Namun, menulis CV bahasa Inggeris memerlukan perhatian khusus terhadap struktur, tatabahasa, dan format. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui cara terbaik untuk menulis CV bahasa Inggeris yang akan membantu anda mendapatkan pekerjaan impian.
Antara yang dibincangkan dalam artikel ini:
- Cara menulis CV bahasa Inggeris menggunakan kata kunci penting yang dapat menonjolkan kelebihan dan kemahiran anda.
- Struktur dan elemen-elemen penting yang perlu ada di dalam CV.
- Tips menulis CV untuk memastikan CV anda dapat menarik perhatian majikan.
Contoh CV bahasa Inggeris
Rasanya lebih jelas untuk anda mengetahui cara menulis CV bahasa Inggeris dengan melihat contoh yang lengkap. Di bawah ini adalah contoh CV untuk jawatan IT Technician (Juruteknik IT).
Cara menulis setiap bahagian CV menggunakan bahasa Inggeris
Untuk mendapatkan CV bahasa Inggeris yang dapat menarik perhatian perekrut, anda perlu tahu cara menulis setiap bahagian di dalam CV menggunakan frasa-frasa bahasa Inggeris yang tepat. Berikut adalah penjelasan setiap bahagian CV dan cara menulisnya dalam bahasa Inggeris.
Personal Information (Maklumat Peribadi)
Bahagian ini memaparkan peribadi anda yang akan digunakan oleh majikan untuk menghubungi anda. Antara maklumat yang perlu dimasukkan ialah:
- Nama penuh
- Alamat
- Telephone (Nombor telefon)
- Email (Alamat e-mel profesional)
- Pautan ke profil LinkedIn atau portfolio atas talian (jika ada)
Career Summary (Ringkasan Kerjaya)
Untuk memastikan CV anda menarik perhatian perekrut, tulis ringkasan kerjaya yang yang pendek tetapi menarik. Ia perlu memberikan gambaran ringkas mengenai pengalaman, kemahiran, dan matlamat kerjaya anda.
Contoh 1: Digital Marketer Manager (Pengurus Pemasaran Digital)
Contoh 2: Pediatric Nurse (Jururawat Pediatrik)
Work Experience (Pengalaman Kerja)
Pada kebiasaannya, bahagian pengalaman kerja adalah yang paling penting di dalam CV anda. Susun pengalaman kerja anda secara kronologi terbalik (bermula dengan yang terkini). Sertakan maklumat berikut:
- Job Title (Jawatan)
- Company Name (Nama syarikat)
- Employment Dates (Tempoh bekerja)
- Key Responsibilities and Achievements (Tanggungjawab dan pencapaian utama)
Education (Pendidikan)
Nyatakan kelayakan akademik anda bermula dengan yang terkini. Hanya tulis tahap pendidikan tinggi, tidak perlu masukkan sekolah menengah atau sekolah rendah, melainkan itu adalah tahap pendidikan tertinggi anda. Sertakan:
- Qualification (Kelayakan)
- Institution Name (Nama institusi)
- Graduation Year (Tahun tamat pengajian)
- Pencapaian seperti anugerah dekan jika berkaitan
Skills (Kemahiran)
Senaraikan kemahiran teknikal dan insaniah yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Jangan masukkan kemahiran yang tidak relevan.
Languages (Bahasa)
Nyatakan bahasa yang anda kuasai dalam CV beserta tahap kemampuan bahasa seperti native (bahasa ibunda), fluent (fasih), moderate (sederhana), atau basic (asas). Ini membantu majikan menilai kelebihan anda untuk jawatan yang memerlukan kemahiran pelbagai bahasa.
Certifications and Achievements (Sijil dan Pencapaian)
Sertakan sijil dan pencapaian yang relevan untuk menunjukkan kelayakan tambahan anda. Ini dapat menonjolkan kemahiran unik yang membezakan anda daripada calon lain.
References (Rujukan)
Rujukan ialah individu yang boleh memberi sokongan terhadap kelayakan, kemahiran, dan pengalaman anda. Hanya masukkan rujukan di dalam CV sekiranya ianya diminta oleh majikan. Sekiranya tidak dinyatakan di dalam iklan jawatan kosong, tulis "Available upon request" (Diberikan atas permintaan). Maklumat yang perlu dimasukkan ialah:
- Nama penuh individu rujukan
- Jawatan mereka
- Nama syarikat atau organisasi
- Nombor telefon
- Alamat e-mel
Tips menulis CV bahasa Inggeris yang berkesan
Menulis CV dalam bahasa Inggeris memerlukan perhatian terhadap penggunaan bahasa yang tepat, struktur yang teratur, dan kandungan yang relevan. Berikut adalah beberapa panduan penting untuk memastikan CV anda menarik dan profesional.
Gunakan bahasa yang jelas dan formal
Pastikan setiap ayat mudah difahami dan terus kepada maksud, tanpa menggunakan bahasa yang terlalu kompleks atau terlalu santai. Contohnya, gunakan ayat seperti:
Elakkan ayat seperti:
Bahasa formal menunjukkan bahawa anda memahami terminologi profesional dalam bidang pengaturcaraan dan dapat menyampaikan kebolehan teknikal anda dengan tepat.
Elakkan kesalahan tatabahasa dan ejaan
Kesalahan kecil boleh memberi gambaran bahawa anda tidak teliti. Semak semula CV anda sebelum menghantarnya. Anda juga boleh menghantar CV untuk dibuat pembacaan pruf oleh pakar bahasa.
Gunakan kata kunci
Periksa deskripsi kerja dan gunakan kata kunci yang sepadan untuk meningkatkan peluang CV anda melepasi sistem penapisan automatik (ATS). Contohnya:
Jika iklan kerja menyebut “proficient in full-stack web development and RESTful APIs”, pastikan anda menyebut kemahiran tersebut dalam CV anda seperti: