Cara Menulis Surat Cadangan yang Efektif dan Memberi Impak

Dalam proses memohon kerja, anda mungkin perlu menghantar surat cadangan. Sama ada ianya telah ditentukan dan ditulis di dalam iklan jawatan kosong ataupun diminta oleh majikan setelah permohonan anda berjaya dalam peringkat saringan. Surat cadangan adalah dokumen rasmi yang menyatakan sokongan dan penilaian terhadap kemampuan atau kelayakan seseorang.

Cara Menulis Surat Cadangan yang Efektif dan Memberi Impak

Menulis resume dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Menulis resume
Table of contents
Kandungan

Menulis resume dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta CV saya

Ia dapat menambah kredibiliti permohonan kerja anda kerana individu yang mengenali anda dapat mengesahkan kemahiran dan pencapaian yang ditulis di dalam resume.

Baca artikel ini sampai habis untuk mengetahui bagaimana surat cadangan yang efektif dapat memberi impak positif pada permohonan kerja. Antara yang dibincangkan ialah:

  • Bagaimana menulis surat cadangan yang berkesan untuk meningkatkan peluang mendapat pekerjaan.
  • Bagaimana untuk meminta seseorang yang anda kenali untuk memberikan surat cadangan bagi tujuan permohonan kerja anda.
  • Templat dan contoh yang boleh digunakan sebagai panduan dalam menulis surat cadangan.
Seorang ahli perniagaan berbincang dengan rakan sekerja sambil menyemak dokumen

Templat surat cadangan


Menyediakan templat surat cadangan kepada individu yang akan menulisnya dapat membantu memudahkan proses penulisan. Berikut adalah templat yang boleh diubah suai dengan situasi berbeza.

[Nama penuh pemberi cadangan]

[Jawatan]

[Nama syarikat/oganisasi]

[Alamat syarikat]

[Alamat E-mel]

[Nombor telefon]

[Tarikh]

[Nama penerima]

[Jawatan penerima]

[Nama syarikat/organisasi Penerima]

[Alamat syarikat]

Yang Berusaha [Nama penerima/Tuan/Puan],

Surat Cadangan untuk [Nama penuh individu dicadangkan]

Dengan penuh sukacita, saya [Nama pemberi cadangan], [Jawatan pemberi cadangan] di [Nama syarikat/organisasi], ingin mencadangkan [Nama penuh individu dicadangkan] untuk [jawatan yang dipohon] di [Nama syarikat/organisasi penerima]. Saya telah mengenali beliau selama [tempoh masa] dalam kapasiti sebagai [hubungan kerja seperti ‘penyelia’ atau ‘rakan sekerja’].

Sepanjang tempoh ini, [Nama penuh individu dicadangkan] telah menunjukkan kemahiran dalam [kemahiran-kemahiran utama dalam jawatan yang disandang]. Beliau telah mengetuai/melibatkan diri dalam [projek atau tugas tertentu], yang berjaya [pencapaian atau hasil positif, contohnya ‘meningkatkan kecekapan operasi sebanyak 20%’ atau ‘mengurangkan kos penghantaran sebanyak 15%’].

Selain itu, [Nama penuh individu dicadangkan] juga mempunyai sifat-sifat positif seperti [ciri peribadi, contohnya ‘dedikasi’, ‘kreativiti’, ‘kerjasama berpasukan’, atau ‘kepimpinan’], yang menjadikannya seorang yang dihormati oleh rakan sekerja dan pihak pengurusan.

Saya yakin bahawa [Nama penuh individu dicadangkan] adalah calon yang sesuai untuk [jawatan yang dipohon] dan akan memberikan sumbangan yang signifikan kepada [Nama syarikat/organisasi penerima].

Sekiranya tuan/puan memerlukan maklumat tambahan, sila hubungi saya melalui e-mel di [Alamat E-mel pemberi cadangan] atau telefon di [Nombor telefon pemberi cadangan]. Saya dengan senang hati akan memberikan penjelasan lanjut.

Yang benar,

[Nama penuh pemberi cadangan]

[Jawatan pemberi cadangan]

[Nama syarikat/organisasi]


Adakah anda mahu memperbaiki resume untuk memohon pekerjaan lebih baik? Cuba pembina resume kami dan dapatkan resume yang menonjol!

Struktur surat cadangan


Struktur surat cadangan yang teratur adalah penting untuk memastikan maklumat disampaikan dengan jelas dan profesional. Berikut adalah elemen-elemen penting yang perlu ada dalam surat cadangan yang berkesan.

Maklumat pengirim dan tarikh

Pertama, di bahagian atas surat, tuliskan nama penuh, jawatan, alamat, nombor telefon, dan alamat e-mel individu yang memberi cadangan. Tambahkan tarikh surat ditulis di bawah maklumat ini.

semak ikonContoh:

Farah Binti Hassan,

Pengarah Operasi, Maju Jaya Logistics Sdn. Bhd. Lot 45,

Jalan Perindustrian 3, 42700 Banting, Selangor

farah.hassan@example.com

+601277658311

10 Disember 2024


Maklumat penerima

Masukkan nama penerima (jika diketahui), jawatan, dan alamat organisasi. Jika  nama penerima tidak diketahui, tuliskan jawatannya sahaja.

semak ikonContoh:

Pengurus Besar

Global Transport Solutions Sdn. Bhd.

No. 15, Jalan Usahawan

50450 Kuala Lumpur


Orang yang bekerja di pejabat

Salam pembuka

Mulakan dengan salam formal seperti “Yang Berusaha Encik Ahmad” atau “Tuan/Puan”.

Pengenalan

Perkenalkan diri anda dan nyatakan hubungan anda dengan individu yang dicadangkan. Jelaskan berapa lama anda mengenali individu tersebut dan dalam konteks apa (contohnya, penyelia di tempat kerja atau pensyarah di universiti).

semak ikonContoh:
Dengan penuh sukacita, saya Farah Binti Hassan, Pengarah Operasi di Maju Jaya Logistics Sdn. Bhd., ingin mencadangkan Encik Amirul Hakim Bin Rosli untuk jawatan sebagai Pengurus Logistik di syarikat tuan/puan. Saya telah bekerja bersama Encik Amirul selama lima tahun dan menyelia beliau dalam pelbagai projek pengurusan logistik yang kompleks dan mencabar.

Isi kandungan

Terangkan kemahiran, pencapaian, dan kelebihan individu tersebut secara spesifik. Berikan contoh konkrit untuk menyokong penilaian anda. Fokus kepada aspek yang relevan dengan jawatan atau program yang dipohon.

semak ikonContoh:

Sepanjang tempoh perkhidmatannya di syarikat kami, Nurul Aisyah menunjukkan kemahiran yang sangat baik dalam menggunakan perisian seperti Adobe Illustrator, Photoshop, dan InDesign. Beliau telah mengetuai projek rekaan untuk kempen pemasaran klien utama, yang berjaya meningkatkan penglibatan pelanggan sebanyak 25%.

Selain itu, Nurul Aisyah juga mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan sentiasa berinisiatif untuk mencari penyelesaian inovatif. Beliau bekerja dengan baik dalam pasukan, sering memberikan idea baharu dan membantu rakan sekerja dalam mencapai matlamat projek. Sifat profesionalisme dan sikap positif beliau menjadikannya seorang pekerja yang disegani di kalangan rakan sekerja dan pihak pengurusan.


Kesimpulan dan sokongan

Ringkaskan sebab individu tersebut sesuai untuk peluang tersebut dan tegaskan sokongan anda. Nyatakan kesediaan anda untuk dihubungi jika memerlukan maklumat lanjut.

semak ikonContoh:

Saya yakin Nurul Aisyah akan menjadi aset yang berharga kepada pasukan tuan/puan. Dengan kemahiran dan dedikasi yang dimilikinya, saya tidak ragu-ragu bahawa beliau dapat memberikan sumbangan yang signifikan kepada syarikat anda.

Sekiranya tuan/puan memerlukan maklumat tambahan, jangan segan untuk menghubungi saya melalui e-mel di farah.hassan@example.com atau telefon di +601277658311.


Penutup surat

Gunakan penutup profesional seperti "Yang benar" diikuti dengan tandatangan dan nama penuh anda.

semak ikonContoh:

Yang benar,

Farah Binti Hassan

Pengarah Operasi

Maju Jaya Logistics Sdn. Bhd.


Rakan Sekerja Membincangkan Sesuatu Semasa Rakan Sekerja Mereka Berbual Di Telefon

Tips menulis surat cadangan yang berkesan


Berikan penilaian yang jujur dan berdasarkan fakta. Elakkan melebih-lebihkan kemampuan individu kerana ini boleh menjejaskan kredibiliti pemohon. Surat cadangan harus mengesahkan bahawa pemberi cadangan percaya pemohon adalah calon yang terbaik untuk pekerjaan itu.

Nyatakan contoh kejayaan atau projek tertentu untuk menyokong penilaian anda. Contoh yang konkrit membantu penerima memahami kelebihan individu tersebut dengan lebih baik.

Tumpukan pada kemahiran dan pencapaian yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Ini menunjukkan bahawa anda memahami keperluan penerima surat.

Gunakan bahasa yang formal, sopan, dan profesional. Pastikan tiada kesalahan tatabahasa atau ejaan dalam surat anda. Anda boleh menyuruh rakan sekerja atau kawan yang boleh dipercayai untuk menyemaknya.

Tanya calon bagaimana anda harus menghantar surat cadangan anda. Patuhi arahan dan tarikh akhir yang ditetapkan untuk mengelakkan kesan negatif terhadap status permohonan mereka.

Nyatakan bahawa anda bersedia untuk dihubungi jika penerima memerlukan maklumat tambahan. Ini menunjukkan keterbukaan dan keikhlasan anda untuk membantu.

Cara meminta pencadang (referee) untuk menulis surat cadangan

Proses meminta persetujuan seseorang untuk menulis surat cadangan perlu dilakukan dengan sopan dan profesional. Berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk memenuhi keperluan ini.

Pertimbangkan siapa yang akan memberikan sokongan

Pertimbangkan untuk meminta bekas pengurus, rakan sekerja, pensyarah, guru, atau mentor yang mengenali anda dengan baik. Pilih individu yang mempunyai hubungan kerja positif dengan anda dan mampu memberikan penilaian yang terperinci tentang kemahiran, sifat, serta etika kerja anda. Sokongan daripada seseorang yang pernah menyaksikan prestasi dan pencapaian anda akan memberikan kredibiliti serta impak yang lebih meyakinkan kepada permohonan anda.

Hubungi individu tersebut dan ketahui kesanggupannya

Bincang terlebih dahulu dengan individu yang ingin anda minta surat cadangan untuk memastikan mereka bersedia dan selesa untuk membantu. Setelah itu, susuli perbincangan dengan e-mel rasmi yang mengandungi maklumat lengkap, seperti resume anda, huraian kerja atau program yang dipohon, butiran penyerahan, dan tarikh akhir yang ditetapkan.

Anda juga boleh menyediakan templat surat cadangan sebagai panduan untuk memudahkan proses penulisan mereka. Langkah ini bukan sahaja mengurangkan beban mereka, tetapi juga meningkatkan peluang mereka bersetuju untuk menyokong permintaan anda.

Ahli perniagaan berbaju hitam membaca dokumen

Kesimpulan


Surat cadangan yang ditulis dengan baik dapat memberi sokongan yang signifikan kepada individu yang memohon sesuatu peluang. Dengan menggunakan struktur yang tepat, memberi contoh konkrit, dan menulis dengan nada profesional, surat cadangan dapat membantu permohonan kerja anda menonjol di mata penerima.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda