Panduan Resume Pembantu Perubatan Terbaik Untuk Tahun 2023

Anda mungkin baru sahaja menamatkan latihan pembantu perubatan di institut latihan kerajaan atau pun swasta. Jadi, anda pasti sedang berusaha untuk berjaya ditempatkan di mana-mana klinik atau pusat kesihatan yang ada di Malaysia. Tetapi, sudahkah anda menyediakan resume yang terbaik untuk membantu pemohonan penenmpatan anda?

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Contoh Sebenar Resume Penolong Pegawai Perubatan

Michael Anak Abang
Pembantu Perubatan
012-210 1201
michaelabang@yahoo.com
Bintulu, MY
Linkedin.com/in/michael-abang

Rumusan Profesional

Pembantu Perubatan dengan 3 tahun pengalaman dalam penjagaan serta rawatan pesakit semasa latihan perubatan. Cekap dalam pentadbiran, proses klinikal dan pengurusan rekod kesihatan secara digital. Kemahiran komunikasi yang tinggi dan keupayaan untuk berhubung dengan pesakit, keluarga pesakit, dan profesional penjagaan kesihatan yang lain apabila diperlukan. Mencari peluang kerjaya sebagai Pembantu Perubatan agar pengalaman dan semangat saya dalam penjagaan kesihatan dan menyediakan rawatan yang hebat dapat digunakan.

Pengalaman Kerja

Hospital Umum Sarawak
Pelatih Pembantu Perubatan
Disember 2019-Mac 2023

  • Membuat pemeriksaan kesihatan saringan ke atas 50 pesakit setiap hari.
  • Membuat pemeriksaan, diagnosis serta rawatan untuk penyakit ringan.
  • Mengetuai ceramah kesihatan untuk penduduk di luar bandar.
  • Memberikan penjagaan khusus di unit ortopedik.
  • Melaksankan tugas pentadbiran dan menyertai program latihan di setiap jabatan.

Latar Belakang Pendidikan

Diploma Pembantu Perubatan
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kucing
Mac 2023

Sijil

  • Sijil Pertolongan Cemas

Kemahiran

  • Penjagaan dan penilaian pesakit
  • Pengukuran tanda-tanda vital
  • Pentadbiran ubat-ubatan
  • Flebotomi dan pengumpulan spesimen
  • Pengurusan dan pendokumentasian EHR
  • Pengebilan dan pengekodan perubatan
  • Istilah perubatan
  • Kawalan jangkitan dan pensterilan
  • Kerjasama dan komunikasi pasukan

Orang Rujukan

Puan Masiah bt Kami
Matron Hospital Umum Sarawak
masiah@HUS.com

Jika belum, anda berada di laman yang betul. Ini kerana, dengan berpandukan panduan serta templat cv pembantu perubatan kami, anda akan dapat membina resume yang profesional dan hebat. Jadi, sila muat turun templat resume pembantu perubatan kami sebelum kita pergi dengan lebih lanjut ke bahagian seterusnya ini.

Pembantu Perubatan CV


Tangga Gaji serta Peluang Kerjaya Pembantu Perubatan di MY


Untuk panduan ini, kami akan berkongsi dengan anda tangga gaji serta peluang kerja sebagai pembantu perubatan di hospital kerajaan di Malaysia. Sebelum itu, jika anda memohon kerja di hospital swasta, gaji bulanan yang anda terima mungkin lebih tinggi dan anda mungkin diberikan faedah yang tidak sama seperti mereka yang bekerja di hospital kerajaan.

Pembantu Perubatan CV


Berikut adalah gaji bulanan Penolong Pegawai Perubatan mengikut gred gaji mereka menurut Kementerian Kesihatan Malaysia:

  • Gred U29: RM1,311.58 – RM3,599.85
  • Gred U32: RM2,214.00 – RM4,286.71
  • Gred U36: RM3,454.72 -RM5,289.31
  • Gred U38: RM4,270 – RM5,781.14
  • Gred U40: RM5,022.09 -RM6,600.72

Untuk mereka yang berminat memohon jawatan pembantu pegawai perubatan, anda boleh berkunjung ke laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Terutamanya jika anda telah tamat latihan, anda harus memastikan akaun anda di laman SPA dikemas kini. Ini kerana, setiap tahun, pelatih yang lulus kursus kesihatan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia akan ditawarkan jawatan tetap.

Apa Bahagian Utama Sebuah Resume/Pembantu Perubatan CV


Sebuah resume yang lengkap mengandungi empat bahagian utama. Empat bahagian tersebut ialah seperti berikut:

  • Maklumat peribadi
  • Pengalaman kerja
  • Pendidikan atau latihan
  • Kemahiran yang dimiliki

Di dalam panduan ini, kami akan menghuraikan cara menulis setiap bahagian resume di atas dengan jelas dan terperinci. Tetapi, sebelum itu, anda juga perlu tahu apa yang membezakan resume yang terbaik dengan yang biasa-biasa sahaja. Menurut Erika, Perunding Pekerja di Google, terdapat empat elemen yang menentukan sama ada sebuah resume adalah yang terbaik:

  • kesan
  • format
  • tatabahasa dan ejaan
  • pencapaian utama

Melalui contoh yang akan kami kongsikan, anda akan dapat melihat gambaran terperinci mengenai setiap elemen di atas. Sebelum itu, kami ingin memperkenalkan kepada anda tiga format resume yang biasa digunakan untuk pemohonan kerja:

Pembantu Perubatan CV

Format kronologi

Format resume kronologi atau kronologi terbalik merupakan format resume yang biasa digunakan. Anda juga mungkin pernah menggunakan format ini tanpa sengaja. Ini kerana, perkara utama yang membezakan format ini dengan format resume yang lain adalah susunan pengalaman kerja dan pendidikan.

Di mana, anda harus memastikan tempat kerja atau jawatan terkini anda dinyatakan terlebih dahulu. Kemudian barulah diikuti dengan tempat kerja anda sebelum itu.

Format resume praktikal

Untuk format resume ini, anda harus menekankan kemahiran teknikal dan insaniah anda. Format resume ini sesuai digunakan oleh individu yang tidak pernah bekerja dalam bidang yang dipohon. Namun begitu, mereka mungkin mempunyai kemahiran yang sama seperti dalam iklan jawatan yang dipohon.

Format kronologi + praktikal

Pemohon yang memohon jawatan pada peringkat pengurusan digalakkan untuk menggunakan format resume gabungan ini. Di mana, pemohon terbukti mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang yang dipohon. Pada masa yang sama, mereka juga mampu membuktikan pencapaian mereka melalui kemahiran teknikal yang dimiliki.

Teknik yang Betul Untuk Menulis Maklumat Peribadi Anda


Bahagian paling atas resume anda dikenali sebagai tajuk resume atau pengepala resume. Di bahagian inilah anda harus menyatakan maklumat peribadi anda. Tetapi, maklumat yang anda sertakan tidak boleh terlalu terperinci. Sebaliknya, ia harus mengandung lima perkara di bawah ini sahaja:

  • nama penuh
  • jawatan terkini
  • tempat tinggal
  • nombor untuk dihubungi
  • alamat e-mel anda

Tajuk resume anda haruslah berada di bahagian kiri paling atas atau bahagian atas tengah-tengah resume anda. Contohnya seperti di bawah ini:

BETUL
Michael Anak Abang
Pembantu Perubatan
012-210 1201
michaelabang@yahoo.com
Bintulu, MY
Linkedin.com/in/michael-abang


Kesilapan yang selalu dilakukan oleh pemohon semasa menulis bahagian maklumat peribadi mereka adalah seperti berikut:

SALAH
Michael Anak Abang
012-210 1201
michaelabang@yahoo.com
No.1C Taman Kidurung,
97000 Bintulu,
Sarawak.
Linkedin.com/in/michael-abang


Kesalahan pertama yang anda boleh lihat di atas ialah tidak menyertakan nama jawatan terkini yang ingin dipohon. Kedua pula ialah, menyertakan alamat surat menyurat. Anda juga tidak diwajibkan untuk menyertakan gambar berukuran pasport melainkan jika diminta. Terutama sekali apabila anda mengisi pemohonan secara dalam talian.

Pembantu Perubatan CV


Teknik Menulis Rumusan Profesional


Sebelum anda menghuraikan pengalaman bekerja di dalam resume, anda harus menyimpulkan pengalaman serta kemahiran yang anda miliki dengan menggunakan tiga ke lima ayat yang ringkas. Contohnya seperti di bawah ini:

BETUL
Rumusan Profesional
Pembantu Perubatan dengan 3 tahun pengalaman dalam penjagaan serta rawatan pesakit semasa latihan perubatan. Cekap dalam pentadbiran, proses klinikal dan pengurusan rekod kesihatan secara digital. Kemahiran komunikasi yang tinggi dan keupayaan untuk berhubung dengan pesakit, keluarga pesakit, dan profesional penjagaan kesihatan yang lain apabila diperlukan. Mencari peluang kerjaya sebagai Pembantu Perubatan agar pengalaman dan semangat saya dalam penjagaan kesihatan dan menyediakan rawatan yang hebat dapat digunakan.


Rumusan profesional yang terbaik tidak terlalu panjang dan tidak juga terlalu pendek. Ia harus merangkumi perkara seperti berapa lama anda berkhidmat, pencapaian utama anda dan juga kemahiran yang relevan dengan jawatan yang dipohon. Elakkan juga dari melakukan kesilapan seperti dalam contoh di bawah ini:

SALAH
Rumusan Profesional
Pembantu Perubatan yang baru sahaja menamatkan latihat di Pusat Latihan Kesihatan bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam bidang perubatan. Seorang yang berhemah, berdisiplin dan penyayang.


Contoh di atas kurang tepat kerana ia terlalu ringkas dan tidak begitu meyakinkan perekrut bahawa pemohon seorang yang berhemah dan profesional.

Teknik Menulis Bahagian Pengalaman Bekerja Anda


Bahagian pengalaman bekerja yang lengkap mengandungi empat perkara utama di bawah ini:

  • Jawatan
  • Tempat kerja
  • Tanggungjawab yang dilaksanakan dengan berjaya
  • Kemahiran yang anda gunakan

Contoh pengalaman kerja seorang penolong pegawai perubatan ialah seperti berikut:

Pengalaman Kerja
Hospital Umum Sarawak
Pelatih Pembantu Perubatan
Disember 2019-Mac 2023
  • Membuat pemeriksaan kesihatan saringan ke atas 50 pesakit setiap hari.
  • Membuat pemeriksaan, diagnosis serta rawatan untuk penyakit ringan.
  • Mengetuai ceramah kesihatan untuk penduduk di luar bandar.
  • Memberikan penjagaan khusus di unit ortopedik.
  • Melaksankan tugas pentadbiran dan menyertai program latihan di setiap jabatan.


Contoh yang kami kongsikan di atas merupakan pengalaman bekerja untuk pelatih yang baru sahaja tamat latihan sebagai pembantu perubatan. Jika anda memohon untuk kenaikan pangkat atau gred gaji, anda boleh merujuk contoh di bawah ini:

Pengalaman Kerja
Poliklinik Sibu
Mei 2018-sekarang
  • Melakukan saringan kesihatan untuk pesakit sebelum merujuk kepada doktor perubatan.
  • Bekerjasama dengan kakitangan kesihatan yang lain untuk memberikan rawatan kesihatan yang komprehensif kepada pesakit.
  • Mencatat dan memastikan sejarah perubatan pesakit dengan tepat.
  • Memberikan ubatan serta suntikan di bawah penyeliaan doktor perubatan.
  • Memberikan penjagaan khusus untuk pesakit di zon merah.
Hospital Sibu
Pelatih Pembantu Perubatan
Januari 2015-April 2018
  • Menyertai tiga tahun latihan pembantu perubatan dengan cemerlang.
  • Membuat pemeriksaan kesihatan saringan ke atas 50 pesakit setiap hari.
  • Memberikan rawatan kecemasan kepada pesakit di unit kecemasan.
  • Memberikan ceramah penyakit rabies di kawasan luar bandar.
  • Memastikan maklumat kesihatan pesakit dicatat dengan betul dan tepat.
  • Melakukan pemeriksaan kesihatan rapi dan berkala untuk pesakit di unit rawatan rapi.


Jika anda perhatikan, kedua-dua contoh yang kami kongsikan menggunakan format resume kronologi.

Teknik yang Betul Untuk Menulis Latar Belakang Pendidikan


Untuk menulis tahap pendidikan anda, caranya sangat mudah. Sama seperti semasa anda menulis pengalaman bekerja, anda harus menyatakan tahap pendidikan terkini serta tertinggi terlebih dahulu. Untuk jawatan seperti penolong pegawai perubatan, anda harus mendapat latihan dari mana-mana Kolej Sains Kesihatan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pembantu Perubatan CV


Berikut adalah contoh tahap pendidikan seorang penolong pegawai perubatan:

Diploma Pembantu Perubatan
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kucing
Mac 2023


Anda boleh menyertakan nama sekolah menengah anda juga. Tetapi, maklumat seperti sekolah rendah atau tadika tidak harus disertakan. Ini kerana, maklumat tahap pendidikan rendah anda tidak relevan dengan pemohonan jawatan sebagai penolong pegawai perubatan.

Teknik Mudah Untuk Menyenaraikan Sijil Anda


Apabila anda memohon jawatan dalam bidang perubatan, memiliki sijil seperti pertolongan cemas, CPR dan lain-lain sangat penting. Ini dapat membantu anda untuk pergi ke peringkat tapisan yang seterusnya. Di bawah ini adalah antara sijil yang diperlukan serta cara yang betul untuk menyenaraikanya:

  • Sijil Pertolongan Cemas
  • Ahli Majlis Perubatan Malaysia

Antara Kemahiran yang Boleh Anda Senaraikan dalam Resume


Apabila anda memohon jawatan sebagai penolong pegawai perubatan, anda perlu menyenaraikan kemahiran yang wajib dimiliki oleh kakitangan kesihatan. Secara amnya, terdapat dua jenis kemahiran yang boleh anda senaraikan. Contohnya ada di bawah ini.

Pembantu Perubatan CV

Kemahiran dalam Bidang Perubatan:

  • Penjagaan dan penilaian pesakit
  • Pengukuran tanda-tanda vital
  • Pentadbiran ubat-ubatan
  • Flebotomi dan pengumpulan spesimen
  • Pengurusan dan pendokumentasian EHR
  • Pengebilan dan pengekodan perubatan
  • Istilah perubatan
  • Kawalan jangkitan dan pensterilan

Kemahiran insaniah

  • Menepati masa
  • Berdisiplin
  • Penyayang
  • Mesra
  • Profesional
  • Kerjasama
  • Semangat berpasukan
  • Kemahiran berkomunikasi

Anda tidak perlu membahagikan kemahiran dalam resume kepada dua bahagian seperti di atas. Sebaliknya, rangkumkan semua kemahiran yang anda miliki dalam satu senarai sahaja.

Teknik yang Betul Untuk Menulis Maklumat Orang Rujukan


Maklumat orang rujukan boleh anda sertakan bagi membantu perekrut mengesahkan maklumat yang anda berikan. Walaupun tidak wajib, tetapi ia akan membantu pemohonan anda untuk berjaya ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh; panggilan temu duga.

Pembantu Perubatan CV


Anda boleh menyatakan satu atau dua nama sebagai orang rujukan. Sebaik-baiknya, pastikan orang rujukan anda merupakan individu yang mempunyai pengalaman dalam bidang kesihatan. Sebagai contoh, para pelatih anda di kolej kesihatan.

Berikut adalah cara yang betul untuk menulis maklumat orang rujukan:

Orang Rujukan
Puan Masiah bt Kami
Matron Hospital Umum Sarawak
masiah@HUS.com


Perkara Lain yang Boleh Anda Masukkan ke Dalam Resume


Untuk pemohonan kerja sebagai penolong pegawai perubatan, perkara lain yang dapat membantu resume anda lebih menyerlah adalah aktiviti kesukarelawan dan juga penerimaan anugerah dalam mana-mana bidang yang relevan.

Sama seperti bahagian lain di dalam resume anda, setiap aktiviti kesukarelawan dan juga anugerah yang anda terima harus disenaraikan menggunakan titik peluru dan menggunakan susunan kronologi terbalik.

Kesimpulan: Resume Pembantu Perubatan yang Lengkap


Secara keseluruhannya, untuk mendapatkan resume yang lengkap dan profesional, pastikan anda menyatakan perkara-perkara di bawah ini:

  • maklumat peribadi
  • pengalaman kerja
  • tahap pendidikan
  • kemahiran dalam bidang perubatan

Anda juga boleh menyatakan maklumat sampingan yang boleh membantu pemohonan kerja anda seperti berikut:

  • maklumat orang rujukan
  • sijil yang dimiliki
  • anugerah
  • aktiviti kesukarelawan

Perkara terakhir sebelum anda menghantar resume anda, pastikan tiada kesalahan ejaan. Pada masa yang sama, anda harus memastikan saiz dan juga stail huruf yang digunakan mudah dibaca. Dan jangan sesekali menggunakan huruf yang berwarna-warni.

Sertakan Surat Iringan Bersama Resume Anda


Apabila anda memohon kerja, perekrut akan meminta anda untuk menyertakan surat iringan. Surat iringan yang terbaik selalunya ditulis dengan jelas, peribadi dan juga menceritakan kepada perekrut mengapa anda calon yang sesuai. Untuk itu, anda harus menggunakan contoh resume penolong pegawai perubatan kami bagi memudahkan anda menulis surat iringan.

Pembantu Perubatan CV


Surat iringan adalah huraian daripada rumusan profesional dan pengalaman kerja anda yang telah ditulis di dalam resume. Anda harus menggunakan surat ini untuk meyakinkan perekrut dengan memastikan bahawa anda telah membaca serta memiliki semua kemahiran yang diperlukan bagi jawatan yang anda pohon.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Soalan Lazim Mengenai Pembantu Perubatan di Malaysia

Di bahagian seterusnya ini, kami telah mengumpulkan beberapa soalan yang sering ditanya oleh pemohon di Malaysia mengenai jawatan pembantu perubatan di Malaysia. Anda boleh melihat juga jawapan yang turut disertakan bersama sebagai rujukan anda.

Apakah beza antara resume dengan CV?

Beza utama resume dengan CV ialah, resume selalunya satu atau dua muka surat dan digunakan untuk pemohonan kerja. CV atau curriculum vitae adalah dokumen yang mengandungi maklumat lengkap berkaitan dengan kelayakan akademik serta pengalaman profesional anda.

Apakah skop kerjaya seorang pembantu perubatan di Malaysia?

Akta Pembantu Perubatan (Pindaan) 2012 dan Peraturan-Peraturan Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 2012 mengawal selia skop amalan pembantu perubatan di Malaysia. Skop amalan pembantu perubatan meliputi perkara-perkara berikut:

  • penilaian kesihatan
  • pembahagian ubat-ubatan
  • rawatan luka
  • kesedaran kesihatan (ceramah atau kempen)
  • Prosedur makmal asas dan lain-lain

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche