian di laman web syarikat atau laman sosial seperti LinkedIn. Selepas carian, jika anda masih tidak dapat kepastian, gunakan gelaran neutral Cik.
Sekiranya anda mengetahui bahawa penerima surat iringan mempunyai gelaran profesional, adalah disyorkan untuk menggunakannya, dan jangan gunakan "En." atau "Cik". Sebagai contoh, "Kepada Prof. Ahmad" atau "Yang Berbahagia Dr. Nora". Anda boleh menulis singkatan gelaran profesional tersebut.
2. Salam formal jika anda tidak mengetahui nama penerima
Jika anda tidak mengetahui nama individu yang akan menerima surat anda, anda masih perlu menggunakan salam formal yang umum untuk memulakan surat iringan. Ini menunjukkan bahawa anda menghormati penerima surat walaupun anda tidak tahu nama mereka secara spesifik.
Salam formal biasanya digunakan dalam situasi di mana surat anda dialamatkan kepada jabatan sumber manusia atau pihak pengambilan pekerja secara umum.
Contoh salam formal:
- "Kepada Tuan/Puan,"
- "Yang Dihormati Tuan/Puan,"
- "Tuan/Puan yang dihormati,"
Contoh Penggunaan:
3. Salam apabila jawatan disenaraikan oleh syarikat
Sekiranya anda memohon jawatan yang disenaraikan di laman web atau iklan pekerjaan, tetapi nama individu yang bertanggungjawab tidak dinyatakan, anda boleh menggunakan salam yang sopan tetapi umum. Ini menunjukkan anda memahami proses formal syarikat dalam pengambilan pekerja.
Contoh salam yang sesuai:
- "Kepada Pengurus Sumber Manusia,"
- "Yang Berhormat Pengurus Pengambilan,"
Contoh Penggunaan:
Walau bagaimanapun, adalah sangat disyorkan supaya anda berusaha menyelidik siapa pengurus pengambilan pekerja kerana maklumat itu kadangkala mudah dicari.
Mari kita lihat apa yang boleh anda lakukan untuk mengenali siapa pengurus pengambilan pekerja atau orang yang bertanggungjawab dalam proses permohonan kerja.
- Membuat carian di laman web syarikat - Cara yang paling mudah adalah dengan melihat tab "About Us" di dalam laman web syarikat. Sesetengah organisasi menyenaraikan nama-nama pekerja dan anda boleh menjumpai nama perekrut atau pengurus pengambilan pekerja di situ.
- Membuat carian di LinkedIn - Biasanya, organisasi-organisasi besar mempunyai perekrut atau pengurus pengambilan pekerja sendiri. Di dalam akaun LinkedIn syarikat tersebut, anda boleh mencari mereka dengan pergi ke tab "People" dan lihat kepada jawatan yang dipegang.
4. Salam Penutup dalam Surat Iringan
Selain daripada salam pembuka, salam penutup juga memainkan peranan penting dalam memastikan surat anda berakhir dengan cara yang profesional dan sopan. Penutup yang baik akan membantu meninggalkan kesan positif kepada majikan.
Contoh salam penutup formal:
- "Sekian, terima kasih."
- "Yang benar,"
- "Hormat saya,"
Salam penutup ini memberikan tanda hormat kepada penerima, diikuti dengan tanda tangan dan nama penuh anda.
Contoh Penggunaan:
Penggunaan Assalamualaikum sebagai salam dalam surat iringan
Penggunaan "Assalamualaikum" sebagai salam dalam surat iringan sesuai digunakan jika anda menulis kepada individu atau organisasi yang anda pasti beragama Islam, terutamanya dalam konteks formal yang melibatkan budaya Melayu-Islam. Salam ini mencerminkan kesopanan dan hormat.
Namun, "Assalamualaikum" tidak sesuai digunakan jika anda menulis kepada penerima yang latar belakang agamanya tidak diketahui atau kepada syarikat antarabangsa dengan penerima yang mungkin terdiri daripada pelbagai agama dan budaya. Dalam kes ini, adalah lebih baik untuk menggunakan salam formal seperti "Kepada Tuan/Puan" atau "Yang Dihormati" untuk mengekalkan profesionalisme dan menghormati kepelbagaian penerima.
Perkara yang perlu dielakkan dalam penggunaan salam
Selain memahami cara menggunakan salam yang tepat, terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan untuk memastikan surat anda kelihatan profesional dan sopan.
- Elakkan penggunaan salam yang terlalu santai:
Dalam penulisan surat rasmi, elakkan penggunaan salam yang terlalu kasual atau tidak formal, seperti "Hai," atau "Hello,". Salam seperti ini sesuai untuk komunikasi tidak rasmi, tetapi tidak sesuai digunakan dalam surat iringan yang bersifat profesional.
- Menggunakan gelaran yang salah:
Jika anda memilih untuk menggunakan nama individu dalam salam, pastikan anda menggunakan gelaran yang betul. Contohnya, jika individu tersebut mempunyai gelaran Dr., pastikan anda menyebutnya sebagai "Dr." dan bukan hanya "En." atau "Cik.". Menggunakan gelaran yang salah boleh dilihat sebagai kurang sopan.
- Salam yang terlalu umum:
Walaupun salam umum seperti "Kepada Tuan/Puan" adalah boleh diterima, adalah lebih baik jika anda boleh mengenal pasti nama penerima dan menggunakan salam yang lebih peribadi. Ini menunjukkan bahawa anda telah meluangkan masa untuk mengenali syarikat dan orang yang akan membaca surat anda.
Kesimpulan
Selain menulis resume yang baik, penggunaan salam yang tepat dalam surat iringan memohon pekerjaan adalah aspek penting yang tidak boleh diabaikan. Salam pembuka yang formal dan sopan, penggunaan gelaran yang betul, serta salam penutup yang kemas akan memastikan surat anda kelihatan profesional dan meninggalkan kesan positif kepada majikan.
Dengan memahami kepentingan salam dalam surat iringan, anda boleh meningkatkan peluang untuk mendapatkan perhatian majikan dan menjadikan diri anda sebagai calon yang profesional dan berkualiti. Salam yang baik mencerminkan rasa hormat dan etika kerja anda, yang merupakan kualiti penting dalam dunia perniagaan dan pekerjaan.