Ahli Muzik CV - Tips menulis resume percuma

Resume yang hebat boleh membuka peluang yang tidak berkesudahan untuk ahli muzik yang bercita-cita tinggi dalam dunia muzik yang nan mencabar ini. Ahli muzik memerlukan lebih daripada bakat semula jadi dan minat untuk menonjolkan diri dalam lautan bakat. Untuk memastikan nama anda sebagai pemuzik lebih menyerlah, anda memerlukan resume yang terbaik.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Resume Sebenar Untuk Mereka yang Meminati Seni Muzik

Jenny Ming
Pemain Piano
011-223 3445
jenny.muzik@gmail.com
Kluang, MY
jennythepianist.com

Rumusan Profesional

Pemain piano dengan rekod prestasi selama enam tahun dalam menawan penonton dengan persembahan yang penuh jiwa dan ekspresif. Memiliki pengkhususan dalam muzik klasikal untuk persembahan orkestra berkumpulan dan secara solo. Menjadi pensyarah muzik jemputan di universiti-universiti tempatan serta menjadi hakim dalam pertandingan piano peringkat antarabangsa. Berpewatakan ceria, profesional dan memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi dalam memastikan interaksi yang bermakna bersama penonton. Mencari peluang baru di dalam industri seni muzik agar kebolehan saya boleh diguna dalam membantu meningkatkan mutu muzik klasikal.

Pengalaman Kerja

  • Persembahan Solo
  • Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur20 Julai 2023, 12 Jun 2022, 11 Januari 2019
  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur29 Mac 2023
  • Teater P.Ramlee, Pulau Pinang12 April 2018
  • Royal Albert Hall, United Kingdom10 Disember 2017
  • Persembahan Orkestra
  • Simfoni Pelabuhan Senja, Selangor10 Ogos 2021
  • Simfoni Orkestra Hari Merdeka, Kuala Lumpur31 Ogos 2020
  • Orkestra Muzik Klasik, Kuala Lumpur1 Jun 2019

Pengalaman Mengajar

  • Pensyarah Muzik Jemputan UiTM Selangor1 Mac 2019 – September 2019
  • Jurulatih Piano Peribadi1 Januari 2018 – 31 Disember 2019

Tahap Pendidikan

Universiti New York, Amerika Syarikat
Ijazah Sarjana Muzik: Persembahan Piano dan Pedagogi
April 2017

Kemahiran

  • Berkemahiran tinggi dalam persembahan klasikal dan jazz
  • Pengetahuan yang tinggi dalam teori muzik dan keharmonian irama
  • Mempunyai semangat kerjasama yang tinggi dalam kolaborasi bersama ahli muzikal lain
  • Mahir menggunakan perisian muzik digital dan alat MIDI untuk meningkatkan susunan muzik dan rakaman

Apabila anda ingin menempa nama di dalam dunia seni, anda memerlukan bukti yang kukuh untuk membantu nama anda dikenali. Bakat di dalam bidang muzik tertentu harus ada. Sebaik-baiknya, pilih atau fokuskan kepakaran anda di dalam satu bidang muzik sahaja. Kemudian, gilap bakan anda untuk menunjukkan bahawa anda benar-benar berpotensi di dalam bidang muzik.

Sebagai ahli muzik, perjalanan kerjaya anda mungkin tidak sama seperti mereka yang berada di bidang bukan seni atau persembahan. Maka dengan itu, anda memerlukan panduan khusus untuk menulis resume khas untuk ahli muzik. Ingat, perekrut bidang muzik seorang yang kreatif, jadi, anda perlu menggunakan ayat yang boleh menarik minat mereka di dalam penulisan resume anda.

Resume yang terbaik haruslah mengandungi maklumat mengenai kepakaran anda yang ringkas, tetapi meyakinkan. Dengan erti kata lain, anda perlu menggunakan bahasa yang menyerlahkan kelayakan, kepakaran, dan keperibadian unik anda.

ahli muzik CV


Panduan untuk menulis resume pemuzik yang terhebat disediakan khusus untuk anda di sini. Kami percaya bahawa panduan ini mampu membantu anda untuk menarik perhatian komposer, juruhebah, atau syarikat hiburan yang ternama di tanah air. Jom lihat contoh sebenar resume ahli muzik di bawah ini.

Gaji dan Permintaan Terhadap Kepakaran Muzik di Malaysia


Tawaran gaji yang diberikan kepada ahli muzik bergantung kepada banyak faktor. Antara faktor tersebut ialah pengalaman, genre dan pengkhususan, lokasi serta kepopularitian. Tahap pendidikan juga memain peranan terutama sekali jika bidang muzik yang anda ceburi lebih kepada pendidikan, berbanding persembahan.

Secara kasar, Salary Explorer melaporkan bahawa gaji purata seorang ahli muzik di Malaysia ialah antara RM2,390 hinggalah RM7,230. Perminataan terhadap ahli muzik di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Terutam sekali jika anda mempunyai kepopularitian yang tinggi. Jadi, penyertaan dalam pertandingan muzik yang berprestasi tinggi mampu melonjakkan nama dan imej anda.

Bahagian Utama Sebuah Resume Ahli Muzik yang Lengkap


Sebuah resume yang lengkap harus mengandungi bahagian utama seperti di bawah ini:

  • tajuk resume
  • rumusan profesional
  • pengalaman kerja
  • tahap pendidikan
  • dan/atau kemahiran

Seperti yang boleh anda lihat di dalam contoh resume sebenar di atas, cara menulis resume ahli muzik mungkin agak berbeza dengan resume lain yang ada di luar sana. Oleh itu, kami akan menerangkan dengan terperici mengenai cara yang betul untuk menulis setiap bahagian utama resume ahli muzik anda.

Selain daripada lima perkara di atas, anda juga boleh merangkumkan perkara lain yang boleh membantu resume anda kelihatan lebih menarik dan lengkap. Antara perkara lain tersebut ialah seperti berikut:

  • sijil profesional
  • penglibatan atau keahlian persatuan NGO
  • aktivit kesukarelawan
  • hobi
  • orang rujukan

Kami akan memberikan penerangan yang sangat terperinci mengenai cara serta maklumat yang harus anda sertakan di dalam setiap bahagian resume ahli muzik anda. Tetapi sebelum itu, anda perlu memilih format resume yang bersesuaian dengan pengalaman kerja anda. Untuk itu, teruskan membaca bersama kami.

Tiga format utama resume

Format resume yang sesuai digunakan haruslah bersesuaian dengan kemahiran, kelayakan serta tahun pengalaman anda berkecimpung di dalam bidang kesenian. Berikut adalah tiga format resume yang boleh anda gunakan:

Format resume kronologi terbalik


Format resume kronologi terbalik adalah antara format resume yang paling banyak digunakan oleh pemohon dalam apa saja bidang kerja yang ingin mereka ceburi. Ini kerana, format ini boleh membantu maklumat yang anda sediakan tersusun dengan kemas dan mudah difahami oleh pembaca. Terutamnya para perekrut.

Dengan memberikan penekanan kepada susunan secara kronologi terbalik, maklumat pekerjaan terkini anda akan dinyatakan terlebih dahulu. Kemudian barulah diikuti dengan maklumat mengenai pekerjaan anda sebelumnnya. Syarat yang sama juga harus digunaka untuk semua bahagian di dalam resume anda. Contohnya, latar belakang pendidikan, sijil yang diperolehi dan yang lain-lain.

Pada masa yang sama, mereka yang terbukti berpengalaman di dalam bidang muzik digalakkan untuk menggunakan format kronologi terbalik ini. Jika anda masih ingin menggunakan format ini, pastikan anda pernah bekerja di lebih daripada dua tempat. Ataupun, anda pernah bekerja di lebih daripada satu sub-bidang muzik. Contohnya, pengurusan dan persembahan.

Format resume praktikal


Format resume praktikal adalah pendekatan yang sangat berkesan untuk menyerlahkan kebolehan dan kepakaran anda. Terutama sekali dalam memastikan maklumat yang anda nyatakan dengan cara yang sepadan dengan keperluan atau syarat pekerjaan yang anda mohon.

Berbeza dengan format resume kronologi yang menyenaraikan sejarah pekerjaan anda dalam susunan kronologi terbalik, resume praktikal memberi tumpuan kepada bakat, pencapaian, dan pengalaman anda yang secara langsung berkaitan dengan jawatan yang anda impikan

.Secara amnya, kami percaya bahawa format ini amat bermanfaat bagi mereka yang mempunyai jurang pekerjaan atau sering mengubah kerjaya. Dengan memberikan penekanan terhadap bakat dan pencapaian penting, anda boleh mengalihkan perhatian perekrut untuk hanya memandang berpotensi yang anda miliki. Secara tidak langsung, mampu menyerlahkan sumbangan yang boleh anda berikan kepada bakal majikan.

Format resume gabungan


Untuk pengetahuan anda, format resume gabungan turut dikenali sebagai format resume hibrid. Ini kerana, format ini merupakan gabungan di antara format kronologi terbalik dengan format resume praktikal. Ia menggunakan komponen terbaik dari kedua-dua bentuk untuk berjaya menyerlahkan lagi bakat, pengalaman kerja, dan pencapaian anda. Terutamanya di dalam bidang seni muzik dan persembahan.

Maka dengan itu, format resume ini adalah pilihan yang tepat untuk mereka yang mempunyai sejarah kerja yang konsisten dan sememangny terbukti berpengalaman. Pada masa yang sama, format ini pasti dapat membantu serta mereka yang ingin menyerlahkan kemahiran dan pencapaian mereka yang relevan dalam bidang muzikal.

📌 Kami telah menggunakan format resume gabungan untuk contoh resume pemain piano di atas.


Cara yang Betul Untuk Menulis Tajuk Resume


Bahagian pertama di dalam resume anda dikenali sebagai tajuk resume. Di dalam panduan kami yang lain, seperti panduan menulis resume penulis, bahagian ini turut
dikenali sebagai pengepala resume. Tidak ada beza antara tajuk dan pengepala resume.

ahli muzik CV


Kandungan utama yang harus anda nyatakan di dalam bahagian ini adalah seperti berikut:

  • nama sebenar dan/atau stage name anda
  • maklumat untuk dihubungi
  • negeri bermastautin
  • pautan ke portfolio dalam talian anda

Secara amnya, bahagian ini perlu ditulis secara ringkas tanpa perlu menyatakan maklumat lain yang tidak membantu pemohonan anda. Sebagai contoh, maklumat seperti tarikh lahir, jantina atau alamat surat menyurat anda tidak perlu disertakan.

Berikut ialah contoh menulis bahagian ini dengan betul:

BETUL
Jenny Ming
Pemain Piano
011-223 3445
jenny.muzik@gmail.com
Kluang, MY
jennythepianist.com


Walaupun contoh di atas kelihatan mudah untuk diikuti, masih ramai pemohon yang tidak dapat menulis bahagian pengepala resume dengan betul. Antara kesilapan umum yang dilakukan oleh pemohon di dalam bahagian ini adalah seperti berikut:

SALAH
Jenny Ming
011-2233445
jennydontplay@gmail.com
facebook.com/profile/jenny-ming


Seperti yang anda boleh lihat, kesilapan utama yang dilakukan oleh pemohon di dalam contoh di atas adakah menggunakan alamat e-mel yang tidak profesional. Seterusnya, pemohon tidak menyatakan jawatan atau bidang kepakaran muzik mereka. Kesilapan lain yang dilakukan adalah menyertakan pautan ke laman sosial peribadinya.

Ingat, anda cuma peru menyertakan maklumat yang relevan sahaja di dalam bahagian utama resume anda.

📌 Tips: Anda boleh menggunakan alat menjana portfolio dalam talian secara percuma di laman Flipsnack atau Webflow.


Rumusan Profesional (turut dikenali sebagai objektif resume)


Rumusan profesional mengandungi maklumat penting mengenai kelayakan dan pengalaman anda di dalam bidang muzik. Bahagian ini perlu ditulis secara ringkas dan berkesan. Berkesan di sini bermaksud, anda harus bijak mengenal pasti kata kunci dan menggunakan kata kerja dalam mempamerkan kelebihan anda.

Ingat, rumusan profesional tidak boleh ditulis terlalu panjang. Cukuplah ia sekadar ditulis di dalam tiga ke lima ayat sahaja. Berikut ialah contoh rumusan profesional yang sebenar dan betul:

Rumusan Profesional
Pemain piano dengan rekod prestasi selama enam tahun dalam menawan penonton dengan persembahan yang penuh jiwa dan ekspresif. Memiliki pengkhususan dalam muzik klasikal untuk persembahan orkestra berkumpulan dan secara solo. Menjadi pensyarah muzik jemputan di universiti-universiti tempatan serta menjadi hakim dalam pertandingan piano peringkat antarabangsa. Berpewatakan ceria, profesional dan memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi dalam memastikan interaksi yang bermakna bersama penonton. Mencari peluang baru di dalam industri seni muzik agar kebolehan saya boleh diguna dalam membantu meningkatkan mutu muzik klasikal.


Formula utama sebuah rumusan yang lengkap ialah, ia harus mengandungi perkara di bawah:

  • tahun pengalaman anda
  • pengkhususan utama di dalam bidang muzik
  • pencapaian utama anda
  • kemahiran insaniah dan muzik
  • matlamat kerjaya utama anda

Pengalaman Kerja - Cara yang tepat untuk menyenaraikannya


Pada pandangan kami, cara menulis pengalaman kerja untuk seorang ahli muzik mungkin agak berbeza dengan pengalaman kerja di dalam bidang kerja yang lain. Ini kerana, anda sebagai pemuzik harus mempunyai bukti pengalaman di dalam melakukan persembahan. Jika tidak melakukan persembahan, anda mungkin seorang mentor di dalam dunia seni ini.

ahli muzik CV


Oleh itu, untuk bahagian pengalaman kerja, anda boleh membahagikan bahagian ini kepada dua, bersesuaian dengan pengalaman sebenar anda. Tetapi, mari lihat kembali contoh bahagian pengalaman kerja seorang ahli muzik dengan kepakaran di dalam alat muzik piano:

Pengalaman Kerja

Persembahan Solo
  • Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur
    20 Julai 2023, 12 Jun 2022, 11 Januari 2019
  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
    29 Mac 2023
  • Teater P.Ramlee, Pulau Pinang
    12 April 2018
  • Royal Albert Hall, United Kingdom
    10 Disember 2017
Persembahan Orkestra
  • Simfoni Pelabuhan Senja, Selangor
    10 Ogos 2021
  • Simfoni Orkestra Hari Merdeka, Kuala Lumpur
    31 Ogos 2020
  • Orkestra Muzik Klasik, Kuala Lumpur
    1 Jun 2019


Seperti yang boleh anda lihat, cara penyampaian pengalaman kerja untuk ahli muzik agak berbeza sedikit dengan penyampaian pengalaman kerja untuk bidang kerja yang lain. Oleh itu, kami telah menekankan bahawa anda harus memilih format resume yang boleh mengetengahkan bakat dan pencapaian anda di dalam bidang muzik.

Sebagai ahli muzik, anda harus menunjukkan bahawa anda mempunyai pengalaman dalam persembahan, pengurusan atau pendidikan. Ya, bidang muzik agak luas. Jadi anda harus mempunyai kepakaran di dalam sub-bidang tertentu bagi membolehkan perekrut untuk mengenal pasti kebolehan anda.

Tahap Pendidikan - Perlukah anda memiliki ijazah sarjana muda?


Sebagai ahli muzik, mempunyai latar belakang pendidikan yang bagus merupakan sebuah kelebihan. Terutama sekali jika bidang muzik yang ingin anda ceburi lebih fokus kepada muzik klasikal atau orkestra. Malah, memiliki ijazah sarjana atau ijazah sarjana muda di dalam bidang muzik boleh membantu anda untuk menjadi ahli muzik RTM atau badan media ternama yang lain.

Berikut ialah cara yang betul untuk menulis bahagian tahap pendidikan anda di dalam resume:

Tahap Pendidikan
Universiti New York, Amerika Syarikat
Ijazah Sarjana Muzik: Persembahan Piano dan Pedagogi
April 2017


Sekiranya anda pernah menyertai kelas muzik atau bengkel muzik yang diiktiraf, anda juga boleh menyenaraikannya di bahagian pendidikan di resume anda. Ingat, senaraikan semua maklumat yang relevan dengan jawatan yang ingin anda dapatkan.

Contoh lain yang betul untuk menulis latar belakang akademik anda di dalam resume adalah seperti berikut:

Latar Belakang Akademik

Universiti New York, Amerika Syarikat
Ijazah Sarjana Muzik: Persembahan Piano dan Pedagogi
April 2017

Universiti Teknologi Mara
Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Seni Muzik dan Persembahan
September 2015


Pada masa yang sama, anda tidak perlu menyatakan semua tahap pendidikan yang dimiliki di dalam resume. Sebagai contoh, sijil UPSR kerana ia tidak relevan dengan keperluan jawatan di dalam bidang muzik.

Kemahiran yang Perlu Dimiliki oleh Ahli Muzik


Sebagai ahli muzik, anda mungkin memiliki pelbagai kemahiran muzikal yang boleh membantu anda berjaya di dalam bidang seni. Tetapi anda harus ingat, kemahiran muzikal tidak mencukupi jika anda ingin bersaing dengan pemohon lain yang turut berbakat. Ingat tak peristiwa di mana seorang peserta acara nyanyian di Astro disingkir kerana memiliki perwatakan yang kurang profesional?

ahli muzik CV


Jadi, ini jelas membuktikan bahawa kemahiran insaniah dan interpersonal sangat dipandang tinggi oleh para pengarah pertandingan nyanyian RTM, ASTRO dan banyak lagi. Berbalik pula kepada pemohonan kerja, anda perlu menyatakan kemahiran insaniah di dalam resume anda.

Berikut adalah contoh yang boleh anda rujuk apabila menulis bahagian kemahiran di dalam resume:

Kemahiran
  • Berkemahiran tinggi dalam persembahan klasikal dan jazz
  • Pengetahuan yang tinggi dalam teori muzik dan keharmonian irama
  • Mempunyai semangat kerjasama yang tinggi dalam kolaborasi bersama ahli muzikal lain
  • Mahir menggunakan perisian muzik digital dan alat MIDI untuk meningkatkan susunan muzik dan rakaman


Untuk resume ahli muzik, anda digalakkan untuk menyenaraikan kemahiran yang dimiliki di bahagian khas untuk kemahiran. Ini bagi memudahkan para perekrut di dalam seni muzik untuk mengenal pasti bahawa anda adalah calon yang paling layak untuk diambil bekerja.

Bahagian Lain yang Boleh Dinyatakan di Dalam Resume


Selain daripada perkara-perkara utama di atas, anda boleh menyatakan maklumat lain yang dijamin boleh membantu resume anda tampil lebih menarik dan menyerlah di mata perekrut. Antara maklumat yang wajar anda nyatakan ialah seperti berikut:

  • sijil atau keahlian profesional
  • bahasa yang fasih digunakan
  • penglibatan di dalam pertandingan antarabangsa
  • orang rujukan dan banyak lagi

Seterusnya, mari lihat penjelasan kepada cara menulis bahagian tambahan ini di dalam resume anda.

Sijil atau keahlian profesional

Sebagai ahli muzik yang bertauliah, anda mungkin mendaftar sebagai ahli untuk kelab atau persatuan muzik yang berprestij di dunia. Menjadi ahli untuk persatuan sebegini mungkin tidak mudah untuk dilakukan. Jadi, tidak salah jika anda ingin menunjukkannya di dalam resume anda.

Berikut ialah contoh dan cara menulis bahagian ini dengan betul di dalam resume:

Keahlian Profesional
  • Ahli Bravissimo Circle Julliard


Dengan memiliki keahlian di dalam kelab ternama sebegini tidak hanya akan membuka peluang kepada anda untuk jawatan yang berprestij. Malah, anda juga dapat membina hubungan yang bermakna dengan protige musik lain yang ada di seluruh dunia.

Selain daripada itu, menjadi ahli persatuan atau kelab tertentu dapat membuktikan bahawa anda mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Ia juga membantu perekrut untuk mengenali anda sebagai seorang yang bijak bergaul. Kemahiran sebegini sangat berguna jika anda ingin menjadi penghibur.

Bahasa yang fasih anda gunakan

Di dalam industri kreatif, kebolehan menggunakan pelbagai bahasa adalah kelebihan yang tinggi nilainya. Walaupun anda yang mengatakan bahawa muzik boleh menyatukan pelbagai bangsa yang menggunakan bahasa yang berbeza. Jadi, cara yang mudah untuk menyatakan kemahiran bahasa anda adalah dengan menyenaraikannya menggunakan tanda peluru.

Contohnya seperti berikut:

  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Perancis
  • Bahasa Sepanyol
  • Bahasa Melayu

Anda juga boleh menyatakan sijil bukti kefasihan anda dalam bertutur di bahagian ini. Selain itu, mempunyai bakat dalam menggunakan bahasa asing sangat berguna untuk anda yang ingin menceburkan diri di dalam bidang muzik klasikal atau orkestra. Ini kerana, bahasa utama yang digunakan di dalam seni muzik ini adalah bahasa Itali dan bahasa asing yang lain.

Dengan mempunyai kefasihan di dalam bahasa utama muzikal ini, anda tidak hanya dapat tampil lebih menyerlah. Malah, perekrut juga yakin bahawa anda memiliki penghayatan yang tinggi di dalam muzik orkestra dan klasikal. Jadi, jika anda boleh bertutur di dalam bahasa antarabangsa, jangan teragak-agak untuk menyatakannya di dalam resume.

Penglibatan dalam pertandingan berprestij

Jika anda pernah mengikuti pertandingan di dalam atau luar negara untuk bidang persembahan muzik, pastikan anda menyatakannya di dalam resume. Kemengan dan penglibatan anda adalah bukti yang kukuh untuk membuktikan bahawa anda sememangnya berbakat. Contohnya seperti di bawah:

ahli muzik CV

Pennglibatan Dalam Pertandingan Muzik
  • Johan Malaysian Idol 2019
  • Pemenang Pertandingan Orkestra Klasik Peringkat Asia Tenggara 2018


Selain daripada terlibat sebagai peserta, anda juga menyatakan bahawa anda adalah sebahagian daripada urus setia pertandingan yang dianjur. Ini bermakna, anda tidak semestinya perlu bertanding untuk membuktikan bahawa anda terlibat di dalam pertandingan yang berprestij.

Penyertaan sebagai urus setia sahaja mampu menambah pengetahuan serta kemahiran anda di dalam bidang muzik dan persembahan. Jadi, untuk menyenaraikan aktiviti urus setia anda di dalam pertandingan muzik, ikuti contoh di bawah ini:

Penglibatan Dalam Pertandingan Muzik
  • Urus setia pertandingan Malaysian Idol 2019
  • Urus setia pendaftaran penonton Orkestra Klasikal Kuala Lumpur 2018
  • Urus setia persembahan Konsert Solo Piano Marry May

Orang rujukan

Maklumat orang rujukan tidak wajib disertakan. Namun begitu, maklumat ini akan diperlukan oleh perekrut pada peringkat akhir dalam memastikan sama ada anda layak diberikan jawatan yang diiklankan. Orang rujukan harus terdiri daripada individu yang pernah bekerja bersama anda sebagai penyelia. Atau dengan erti kata lain, mereka mempunyai hubungan profesional dengan anda.

Berikut ialah contoh menulis bahagian ini dengan betul:

Orang Rujukan
Dr. Kim Mii Lee
Profesor Fakulti Muzik New York University
kim.lee@nyu.com


Seperti yang telah kami nyatakan, bahagian orang rujukan tidak wajib disertakan. Namun, jika anda masih ingin menyatakannya, anda tidak perlu menyertakan maklumat orang rujukan yang boleh dihubungi serta merta. Sebaliknya, anda boleh menggunakan cara di bawah ini bagi memaklumkan perekrut bahawa anda tetap akan memberikan maklumat orang rujukan pada masa akan datang.

Orang Rujukan
*Maklumat akan disedia sekiranya diperlukan


Cara ini juga boleh membantu pemohon yang belum pasti untuk menyatakan nama siapa sebagai orang rujukan mereka. Kadang-kala, majikan di tempat kerja semasa anda mungkin tidak suka jika anda mencari peluang di tempat kerja lain. Jadi, cara ini dapat memberikan anda masa yang cukup untuk mengenal pasti orang rujukan yang boleh membantu memberikan maklumat sokongan yang positif berkenaan dengan prestasi di tempat kerja anda.

Pada masa yang sama juga, kami ingin mengingatkan anda bahawa orang rujukan haruslah terdiri daripada pihak pengurusan tinggi atau individu yang pernah bekerja bersama anda secara profesional. Jadi, ahli keluarga atau sahabat terdekat anda tidak boleh dinyatakan sebagai orang rujukan di dalam resume anda.

Kesimpulan - Resume Ahli Muzik yang Lengkap dan Terbaik


Kita telah membincangkan dengan terperinci mengenai contoh serta cara paling mudah untuk mendapatkan resume ahli muzik yang lengkap. Sebelum mengakhiri panduan ini, kami ingin berkongsi tips terakhir untuk membantu anda menulis resume dengan lebih mudah.

  • Kenal pasti major/pengkhususan muzik anda
  • Guna format yang sama untuk semua bahagian resume
  • Gona saiz fon yang mudah dibaca (10-12pts sahaja)
  • Guna stail fon yang mudah dibaca seperti Arial
  • Baca semula resume yang ditulis/ditaip untuk memastikan tiada kesalahan ejaan
  • Rujuk contoh resume sebenar kami

Selain daripada tips-tips di atas, kami juga menggalakkan agar anda mengguna semula resume yang pernah anda tulis. Tetapi, pastikan maklumat yang disertakan sepadan atau relevan dengan syarat pemohonan kerja terkini anda. Kemudian, ubah suai saiz atau stail tulisan agar menepati standard resume yang diiktiraf oleh para perekrut.

Surat iringan - sertakan untuk membantu pemohonan anda

Anda boleh menyertakan surat iringan untuk meningkatkan lagi kebarangkalian pemohonan anda berjaya. Surat iringan perlulah ditulis dengan menggunakan format surat tidak rasmi. Di mana, ia harus dialamatkan kepada perekrut. Secara amnya, surat iringan adalah huraian kepada resume yang anda tulis.

Oleh itu, jika anda membaca dan memahami panduan menulis resume kami, anda pasti boleh menulis surat iringan dengan betul. Di dalam surat iringan, pastikan anda menyampaikan semua maklumat yang tidak dapat anda nyatakan di dalam resume. Guna surat iringan ini untuk meyakinkan perekrut kenapa anda layak untuk mendapatkan jawatan yang ditawarkan.

Jika anda ingin layak untuk memasuki pertandingan muzik, surat iringan juga boleh digunakan untuk meyakinkan para perekrut mengenai mengapa anda layak dipilih jika dibandingkan dengan peserta lain yang turut mencuba nasib mereka. Dengan itu, kami berharap agar panduan menulis resume ahli muzik ini dapat membantu anda menggorak langkah yang lebih jauh di dalam industri muzik tanah air dan antarabangsa.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Soalan Lazim Berkaitan dengan Resume Ahli Muzik

Mari lihat soalan-soalan yang sering ditabya oleh pemohon berkaitan dengan cara dan perkara lain yang berkaitan dengan resume dan kerjaya sebagai ahli muzik.

Apakah tahap pendidikan yang wajib dinyatakan di dalam resume seorang ahli muzik?

Ini bergantung dengan syarat yang telah ditetapkan oleh perekrut. Selalunya, seorang ahli muzik mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang muzik dan persembahan.

Berapa muka suratkah resume yang lengkap?

Resume yang lengkap tidak akan melebihi dua muka surat.

Apakah bahasa yang boleh digunakan untuk menulis resume?

Anda boleh menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda