Menulis resume dalam masa 15 minit
Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.
Dalam masa yang sama, sekiranya anda guna Microsoft Word untuk membina resume dengan ala kadar, kemungkinan besar resume anda akan menjadi salah satu daripada resume yang ditolak secara automatik oleh Applicant Tracking System (ATS) - satu perisian yang digunakan oleh syarikat-syarikat untuk menapis beratus resume yang mereka terima setiap hari.
Oleh itu, anda mesti tahu bagaimana cara terbaik untuk menulis resume menggunakan Microsoft Word. Di dalam panduan ini anda akan mempelajari:
- Bagaimana untuk mengakses templat resume Microsoft Word dan sesuaikan dengan perincian anda.
- Bagaimana untuk buat resume dengan cepat menggunakan Microsoft Word.
- Bagaimana untuk memformat resume secara profesional dan menjadikannya lebih baik daripada resume lain.
Cara buat resume menggunakan templat dalam Word
Berikut adalah cara-cara untuk membina resume menggunakan templat Word sedia ada.
1. Akses templat resume Microsoft Word
Untuk mengakses templat resume, anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah:
- Buka dokumen baru.
- Klik pada "more templates".
- Klik pada "Resumes and Cover Letters".
- Pilih templat resume yang anda mahu gunakan.
- Klik "Create".
- Templat resume pilihan anda muncul sebagai dokumen Word dan anda bersedia untuk mengeditnya dengan maklumat dan pengalaman peribadi anda.
2. Buat kepala resume dalam MS Word
Langkah seterusnya ialah memasukkan maklumat peribadi anda di bahagian atas resume. Maklumat yang perlu dimasukkan dalam kepala resume termasuk nama, alamat, nombor telefon, dan email.
3. Tambahkan objektif kerjaya
Seterusnya, anda perlu menambah objektif kerjaya yang memberikan gambaran ringkas tentang matlamat kerjaya anda atau kemahiran utama yang anda miliki. Pastikan objektif kerjaya anda disesuaikan dengan jawatan yang dipohon untuk menunjukkan kesesuaian anda dengan peranan tersebut. Objektif yang jelas dan padat membantu majikan memahami nilai yang anda boleh tawarkan kepada syarikat mereka.
4. Mengisi pengalaman kerja
Anda memerlukan masa dan usaha yang lebih untuk mengisi bahagian ini untuk mendapatkan hasil dengan impak yang tinggi. Sangat disarankan untuk menulis bahagian ini menggunakan poin bullet.
Cara menulis pengalaman kerja:
- Tulis nama jawatan yang anda pegang.
- Sertakan nama syarikat dan lokasi.
- Nyatakan tarikh bekerja.
- Senaraikan tanggungjawab utama anda di syarikat tersebut.
5. Mengisi bahagian pendidikan
Bahagian pendidikan dalam resume anda memberikan maklumat tentang kelayakan akademik anda. Jika anda baru tamat belajar, letakkan bahagian ini di atas pengalaman kerja. Namun, jika anda mempunyai pengalaman kerja yang panjang, letakkan selepas pengalaman kerja.
Cara menulis pendidikan:
- Tulis kos yang diambil di universiti/kolej.
- Tambahkan nama universiti/kolej yang dihadiri beserta dengan lokasi.
- Letakkan tahun dari awal sehingga tamat anda belajar.
6. Menambah bahagian kemahiran
Di templat resume Microsoft Word, anda juga akan melihat ruang untuk kemahiran. Gunakan ruang ini untuk menonjolkan kemahiran yang berkaitan dengan pekerjaan yang anda pohon. Anda boleh menyenaraikan kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah (soft skills).
Ingat, adalah sangat penting untuk meletakkan hanya kemahiran yang sesuai dan berkaitan dengan pekerjaan yang dimohon.
7. Menambah bahagian rujukan
Bahagian rujukan adalah pilihan, tetapi ia sering diletakkan di akhir resume. Anda boleh memilih untuk menyenaraikan nama individu yang bersedia memberikan rujukan atau hanya menulis "Rujukan akan diberikan atas permintaan."
8. Menyesuaikan reka bentuk resume
Selepas anda mengisi semua maklumat penting, anda boleh menyesuaikan reka bentuk templat tersebut untuk menjadikannya lebih peribadi. Sebagai contoh, anda boleh:
- Menukar fon di dalam Microsoft Word
- Mungkin ini bukan sesuatu yang anda perlu risaukan, tetapi penggunaan fon yang tidak sesuai akan menenggelamkan resume anda di lautan resume yang luas.
- Pastikan memilih fon yang profesional dan moden dan elakkan daripada menggunakan fon yang terlalu bercorak, sukar dibaca, atau 'comic' (seperti Comic Sans).
- Mungkin ini bukan sesuatu yang anda perlu risaukan, tetapi penggunaan fon yang tidak sesuai akan menenggelamkan resume anda di lautan resume yang luas.
- Menukar warna teks untuk menonjolkan tajuk.
- Menukar warna teks pada tajuk resume boleh membantu menarik perhatian pembaca dan menjadikan resume lebih mudah dibaca.
- Pilih warna yang profesional dan tidak terlalu mencolok, seperti biru gelap atau kelabu, untuk mengekalkan penampilan yang kemas dan formal.
- Menukar warna teks pada tajuk resume boleh membantu menarik perhatian pembaca dan menjadikan resume lebih mudah dibaca.
- Menambah atau menghapuskan bahagian yang tidak diperlukan.
- Menambah atau menghapuskan bahagian yang tidak diperlukan (yang telah disediakan dalam templat Microsoft Word) membolehkan anda menyesuaikan resume mengikut keperluan dan relevansi pekerjaan yang dipohon.
- Pastikan hanya maklumat penting yang disertakan agar resume kelihatan kemas dan fokus kepada kelayakan utama anda.
- Menambah atau menghapuskan bahagian yang tidak diperlukan (yang telah disediakan dalam templat Microsoft Word) membolehkan anda menyesuaikan resume mengikut keperluan dan relevansi pekerjaan yang dipohon.
- Menukar jarak baris
- Kebiasaanya, jarak baris telah di set secara default di dalam Microsoft Word. Tetapi anda perlu tahu yang jarak baris paling sesuai untuk resume adalah 1.15.
- Jika anda ingin melihat jarak baris yang ditetapkan dalam dokumen Word, pergi ke kotak 'Paragraph' dalam tab utama dan pilih ikon anak panah ke bawah kanan. Klik dan akan muncul lungsur turun dengan pilihan jarak baris yang berbeza.
- Kebiasaanya, jarak baris telah di set secara default di dalam Microsoft Word. Tetapi anda perlu tahu yang jarak baris paling sesuai untuk resume adalah 1.15.
9. Menyemak dan menyimpan resume
Selepas selesai, pastikan anda menyemak resume anda dengan teliti untuk memastikan tiada kesilapan ejaan atau format. Selepas menyemak, simpan resume anda dalam format PDF supaya ia kekal kemas apabila dihantar kepada majikan.
Cara Menyimpan Resume Sebagai PDF:
- Klik "File" dan pilih "Save As".
- Pilih "PDF" sebagai format fail.
- Beri nama fail yang profesional, contohnya "Resume_AhmadIsmail.pdf".
10. Menghantar Resume
Sekarang, resume anda sudah siap untuk dihantar kepada majikan. Pastikan anda menghantar resume bersama surat iringan untuk menaikkan peluang anda berbanding calon-calon yang lain.
Anda boleh menulisnya menggunakan pembina surat iringan kami.
Jangan lupa untuk menyemak semula semua butiran sebelum menghantar e-mel atau memuat naiknya ke laman web pekerjaan.
Perlukah letak gambar dalam resume?
Menentukan sama ada untuk meletakkan gambar dalam resume bergantung kepada industri dan budaya tempat kerja.
Di Malaysia, sesetengah majikan mungkin menganggap gambar sebagai elemen penting, terutamanya dalam bidang seperti perkhidmatan pelanggan, pemasaran, atau industri kreatif, di mana penampilan memainkan peranan. Namun, dalam bidang lain seperti IT atau kejuruteraan, gambar tidak dianggap wajib.
Sebelum menambah gambar, pastikan ia profesional, latar belakang jelas, dan bersesuaian. Jika tidak diminta secara spesifik, adalah lebih selamat untuk mengutamakan maklumat seperti kelayakan dan pengalaman kerja yang lebih relevan untuk penilaian majikan.
Penutup
Sekiranya anda pernah terfikir bagaimana untuk menggunakan templat resume Microsoft Word, sekarang anda sudah tahu caranya. Walaupun ia bukan satu perkara yang mudah, kami yakin anda telah mempelajari teknik utama dalam menggunakan Microsoft Word dalam membina resume. Sudah tiba masanya untuk membina resume yang mantap dan mohon pekerjaan idaman anda!