Maka dengan itu, dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda tips serta format penulisan resume terbaru yang digunakan oleh syarikat-syarikat besar yang ada di dunia ini. Bagi memudahkan anda mengikuti panduan yang akan kami kongsikan ini, muat turun templat resume penolong pembantu tadbir terlebih dahulu.
Rangka Utama CV Pembantu Pentadbir
Melalui contoh resume sebenar di atas, anda pasti sudah mendapatkan gambaran yang jelas mengenai kandungan utama sesebuah resume profesional. Sebuah resume atau cv yang baik selalunya mengandungi perkara-perkara di bawah sebagai rangka utamanya:
Tiga format utama resume
Terdapat tiga format utama resume yang boleh anda gunakan. Berikut adalah tiga format utama resume tersebut:
Format resume kronologi
Format ini memberi penekanan kepada urutan kronologi dalam resume anda. Dengan erti kata lain, setiap bahagian resume terutamanya pengalaman kerja dan pendidikan haruslah disusun dari tahun yang terkini. Kemudian barulah diikuti dengan tahun yang sebelumnya.
Format resume praktikal
Format ini turut dikenali sebagai format yang memberi penekanan kepada kemahiran yang anda miliki. Jadi, secara kesimpulannya, format ini sesuai digunakan untuk memohon pekerjaan yang memerlukan kemahiran tertentu. Ataupun, jika anda belum pernah bekerja tetapi memiliki kemahiran yang diminta, gunakan format ini.
Format resume gabungan (KRONOLOGI+PRAKTIKAL)
Format ini adalah gabungan antara format resume kronologi dan praktikal. Jadi, jika anda mempunyai pengalaman lebih daripada lima tahun, gunakan format resume ini untuk mengetengahkan kemahiran anda.
Permintaan Serta Tahap Gaji Pembantu Tadbir di MY
Peluang pekerjaan dalam bidang pengurusan tidak mengira sektor yang ingin anda ceburi sangat banyak di Malaysia. Antara sektor yang menawarkan peluang pekerjaan sebagai pembantu tadbir ialah teknologi maklumat, pertanian, pembinaan dan kewangan. Jika anda pengguna laman Jora, anda akan dapat melihat sebanyak lebih 10,000 iklan jawatan kosong sebagai pembantu tadbir.
Pada masa yang sama, gaji yang ditawarkan kepada pemohon juga bergantung dengan pengalaman serta tahap pendidikan yang dimiliki. Menurut Payscale, purata gaji tahunan dalam bidang pengurusan pejabat adalah RM27,329.
Selain itu, setiap sektor yang menawarkan peluang pekerjaan sebagai pembantu pengurus pentadbiran juga memerlukan pemohon memiliki kemairan yang tertentu. Dengan memiliki kemahiran yang tinggi nilainya turut memberi impak kepada tawaran gaji yang akan diberikan kepada anda.
Cara Menulis Tajuk Resume Anda
Tajuk resume atau turut dirujuk sebagai pengepala resume mengandungi maklumat penting seperti berikut:
Di bawah adalah contoh pengepala resume yang tepat:
Elakkan kesilapan di bawah apabila menulis pengepala resume anda:
Anda tidak perlu meletakkan alamat penuh serta pautan ke laman sosial media peribadi anda.
Cara Menulis Rumusan Profesional
Kandungan utama rumusan profesional resume anda adalah perkara berikut:
Berikut adalah contoh rumusan profesional yang ringkas tetapi padat:
Elakkan menulis ringkasan profesional yang terlalu ringkas atau terlalu panjang. Sebagai contoh:
Ingat, rumusan profesional adalah perkara pertama yang akan dibaca oleh para perekrut sebelum mereka meneliti bahagian resume anda yang lain. Jadi, gunakann perkataan yang boleh meyakinkan perekrut untuk menemu duga anda.
Jika anda belum pernah bekerja dalam bidang pengurusan atau baru sahaja menamatkan pengajian, anda boleh menggantikan bahagian rumusan profesional dengan objektif resume.
Cara Menulis Pengalaman Kerja dalam Resume
Perkara utama yang anda perlu lakukan semasa menulis bahagian pengalaman bekerja adalah menyusun tempat kerja anda mengikut urutan kronologi. Terutama sekali jika anda pernah bekerja di lebih daripada satu tempat. Kemudian, gunakan bullet point untuk menerangkan tugasan serta tanggungjawab anda di tempat kerja.
Sebagai contoh:
Apa perlu saya lakukan jika tiada pengalaman bekerja......
Jika ini kali pertama anda ingin menjejakkan kaki ke alam pekerjaan, usah risau. Anda masih lagi boleh mengisi bahagian pengalaman bekerja dengan menggunakan maklumat seperti:
Anda juga digalakkan untuk menggunakan format resume praktikal bagi memastikan perekrut dapat mengenal pasti keupayaan anda. Untuk graduan yang baru sahaja tamat pengajian, anda sangat digalakkan untuk menyertai aktiviti sukarelawan untuk menambahkan lagi pengalaman kerja anda. Terdapat banyak peluang kerja sukarelawan yang boleh dilakukan secara maya pada zaman ini.
Selain itu juga, jika anda terlibat dengan aktiviti sukarelawan, anda boleh menggunakan penganjur sukarelawan tersebut sebagai orang rujukan anda. Ini pasti membantu resume anda kelihatan lebih profesional dan positif.
Cara Menulis Tahap Pendidikan dalam Resume
Maklumat mengenai tahap pendidikan anda sangat penting apabila memohon mana-mana pekerjaan. Untuk jawatan seperti pembantu tadbir, anda perlu memiliki sekurang-kurangnya sijil diploma dalam bidang pengurusan. Berikut adalah contoh latar belakang pendidikan di dalam resume pemohon jawatan pembantu tadbir:
Anda tidak perlu menyatakan maklumat sekolah rendah atau tadika di dalam resume anda. Cukuplah sekadar menyatakan pendidikan tertinggi yang anda miliki. Ini bagi mengelakkan resume anda mengandungi maklumat yang tidak relevan dengan pemohonan kerja yang terkini.
Contoh latar pendidikan yang boleh anda ikuti juga adalah seperti di bawah ini:
Cara Menyatakan Sijil Kemahiran yang Berkaitan Dalam Resume Anda
Jika anda ingin pemohonan kerja anda lebih menyerlah, anda harus memiliki kemahiran yang diinginkan oleh syarikat idaman anda. Kemahiran yang diperlukan selalunya ada dinyatakan dalam iklan jawatan kosong. Untuk membuktikan anda sememangnya memiliki kemahiran tersebut, anda harus menyertakan sijil yang membuktikan anda sememangnya berkemahiran.
Berikut adalah contoh sijil kemahiran dan juga cara menyatakannya dalam resume anda:
Anda boleh mendapatkan pelbagai sijil yang diiktiraf berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan pejabat dari Coursera, Microsoft dan Udemy.
Perlukah Saya Menyatakan Kefasihan Bahasa di dalam Resume?
Apabila anda memohon kerja di syarikat antarabangsa, memiliki kefasihan bertutur dalam bahasa Inggeris dan Mandarin adalah satu kelebihan. Anda boleh menyatakan bahasa yang anda fasih gunakan dalam resume anda menggunakan poin peluru seperti di bawah:
Anda juga boleh menyertakan dan menyatakan sebarang bukti kefasihan bahasa asing di dalam bahagian resume anda. Sebagai contoh, jika anda fasih menggunakan bahasa Perancis, anda boleh menyatakan bahawa tahap penguasaan anda seperti berikut:
Cara Menyertakan Maklumat Orang Rujukan dalam Resume
Anda turut digalakkan untuk menyertakan maklumat orang rujukan. Jika anda ingin menyertakan maklumat orang rujukan, pastikan individu yang anda pilih boleh memberikan komen yang positif mengenai etika serta peribadi anda sebagai seorang pekerja. Tetapi, jangan gunakan ahli keluarga atau sahabat anda sendiri sebagai orang rujukan,
Berikut adalah contoh maklumat orang rujukan dalam resume:
Ingat, maklumat berkaitan dengan orang rujukan harus diletakkan di bahagian paling bawah resume anda.
Kemahiran yang Wajib Anda Miliki Sebagai Pembantu Tadbir
Secara amnya, anda perlu memiliki kemahiran teknikal dan insaniah yang terbaik bagi memastikan pemohonan kerja anda dapat ditapis ke peringkat seterusnya. Apabila anda memohon kerja secara dalam talian, resume anda akan ditapis oleh sistem pengimbas resume.
Sistem pengimbas resume ini boleh mengesan kemahiran yang diperlukan oleh jawatan yang dipohon. Berikut adalah contoh kemahiran teknikal dan insaniah yang harus dimiliki oleh seorang pembantu tadbir:
Kemahiran teknikal:
Kemahiran insaniah:
Rumusan: Apa yang Wajib Dilakukan Untuk Mendapatkan Resume yang Terbaik
Secara kesimpulannya, untuk memastikan resume anda menepati format serta standard yang telah diperakui oleh perekrut di seluruh dunia, muat turun templat resume pembantu tadbir kami ini. Selain itu, ikuti tips ringkas di bawah:
Perlukah Anda Menyertakan Surat Iringan Bersama Resume?
Anda mungkin pernah memohon kerja secara dalam talian sebelum ini. Jika ya, anda pasti pernah melihat butang untuk menghantar surat iringan dalam ruangan memohon kerja. Surat iringan adalah huraian cv yang anda hantar. Walaupun kadang kala anda tidak diwajibkan untuk menghantar surat iringan bersama, tetapi ia adalah peluang untuk anda mengetengahkan kebolehan anda untuk memikul jawatan yang dipohon.
Jika ini kali pertama anda menulis surat iringan, guna templat yang dimuat turun dalam laman ini sebagai rujukan anda. Formatnya juga hampir sama dengan surat rasmi. Tetapi objektif utama surat iringan adalah untuk meyakinkan para majikan prospek untuk melantik anda.