Untuk makluman anda, templat cv penganalisis data yang anda boleh dapati di dalam panduan ini juga menggunakan format terkini. Dan ramai lagi di luar sana sudah berjaya menempah temu duga menggunakan templat resume kami ini. Kini, giliran anda pula.
Tetapi sebelum itu, jom lihat apakah ciri-ciri sebuah resume yang terbaik dan apakah kesilapan biasa yang dilakukan pemohon semasa menulis CV atau resume mereka. Teruskan membaca bersama kami!
Kadar pekerjaan dan gaji penganalisis data di Malaysia
Seperti yang anda sedia maklum, kepakaran di dalam bidang analisis data mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dunia. Menurut sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Market Research Future, pasaran analisis data akan meningkat kepada hampir $140 bilion pada tahun 2026. Jumlah ini satu peningkatan yang besar jika dibandingkan pada tahun 2019, iaitu $23 bilion.
Jika pasaran analisis data meningkat, bagaimana pula dengan kadar gaji anda yang berada di Malaysia? Adakah peluang pekerjaan sebagai penganalisis data tinggi di Malaysia? Bidang analisis data merupakan bidang kemahiran kerja yang tinggi, gaji yang ditawarkan agak lumayan. Tetapi ini juga bergantung kepada pengalaman anda bekerja.
Menurut Payscale, gaji purata penganalisis data di Malaysia ialah RM42,924 setahun. Tetapi, purata gaji tahunan di dalam bidang ini boleh mencecah sebanyak RM73,000. Selain daripada itu, permintaan terhadap kepakaran di dalam bidang ini juga tinggi. Ini jelas terbukti apabila terdapat 4,908 iklan kekosongan jawatan sebagai Penganalisis Data di laman Jobstreet.
Cara Menulis Resume Penganalisis Data (walaupun tanpa pengalaman)
Terdapat banyak pendapat yang mungkin sah dan tidak sah dikeluarkan di luar sana mengenai cara menulis cv atau resume penganalisis data yang betul. Anda mungkin pernah meniru panduan yang ada dikongsikan. Tetapi, adakah panduan tersebut berjaya membantu anda untuk dipanggil ke sesi temu duga?
Jika tidak, kami di sini sedia membantu anda untuk menulis resume penganalisis data yang betul. Anda tidak perlu lagi memuat turun templat resume dari sumber yang tidak sahih. Sebaliknya, anda dialu-alukan untuk merujuk panduan cara membuat cv penganalisis data di laman utama kami.
Sebagai permulaan, mari teliti susunan yang betul untuk resume penganalisis data. Susunan tersebut adalah seperti berikut:
Selepas itu, anda boleh menyusun bahagian penting resume anda dengan berpandukan tips di bawah ini:
Susunan resume yang betul
Susun atur kandungan penting resume anda sangat penting. Ini bagi memudahkan para perekrut untuk meneliti maklumat penting yang anda sediakan dengan mudah. Perkara pertama yang anda harus pastikan adalah, elakkan resume yang melebihi satu muka surat. Anda harus bijak menggunakan perkataan bagi memastikan resume anda ringkas tetapi padat.
Selain daripada itu pemilihan fon juga sangat penting. Jangan gunakan saiz fon yang terlampau kecil atau besar. Sebaliknya, gunalah saiz 10,11 atau 12. Untuk stail fon pula, anda digalakkan untuk menggunakan stail fon standard. Sebagai contoh, Tahoma, Times New Roman dan juga Arial. Ini bagi memastikan resume anda kelihatan profesional dan mudah untuk dibaca.
Untuk memudahkan anda, pastikan empat perkara di bawah harus anda ingat semasa menulis resume:
Struktur serta format resume yang sesuai
Struktur resume yang betul penting kerana ini akan membantu perekrut untuk mengenal pasti sama ada anda calon yang sesuai untuk jawatan yang mereka tawarkan. Oleh itu, anda perlu tahu apaka perkara utama yang anda mahu nyatakan untuk menonjolkan potensi anda sebagai seorang penganalisis data.
Terdapat tiga format resume yang anda boleh gunakan. Format pertama ialah Format Resume Kronologi.
Untuk menggunakan format resume ini, anda perlu menyusun pengalaman bekerja anda dari yang terkini dan kemudian diikuti dengan pengalaman bekerja pada tahun sebelum itu.
Format resume seterusnya adalah Format Praktikal atau functional.
Untuk format resume ini, anda tidak perlu risau akan apa yang anda harus tulis di bahagian pengalaman bekerja. Ini kerana, format ini tidak begitu menekankan garis masa dan pengalaman bekerja anda. Sebaliknya, kemahiran yang anda miliki akan diserlahkan menerusi format ini.
Format resume yang ketiga adalah gabungan antara Format Resume Kronologi + Format Resume Praktikal.
Jika pengalaman bekerja anda lebih dari 10 tahun, dan kemahiran analisis data anda menyeluruh, gunakan format resume ini. Sama seperti Format Resume Kronologi, anda perlu menyusun pengalaman bekerja anda mengikut garis masa. Dahulukan pengalaman bekerja yang terkini di dalam resume anda. Seterusnya, anda boleh menyatakan kemahiran yang anda kuasai di dalam huraian pengalaman anda bekerja.
Tajuk dan Hubungan Maklumat
Apa yang ada pada tajuk? Segala-galanya! Tajuk adalah perkara pertama di dalam resume yang akan dilihat oleh para perekrut. Oleh itu, pastikan tajuk yang anda gunakan ada perkataan analisis/penganalisis/data dan yang berkaitan dengannya.
Jadi, apa yang perlu anda masukkan di dalam bahagian tajuk resume penganalisis data? Mari lihat contoh tajuk resume yang betul dan juga yang kurang tepat di bawah.
Perkara lain yang sering dipandang ringan oleh para pemohon ialah menyertakan gambaran berukuran pasport mereka bersama dengan resume yang dihantar. Ini mungkin bukan kesalahan yang besar, tetapi kebanyakan syarikat besar tidak menggalakkan perkara ini bagi menjamin proses pemilihan yang tidak berat sebelah.
Terangkan pengalaman anda sebagai penganalisis data
Bahagian seterusnya ini penting kerana di bahagian inilah anda akan meyakinkan bakal majikan untuk melantik anda. Anda perlu perincikan pengalaman serta kemahiran yang anda miliki di bahagian ini. Sebaik-baiknya, elakkan juga menggunakan ayat yang terlalu panjang untuk memaklumkan pengalaman bekerja anda.
Baiklah, sekarang anda pasti berfikir bagaimana cara untuk menulis pengalaman anda di dalam resume penganalisis secara ringkas dan padat. Anda sudah tentu mahu memaklumkan perekrut mengenai semua sejarah bekerja anda, bukan?
Kesilapan yang mungkin anda pernah lakukan di dalam bahagian pengalaman bekerja adalah, menyatakan pengalaman bekerja yang tidak relevan dengan jawatan yang anda ingin pohon. Sebaliknya, cuma nyatakan pengalaman yang relevan dengan jawatan penganalisis data sahaja.
Selalunya, banyak tanggungjawab serta sumbangan yang anda berikan melalui jawatan kerja yang anda galas. Untuk itu, di dalam bahagian pengalaman resume atau cv penganalisis data anda, pastikan anda menggunakan bullet point. Ini bagi memudahkan perekrut untuk mengenal pasti keistimewaan anda.
Contoh resume seorang penganalisis data yang berpengalaman
Contoh resume seorang penganalisis data yang kurang berpengalaman
Bagaimana jika anda tidak mempunyai pengalaman?
Jika anda tidak mempunyai pengalaman bekerja, jangan risau. Anda boleh meletakkan pengalaman yang anda perolehi semasa berada di universiti.
Pendidikan: Cara untuk menulis latar belakang akademik anda
Latar belakang akademik sangat penting untuk memohon jawatan sebagai seorang penganalisis data. Oleh kerana saingan di dalam industri ini sangat sengit, sijil Sarjana lebih dipandang tinggi berbanding sijil Sarjana Muda dan Diploma. Ini juga akan menentukan tangga gaji anda.
Namun begitu, format serta cara anda menyusun informasi mengenai latar belakang akademik anda juga sangat penting. Anda perlu memastikan tahap pendidikan yang tertinggi dinyatakan terlebih dahulu.
Contoh latar belakang akademik di dalam resume
Contoh latar belakang akademik di dalam resume
Kemahiran terbaik untuk CV penganalisis data
Selaras dengan arus permodenan, kemahiran di dalam bidang analisis data juga semakin luas. Untuk memastikan anda tampil lebih menyerlah berbanding para pesaing yang lain, anda perlu melengkapi diri dengan kemahiran yang tinggi permintaannya.
Jika anda tidak pasti sama ada kemahiran yang anda miliki di dalam bidang penganalisisan data, rujuk keterangan iklan jawatan yang dipohon. Kebanyakan perekrut akan menyatakan kemahiran yang mereka perlukan.
Namun begitu, kemahiran di dalam bidang penganalisisan data semata-mata tidak cukup. Anda juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah. Kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh seorang penganalisis data adalah seperti berikut:
Kemahiran Keras (hard skills):
Kemahiran Insaniah:
Ringkasan Profesional: Pembentangan kad CV anda
Ringkasan profesional di dalam resume anda menentukan sama ada perekrut akan membaca resume anda secara keseluruhan. Jadi, anda perlu bijak di dalam menggunakan ayat yang tepat untuk menonjolkan kelebihan anda.
Oleh itu, jom lihat 2 contoh ringkasan profesional di bawah:
Kemahiran komputer dan pensijilan
Kemahiran komputer dan pensijilan yang berkaitan dengan bidang analisis data sangat penting. Jika pengalaman bekerja anda tidak banyak, anda boleh menyaingi pemohon yang lain dengan memiliki pensijilan yang tinggi permintaannya.Antara kemahiran yang anda boleh dapatkan melalui kursus adalah seperti berikut:
Bahasa
Bahagian ini harus anda sertakan. Terutama sekali jika anda bekerja di dalam syarikat antarabangsa. Senaraikan sahaja bahasa yang anda fasih menggunakan bullet point.
Ringkasan: Tulis Resume yang Sempurna
Sebagai rumusan panduan menulis resume penganalisis data, mari imbas sekali lagi perkara-perkara penting yang anda perlu lakukan untuk menulis resume yang terbaik.
Lengkapkan CV anda dengan surat lamaran
Resume tidak lengkap jika tidak disertakan dengan surat lamaran atau juga dikenali sebagai surat pengiring. Tidak banyak yang tahu bahawa CV adalah perkara wajib yang anda perlu sertakan semasa menghantar permohonan kerja.
Anda mungkin rasa ini perkara remeh sahaja. Namun begitu, rugi jika anda tidak menyertakan CV penganalisis data anda. Ini kerana, hanya di dalam CV sahaja anda dapat menerangkan dengan terperinci mengenai tanggunjawag, sumbangan serta pengalaman bekerja anda. Oleh itu, kami telah menyediakan templat CV penganalisis data untuk anda gunakan.