Contoh Surat Iringan: Panduan Menulis dengan Berkesan

Surat iringan yang ditulis dengan baik adalah penting untuk menonjolkan diri anda dalam pasaran kerja yang kompetitif sekarang ini. Sama ada anda menulisnya menggunakan templat surat iringan ataupun merangkanya sendiri dari awal, anda harus tahu bagaimana untuk menyesuaikan isi kandungannya untuk situasi yang berbeza.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Surat iringan untuk graduan yang baru menamatkan pelajaran dan memohon pekerjaan pertama

Ali Bin Zulkifli
No. 20, Jalan Melati,
43000 Kajang, Selangor
Tel: +60123329008
E-mel: ali.zulkifli@example.com

11 Januari 2025

Pengurus Sumber Manusia
Maju Digital Sdn. Bhd.
Lot 15, Jalan Teknologi
47600 Petaling Jaya, Selangor

Tuan/Puan yang dihormati,

Permohonan Jawatan Eksekutif Pemasaran

Saya ingin memohon jawatan Eksekutif Pemasaran seperti yang diiklankan di laman web Maju Digital Sdn. Bhd. pada 8 Januari 2025. Sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pemasaran dari Universiti Malaya, saya yakin dapat menyumbang kepada kejayaan syarikat.

Semasa pengajian saya, saya telah mempelajari strategi pemasaran digital, analisis data, dan pengurusan media sosial. Salah satu projek saya ialah meningkatkan kesedaran jenama tempatan, yang berjaya meningkatkan penglibatan pelanggan sebanyak 15%.

Saya amat berminat untuk menyertai pasukan Maju Digital Sdn. Bhd. dan percaya bahawa semangat dan pengetahuan saya boleh membantu syarikat mencapai matlamatnya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Ali Bin Zulkifli

Artikel ini menyediakan beberapa contoh surat iringan yang boleh anda rujuk semasa menulis surat iringan.

Antara contoh-contoh surat iringan yang ada di dalam artikel ini:

  • Surat iringan untuk calon yang tiada pengalaman kerja dan memohon pekerjaan pertama.
  • Surat iringan untuk calon yang mempunyai pengalaman kerja dan mahu bertukar ke jenis pekerjaan yang berbeza.
  • Surat iringan standard yang boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis jawatan.

Contoh surat iringan untuk permohonan kerja pertama


Untuk graduan yang baru menamatkan pelajaran, mungkin agak sukar untuk menulis surat iringan bagi mendapatkan pekerjaan pertama. Walaupun anda belum mempunyai pengalaman kerja yang profesional, ada beberapa perkara yang boleh anda masukkan di dalam surat iringan untuk membuktikan kebolehan anda menyandang jawatan yang ingin dipohon. Antaranya ialah:

  • Pamerkan kemahiran teknikal dan insaniah yang anda miliki yang menjadikan anda calon terbaik untuk pekerjaan itu.
  • Serlahkan pengalaman anda dalam bidang yang berkaitan dengan pekerjaan yang dipohon. Pengalaman tersebut mungkin anda dapat daripada latihan amali, aktiviti kokurikulum atau kerja kursus.
  • Tunjukkan yang anda sangat bersemangat tentang kerja tersebut dan terbuka untuk belajar perkara baru.

Contoh surat iringan untuk menukar kerjaya


Sekiranya anda ingin menukar kerjaya ke bidang yang bebeza, anda memerlukan surat iringan yang mampu menonjolkan anda sebagai calon yang paling sesuai untuk jawatan tersebut. Antara yang perlu dimasukkan di dalam surat iringan untuk menukar kerjaya ialah:

  • Penerangan kenapa anda ingin menukar kerjaya. Beri tahu pengurus pengambilan mengapa anda tertarik dengan pekerjaan tersebut walaupun mempunyai latar belakang yang berbeza.
  • Fokus pada pengalaman dan kemahiran boleh pindah milik yang anda ada. Pencapaian anda dalam pekerjaan sebelum ini membolehkan majikan meramal kebolehan anda untuk menyandang jawatan baru walaupun anda bertukar kepada kerjaya yang berbeza.
Rakan sekerja muda bekerjasama di tempat kerja


Berikut adalah contoh surat iringan bagi tujuan menukar kerjaya.

Noraini Binti Ahmad
No. 35, Jalan Damai
57000 Kuala Lumpur
Tel: +60137234452
E-mel: noraini.ahmad@example.com

11 Januari 2025

Pengurus Sumber Manusia
Megah Analytics Solutions
Menara Alpha
59200 Kuala Lumpur

Tuan/Puan yang dihormati,

Permohonan Jawatan Pembangun Web

Saya ingin memohon jawatan Pembangun Web di Megah Analytics Solutions. Walaupun latar belakang saya adalah dalam bidang pendidikan, minat saya terhadap teknologi mendorong saya mempelajari kemahiran pembangunan web melalui kursus dalam talian dan projek peribadi.

Sebagai guru sekolah menengah selama lima tahun, saya mahir dalam komunikasi dan pengurusan masa. Projek peribadi saya termasuk membangunkan laman web pendidikan menggunakan HTML, CSS, dan JavaScript, yang membantu pelajar memahami konsep dengan lebih mudah.

Saya percaya bahawa kombinasi pengalaman kerja dan kemahiran teknikal saya menjadikan saya calon yang sesuai untuk jawatan ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Noraini Binti Ahmad


Contoh surat iringan standard dengan pengalaman kerja


Sekiranya anda mempunyai pengalaman kerja dan ingin bertukar kerjaya dalam bidang atau jawatan yang lebih kurang sama, surat iringan anda perlu fokus pada penerangan bagaimana pengalaman kerja dan pencapaian anda sebelum ini boleh membantu anda menyumbang pada pencapaian dalam jawatan baru. Berikut adalah contoh surat iringan untuk calon yang mempunyai pengalaman kerja:

Ainul Mardhiah Binti Ismail
No. 25, Jalan Damai,
45000 Shah Alam, Selangor
Tel: +60125672235
E-mel: ainulmardhiah.ismail@example.com

11 Januari 2025

Pengurus Sumber Manusia
Mercu Finance Sdn. Bhd.
Menara Ampang
50000 Kuala Lumpur

Tuan/Puan yang dihormati,

Permohonan Jawatan Eksekutif Kewangan

Saya menulis untuk memohon jawatan Eksekutif Kewangan seperti yang diiklankan di laman sesawang syarikat. Saya mempunyai tiga tahun pengalaman dalam pengurusan kewangan dan analisis data serta mahir dalam menyediakan laporan kewangan bulanan dan memantau pematuhan bajet syarikat.

Sebagai Pegawai Kewangan di Bright Finance Corporation, saya berjaya memperkenalkan proses automasi laporan kewangan menggunakan Microsoft Excel dan Power BI, yang mengurangkan masa penyediaan laporan sebanyak 30%. Saya juga berpengalaman dalam penyusunan strategi kewangan dan pengurusan risiko untuk membantu syarikat membuat keputusan kewangan yang lebih tepat.

Saya berminat untuk menyertai ABC Finance kerana reputasi syarikat dalam memberikan perkhidmatan kewangan yang berkualiti tinggi. Saya yakin kemahiran dan pengalaman saya dapat memberi nilai tambah kepada organisasi ini.

Saya bersedia untuk menghadiri temu duga pada masa yang sesuai dan berharap dapat membincangkan sumbangan yang boleh saya berikan kepada syarikat. Terima kasih atas perhatian dan pertimbangan tuan/puan terhadap permohonan saya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Ainul Mardhiah Binti Ismail


Muslimah berpakaian sut bekerja semasa hamil. pengurus wanita bersalin yang elegan bercakap dengan pelatih di pejabat perniagaan moden. pekerja pengajar keibuan masa depan dengan masalah kertas dokumen kerja

Contoh surat iringan untuk permohonan biasiswa belajar Ph.D


Surat iringan untuk permohonan biasiswa Ph.D. bertujuan untuk memperkenalkan diri anda kepada panel pemilih dan menonjolkan minat, kelayakan, serta sumbangan akademik anda. Surat ini perlu ditulis dengan jelas dan meyakinkan agar dapat meningkatkan peluang anda mendapat biasiswa. Antara perkara penting yang perlu ada dalam surat iringan permohonan biasiswa:

  • Pengenalan diri dan tujuan permohonan. Nyatakan program pengajian, nama fakulti, dan universiti yang anda mohon.
  • Pengalaman dan pencapaian akademik. Terangkan kelayakan, projek penyelidikan, atau penerbitan akademik anda yang relevan.
  • Sebab anda memohon biasiswa. Terangkan mengapa anda layak dan bagaimana biasiswa tersebut akan membantu pencapaian akademik anda.

Berikut adalah contoh surat iringan untuk permohonan biasiswa Ph.D.

Ahmad Bin Yusuf
No. 10, Jalan Cempaka
43000 Kajang, Selangor
Tel: +601220098777
E-mel: ahmad.yusuf@example.com

11 Januari 2025

Panel Pemilihan Biasiswa
Jabatan Pengajian Pascasiswazah
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor

Tuan/Puan yang dihormati,

Permohonan Biasiswa Pengajian Ph.D. dalam Kejuruteraan Elektrik

Dengan penuh rasa hormat, saya ingin memohon biasiswa bagi pengajian Ph.D. dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya merupakan pemegang Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik dengan kepujian daripada Universiti Teknologi Malaysia dan mempunyai minat mendalam dalam bidang sistem tenaga pintar dan teknologi hijau.

Semasa pengajian sarjana, saya telah menjalankan kajian mengenai pengoptimuman penggunaan tenaga untuk sistem grid pintar, yang diterbitkan dalam jurnal Q1 IEEE. Saya juga telah membentangkan hasil kajian tersebut di persidangan antarabangsa dan menerima anugerah "Pembentangan Terbaik." Saya percaya pengalaman ini telah mempersiapkan saya untuk projek penyelidikan Ph.D. yang lebih mencabar.

Permohonan biasiswa ini penting bagi saya untuk menumpukan sepenuhnya pada penyelidikan yang bertujuan menghasilkan penyelesaian inovatif dalam bidang sistem tenaga lestari. Saya percaya bahawa kajian ini akan memberi impak positif kepada industri tenaga di Malaysia dan global.

Saya amat berharap untuk diberikan peluang membincangkan lebih lanjut potensi penyelidikan saya. Terima kasih atas perhatian dan pertimbangan pihak tuan/puan terhadap permohonan saya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Ahmad Bin Yusuf


Wanita perniagaan muda

Contoh surat iringan untuk permohonan jawatan dalaman


Sekiranya anda ingin memohon jawatan baru di syarikat yang anda sedang bekerja sekarang, surat iringan ditulis untuk memperkenalkan diri anda kepada panel pengurusan atasan dan menyatakan minat anda terhadap jawatan tersebut. Antara perkara penting yang perlu ada dalam surat iringan permohonan jawatan dalaman:

  • Sebab memohon jawatan tersebut. Nyatakan mengapa anda berminat dan percaya anda sesuai dengan jawatan itu. Ini dapat menunjukkan bahawa anda serius  untuk membantu kejayaan syarikat.
  • Sumbangan kepada organisasi. Terangkan pencapaian spesifik anda dalam organisasi semasa dan bagaimana anda boleh terus memberi impak positif. Gunakan nombor untuk menonjolkan impak pencapaian tersebut. Contohnya, berjaya menyumbang kepada kenaikan penjualan sebanyak 70%.
  • Penegasan tentang komitmen. Tegaskan komitmen anda terhadap misi dan matlamat syarikat. Tunjukkan yang anda benar-benar memahami objektif jangka masa pendek dan panjang syarikat.
  • Tekankan pengalaman kepimpinan. Tunjukkan yang anda berpengalaman mengetuai projek kumpulan. Ini dapat menunjukkan yang anda bersedia untuk menyandang tanggungjawab yang lebih senior.

Berikut adalah contoh surat iringan bagi memohon jawatan dalaman syarikat.

Nurul Izzah Binti Rahman
No. 25, Jalan Impian
68000 Ampang, Selangor
Tel: +6012 987 6543
E-mel: nurul.izzah@example.com

11 Januari 2025

Pengurus Sumber Manusia
Impact Holdings Sdn. Bhd.
Menara Metropolitan
50450 Kuala Lumpur

Tuan/Puan yang dihormati,

Permohonan Jawatan Pengurus Kanan Projek

Saya ingin mengemukakan permohonan bagi jawatan Pengurus Kanan Projek di Impact Holdings Sdn. Bhd. Sebagai Pegawai Projek selama lima tahun di syarikat ini, saya telah memperoleh pengalaman luas dalam pengurusan projek berskala besar dan telah berjaya menyelesaikan pelbagai projek sebelum tarikh akhir dengan pencapaian melebihi jangkaan.

Antara pencapaian utama saya termasuk memimpin pelaksanaan sistem pengurusan projek digital yang meningkatkan produktiviti pasukan sebanyak 25%. Saya juga aktif dalam melatih kakitangan baru mengenai amalan terbaik pengurusan projek. Saya percaya pengetahuan saya tentang budaya kerja syarikat dan keupayaan saya memimpin pasukan menjadikan saya calon yang sesuai untuk jawatan ini.

Saya amat komited untuk terus menyumbang kepada kejayaan syarikat dan membawa projek-projek baru ke tahap yang lebih tinggi. Saya berharap dapat berbincang lebih lanjut mengenai peranan ini dan peluang untuk memperluaskan sumbangan saya.

Sekian, terima kasih atas masa dan perhatian yang diberikan.

Yang benar,
Nurul Izzah Binti Rahman


Selain daripada contoh-contoh surat iringan di atas, lihat contoh dan templat surat iringan untuk permohonan latihan industri dan permohona kerja dimulakan sendiri.

Jangan lupa untuk sertakan resume yang menonjol dalam permohonan kerja anda. Jika anda mahu mencipta resume baru, gunakan pembina resume kami untuk mendapatkan resume yang dapat menyerlahkan bakat dan kebolehan anda hanya dalam beberapa minit!

Ahli perniagaan muda melihat kertas kerja di meja pejabat.

Struktur asas surat iringan


Sebelum melihat contoh surat iringan, anda perlu tahu apakah struktur asas surat iringan. Surat iringan yang efektif haruslah mempunyai struktur yang jelas dan teratur. Berikut adalah bahagian-bahagian penting yang perlu ada dalam surat iringan:

  • Maklumat peribadi dan maklumat majikan: Mulakan surat dengan maklumat peribadi anda, seperti nama, alamat, nombor telefon, dan alamat e-mel. Di bawahnya, nyatakan maklumat penerima, termasuk nama individu (jika diketahui), jawatan, nama syarikat, dan alamat syarikat.
  • Salam pembuka: Gunakan salam yang formal seperti "Tuan/Puan yang dihormati" atau nama penerima jika diketahui. Pastikan anda menggunakan salam yang sesuai digunakan di dalam surat iringan.
  • Pengenalan: Perkenalkan diri anda dengan ringkas dan nyatakan jawatan yang dipohon serta sumber maklumat tentang iklan kerja tersebut.
  • Perenggan utama: Jelaskan pengalaman, kemahiran, dan pencapaian yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Berikan contoh konkrit untuk menunjukkan nilai yang anda boleh tawarkan.
  • Penutup: Nyatakan kesediaan anda untuk menghadiri temu duga dan ucapkan terima kasih kepada majikan kerana mempertimbangkan permohonan anda.
  • Penutup surat: Akhiri surat dengan ucapan formal seperti "Yang benar" diikuti dengan nama penuh anda.

Sekiranya anda ingin mempelajari lebih lanjut setiap bahagian di dalam surat iringan, lihat cara menulis surat iringan yang profesional.

graduan muda sedang mencari pekerjaan

10 Contoh Surat Iringan Terbaik untuk Permohonan Kerja dan Visa


Apakah Surat Iringan?

  • Surat iringan adalah dokumen yang menyediakan semua fakta penting permohonan kerja atau visa.
  • Ia perlu diletakkan di atas semua dokumen lain yang anda serahkan untuk permohonan kerja atau visa.
  • Pegawai kerja atau visa boleh membatalkan permohonan anda jika dia mendapati beberapa ketidakselarasan dalam surat anda.

Bagaimana Menulis Surat Iringan yang Efektif

  • Menulis surat iringan yang efektif memerlukan beberapa langkah.
  • Pertama, pastikan anda memahami tujuan surat iringan dan apa yang diharapkan oleh penerima.
  • Kedua, gunakan bahasa yang jelas dan ringkas untuk menyampaikan maklumat.
  • Ketiga, pastikan surat iringan anda bebas dari kesilapan tatabahasa dan ejaan.

Contoh Surat Iringan untuk Permohonan Kerja

  • Berikut adalah contoh surat iringan untuk permohonan kerja:
  • Dihormati [Nama Penerima],
  • Saya menulis untuk memohon jawatan [Nama Jawatan] di [Nama Syarikat].
  • Saya percaya bahawa kemahiran dan pengalaman saya sejajar dengan keperluan peranan.

Contoh Surat Iringan untuk Permohonan Visa

  • Berikut adalah contoh surat iringan untuk permohonan visa:
  • Dihormati [Nama Penerima],
  • Saya menulis untuk memohon visa [Jenis Visa] untuk melawat [Negara].
  • Saya percaya bahawa saya memenuhi semua syarat yang diperlukan untuk mendapatkan visa.

Petua untuk Meningkatkan Surat Iringan Anda

  • Berikut adalah beberapa petua untuk meningkatkan surat iringan anda:
  • Pastikan surat iringan anda jelas dan ringkas.
  • Gunakan bahasa yang profesional dan sopan.
  • Pastikan surat iringan anda bebas dari kesilapan tatabahasa dan ejaan.

Dokumen yang Perlu Dinyatakan dalam Surat Iringan

  • Berikut adalah beberapa dokumen yang perlu dinyatakan dalam surat iringan:
  • Resume atau CV.
  • Sijil akademik.
  • Sijil kemahiran.
  • Dokumen lain yang relevan.

Format untuk Surat Iringan

  • Berikut adalah format untuk surat iringan:
  • Alamat penghantar.
  • Alamat penerima.
  • Tarikh.
  • Salutasi.
  • Badan surat.
  • Penutup.
  • Tandatangan.

Tips untuk Mengelakkan Kesilapan dalam Surat Iringan

  • Berikut adalah beberapa tips untuk mengelakkan kesilapan dalam surat iringan:
  • Pastikan surat iringan anda bebas dari kesilapan tatabahasa dan ejaan.
  • Gunakan bahasa yang jelas dan ringkas.
  • Pastikan surat iringan anda profesional dan sopan.

Soalan - soalan lazim penulisan surat iringan


Perlukah saya menulis surat iringan untuk setiap permohonan?

Ya, surat iringan perlu ditulis bagi setiap permohonan kerja, sama ada untuk kerja baru, jawatan dalaman, atau biasiswa. Surat ini menunjukkan minat dan komitmen anda serta memberi peluang untuk an menonjolkan kelayakan anda secara lebih peribadi berbanding CV.

Apakah elemen penting yang perlu dimasukkan di dalam surat iringan untuk sebarang situasi?

Surat iringan perlu mengandungi pengenalan diri dan tujuan permohonan, pengalaman atau pencapaian yang relevan, serta penegasan mengapa anda layak untuk jawatan atau peluang tersebut. Akhiri dengan menyatakan kesediaan untuk menghadiri temu duga dan berikan maklumat untuk dihubungi.

Berapa panjang surat iringan yang sesuai?

Surat iringan yang ideal seharusnya tidak lebih daripada satu halaman. Pastikan ia ringkas tetapi padat dengan maklumat penting seperti latar belakang anda, kemahiran, dan pencapaian yang berkaitan dengan permohonan.

Apakah perkara yang tidak perlu dimasukkan dalam surat iringan?

Elakkan memasukkan maklumat peribadi yang tidak relevan seperti status perkahwinan, hobi yang tiada kaitan dengan jawatan, atau pengalaman yang terlalu lama dan tidak berkaitan. Selain itu, elakkan menyentuh kelemahan diri secara berlebihan dan jangan mengulangi keseluruhan kandungan CV anda. Surat iringan seharusnya ringkas, padat, dan memberi nilai tambah kepada permohonan anda.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche