Contoh CV pelajar | Templat dan sumber untuk berjaya

Pernahkah anda terfikir, secara statistik tidak ada jurang sebenar diantara bilangan kekosongan dalam industri dengan bilangan graduan lepasan universiti, kolej atau sekolah? Namun media, kerajaan dan industri kerap mengatakan sebaliknya. Masalahnya sebenar timbul apabila pihak sumber manusia syarikat enggan mengisi kekosongan mereka dengan para graduan yang sedang aktif mencari pekerjaan. Keadaan ini berlaku walaupun mereka terdesak untuk mengisi kekosongan tersebut dengan segera. Berikut merupakan sebuah contoh resume asas untuk seorang pelajar akauntan:

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Contoh resume pelajar

Abdul Hadi
Akauntan
Bandar Tasek Selatan,
Kuala Lumpur, Malaysia
abdul.hadi@gmail.com
linkedin/abdul-hadi

Ringkasan Profesional

Graduan akauntan dari UTM yang mempunyai kelebihan meneliti dokumen kewangan, menjalankan penyiasatan aliran kewangan, analisis penipuan, penilaian kesihatan kewangan perniagaan. Gemar bekerjasama dalam kumpulan merentasi jurang generasi. Kini ingin dijawat didalam syarikat ACSB Accountancy Services (M) Sdn Bhd sebagai Akauntan pelatih.

Pengalaman

Dawett.org
Akauntan Sukarela Komuniti Taman Ikhlas
Januari 2022 sehingga kini

  • Menggunakan perisian MYOB untuk kerja menyimpan buku kira-kira
  • Menjalankan pemeriksaan aliran tunai dan penyata imbangan
  • Bekerjasama dengan jawatankuasa komuniti untuk membayar penyelenggaraan dan pengawal keselamatan

Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Universiti Teknologi Malaysia
2021

Kemahiran

  • Melakukan audit terperinci secara teliti
  • Analisa aliran wang tunai
  • Berkomunikasi secara lisan dan bertulis
  • Bekerjasama dalam kumpulan merentasi jurang generasi

Maklumat Tambahan
Sijil
Certified Forensic Accounting Expert

Adakah anda tahu, setiap kali sesebuah jawatan kosong diiklankan di Malaysia, akan ada di antara 200 hingga 300 permohonan? Sedihnya, pihak sumber manusia, atau perekrut hanya mengambil masa beberapa jam untuk mengimbas semua permohonan untuk mencari 10 sehingga 20 resume yang menarik hati mereka. Maka, anda hanya dapat kurang dari 3 minit untuk menarik perhatian mereka sebelum permohonan anda dicampak keluar, disenarai hitam dari dipertimbangkan untuk permohonan jawatan kosong pada masa hadapan.

Keadaan ini menjadi lebih kritikal pada masa sekarang kerana sistem portal kerja mengingatkan perekrut sama ada permohonan anda pernah ditolak pada masa lalu ataupun tidak.

Contoh resume pelajar


Sebagai seorang pelajar praktikal, anda akan melihat bahawa banyak masa perlu diluangkan untuk mencari pekerjaan idaman anda. Sebagai contoh, mengimbas portal kerjaya untuk kerja yang anda minati, mengedit CV berulang kali mengikut keperluan iklan, menghantar permohonan, menunggu, kemudian temuduga dan tunggu lagi. Proses ini berulangan berkali-kali sehingga anda diterima masuk bekerja.

Bagaimana untuk menulis CV pelajar universiti


Hanya kerana anda belum dibayar gaji, tidak bermakna anda tidak perlu bekerja!

Setelah melihat pelbagai iklan kerja kosong, anda boleh membuat analisis pantas mengenai jenis pekerjaan dan syarikat yang anda ingin diberikan peluang bekerja.

Analisa ini termasuk, ciri calon yang mereka inginkan, sikap yang mereka gemari serta pengalaman kerja yang mereka perlukan. Kemudian, hubungi beberapa badan kebajikan seperti komuniti perumahan berhampiran anda, pusat pengumpulan dan pengedaran makanan, organisasi keagamaan, kemasyarakatan ataupun pendidikan. Tawar masa dan tenaga anda kepada usaha mereka dengan bertanya bagaimana anda boleh membantu menjayakan misi dan visi melalui pendidikan dan kemahiran yang anda miliki?

cv pelajar

Aktiviti ini akan membantu anda menjadi seorang yang positif, yakin berinteraksi dengan generasi lain, membina rutin harian yang baik dan paling penting ia membantu anda membina rangkaian baru dengan ahli lain yang akan sudi bantu mengesyorkan kerja di tempat idaman anda.

Susun atur

Susunataur sesebuah resume sangat penting kerana ia menunjukkan kerangka kerja pemikiran yang anda miliki. Sebelum mengimbas resume calon, pihak sumber manusia telah melalui sesi diskusi dengan ketua jabatan mengenai jenis calon yang mereka inginkan dan juga calon yang mereka tidak berminat.

Maka, mereka telah tetapkan kriteria calon dalam pemikiran mereka sebelum memulakan kerja mengimbas CV. Oleh kerana CV merupakan ringkasan pencapaian anda sebagai seorang individu yang kompleks dan berusia melebihi 20 tahun. Maka, susunatur adalah penting untuk membantu perekrut menilai anda dalam masa 10 saat pertama mereka membaca resume tersebut.

Menyusun pelbagai maklumat dalam bahagian berbeza akan memudahkan mereka menilai keupayaan anda untuk mengartikulasikan diri dari sudut yang relevan dengan keperluan mereka. Dengan hanya mengalihkan mata dari satu bahagian CV ke bahagian yang lain, mereka dapat membuat perbandingan maklumat yang anda tulis untuk menentukan sama ada apa yang ditulis konsisten dan benar atau adakah ia fabrikasi semata-mata. Sekiranya mereka menggunakan robot untuk mengimbas resume anda, susunatur akan membantu bot sistem ATS mencari maklumat yang diperlukan untuk ini memberi berfaedah tambahan kepada anda.

Format dan Struktur

Terdapat jutaan resume yang anda boleh cari melalui internet. Namun, jenis yang mana paling sesuai dengan bidang profession anda? Di bawah ini saya rumuskan jutaan jenis resume tersebut kepada 4 kategori utama, iaitu:

  • Templat resume profesional

    • Merupakan templat yang paling popular kerana menampilkan susunatur yang kemas dalam rekabentuk yang klasik.

    • Ia memudahkan perekrut fokus terus kepada pencapaian, kemahiran, matlamat dan pengalaman anda dan bukannya pada elemen reka bentuk yang kurang penting.

    • Dalam templat ini, kemahiran teras dan insaniah (hard & soft skills) amat penting untuk diimbangi sekiranya anda ingin menonjolkan keseimbangan dalam diri anda kepada perekrut.

  • Templat resume ringkas

    • Format resume klasik ini sesuai digandingkan dengan font yang menarik dan segar untuk membentuk resume yang kontemporari.

    • Rekabentuk anggunnya menggunakan font tebal untuk fokus kesimpulan, pengalaman kerja, kemahiran dan pendidikan anda.

  • Templat resume moden

    • Susunatur resume moden ini diminati pada masa kini. Ia menggabungkan gaya yang bersih dan ringkas dengan kecanggihan yang bersahaja.

    • Templat resume moden memberi fokus kepada pengalaman anda, jawatan terdahulu dan ringkasan pendidikan untuk kelihatan menarik.

    • Ia sesuai untuk industri professional dan perkhidmatan.

  • Templat resume berfungsi

    • Templat berfungsi adalah yang terbaik sekiranya anda mempunyai gap dalam profesion anda.

    • Rekabantuknya mengalihkan tumpuan perekrut ke bahagian pendidikan, kemahiran, minat serta visi anda berbanding memberi keutamaan kepada kesinambungan pengalaman kerja terdahulu.

cv pelajar

Tajuk dan Maklumat Untuk Dihubungi


Tajuk ialah bahagian utama CV yang merangkumi maklumat peribadi anda. Ia mempunyai 3 fungsi utama:

  • Memperkenalkan diri anda kepada perekrut sumber manusia.
  • Membina impresi pertama yang menyengat.
  • Memaparkan butir peribadi anda dengan jelas.

Walaupun tajuk CV anda pendek dan ringkas, memberi perhatian kepada butiran masih penting.

Tajuk yang tidak berimpak langsung pula ditulis sesuka hati dan setiap perenggan tidak berkait diantara satu sama lain serta tidak menjawab sama ada anda memenuhi kriteria asas yang ditulis dalam iklan jawatan tersebut.

Tajuk CV yang berimpak tinggi mempunyai nama yang ditulis dalam font besar dan tebal, mempunyai maklumat peribadi yang dipinta dalam iklan jawatan tersebut, seperti kewarganegaraan, jantina, umur, lesen memandu, profil media sosial, sinopsis mengenai anda, hobi yang relevan dengan:

  • Sinopsis tersebut
  • Jawatan yang dipohon

Pengalaman, kemahiran dan pendidikan yang akan ditulis pada bahagian seterusnya

Gambar merupakan opsyen. Sekiranya jawatan tersebut menyatakan ia memerlukan calon bermuka ceria dan pandai bergaya, maka gambar mesti disertakan. Sekiranya jawatan tidak berkaitan jualan dan pemasaran, maka gambar tidak perlu disertakan.

Pengalaman (dan cara menulisnya jika anda tidak memilikinya)


Tajuk jawatan yang dipohon dan nama jawatan perlulah mengikut nama jawatan seperti yang diiklankan oleh majikan. Sekiranya, anda mempunyai pengalaman yang lalu, maka anda masih perlu mengikut nama yang diiklankan.

Untuk menceritakan pengalaman anda yang lalu, ikuti rangka kerja CCARI berikut:

  • Contex (Konteks); Mulakan cerita mengenai relevan pengalaman terdahulu dengan permohonan yang baru ini dengan serba ringkas.
  • Characters (Watak): Ulas mengenai sesiapa yang terlibat dalam skop kerja anda yang lalu, seperti anda, pengurus anda dan pelanggan.
  • Actions (Tindakan): Ulas mengenai tindakan yang anda ambil dalam skop jawatan lalu.
  • Results (Keputusan): Ceritakan keputusan yang dicapai hasil dari aktiviti yang anda lakukan dalam skop kerja lalu.
  • Implications (Implikasi): Tamatkan dengan menunjukkan implikasi yang hasilkan dari keputusan yang diperolehi.

Sekiranya anda tiada pengalaman kerja lalu, maka sertai badan kebajikan yang relevan dengan pendidikan, industri yang diminati serta hobi anda serta ceritakan pengalaman dalam CV.

Anda boleh juga menceritakan pengalaman semasa melakukan tesis atau tugasan lain sebagai pelajar dan menceritakannya menggunakan model CCARI diatas untuk menggantikan pengalaman kerja yang belum dimiliki dalam CV tersebut.

Pendidikan: bagaimana memasukkan latar belakang akademik anda


Latarbelakang pendidikan adalah penting sama ada anda lepasan ijazah atau tidak. Bergantung pada syarikat, jawatan dan skop kerja yang dipohon. Adalah bijak sekiranya anda edit CV setiap kali membuat permohonan baru agar ia kekal relevan dengan kehendak setiap perekrut. Jangan jadi pemalas!

Untuk menarik minat ketua jabatan yang berkaitan, anda perlu menghuraikan mata pelajaran, bilangan kredit yang diambil, senarai tugasan yang paling relevan dengan skop kerja, jawatan dan industri yang dipohon itu. Huraikan sedikit bagaimana perjalanan pengalaman anda semasa mempelajari mata pelajaran tersebut dan langkah yang diambil untuk menyelesaikan tugasan yang relevan dengan skop kerja yang dipohon.

Anda juga perlu meneruskan pembelajaran sepanjang hayat dari universiti terkemuka dunia secara online untuk kemaskini pengetahuan anda selaras dengan peredaran masa agar kekal relevan dengan keperluan industri, perubahan geopolitik dan model ekonomi terkini.

Contoh permohonan untuk jawatan akauntan dalam syarikat pengauditan tempatan:

Pengalaman latihan industri yang relevan dengan skop jawatan ini adalah menilai rekod kewangan, mengurus projek kompleks tepat pada masanya dan di bawah bajet, dan dilaporkan kepada pengurusan kanan.

cv pelajar

Contoh permohonan untuk jawatan Jurutera Elektronik dalam syarikat Samsung:

Matapelajaran yang relevan adalah Power Electronics. Tugasan tahun ketiga yang relevan adalah; Menghasilkan litar yang efisien dengan melakukan Computational Fluid Dynamics (CFD) atau secara spesifik Conjugate Heat Transfer (CHT) untuk mengalihkan haba dari litar secara pasif.

Rekod usaha ini dapat dimasukkan dalam CV anda dan ia pasti akan mendapat perhatian perekrut syarikat terbaik di Malaysia. Mereka akan melihat ciri-ciri positif anda, seperti pandai memulakan inisiatif sendiri, sifat kepimpinan, sikap gemar menawarkan khidmat kepada orang lain, bekerjasama dalam kumpulan dan keupayaan menyelesaikan masalah dalam dunia sebenar.

Contoh CV diatas menampilkan cara menulis aktiviti sosial anda yang akan menarik perhatian perekrut berkualiti.

Kemahiran terbaik untuk CV pelajar


Setiap kali perekrut menerima CV, mereka akan mencari kemahiran anda kerana ia merupakan kriteria asas untuk menilai calon. Sama ada anda benar-benar memilikinya atau semata-mata menulis segala kemahiran yang pernah anda dengar melalui internet. Setiap penulisan yang terdapat dalam CV anda akan diperiksa dengan kemahiran yang anda tulis. Ia dilakukan untuk mengetahui tahap kejujuran dan profesionalisme anda.

Contoh Hard Skills atau Kemahiran Teras

  • Pemodelan kewangan
  • Analisa aliran tunai
  • Penyata kewangan
  • Pengurusan projek
  • MATLAB untuk pengiraan kompleks
  • Perisian CATIA untuk kerja reka bentuk mekanikal
  • Analisis CFD dan CHT menggunakan perisian Hexagon dari MSC
  • Rekabentuk PCB menggunakan perisian Altium dari Autodesk

Contoh Soft Skills atau Kemahiran Insaniah

  • Kemahiran mendengar secara generatif
  • Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bertulis seperti menulis laporan
  • Kemahiran menganalisis data kompleks
  • Kemahiran menyelesaikan masalah
  • Kemahiran bekerja dalam kumpulan
  • Menghormati pandangan berbeza
  • Dapat membezakan diantara masa untuk memimpin dan masa untuk dipimpin
  • Dapat bekerja dalam persekitaran yang bertekanan tinggi
  • Tidak mudah kecewa apabila idea yang diutarakan tidak mendapat sambutan
  • Dapat menerima kritikan untuk terus membina idea baru melalui gabungan idea ahli kumpulan lain

Ringkasan Profesional: Pembentangan kad CV anda


Semasa perekrut membaca CV anda, perkara pertama yang mereka akan lihat adalah nama anda serta jawatan yang dipohon, kerana ia ditulis dengan font yang paling besar dan tebal. Selepas itu, mata mereka akan beralih ke bahagian bawah nama anda untuk membina persepsi pertama mengenai anda. Pada kebiasaannya, mereka mengambil masa 10 saat untuk menentukan sama ada untuk meneruskan membaca CV anda atau mencampakkannya keluar. Oleh yang demikian, ringkasan profesional anda perlu padu, menarik dan relevan kepada mereka. Bahasa yang digunakan perlu mudah untuk difahami, personaliti yang anda hendak tonjolkan perlu selari dengan sikap yang mereka inginkan, dan terdapat keseimbangan diantara keupayaan mendengar arahan dengan memiliki inisiatif sendiri untuk mencari penyelesaian baru adalah penting.

Anda boleh gunakan model CCARI sekali lagi disini kerana ia sangat sesuai untuk membantu pembaca memahami maklumat kompleks yang anda cuba sampaikan dalam bentuk cerita yang mudah dan berstruktur.

Contoh penulisan yang salah
Saya adalah seorang graduan Kejuruteraan Elektronik dari UTM yang sedang mencari pekerjaan dalam bidang ini.

Contoh penulisan yang betul
Jurutera Elektronik yang gemar membentuk kolaborasi dengan individu dari keseluruhan sistem untuk menyelesaikan masalah kompleks. Bersikap ramah dan gemar mengalihkan halangan dalam komunikasi dan kolaborasi merentasi jurang generasi.

Bahagian tambahan untuk CV pelajar


Bahagian tambahan adalah penting kerana ia menyokong informasi yang telah anda berikan mengenai relevannya anda kepada majikan, jawatan dan skop kerja. Kini perekrut ingin mengetahui sama ada anda dapat menyesuaikan diri dengan budaya kerja mereka dan sebati dengan pekerja lain yang telah lama bersama mereka.

Maka bahagian tambahan ini perlu diperhalusi dengan melihat diri anda dari mata perekrut dan kesesuaian diri dalam budaya syarikat tersebut.

Bahasa

Bahasa adalah mode penting untuk mengartikuasi pemikiran seseorang. Sekiranya anda tidak menguasai bahasa dengan baik, anda akan menghadapi masalah untuk menyampaikan idea, berdebat, berdialog, berempati atau bekerjasama secara efektif kerana anda akan menjadi seorang yang kelihatan kecewa, pasif, murung dan ‘mulut ketat’ apabila berada dalam mesyuarat bersama rakan sekerja.

Anda juga perlu berupaya mengkristalisasi visi dan misi anda secara berkesan. Maka, lebih banyak bahasa yang anda kuasai, lebih banyaklah vokabulari yang dapat digunakan untuk menyampaikan maklumat secara berkesan dan mudah untuk difahami.

Kerja Sukarela

Selama pengalaman saya melakukan temuduga terhadap hampir 2,000 graduan dan profesional dalam bidang kejuruteraan untuk industri aeroangkasa, pembinaan dan pembaikan kapal dan automotif. Calon yang paling menarik untuk di temuduga dan paling cepat naik pangkat adalah mereka yang pernah melakukan aktiviti kesukarelawan di luar tempat kerja. Ini adalah kerana, mereka tidak kelihatan kaku, seperti sedang menunggu arahan pengurus untuk beroperasi dan mudah mengadaptasi bersama rakan sekerja dari pelbagai usia, bangsa dan kewarganegaraan dengan selesa dan tenang.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan anda melihat kedalam diri untuk menentukan bidang sukarela yang digemari, mencari komuniti yang dihargai syarikat tersebut, sesuaikannya dengan kerjaya yang anda ingin ceburi dan terus hubungi badan kebajikan berkenaan.

Ringkasan: Penulisan CV yang sesuai untuk pelajar

Berikut merupakan ringkasan dari artikel ini yang boleh digunakan sebagai panduan menulis CV pelajar:

  • Templat: Pilih templat yang paling sesuai dengan industri dan jawatan yang dipohon.

  • Tajuk: Tulis dengan jelas nama, jawatan dipohon, maklumat untuk dihubungi yang jelas.

  • Ringkasan professional: Perlu relevan dengan jawatan, industri, pendidikan dan disokong dengan aktiviti yang anda lakukan seperti hobi, kerja sukarela, kemahiran dan tugasan terdahulu.

  • Pengalaman Profesional: Tulis menggunakan model CCARI untuk pengalaman kerja atau gantikan dengan aktiviti sukarela sekiranya anda tiada pengalaman.

  • Pendidikan: Masukkan matapelajaran, tugasan dan tesis yang relevan dengan jawatan dan skop kerja yang diiklankan.

  • Kemahiran: Baca kehendak iklan dan masukkan dalam bahagian ini, pastikan ia masuk akal dan konsisten dengan semua poin diatas.

  • Maklumat tambahan: Ambil masa membuat penyelidikan mengenai budaya syarikat tersebut dan masukkan informasi yang memberi indikasi kepada perekrut yang anda serasi dengan budaya korporat mereka.

  • Bahasa: Masukkan semua bahasa yang anda telah kuasai dan juga bahasa yang anda minat belajar. Penggunaan bahasa yang betul dapat menampilkan kebijaksanaan anda. Kerana memilih perkataan yang betul dapat merumuskan konsep yang kompleks menjadi mudah untuk difahami.

  • Aktiviti sukarela: Bidang ini sangat penting untuk perekrut yang berpengalaman kerana ia menampilkan kesediaan anda melakukan lebih dari skop kerja anda untuk membantu individu lain, terutamanya komuniti yang dianggap penting untuk pemilik dan pemegang saham syarikat tersebut.

cv pelajar

Lengkapkan CV anda dengan surat iringan


  • Surat iringan dengan CV adalah sangat penting kerana ia memberi peluang kepada anda untuk untuk memperkenalkan diri kepada perekrut secara rasmi namun bebas dari kekangan struktur sesebuah CV.

  • Personaliti, kesungguhan dan kematangan anda dapat dinilai dengan mudah dalam surat ini. Ia juga membolehkan perekrut melihat tahap kesesuaian anda dengan jawatan serta keserasian dengan budaya korporat mereka.

  • Oleh yang demikian, sila luangkan masa untuk berfikir, menulis serta membuat kajian struktur dan kandungan surat iringan yang akan menarik perhatian perekrut.

  • Untuk menjimatkan masa anda melakukan penyelidikan, kami telah menyediakan pelbagai contoh surat iringan yang sesuai dengan profession yang anda ingin ceburi, sila lihat senarai surat iringan tersebut disini.

  • Sekiranya anda perlukan kaedah paling mudah dan kreatif untuk menghasilkan resume dan inginkan kebebasan menukar susunaturnya berulang kali dan sesuka hati tanpa perlu bermula dari kertas kosong, saya cadangkan agar anda melihat resume builder yang telah kami hasilkan disini.

Cadangan susulan


Sekiranya anda ingin menyiapkan resume paling menarik yang pernah anda lihat dalam masa 30 minit, anda perlu menggunakan CV builder yang kami telah hasilkan. Ia disertakan dengan pelbagai contoh resume dari puluhan jawatan popular pada masa kini. Selain dari itu, anda juga dapat melihat dan menggunakan contoh resume serta surat iringan yang telah kami hasilkan untuk kemudahan anda.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Soalan Lazim

Apakah persepsi majikan sekiranya dalam 3 tahun pertama bekerja, saya menukar kerja sekali setiap tahun?

Persepsi mereka bergantung kepada kebijaksanaan anda menghubungkan logik mengenai kesinambungan anda menukar kerja.

Sebagai contoh, anda boleh menyatakan bahawa anda telah lama ingin bekerja dengan majikan baru ini, namun sejak beberapa tahun lalu tiada jawatan kosong.

Maka, anda nekad untuk mengumpulkan pengalaman dalam rangkaian-nilai (supply-chain) mereka dengan bekerja dalam syarikat lain agar apabila terdapat jawatan kosong dalam syarikat mereka ini, anda dapat menonjolkan prestasi yang baik kerana telah berkerja dengan syarikat lain dan telah berkenalan dengan pekerja dalam rangkaian bekalan yang sama.

Saya tidak dapat membuat keputusan untuk memilih templat yang paling sesuai dengan jawatan yang saya pohon, apa perlu saya lakukan?

  • Sekiranya anda menghadapi kemusykilan mengenai templat terbaik, maka jawapannya adalah ‘tiada templat sempurna untuk setiap individu’. Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar anda melihat resume builder yang telah kami hasilkan disini dan cuba salah satu templat yang paling sesuai dengan personaliti anda.

  • Pilihan templat menunjukkan citarasa anda, maka pilihlah mana-mana satu dari templat kami dengan ringan hati. Ini adalah kerana, semua templat tersebut telahpun diuji dengan majikan multinasional dan mereka sangat mengemarinya.

  • Melalui templat kami, anda dapat mengubah rekabentuk dengan satu klik sahaja untuk menukar susunatur dengan begitu pantas dan efisien.

  • Anda kemudian dapat menggunakan templat baru untuk permohonan seterusnya dan membuat analisis templat mana yang paling bertuah untuk anda dipanggil temuduga oleh perekrut.

Bahasa apakah yang paling sesuai untuk saya gunakan semasa menghasilkan CV?
  • Sebaiknya, anda menggunakan Bahasa Inggeris kerana ia kerap digunakan dalam dunia korporat, tidak kira sama ada dalam syarikat swasta, GLC, GLIC atau peringkat tinggi jawatan kerajaan.

  • Sekiranya penguasaan Bahasa Inggeris anda lemah, kebarangkalian untuk dipanggil temuduga oleh syarikat berprestij adalah rendah.

  • Namun, apabila penguasaan Bahasa Inggeris anda lemah, anda perlu menggunakan Bahasa Melayu kerana sekiranya anda dipanggil untuk temuduga, perekrut dapat mengesan penguasaan Bahasa Inggeris anda adalah lemah dan ini akan memberi implikasi negatif terhadap kredibiliti anda.

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche