Dapatkan Pekerjaan Melalui Permohonan Dimulakan Sendiri: Panduan Lengkap

Mendapatkan kerjaya impian bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi dalam dunia pekerjaan yang sangat kompetitif sekarang. Ramai yang berputus asa apabila menghantar permohonan kerja secara konvensional namun tidak mendapat sebarang balasan.

Dapatkan Pekerjaan Melalui Permohonan Dimulakan Sendiri: Panduan Lengkap

Menulis resume dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Menulis resume
Table of contents
Kandungan

Menulis resume dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta CV saya

Oleh itu, dalam artikel ini, kita akan meneroka cara untuk memulakan permohonan sendiri, tanpa menunggu tawaran pekerjaan untuk muncul di laman web atau iklan. Dengan semangat proaktif, anda boleh membina laluan anda ke arah kerjaya impian.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui:

  • Bagaimana permohonan kerja dimulakan sendiri dapat membuka lebih peluang anda untuk diambil kerja.
  • Apakah strategi untuk mencari peluang kerja tanpa melalui tawaran jawatan kosong.
  • Perkara-perkara yang perlu dilakukan dan dielakkan semasa membuat permohonan kerja dimulakan sendiri.
Lelaki muda menyemak imbas tawaran kerja pada komputer ribanya

Contoh surat iringan untuk permohonan kerja dimulakan sendiri


Berikut adalah contoh surat iringan untuk digunakan semasa membuat permohonan kerja dimulakan sendiri. Anda boleh sesuaikan surat ini dengan jawatan yang dipohon.

[Nama anda]

[Alamat anda]

[Nombor telefon]

[Alamat e-mel]

[Tarikh]

[Nama penerima]

[Nama syarikat]

[Alamat syarikat]

Tuan/Puan,

Saya, [Nama anda], ingin mengemukakan minat saya untuk menyertai [Syarikat] yang saya dapati sangat sesuai dengan minat dan matlamat kerjaya saya. Saya mempunyai latar belakang dalam [bidang anda] dan berpengalaman dalam [pengalaman atau kemahiran berkaitan], yang saya percaya dapat menyumbang kepada kejayaan syarikat anda.

Melalui kerjaya sebagai [pengalaman anda], saya telah memperoleh kemahiran dalam [kemahiran yang relevan] dan berjaya [nyatakan pencapaian]. Saya sangat kagum dengan misi dan budaya syarikat anda, dan berharap dapat menjadi sebahagian daripada pasukan yang memberi impak positif kepada industri ini.

Saya berharap untuk berpeluang membincangkan lebih lanjut bagaimana saya boleh menyumbang kepada [Syarikat]. Terima kasih atas perhatian anda terhadap permohonan saya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

[Nama Anda]


Cara menulis permohonan kerja dimulakan sendiri


Selepas mengetahui cara dan siapa untuk dihubungi, anda perlu sediakan dua dokumen penting iaitu surat iringan dan resume. Mari lihat bagaimana cara membina kedua-dua dokumen ini.

Wanita muda tersenyum gembira menggunakan komputer riba

Cara menulis surat iringan

Surat iringan berfungsi bagi memperkenalkan diri anda dan menyampaikan minat anda terhadap syarikat serta bagaimana anda boleh menyumbang untuk mereka. Berikut adalah apa yang perlu ditulis dalam surat iringan:

  • Pengenalan diri:  Nyatakan nama, latar belakang pendidikan atau profesion anda, dan tujuan surat ini. Sebutkan bagaimana anda mengetahui tentang syarikat ini dan minat anda terhadap bidang kerja syarikat.
  • Tujuan menulis: Nyatakan mengapa anda menulis surat ini. Jelaskan bahawa anda tertarik dengan syarikat kerana matlamat dan nilai syarikat sejajar dengan matlamat peribadi serta kemahiran anda.
  • Kemahiran dan pengalaman: Nyatakan kemahiran dan pengalaman kerja anda yang relevan dengan syarikat tersebut.
  • Penutup: Akhiri surat dengan menyatakan kesediaan anda untuk menghadiri temuduga atau perbincangan lanjut dan berterima kasih atas masa dan perhatian yang diberikan.
Mahu menghasilkan surat iringan yang berkesan? Anda boleh menulisnya menggunakan templat surat iringan kami.

Cara menulis resume

Semasa membuat permohonan kerja dimulakan sendiri, anda boleh sertakan resume untuk menonjolkan kemahiran dan pengalaman yang anda miliki. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dimasukkan di dalam resume:

  • Maklumat peribadi: Sertakan maklumat asas seperti nama, alamat, nombor telefon, dan e-mel.
  • Ringkasan profesional: Tulis ringkasan yang kuat mengenai pengalaman dan kemahiran utama anda. Fokus pada kekuatan anda yang relevan dengan bidang kerja yang diminati.
  • Pengalaman kerja: Senaraikan pengalaman kerja yang relevan. Mulakan dengan jawatan terkini dan nyatakan tanggungjawab serta pencapaian yang dapat diukur.
  • Pendidikan: Sertakan kelayakan akademik yang berkaitan, seperti ijazah atau sijil yang relevan dengan bidang kerja yang dimohon.
  • Kemahiran: Fokus pada kemahiran yang relevan dengan jawatan yang anda mohon, seperti kemahiran teknikal, analitik, pengurusan, atau kemahiran interpersonal.
  • Rujukan: Rujukan boleh disediakan atas permintaan.
Adakah anda memerlukan resume baru untuk memohon kerja? Gunakan pembina resume kami untuk membina resume yang berkesan hanya dalam beberapa minit!

Lelaki muda dengan pakaian kasual duduk di meja dan bekerja pada komputer riba dan telefon pintar

Strategi menghantar permohonan


Langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah mengetahui strategi untuk menghantar permohonan. Berikut adalah beberapa cara untuk melakukannya:

1. Hantar melalui e-mel: Menghantar permohonan melalui e-mel adalah cara yang paling biasa digunakan. Pastikan anda meletakkan subjek e-mel yang jelas dan profesional, contohnya: "Permohonan Kerja untuk [Jawatan]".

Muat turun templat CV dan sesuaikan dengan bidang yang anda pohon.

2. Menghubungi melalui LinkedIn: LinkedIn adalah platform yang sangat berkuasa untuk membina rangkaian profesional. Anda boleh menghubungi individu yang bertanggungjawab dalam pengambilan pekerja melalui LinkedIn seperti pengurus pengambilan pekerja atau pegawai sumber manusia. Sertakan pesanan ringkas mengenai minat anda terhadap syarikat dan nyatakan bahawa anda telah menghantar permohonan kerja.

3. Lawatan syarikat: Jika syarikat tersebut berhampiran, anda juga boleh mempertimbangkan untuk membuat lawatan. Berikan resume anda secara peribadi dan terangkan minat anda untuk menyertai syarikat. Ini menunjukkan inisiatif dan kesungguhan yang tidak semua calon lakukan.

Kesilapan yang perlu dielakkan semasa membuat permohonan kerja dimulakan sendiri


Memohon kerja secara proaktif adalah langkah yang bijak, tetapi ia memerlukan strategi yang betul untuk meninggalkan kesan positif pada majikan. Berikut adalah beberapa kesalahan yang perlu dielakkan untuk memastikan permohonan anda tidak dipandang remeh atau diabaikan:

Menulis surat iringan atau menghantar e-mel yang tidak profesional. Surat iringan atau e-mel yang ditulis secara ringkas, tidak formal, atau mengandungi kesalahan tatabahasa memberi gambaran buruk kepada majikan. Contohnya:

  • Menggunakan bahasa seperti "Hi, saya nak tanya ada kerja kosong tak?".
  • Menulis surat iringan tanpa menyatakan sebab anda berminat dengan syarikat tersebut dan tidak berstruktur baik.

Tidak memilih masa atau orang yang tepat. Menghantar permohonan pada masa yang kurang sesuai atau kepada individu yang tidak berkaitan boleh menyebabkan usaha anda sia-sia. Contohnya:

  • Menghantar permohonan semasa musim cuti panjang atau hari minggu, di mana e-mel mungkin diabaikan.
  • Menghantar e-mel kepada jabatan yang salah, seperti menghantar permohonan kepada jabatan sokongan pelanggan bukannya sumber manusia.

Terlalu mendesak. Menunjukkan sikap terlalu mendesak selepas menghantar permohonan boleh memberi tanggapan buruk kepada majikan. Contohnya:

  • Menghubungi majikan terlalu kerap untuk bertanya tentang status permohonan, walaupun belum ada maklum balas.
  • Menulis e-mel dengan nada yang memaksa, seperti “Saya harap permohonan saya akan diberi perhatian segera.”
Wanita Serius Bekerja di Komputer Riba di Lantai

Perkara yang harus dilakukan selepas menghantar permohonan


Selepas menghantar permohonan dimulakan sendiri, penting untuk anda kekal proaktif. Jangan sekadar menunggu jawapan daripada syarikat. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil:

Follow-up dengan syarikat. Selepas dua atau tiga minggu, jika anda tidak mendapat sebarang maklum balas, hantar e-mel susulan bagi menyatakan minat anda. Ini menunjukkan kesungguhan anda dan mengingatkan majikan mengenai permohonan anda.

Teruskan menghantar permohonan. Jangan hanya fokus satu syarikat sahaja. Hantar kepada beberapa syarikat yang berpotensi untuk meningkatkan peluang anda

Kembangkan kemahiran. Sementara menunggu, teruskan mengembangkan kemahiran anda. Ambil kursus dalam talian atau belajar kemahiran baru yang boleh meningkatkan kebolehpasaran anda.

Bagaimana rangkaian dapat membantu untuk membuka peluang kerja?


Rangkaian adalah aset penting dalam mendapatkan kerjaya impian anda. Kadang-kadang, peluang terbaik datang daripada saranan dan rujukan daripada orang yang anda kenali. Berikut adalah cara untuk memanfaatkan rangkaian anda:

Hubungi rakan dan keluarga. Beritahu rakan dan keluarga bahawa anda sedang mencari pekerjaan. Mereka mungkin mengenali seseorang dalam syarikat yang anda berminat dan boleh menghubungkan anda dengan orang tersebut.

Libatkan diri dalam komuniti industri. Sertai persidangan, seminar, atau bengkel yang berkaitan dengan industri anda. Ini adalah cara yang baik untuk membina hubungan dan bertukar pandangan dengan mereka yang sudah berada dalam bidang tersebut. Mungkin mereka sedang mencari pekerja, ini boleh menjadi peluang emas anda!

Gunakan media sosial profesional. Selain LinkedIn, gunakan juga platform lain seperti X (Twitter sebelum ini) untuk mengikut syarikat-syarikat yang anda minati. Kadangkala syarikat mengiklankan peluang pekerjaan secara eksklusif di media sosial.

Kepentingan permohonan kerja dimulakan sendiri


Memohon pekerjaan yang tidak ditawarkan di mana-mana agensi perkerjaan bukanlah sesuatu yang sia-sia. Antara impak positif yang anda boleh dapat daripada proses ini ialah:

Wanita mencari kerja dari rumah

Menjadi calon terawal

Dalam banyak situasi, jawatan kosong diisi sebelum ia diiklankan. Oleh itu, menghantar permohonan secara proaktif membolehkan anda menjadi calon awal yang diambil kira. Selain itu, tindakan ini menunjukkan kepada majikan bahawa anda adalah seorang individu yang bersedia mengambil langkah awal dan tidak hanya menunggu peluang datang. Ini memberikan anda kelebihan berbanding calon lain yang mungkin hanya bertindak selepas jawatan diiklankan.

Peluang untuk menonjolkan diri

Inisiatif anda memperkenalkan diri kepada majikan dapat memberi anda peluang untuk menonjol di antara calon-calon lain. Anda dapat menunjukkan kepada majikan bahawa anda adalah seorang individu berinisiatif tinggi dan bermotivasi, dua sifat yang sangat dihargai oleh kebanyakan syarikat. Selain itu, ia membolehkan anda memperlihatkan kemahiran komunikasi dan daya usaha anda, yang sering menjadi faktor penting dalam membuat majikan kagum. Kerana tiada persaingan daripada calon lain, fokus akan diberikan kepada permohonan anda.

Membina hubungan jangka panjang dengan majikan

Melalui komunikasi awal, anda boleh membina hubungan jangka panjang dengan majikan. Walaupun tiada jawatan yang sesuai pada masa ini, pihak syarikat mungkin akan menghubungi anda pada masa depan apabila ada peluang yang relevan. Hubungan ini juga membuka peluang untuk anda menerima nasihat atau maklum balas yang berguna tentang cara meningkatkan kelayakan atau penyesuaian anda dengan keperluan industri. Dalam jangka masa panjang, hubungan baik ini boleh menjadi kelebihan dalam membina kerjaya anda.

Memahami permohonan dimulakan sendiri


Permohonan dimulakan sendiri merujuk kepada usaha proaktif mencari pekerjaan dengan menghubungi syarikat-syarikat yang anda minati walaupun mereka tidak mempunyai tawaran pekerjaan terbuka pada ketika itu. Dengan mengambil inisiatif ini, anda menunjukkan semangat dan minat anda kepada bakal majikan.

Langkah ini bukan sahaja membantu memperkenalkan diri anda kepada syarikat, malah ia boleh membuka peluang pekerjaan yang mungkin tidak diiklankan secara rasmi.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda