Format Surat Iringan yang Profesional: Panduan Menulis Langkah Demi Langkah

Surat iringan bertujuan untuk menarik perhatian majikan, tetapi sekiranya formatnya kurang kemas, ia akan memberi kesan negatif kepada permohonan kerja anda. Surat iringan yang mengikuti format yang betul dapat menunjukkan bahawa anda memahami etika profesional. Teruskan membaca untuk memahami cara memformat surat iringan dengan betul yang dapat membantu anda menonjol dalam proses pencarian kerjaya impian anda! Berikut ialah templat surat iringan yang boleh anda gunakan sebagai panduan untuk menulis surat iringan anda sendiri. Anda hanya perlu mengisi maklumat anda di bahagian yang telah disediakan mengikut keperluan dan jawatan yang dipohon.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Templat surat iringan dengan format yang lengkap

[Nama penuh anda]
[Alamat penuh anda]
[Nombor telefon anda]
[Alamat e-mel profesional anda]

[Tarikh hari ini]

[Nama penerima (jika diketahui)]
[Jawatan penerima]
[Nama syarikat]
[Alamat syarikat]

Tuan/Puan yang dihormati,

Permohonan Jawatan [Nama jawatan yang dipohon]

Saya menulis untuk memohon jawatan [Nama jawatan] seperti yang diiklankan di [Sumber iklan, contohnya: laman web syarikat, portal kerjaya]. Saya mempunyai [Jumlah tahun pengalaman] dalam bidang [Bidang berkaitan] dan yakin bahawa saya dapat memberi sumbangan positif kepada [Nama syarikat].

Sebagai [Jawatan anda Sebelumnya] di [Nama Syarikat Sebelumnya], saya bertanggungjawab [Tanggungjawab Utama]. Antara pencapaian utama saya ialah [Pencapaian Relevan]. Saya juga berkemahiran dalam [Kemahiran teknikal atau insaniah] yang relevan dengan keperluan syarikat.

Saya amat berminat untuk menyertai [Nama syarikat] kerana [Sebab anda berminat]. Saya percaya bahawa pengalaman dan kemahiran saya dapat menyumbang kepada kejayaan [Nama syarikat].

Saya bersedia untuk menghadiri temu duga pada bila-bila masa yang sesuai dan berharap dapat membincangkan lebih lanjut bagaimana saya boleh memberi nilai tambah kepada pasukan tuan/puan. Saya boleh dihubungi melalui [Nombor telefon] atau [E-mel anda].

Sekian, terima kasih atas masa dan pertimbangan pihak tuan/puan terhadap permohonan saya.

Yang benar,
[Nama penuh anda]

Sekiranya anda ingin melihat contoh lengkap surat iringan, lihat contoh surat iringan untuk beberapa situasi berbeza.

Dalam panduan ini, kami akan kongsikan semua yang anda perlu tahu tentang format surat iringan. Antaranya:

  • Cara memformat bahagian-bahagian di dalam surat iringan termasuk kepala surat, salam pembukaan, pengenalan, isi kandungan, penutup, dan tandatangan.
  • Templat dan contoh untuk membantu anda menghasilkan surat iringan yang kemas dan profesional.
  • Tips-tips penting yang anda perlu gunakan semasa menulis untuk menghasilkan surat iringan yang berkesan.

Cara memformat setiap bahagian utama di dalam surat iringan


Lelaki duduk di kafe dengan komputer riba dan menggunakan telefon pintar.


Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, surat iringan mempunyai format standard industri. Setiap bahagian mempunyai isi kandungan yang spesifik untuk ditulis. Mari lihat bagaimana untuk memformat bahagian-bahagian utama di dalam surat iringan.

Contoh surat iringan yang ditulis sebagai kandungan utama e-mel:

Subjek E-mel: Permohonan Jawatan Pereka Grafik

Tuan/Puan yang dihormati,

Saya menulis untuk memohon jawatan Pereka Grafik seperti yang diiklankan di laman web syarikat ABC pada 10 Januari 2024. Saya mempunyai pengalaman selama tiga tahun dalam bidang reka bentuk grafik dan mahir menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop, Illustrator, dan Figma.

Dalam peranan saya sebagai Pereka Grafik di XYZ Creative Studio, saya bertanggungjawab mereka bentuk bahan pemasaran digital dan cetakan, termasuk poster, infografik, dan reka bentuk laman web. Salah satu pencapaian utama saya ialah menghasilkan kempen visual untuk produk baru syarikat, yang meningkatkan penglibatan pelanggan sebanyak 25% dalam tempoh tiga bulan pertama.

Saya amat berminat untuk menyertai pasukan kreatif di ABC Sdn. Bhd. kerana reputasi syarikat dalam menghasilkan karya visual yang inovatif dan profesional. Saya percaya bahawa pengalaman dan kemahiran saya dalam reka bentuk grafik dapat menyumbang kepada kejayaan projek syarikat.

Saya berbesar hati jika diberikan peluang untuk menghadiri temu duga dan berbincang lebih lanjut mengenai sumbangan yang boleh saya berikan kepada syarikat.

Sekian, terima kasih atas masa dan perhatian pihak tuan/puan terhadap permohonan saya.

Yang benar,

Nurul Afiqah Binti Hassan

+6012 6674311

E-mel: nurul.afiqah@example.com

Portfolio: www.nurulafiqahdesigns.com


Adakah anda memerlukan resume untuk dilampirkan bersama surat iringan? Gunakan pembina resume kami untuk mendapatkan resume yang dapat menyerlahkan bakat dan kebolehan anda hanya dalam beberapa minit!

Format kepala surat iringan

Dalam surat iringan formal, kepala surat perlu merangkumi maklumat peribadi pengirim dan penerima, serta tarikh. Format ini lazimnya digunakan untuk surat iringan yang dilampirkan bersama permohonan kerja sama ada sebagai lampiran e-mel ataupun yang dicetak dan dihantar secara fizikal. Maklumat kepala surat ini menambahkan sentuhan profesional dan memudahkan majikan mencari maklumat untuk menghubungi anda dengan cepat.

Kepala surat biasanya diletakkan di bahagian atas kiri halaman. Mulakan dengan nama penuh anda, alamat, nombor telefon, dan e-mel. Tinggalkan satu baris kosong, kemudian nyatakan tarikh. Selepas satu baris kosong lagi, masukkan maklumat penerima. Pastikan anda menyertakan nama penerima, jawatan profesional, serta nama syarikat.

Berikut adalah templat yang boleh anda ikuti:

[Nama penuh anda]

[Alamat]

[Nombor telefon]

[E-mel]

[Tarikh hari ini]

[Nama penerima]

[Jawatan profesional penerima]

[Nama syarikat]

[Alamat]


Format salam pembuka surat iringan

Selepas kepala surat, mulakan surat iringan anda dengan salam pembuka yang profesional dan sesuai. Jika anda mengetahui nama penerima, gunakan sapaan dengan menyertakan nama penuh dan gelaran mereka, contohnya: "Yang Berusaha Puan Aida Rahman."

Jika nama penerima tidak diketahui, gunakan salam umum yang sopan. Antara pilihan yang boleh digunakan ialah "Tuan/Puan yang dihormati" atau "Pengurus Pengambilan Pekerja yang Dihormati." Pastikan salam pembuka diakhiri dengan koma (,) dan tinggalkan satu baris kosong sebelum memulakan isi kandungan surat anda.

Format salam pembuka yang betul memberi gambaran profesional dan menunjukkan rasa hormat anda terhadap penerima, walaupun anda tidak mengenali mereka secara peribadi.

Format bahagian pengenalan dalam surat iringan

Bahagian pengenalan dalam surat iringan bertujuan memperkenalkan diri anda dan menjelaskan tujuan anda menulis surat tersebut. Pengenalan ini biasanya terdiri daripada satu perenggan ringkas yang menyatakan jawatan yang dipohon dan bagaimana anda mengetahui tentang peluang tersebut.

  • Mulakan dengan memperkenalkan diri anda secara ringkas dan terus nyatakan jawatan yang anda mohon, contohnya:
"Saya menulis untuk memohon jawatan Eksekutif Pemasaran seperti yang diiklankan di laman web Syarikat Indah Maju pada 1 Januari 2025."

  • Anda juga boleh menambah sebab mengapa anda berminat dengan jawatan tersebut, terutamanya jika anda kagum dengan reputasi syarikat atau tertarik dengan bidang kerja mereka. Pastikan ayat anda jelas dan padat tanpa terlalu panjang, contohnya:
"Saya amat berminat untuk menyertai pasukan pemasaran di Syarikat Indah Maju kerana ia seiring dengan matlamat kerjaya saya."

Format pengenalan yang baik memberi gambaran pertama yang positif kepada majikan dan menarik minat mereka untuk membaca isi kandungan surat anda dengan lebih lanjut.

Wanita bekerja menggunakan komputer riba sambil duduk di ruang tamu di rumah

Format menulis isi utama surat iringan

Bahagian isi utama surat iringan merupakan ruang untuk anda menonjolkan kemahiran, pengalaman, dan pencapaian yang relevan dengan jawatan yang dipohon. Isi utama ini biasanya terdiri daripada satu hingga dua perenggan yang memberikan gambaran lebih terperinci tentang nilai yang anda boleh tawarkan kepada organisasi.

  • Mulakan dengan menyatakan kelayakan utama anda, seperti pengalaman kerja atau pencapaian profesional. Contohnya:
"Sebagai Eksekutif Pemasaran di Sun Trade Sdn. Bhd., saya telah berjaya meningkatkan tahap kepuasan pelanggan sebanyak 25% melalui kempen media sosial yang interaktif dan berkesan."

  • Seterusnya, jelaskan bagaimana kemahiran anda boleh memenuhi keperluan syarikat. Anda juga boleh menyertakan contoh projek tertentu atau kemahiran teknikal yang menunjukkan keupayaan anda. Contohnya:
"Saya telah memimpin projek pelancaran aplikasi syarikat yang berjaya menarik 10,000 pengguna baharu dalam tempoh dua bulan. Saya juga mahir menggunakan perisian analitik seperti Google Analytics dan Tableau untuk memantau keberkesanan kempen serta membuat penyesuaian strategi pemasaran berdasarkan data."

Bahagian isi utama yang ditulis dengan baik akan memperkuatkan permohonan anda dan membantu majikan memahami sumbangan yang anda boleh berikan jika diberi peluang untuk mengisi jawatan tersebut.

Format menulis bahagian penutup surat iringan

Bahagian penutup surat iringan bertujuan untuk mengakhiri surat dengan nada positif dan profesional. Penutup yang baik memberikan kesan terakhir yang meyakinkan dan menekankan semula minat anda terhadap jawatan tersebut.

  • Mulakan dengan menyatakan kesediaan anda untuk menghadiri temu duga dan nyatakan cara majikan boleh menghubungi anda. Contohnya:
"Saya bersedia untuk menghadiri temu duga pada bila-bila masa yang sesuai dan boleh dihubungi melalui e-mel atau telefon seperti yang tertera di atas."

  • Anda juga boleh menambah penghargaan kepada majikan kerana meluangkan masa untuk mempertimbangkan permohonan anda. Contohnya:
"Terima kasih atas perhatian dan pertimbangan pihak tuan/puan terhadap permohonan saya."

Penutup yang baik membantu menunjukkan rasa hormat anda terhadap majikan dan menonjolkan keyakinan anda dalam menjadi calon yang sesuai untuk jawatan yang dipohon.

Format tandatangan dalam surat iringan

Di penghujung surat iringan di bahagian kiri, sertakan tandatangan anda. Tandatangan ini terdiri daripada tiga bahagian utama menggunakan format di bawah:

Ucapan penutup hendaklah ringkas dan diakhiri dengan koma. Antara yang biasa digunakan ialah:

  • Yang benar,
  • Salam hormat,
  • Sekian, terima kasih,

Tandatangan anda diletakkan di bawah ucapan penutup. Untuk surat cetakan, tandatangan anda perlu ditulis menggunakan dakwat pen, manakala untuk surat digital, cukup dengan menaip nama anda.

Maklumat untuk menghubungi anda, jika tidak dinyatakan dalam kepala surat iringan.

Format tandatangan yang teratur dan profesional memberi sentuhan akhir yang baik dan mengukuhkan tanggapan positif majikan terhadap permohonan anda.

Wanita bercermin mata tersenyum sambil menggunakan komputer riba dengan secawan kopi di atas meja

Format asas surat iringan


Surat iringan biasanya ditulis tidak lebih daripada satu muka surat, mengandungi tiga perenggan merangkumi pengenalan, isi utama, dan kesimpulan. Setiap bahagian ini mempunyai format asas tersendiri. Selain itu, format surat iringan juga bergantung kepada cara untuk menghantarnya:

Format surat iringan yang ditulis sebagai e-mel

Sekiranya anda ingin menulis surat iringan sebagai kandungan utama e-mel dan bukan sebagai lampiran, formatnya menjadi lebih ringkas. Gunakan fon dan saiz huruf standard yang telah ditetapkan di aplikasi e-mel. Anda tidak perlu menyertakan kepala surat seperti dalam dokumen formal.

Walau bagaimanapun, pastikan anda memasukkan salam pembuka yang jelas, penutup formal, serta maklumat kontak anda di akhir e-mel. Format yang teratur ini membantu penerima memahami mesej anda dengan mudah dan memastikan anda kelihatan profesional.

Format surat iringan yang dicetak atau dilampirkan sebagai fail di dalam e-mel

Sekiranya anda ingin mencetak surat iringan atau menghantarnya sebagai lampiran e-mel, gunakan format yang lebih terstruktur. Berikut adalah beberapa garis panduan yang perlu diikuti:

  • Gunakan jarak baris tunggal (single-spaced) dalam setiap perenggan dan tinggalkan satu ruang kosong antara perenggan.
  • Pilih font profesional seperti Times New Roman atau Arial dengan saiz huruf 12 untuk memastikan surat mudah dibaca.
  • Tetapkan margin satu inci pada sisi halaman.
  • Sertakan kepala surat yang mengandungi maklumat peribadi anda, maklumat penerima, dan tarikh.

Sekiranya anda melampirkan surat iringan dalam bentuk fail digital, terdapat beberapa peraturan tambahan yang perlu diambil kira:

  • Pastikan anda menggunakan jenis fail seperti yang diminta oleh syarikat. Setiap majikan mungkin mempunyai keutamaan format fail yang berbeza, seperti PDF (.pdf) atau dokumen Word (.doc). Jika tiada format khusus dinyatakan, disarankan untuk menggunakan format PDF kerana ia mengekalkan susunan dokumen pada semua jenis peranti.
  • Pastikan nama fail anda profesional dan memudahkan majikan untuk mencarinya. Cara yang terbaik adalah dengan menggabungkan nama penuh anda beserta perkataan "surat iringan" dalam nama fail untuk memastikan ia jelas dan mudah dicari oleh pihak majikan. Ini juga memberi kesan yang lebih profesional kepada permohonan anda. Ikut templat ini semasa menamakan fail anda:

    [Namapertama_Namakedua_SuratIringan.pdf]

    Contoh:
    NurulAfiqah_Hassan_SuratIringan.pdf

Kepentingan mengikut format surat iringan yang betul


Gadis sedang menulis surat lamaran menggunakan komputer riba di biliknya


Setelah memahami format surat iringan, pastikan anda mengaplikasikannya semasa menulis surat iringan untuk memohon pekerjaan impian anda. Kami pasti usaha anda tidak akan sia-sia kerana menghantar surat iringan menggunakan format yang betul akan:

Memudahkan majikan mencari maklumat anda. Surat iringan lazimnya mempunyai format standard untuk kebanyakan industri. Ini dapat memudahkan pihak pengambilan kerja untuk mencari maklumat utama dengan pantas. Sebagai contoh, jika mereka memerlukan nama penuh atau maklumat untuk menghubungi anda, mereka tahu di mana perlu mencarinya, iaitu di bahagian atas surat iringan.

Membantu permohonan anda melepasi Sistem Penapisan Automatik (ATS). Kebanyakan syarikat kini menggunakan sistem penapisan automatik (Applicant Tracking System atau ATS) untuk menyaring surat iringan dan resume secara automatik berdasarkan maklumat tertentu. Menggunakan format yang betul memastikan surat iringan anda mudah diproses oleh perisian ATS, sekali gus meningkatkan peluang permohonan anda sampai kepada pihak pengurus pengambilan pekerja.

Jadi, surat iringan yang ditulis mengikut panduan format yang telah ditetapkan adalah mesra ATS. Antara maklumat utama yang dicari oleh ATS adalah pengalaman kerja, sebab anda memohon jawatan, dan kemahiran profesional anda. Menggunakan templat dan format yang kami sediakan dalam artikel ini akan memastikan sistem ATS dapat mengesan semua maklumat yang diperlukan.

Di dalam artikel lain, kami ada memberikan panduan bagaimana untuk menulis surat iringan yang profesional.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche