Cara Menulis Surat Peletakan Jawatan yang Profesional

Meletakkan jawatan adalah satu keputusan yang besar dan sering kali sukar dibuat. Proses menulis surat peletakan jawatan juga boleh menjadi satu cabaran, kerana ia memerlukan keseimbangan antara profesionalisme, kesopanan, dan kejelasan untuk menyampaikan hasrat anda dengan baik. Oleh itu, anda perlu tahu bagaimana untuk menulisnya dengan betul.

Cara Menulis Surat Peletakan Jawatan yang Profesional

Menulis resume dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Menulis resume
Table of contents
Kandungan

Menulis resume dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta CV saya

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi tentang cara menulis surat berhenti kerja untuk memastikan kelancaran peralihan kerjaya anda. Antara yang dibincangkan ialah:

  • Butir-butir yang perlu dimasukkan di dalam surat perletakan jawatan.
  • Contoh surat perletakan jawatan yang boleh diubahsuai menggunakan maklumat anda.
  • Kesalahan-kesalahan yang perlu dielakkan dalam menulis surat perletakan jawatan.
Wanita profesional memberi tumpuan kepada surat peletakan jawatannya di pejabat

Templat surat perletakan jawatan


Berikut adalah templat surat perletakan jawatan yang boleh disesuaikan dengan maklumat dan situasi anda.

[Nama Anda]

[Alamat Anda]

[No. Telefon Anda]

[Alamat E-mel Anda]

[Tarikh]

[Nama Penerima]

[Jawatan Penerima]

[Nama Syarikat]

[Alamat Syarikat]

Tuan/Puan,

Peletakan Jawatan Sebagai [Jawatan Anda]

Dengan segala hormatnya, saya ingin memaklumkan hasrat saya untuk meletakkan jawatan saya sebagai [jawatan anda] di [nama syarikat], berkuat kuasa pada [tarikh]. Saya akan menyempurnakan notis selama [tempoh notis], dengan tarikh akhir perkhidmatan saya adalah pada [tarikh].

Saya amat berterima kasih atas peluang dan kepercayaan yang telah diberikan oleh syarikat sepanjang saya berkhidmat di sini. Pengalaman ini telah banyak membantu saya dalam mengembangkan kemahiran dan kerjaya saya.

Saya bersedia untuk membantu melatih pengganti atau menyelesaikan tugasan yang masih belum disempurnakan bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar.

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala sokongan dan tunjuk ajar sepanjang saya berada di syarikat ini. Saya berharap syarikat terus maju dan berjaya di masa hadapan.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

[Nama Anda]


Sudah siap tulis surat berhenti kerja? Bagus! Sekiranya anda masih mahu menulis resume untuk mendapatkan kerja impian anda, cuba pembina resume kami dan dapatkan resume yang menonjol hanya dalam beberapa minit. Atau jika anda lebih suka belajar secara terperinci, rujuk panduan kami: Panduan Lengkap Membina Resume.

Struktur surat peletakan jawatan


Surat peletakan jawatan ialah dokumen rasmi yang memberitahu majikan anda bahawa anda akan meninggalkan jawatan anda. Surat ini harus mempunyai struktur yang jelas dan padat. Berikut adalah elemen-elemen penting yang perlu ada di dalam surat peletakan jawatan yang profesional:

Lelaki menggunakan komputer riba di atas meja

Maklumat peribadi dan tarikh surat

Mulakan surat berhenti kerja dengan maklumat peribadi anda. Sertakan nama penuh, alamat, nombor telefon, dan alamat e-mel anda di bahagian atas surat diikuti dengan tarikh surat ditulis.

semak ikonContoh:

Arash Bin Adnan

No. 12, Jalan Sunway 5,

68000 Ampang, Selangor

arash.adnan@example.com

+6012 5669023

10 November 2024


Maklumat penerima

Anda perlu tahu kepada siapa surat itu perlu ditujukan. Adakah pengurus anda, atau pengurus sumber manusia, atau Ketua Pegawai Operasi (CEO)? Tuliskan nama penerima, jawatan, nama syarikat, dan alamat syarikat.

semak ikonContoh:

Encik Ahmad Firdaus

Pengurus Sumber Manusia

Kreatif Design Sdn. Bhd.

Lot 88, Jalan Teknologi,

47800 Petaling Jaya, Selangor


Ucapan pembuka

Mulakan dengan salam pembukaan untuk surat rasmi, diikuti dengan nama penerima surat perletakan jawatan tersebut.

semak ikonContoh:
Yang Berusaha Encik Ahmad Firdaus,

Kenyataan perletakan jawatan dan tarikh akhir bekerja

Di bahagian ini, anda perlu menyatakan dengan jelas niat anda untuk meletakkan jawatan, bersama dengan tarikh akhir perkhidmatan. Tarikh tersebut perlu bersesuaian dengan notis perletakan jawatan yang telah ditetapkan oleh syarikat. Kebiasaannya, notis tersebut ada dinyatakan di dalam kontrak kerja anda. Tetapi, dalam situasi tertentu, notis 24 jam juga boleh diberikan.

Anda juga boleh memasukkan maklumat tentang tugasan yang perlu anda selesaikan sebelum anda meninggalkan syarikat, seperti projek yang belum selesai.

semak ikonContoh:
Dengan segala hormatnya, saya ingin memaklumkan hasrat saya untuk meletakkan jawatan sebagai Pelukis Grafik di Kreatif Design Sdn. Bhd., berkuat kuasa pada 25 Disember 2024. Saya memberikan notis selama satu bulan seperti yang dinyatakan dalam kontrak kerja saya. Pada masa kini saya sedang menyiapkan draf lukisan pejabat projek A dan saya akan menyiapkannya sebelum hari terakhir saya di syarikat ini.

Wanita muda berpakaian formal di Pejabat Memberi Isyarat di hadapan komputernya

Alasan perletakan jawatan


Anda harus memberikan alasan yang jelas dalam surat peletakan jawatan sebab mengapa anda mahu berhenti kerja. Namun begitu, anda tidak perlu  menulisnya terlalu terperinci atau personal. Kekalkan nada profesional.

semak ikonContoh:
Saya membuat keputusan untuk meletakkan jawatan kerana ingin mencari peluang baharu yang selari dengan perkembangan kerjaya dan matlamat peribadi saya. Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah, namun saya yakin ia adalah yang terbaik untuk masa depan profesional saya.

Ucapan Penghargaan

Luahkan penghargaan anda terhadap peluang yang telah diberikan oleh syarikat. Tuliskan antara pengalaman berharga yang telah anda perolehi semasa bekerja dengan syarikat tersebut.

semak ikonContoh:
Saya amat berterima kasih atas peluang dan sokongan yang diberikan sepanjang tempoh saya berkhidmat di sini. Pengalaman bekerja di Kreatif Design Sdn. Bhd. telah banyak membantu saya mengembangkan kemahiran dalam reka bentuk grafik, komunikasi berpasukan, dan pengurusan projek kreatif. Saya sangat menghargai tunjuk ajar dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak pengurusan dan rakan sekerja.

Nyatakan kesediaan membantu peralihan

Nyatakan kesediaan anda untuk membantu proses peralihan jawatan kepada pekerja lain. Anda tidak perlu menyatakan bantuan secara terperinci. Cukup dengan menyatakan bahawa anda akan pastikan yang proses peralihan berlaku dengan lancar.

semak ikonContoh:
Saya bersedia untuk membantu melatih pengganti saya dan menyelesaikan tugas-tugas yang masih tertangguh bagi memastikan peralihan kerja berjalan dengan lancar dan teratur.

Penutup surat

Akhiri surat dengan ucapan terima kasih dan penutup formal, seperti "Yang benar" diikuti dengan nama anda.

semak ikonContoh:

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih atas peluang dan pengalaman berharga sepanjang saya bekerja dengan syarikat ini. Saya mendoakan agar Kreatif Design Sdn. Bhd. terus maju dan berjaya di masa hadapan.

Yang benar,

Arash Bin Adnan


Dua rakan sekerja bekerja pada komputer

Perkara yang perlu dielakkan semasa menulis surat perletakan jawatan


Memberi komen negatif dan tidak profesional:
Elakkan daripada mengungkit perkara negatif seperti ketidakpuasan hati dengan pengurusan atau rakan sekerja. Menggunakan bahasa yang negatif atau kasar hanya akan merosakkan hubungan baik yang mungkin anda perlukan untuk rujukan pada masa hadapan. Sebaliknya, fokus pada pengalaman positif dan penghargaan terhadap peluang yang telah diberikan.

Memberikan maklumat terperinci tentang pekerjaan baru: Walaupun anda boleh memberitahu apa yang akan anda lakukan dan ke mana anda akan pergi seterusnya, anda tidak perlu memberitahu majikan anda tentang jawatan atau gaji baru anda dengan terperinci.

Tidak memberi notis yang cukup: Tidak memberi notis yang mencukupi boleh menyusahkan majikan dan menjejaskan kelancaran operasi syarikat. Pastikan anda mematuhi tempoh notis yang ditetapkan dalam kontrak kerja. Jika anda mempunyai alasan untuk berhenti dengan segera, jelaskan situasi tersebut dengan sopan dan tawarkan penyelesaian jika boleh.

Tidak menyatakan kesediaan membantu proses peralihan: Meninggalkan tugas tanpa persediaan untuk peralihan boleh menyulitkan majikan dan rakan sekerja yang tinggal. Oleh itu, tawarkan bantuan untuk melatih pengganti atau menyelesaikan tugasan yang tertangguh sebelum tarikh akhir perkhidmatan anda. Ini menunjukkan komitmen dan etika kerja yang baik.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Soalan-soalan lazim (FAQs) tentang surat peletakan jawatan

Bilakah saya perlu menghantar surat perletakan jawatan?

Bergantung kepada notis yang dinyatakan dalam kontrak kerja anda. Namun anda mungkin perlu memberi pengurus anda tempoh notis yang lebih lama jika anda mempunyai banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum anda pergi.

Perlukah saya menyatakan sebab peletakan jawatan dalam surat?

Tidak wajib untuk menyatakan sebab peletakan jawatan dalam surat. Jika anda ingin menyertakan sebab, pastikan ia dinyatakan secara ringkas dan positif. Elakkan menyebut perkara negatif atau konflik yang berlaku. Fokus pada perkembangan kerjaya atau peluang baharu sebagai sebab utama untuk berhenti.

Perlukah saya menghantar surat peletakan jawatan melalui emel atau secara bercetak?

Pilihan untuk menghantar surat berhenti kerja melalui emel atau secara bercetak bergantung kepada polisi syarikat dan budaya kerja organisasi anda. Jika syarikat anda lebih formal atau tradisional, serahkan surat bercetak secara fizikal kepada majikan atau bahagian sumber manusia. Namun, jika syarikat lebih fleksibel atau banyak berurusan secara digital, menghantar surat melalui emel adalah memadai.

Adakah saya perlu menyerahkan surat peletakan jawatan secara rasmi jika sudah berbincang secara lisan?

Ya, walaupun anda telah memaklumkan hasrat untuk berhenti secara lisan, penyerahan surat peletakan jawatan secara rasmi masih diperlukan. Surat ini bertindak sebagai dokumen rasmi untuk rekod syarikat dan memastikan ada bukti bertulis tentang tarikh pemberitahuan dan tarikh akhir perkhidmatan anda.

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda