Cara Menulis Surat Iringan Kerja-Studi: Panduan dan Contoh Berkesan

Kebanyakan universiti dan kolej membenarkan pelajarnya untuk bekerja sambil belajar. Sama ada bekerja di dalam atau di luar kampus, anda boleh mengambil peluang ini untuk menambahkan pengalaman, belajar kemahiran baru, dan juga mendapatkan bayaran. Templat surat iringan di bawah dapat membantu anda dalam menghasilkan surat iringan yang berkesan. Hanya masukkan maklumat yang berkaitan dengan diri anda dan jawatan yang ingin dipohon.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Templat surat iringan untuk permohonan kerja sambil belajar

[Nama penuh anda]
[Alamat anda]
[Nombor telefon anda]
[Alamat e-mel anda]
[Tarikh surat ditulis]

[Nama penerima]
[Jawatan penerima]
[Nama syarikat]
[Alamat syarikat]

Permohonan Jawatan [Nama jawatan]

Yang Berhormat Tuan/Puan,

Saya, [Nama penuh anda], seorang pelajar tahun [Tahun pengajian] dalam bidang [Bidang pengajian] di [Nama Universiti/Kolej], ingin memohon jawatan sebagai [Nama jawatan] di syarikat tuan/puan. Saya percaya bahawa peluang ini dapat membantu saya memperoleh pengalaman kerja yang relevan serta meningkatkan kemahiran saya dalam industri ini.

Sepanjang pengajian saya, saya telah membangunkan kemahiran seperti [Sebutkan kemahiran yang relevan, seperti komunikasi, kerja berpasukan, pengurusan masa, dan sebagainya]. Selain itu, saya juga mempunyai pengalaman bekerja sebagai [Nama pekerjaan sebelum ini, jika ada] di [Nama tempat kerja sebelum ini], di mana saya memperoleh pengalaman dalam [Terangkan tugas dan pengalaman berkaitan].

Saya yakin bahawa dengan kemahiran dan pengalaman yang saya miliki, saya dapat memberikan sumbangan yang positif kepada syarikat tuan/puan. Saya juga bersemangat untuk belajar dan berkembang dalam persekitaran kerja yang profesional.

Saya amat berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan pihak tuan/puan. Saya sedia untuk menghadiri sesi temuduga pada bila-bila masa yang sesuai dan boleh dihubungi melalui e-mel atau telefon yang tertera di atas. Terima kasih atas peluang ini dan saya menantikan maklum balas daripada pihak tuan/puan.

Yang benar,

[Nama penuh anda]

Salah satu dokumen penting yang anda perlu hantar semasa memohon kerja adalah surat iringan. Surat iringan yang baik mampu menonjolkan kebolehan anda untuk bekerja. Jadi, baca artikel ini sampai habis untuk mempelajari cara-cara menulis surat iringan yang berkesan menggunakan format yang betul.

Antara yang kami bincangkan:

  • Struktur surat iringan yang perlu anda ikuti untuk menulis surat iringan yang mudah difahami pembaca.
  • Cara menulis setiap bahagian didalam surat iringan mengikut format yang betul beserta dengan contoh dan templat yang boleh anda ikut.
  • Tips-tips praktis yang perlu anda lakukan sebelum dan semasa menulis surat iringan untuk mendapatkan surat iringan yang mampu memberi impak positif kepada permohonan kerja anda.

Templat surat iringan di bawah dapat membantu anda dalam menghasilkan surat iringan yang berkesan. Hanya masukkan maklumat yang berkaitan dengan diri anda dan jawatan yang ingin dipohon.

Wanita menunjuk pada skrin komputer riba

Struktur surat iringan kerja-studi


Sama seperti cara menulis surat iringan standard, surat iringan bagi tujuan memohon kerja semasa belajar juga perlu ditulis mengikut struktur dan format yang diterima umum. Struktur ini membolehkan pembaca memahami maklumat yang ingin disampaikan dengan lebih mudah. Berikut adalah penerangan bahagian-bahagian utama surat iringan dan panduan untuk menulisnya.

Maklumat pengirim

Maklumat ini diletakkan di bahagian atas surat. Ianya penting supaya mudah untuk pengurus pengambilan kerja menghubungi anda. Maklumat pengirim harus mengandungi nama penuh anda, alamat, nombor telefon, dan alamat e-mel. Contoh:

Ahmad Hakimi Bin Roslan
Jalan Mutiara 5, 43000 Kajang, Selangor
012-3456789
ahmad.hakimi@example.com

Maklumat penerima

Maklumat penerima harus mengandungi nama penerima (sekiranya diketahui), jawatan penerima, nama syarikat, dan alamat syarikat. Perhatikan iklan jawatan kosong, kadang kala telah ditetapkan kepada siapa permohonan kerja tersebut perlu ditujukan. Contoh:

Encik Riduan Bin Selamat
Pengurus Sumber Manusia
Maju Retail Sdn. Bhd.
Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Pendahuluan

Bahagian pendahuluan harus ditulis dengan ringkas dan jelas kerana di sinilah anda akan memberi kesan pertama kepada majikan. Perkenalkan diri anda serta nyatakan tujuan menulis surat ini.

Contoh
Saya, Ahmad Hakimi Bin Roslan, seorang pelajar tahun kedua dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Sains, ingin memohon jawatan sebagai Pembantu Jualan Separuh Masa di Maju Retail Sdn. Bhd. Saya percaya bahawa peluang ini dapat membantu saya memperoleh pengalaman kerja yang relevan dengan bidang pengajian saya.

Wanita dengan set kepala untuk panggilan video pada komputer riba

Penerangan diri dan kelayakan

Bahagian ini menerangkan kelayakan akademik serta kemahiran yang boleh menyumbang kepada jawatan yang dipohon. Pastikan anda menyatakan pengalaman atau kemahiran yang berkaitan dengan pekerjaan tersebut. Sekiranya anda tiada pengalaman kerja, nyatakan pengalaman anda semasa menyiapkan projek kerja kursus berkumpulan anda.

Contoh
Sepanjang pengajian saya, saya telah membangunkan kemahiran komunikasi yang baik melalui kerja berkumpulan dan pembentangan akademik. Saya juga pernah bekerja sebagai juruwang sambilan di Pasaraya Texco selama enam bulan, yang memberi saya pengalaman dalam perkhidmatan pelanggan dan pengendalian transaksi kewangan. Selain itu, saya seorang yang cekap dan mampu bekerja di bawah tekanan.

Hubungan antara bidang pengajian dan pekerjaan yang dipohon

Nyatakan bagaimana pekerjaan ini dapat membantu perkembangan akademik dan kerjaya anda pada masa hadapan. Majikan ingin mengetahui sama ada anda boleh mengimbangi kerja dan pelajaran serta bagaimana pekerjaan ini memberi manfaat kepada anda.

Contoh
Sebagai pelajar Pengurusan Perniagaan, saya melihat pekerjaan ini sebagai peluang untuk mempraktikkan kemahiran yang saya pelajari dalam kelas, seperti pengurusan pelanggan dan strategi jualan. Saya yakin pengalaman ini akan memberi nilai tambah kepada pembelajaran saya dan membantu saya dalam mencapai cita-cita sebagai pengurus perniagaan yang berjaya.

Harapan dan penutup

Akhiri surat dengan menyatakan harapan untuk dipanggil ke sesi temuduga dan ucapan terima kasih kepada majikan atas pertimbangan mereka.

Contoh:

Saya amat berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan pihak tuan/puan. Saya sedia untuk menghadiri temuduga pada bila-bila masa yang sesuai. Sekiranya diperlukan, saya boleh dihubungi melalui e-mel atau telefon yang tertera di atas. Terima kasih atas peluang ini dan saya menantikan maklum balas daripada pihak tuan/puan.

Yang benar,
Ahmad Hakimi Bin Roslan


Pelajar muda
📌 Gunakan pembina resume kami. Cuma pilih templat resume dan ikuti panduan langkah demi langkah untuk mendapatkan resume profesional hanya dalam beberapa minit!

Tips terbaik untuk mendapatkan surat iringan kerja-studi yang menarik


Menulis surat iringan tidak seharusnya menjadi beban kepada anda. Apa yang anda perlu lakukan ialah tahu cara-cara menulis yang betul yang dapat meningkatkan peluang anda mendapatkan pekerjaan tersebut. Berikut adalah beberapa tips menulis surat iringan yang boleh anda ikuti.

  1. Gunakan format yang jelas dan profesional
    Pastikan surat anda ditulis dalam format yang kemas dan mudah dibaca. Gunakan perenggan yang tersusun dan maklumat yang relevan bagi menarik perhatian majikan.
  2. Fokus pada kelebihan sebagai pelajar
    Jelaskan bagaimana pembelajaran akademik anda berkaitan dengan pekerjaan yang dipohon. Tekankan kemahiran seperti kerja berpasukan, komunikasi, atau pengurusan masa yang diperoleh melalui tugasan atau aktiviti kokurikulum.
  3. Nyatakan pengalaman yang berkaitan
    Walaupun anda belum mempunyai pengalaman kerja sepenuh masa, sebutkan pengalaman sukarelawan, projek universiti, atau aktiviti yang menunjukkan kebolehan anda bekerja secara profesional.
  4. Gunakan bahasa yang ringkas dan berkeyakinan
    Elakkan ayat yang terlalu panjang atau kompleks. Gunakan bahasa yang jelas dan menunjukkan keyakinan terhadap kebolehan anda tanpa terlalu melebih-lebihkan.
  5. Periksa semula kesalahan ejaan dan tatabahasa
    Pastikan surat anda bebas daripada kesalahan ejaan dan tatabahasa. Kesilapan kecil boleh menjejaskan profesionalisme surat dan memberi tanggapan negatif kepada majikan. Sekiranya perlu, minta kawan atau pensyarah untuk membuat pembacaan pruf pada surat iringan anda.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche