Surat Iringan Mudah: Contoh dan Tips Menulis dengan Berkesan

Menulis surat iringan tidak seharusnya menjadi satu perkara yang rumit. Walaupun anda dinasihatkan untuk menulis surat iringan tidak lebih daripada satu muka surat, ini tidak bermakna anda perlu memuatkan keseluruhan muka surat. Sebenarnya, surat iringan yang ringkas juga boleh memberikan kesan yang kuat untuk permohonan kerja anda. Berikut adalah templat surat iringan yang mudah dan ringkas untuk membantu anda menghasilkan surat yang profesional dan menarik. Hanya masukkan maklumat anda di bahagian yang disediakan, dan sesuaikan kandungan mengikut keperluan jawatan yang dipohon. Templat ini direka untuk memastikan semua bahagian penting surat iringan disertakan tanpa terlalu panjang lebar, tetapi tetap memberikan kesan yang berkesan kepada majikan.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Templat surat iringan mudah

[Nama anda]
[Alamat anda]
[Alamat anda]
[E-mel anda]
[No. telefon anda]

[Tarikh]

[Nama pengurus pengambilan pekerja (jika diketahui)]
[Jawatan pengurus pengambilan]
[Nama Syarikat]
[Alamat Syarikat]

Tuan/Puan yang dihormati,

Permohonan Jawatan [Nama Jawatan yang Dipohon]

Saya menulis untuk memohon jawatan [Nama jawatan] seperti yang diiklankan di [Sumber iklan, contohnya: laman web syarikat atau portal pekerjaan]. Dengan pengalaman dalam [bidang kerja atau kemahiran utama anda], saya yakin dapat menyumbang secara positif kepada [Nama Syarikat].

Dalam peranan saya sebelum ini sebagai [Jawatan sebelumnya] di [Nama syarikat sebelum ini], saya bertanggungjawab untuk [Tugas utama atau pencapaian penting]. Pengalaman ini telah mengukuhkan kemahiran saya dalam [Kemahiran spesifik yang relevan] dan membolehkan saya mencapai [Pencapaian kuantitatif, jika ada].

Saya amat tertarik dengan fokus [Nama syarikat] terhadap [Aspek menarik, contohnya: inovasi, keberlanjutan, budaya kerja], dan saya percaya bahawa [Kemahiran atau kualiti spesifik anda] dapat menyumbang kepada kejayaan pasukan anda.

Saya bersedia untuk menghadiri sesi temu duga pada bila-bila masa yang sesuai untuk membincangkan bagaimana saya boleh memberi nilai tambah kepada syarikat tuan/puan. Terima kasih atas perhatian dan pertimbangan terhadap permohonan saya.

Yang benar,

[Nama anda]

Lihat beberapa lagi contoh surat iringan untuk mendapatkan idea dalam menulis surat iringan yang efektif.

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan cara menulis surat iringan mudah yang dapat menyerlahkan kekuatan anda dan memberi kesan yang berkekalan kepada majikan. Teruskan membaca untuk mengetahui:

  • Bagaimana surat iringan yang ringkas dan mudah dapat membuka peluang permohonan kerja anda.
  • Contoh-contoh surat iringan mudah untuk beberapa situasi.
  • Tips penting yang anda perlu aplikasikan semasa menulis surat iringan mudah.
Wanita mengambil rehat kopi selepas bekerja di laptop

Contoh 1: Surat iringan fokus pada kemahiran calon

Dalam surat iringan di bawah, pemohon terus menyatakan kemahiran yang dapat mereka sumbangkan kepada organisasi. Perenggan utama dengan jelas menyentuh beberapa tanggungjawab utama daripada peranan terdahulu, manakala penutup menekankan semula bagaimana kemahiran tersebut selari dengan keperluan jawatan yang dipohon.

Norwani Binti Saiful

No. 25, Jalan Seri Impian,

47000 Kajang, Selangor

+60129982355

norwani@example.com

11 Februari 2023

Pengurus Sumber Manusia

Hospital Sejahtera

Lot 18, Jalan Kesihatan,

81300 Skudai, Johor

Tuan/Puan yang dihormati,

Permohonan Jawatan Jururawat

Saya menulis untuk memohon jawatan Jururawat seperti yang diiklankan di laman web Hospital Sejahtera. Dengan pengalaman selama dua tahun dalam bidang kejururawatan, saya yakin dapat membawa kemahiran penjagaan pesakit dan kepakaran klinikal untuk menyokong pasukan tuan/puan.

Semasa bertugas di Klinik Kesihatan Timor, saya bertanggungjawab memberikan penjagaan holistik kepada pesakit, termasuk menguruskan rawatan harian dan memberi bimbingan kepada pesakit mengenai penjagaan kesihatan. Saya juga mahir dalam menggunakan peralatan perubatan moden dan memastikan pematuhan kepada protokol keselamatan.

Kemahiran saya dalam menjaga pesakit dengan penuh empati serta keupayaan untuk bekerja di bawah tekanan adalah sejajar dengan keperluan jawatan ini. Saya percaya pengalaman saya dapat memberikan nilai tambah kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang disediakan oleh Hospital Sejahtera.

Saya berharap dapat berbincang lebih lanjut mengenai bagaimana saya boleh menyumbang kepada pasukan tuan/puan dalam sesi temu duga. Terima kasih atas perhatian yang diberikan kepada permohonan saya.

Yang benar,

Norwani Binti Saiful


Adakah anda mahu membina resume untuk disertakan dengan surat iringan permohonan kerja anda? Cuba pembina resume kami dan dapatkan resume yang menonjol!

Contoh 2: Surat iringan fokus pada nilai calon

Surat iringan ringkas di bawah dengan berkesan menyampaikan nilai utama pemohon tanpa memasukkan maklumat yang tidak relevan. Ia menjadi lebih berkesan dengan pencapaian yang boleh diukur yang disertakan di sepanjang kandungan surat.

Ahmad Bin Hassan

No. 12, Jalan Seri Impian,

47000 Kajang, Selangor

+60113357789

ahmad.hassan@example.com

11 Februari 2023

Pengurus Sumber Manusia

Kreatif124 Studio

Lot 15, Jalan Kreatif,

50450 Kuala Lumpur

Tuan/Puan yang dihormati,

Permohonan Jawatan Jurugambar

Saya ingin memohon jawatan Jurugambar di Kreatif124 Studio. Dengan pengalaman lima tahun dalam fotografi profesional, saya telah menghasilkan lebih daripada 300 sesi foto komersial yang meningkatkan penglibatan pelanggan sebanyak 40% untuk klien saya.

Semasa bekerja di Dua Tiga Photography, saya berjaya memimpin projek fotografi untuk pelancaran produk utama yang mendapat pengiktirafan dalam industri. Saya juga mahir dalam menggunakan perisian penyuntingan seperti Adobe Lightroom dan Photoshop untuk memastikan hasil akhir berkualiti tinggi.

Saya yakin pengalaman dan kemahiran saya dapat menyumbang kepada kreativiti dan inovasi pasukan di Kreatif124 Studio. Saya berharap dapat membincangkan lebih lanjut bagaimana saya boleh membawa nilai kepada organisasi ini.

Sekian, terima kasih atas masa dan perhatian pihak tuan/puan.

Yang benar,

Ahmad Bin Hassan


Contoh 3: Surat iringan untuk calon lepasan belajar

Surat iringan di bawah padat dan jelas menunjukkan kemahiran calon serta matlamat kerjayanya. Ia menyentuh secara ringkas kursus utama dan latihan industri yang relevan dengan jawatan yang dipohon. Cara ini lebih berkesan berbanding menghuraikan kursus secara panjang lebar yang tidak berkaitan secara langsung.

Aisyah Binti Ramli

No. 25, Jalan Melati,

43000 Kajang, Selangor

+6012 345 6789

aisyah.ramli@example.com

11 Februari 2023

Pengurus Sumber Manusia

Big Solution Corporation

Bangunan Tiga,

50450 Kuala Lumpur

Tuan/Puan yang dihormati,

Permohonan Jawatan Penolong Pegawai Sumber Manusia

Saya ingin memohon jawatan Penolong PegawaiSumber Manusia di Big Solution Corporation. Dengan kelulusan dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Malaya serta pengalaman menjalani latihan industri di Maju Terus Sdn. Bhd., saya yakin dapat menyumbang kepada kejayaan pasukan tuan/puan.

Semasa latihan industri, saya diberi tanggungjawab untuk menguruskan proses pengambilan pekerja serta merancang program latihan bagi kakitangan baharu. Saya juga mengikuti kursus "Pengurusan Organisasi dan Kepimpinan" yang memberikan saya asas yang kukuh untuk memahami keperluan operasi syarikat secara menyeluruh.

Saya percaya bahawa pengalaman ini, bersama semangat saya untuk terus belajar, menjadikan saya calon yang sesuai untuk jawatan ini. Saya berharap dapat membincangkan lebih lanjut tentang sumbangan saya kepada syarikat.

Sekian, terima kasih atas perhatian yang diberikan.

Yang benar,

Aisyah Binti Ramli


Perkara penting dalam surat iringan mudah


Wanita muda gembira dengan laptopnya


Surat iringan mudah tetap perlu mematuhi struktur yang jelas dan profesional, walaupun ia lebih padat daripada surat iringan biasa. Setiap bahagian mempunyai peranan penting untuk menyampaikan mesej anda dengan berkesan kepada majikan. Berikut adalah penerangan tentang perkara penting yang perlu dimasukkan dalam penulisan surat iringan ringkas.

Lawati blog kami untuk mengetahui lebih mendalam tentang bahagian-bahagian utama dan format surat iringan.

Pengenalan diri anda

Bahagian pengenalan bertujuan untuk memperkenalkan diri anda kepada majikan secara ringkas. Sertakan nama anda, jawatan yang dipohon, dan bagaimana anda mengetahui tentang peluang pekerjaan tersebut. Pastikan ayat pertama anda menarik perhatian majikan.

semak ikonContoh:
Saya menulis untuk memohon jawatan Eksekutif Jualan seperti yang diiklankan di laman Jobstreet. Dengan pengalaman dua tahun dalam bidang jualan, saya yakin dapat menyumbang kepada kejayaan syarikat tuan/puan.

Kenapa anda adalah calon yang paling sesuai

Nyatakan dengan ringkas mengapa anda layak untuk jawatan tersebut. Fokus pada pengalaman, kemahiran, atau pencapaian utama yang relevan dengan jawatan yang dipohon. Bahagian ini bertujuan untuk meyakinkan majikan bahawa anda adalah calon terbaik.

semak ikonContoh:
Sebagai Eksekutif Jualan di Perniagaan Indah Sdn. Bhd., saya berjaya meningkatkan hasil jualan sebanyak 15% dalam masa satu tahun melalui strategi pemasaran yang berkesan. Saya juga mahir menggunakan perisian CRM untuk mengurus pelanggan dengan lebih efisien.

Tunjukkan semangat anda

Di dalam penulisan surat iringan, tunjukkan minat dan semangat anda terhadap jawatan dan syarikat. Nyatakan mengapa anda berminat bekerja dengan syarikat tersebut dan bagaimana anda boleh menyumbang kepada objektif mereka.

semak ikonContoh:
Saya amat terinspirasi dengan reputasi syarikat tuan/puan dalam memimpin industri teknologi hijau. Saya percaya pengalaman dan dedikasi saya boleh membantu syarikat mencapai matlamat pembangunan lestari.

Terangkan nilai yang boleh ditawarkan

Bahagian ini memberi peluang untuk anda menerangkan bagaimana kehadiran anda boleh memberikan nilai tambah kepada syarikat. Kaitkan kemahiran atau pencapaian yang sangat penting dengan keperluan syarikat.

semak ikonContoh:
Dengan latar belakang dalam analisis data dan pengurusan projek, saya dapat membantu syarikat tuan/puan mengoptimumkan proses jualan serta meningkatkan keberkesanan pasukan melalui strategi yang berfokus kepada data.

Pernyataan penutup

Akhiri surat dengan pernyataan penutup yang positif. Nyatakan kesediaan anda untuk menghadiri temu duga dan berikan cara untuk majikan menghubungi anda. Ucapkan terima kasih kepada majikan atas perhatian mereka terhadap permohonan anda.

semak ikonContoh:
Saya berharap dapat menghadiri temu duga untuk membincangkan lebih lanjut bagaimana saya boleh menyumbang kepada pasukan tuan/puan. Saya boleh dihubungi melalui e-mel atau telefon seperti yang tertera di atas. Terima kasih atas perhatian yang diberikan.

Tandatangan

Tandatangan adalah bahagian terakhir surat iringan yang menambahkan sentuhan profesional. Gunakan ucapan penutup seperti “Yang benar,” atau “Sekian, terima kasih,” diikuti dengan nama penuh anda. Untuk surat digital, cukup dengan menaip nama anda. Bagi surat cetakan, sertakan tandatangan tulisan tangan di atas nama penuh anda.

semak ikonContoh:

Yang benar,

Muhammad Aiman Bin Ismail


Langkah-langkah penting untuk mendapatkan surat iringan mudah yang baik


Berbeza dengan surat iringan umum (yang biasanya lebih panjang), menulis surat iringan mudah memerlukan langkah-langkah yang lebih fokus kepada penggunaan bahasa yang tepat dan ringkas. Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk menulis surat iringan ringkas:

Wanita dengan jaket hitam duduk di luar bekerja di komputer

Langkah 1: Lakukan penyelidikan dan persediaan

Lakukan penyelidikan menyeluruh tentang syarikat dan peranan yang dipohon untuk memahami keperluan serta budaya mereka.

Maklumat ini membantu anda menyesuaikan surat iringan supaya lebih peribadi, yang dapat membezakan anda daripada calon lain. Jika anda boleh mendapatkan nama pengurus pengambilan pekerja, nyatakan nama mereka dalam salam surat iringan anda. Ini menunjukkan bahawa anda memberi perhatian terhadap perincian.

Langkah 2: Kenal pasti kelayakan utama

Pilih satu atau dua kelayakan atau pengalaman anda yang sesuai dengan keperluan jawatan. (Gunakan kata kunci daripada deskripsi kerja untuk menyelaraskan kemahiran anda.)

Jelaskan secara ringkas tetapi cukup terperinci untuk menggambarkan kompetensi anda dan bagaimana pengalaman tersebut menjadikan anda calon yang sesuai untuk peranan ini.

Langkah 3: Utamakan maklumat relevan yang terkini

Langkah ini menekankan kepentingan menyampaikan maklumat yang relevan dengan jawatan yang dipohon. Lihat apa yang dicari oleh majikan di dalam iklan jawatan kosong dan padankan dengan pengalaman dan kemahiran anda.

Tumpukan hanya pada pengalaman kerja terkini anda yang relevan dengan jawatan tersebut. Elakkan menyenaraikan semua peranan terdahulu, sebaliknya fokus pada yang berkaitan sahaja. Pendekatan ini membantu mengelakkan maklumat yang tidak berkaitan daripada mengganggu isi kandungan surat.

Langkah 4: Optimumkan bahagian kandungan

Pastikan setiap bahagian surat iringan digunakan dengan sebaiknya dengan menekankan maklumat yang paling penting dan relevan. Dengan pendekatan ini, surat anda akan lebih teratur dan berfokus.

Kenal pasti bahagian paling kritikal dalam surat anda (contohnya, kelayakan, nilai yang anda tawarkan). Bahagikan ruang dengan bijak, menekankan kandungan yang paling memberi impak dan sejajar dengan keperluan jawatan

Langkah 5: Padatkan dan permudahkan

Walaupun anda menulis surat iringan yang ringkas, anda perlu pastikan ianya jelas dan padat dengan kandungan. Elakkan memberi maklumat yang berlebihan.

Semak kandungan surat anda untuk menghapuskan frasa panjang dan kata-kata yang tidak perlu. Usahakan untuk menyampaikan lebih banyak maklumat dengan kata-kata yang lebih sedikit sambil mengekalkan kejelasan. Dengan cara itu anda akan dapat menyampaikan mesej utama dengan lebih berkesan.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche