Akauntan CV/Resume: Cara Menulis Resume dengan Format Terkini yang Diiktiraf

Terdapat pelbagai versi resume yang boleh anda dapatkan di dalam internet pada masa ini. Namun begitu, yang mana satu adalah resume yang menggunakan format yang diiktiraf dan dapat membantu anda mendapatkan pekerjaan idaman anda. Dalam panduan ini, kami akan berkongsi dengan anda cara menulis resume yang betul untuk anda yang ingin memohon jawatan sebagai akauntan atau pun pembantu akauntan.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Contoh Resume Akauntan yang Sebenar

Penny Lai
Akauntan
019-123 4567
pennylai@yahoo.com
Mersing, MY
Linkedin.com/in/penny-lai

Rumusan Profesional

Akauntan yang profesional dengan kepakaran dalam analisis kewangan, penyediaan laporan, dan pematuhan terhadap etika perakauanan selama lima tahun. Mahir dalam perisian perakaunan dan fungsi Excel lanjutan. Pengetahuan yang mendalam mengenai prinsip GAAP. Mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam mengenal pasti peluang penjimatan kos, melaksanakan kawalan, dan memacu proses penambahbaikan. Kemahiran komunikasi yang sangat baik, amanah dan komited untuk menyampaikan kerja berkualiti tinggi.

Pengalaman Kerja

Akauntan
Mill&Co Textile
Mac 2019-sekarang

  • Melakukan analisis kewangan, menyediakan penyata kewangan, dan menyediakan laporan yang tepat untuk membantu proses membuat keputusan.
  • Menguruskan kitaran perakaunan yang lengkap, termasuk entri jurnal, penyelenggaraan lejar am, dan aktiviti penutupan akhir bulan atau akhir tahun.
  • Memastikan pematuhan prinsip perakaunan, dasar syarikat, dan keperluan pengawalseliaan, secara konsisten bagi memenuhi tarikh akhir.
  • Menyediakan dan memfailkan pulangan cukai, bekerjasama dengan badan profesional pengurusan cukai luar untuk mengoptimumkan perancangan cukai dan meminimumkan liabiliti.
  • Melaksanakan kawalan dalaman yang mantap, meningkatkan ketepatan dan kecekapan dalam operasi kewangan.
  • Mengenal pasti peluang penjimatan kos dan melaksanakan strategi pengurangan kos dan menghasilkan penjimatan yang ketara untuk syarikat.

Pembantu Akauntan
Everise Tech Sdn. Bhd
Disember 2017-Februari 2019

  • Membantu mengurus serta mengemas kini rekod inventori dan kiraan inventori fizikal dengan rekod kewangan.
  • Menjawab pertanyaan daripada pelanggan, vendor, dan pihak berkepentingan dalaman mengenai transaksi dan dokumentasi kewangan.
  • Menyediakan dan memfailkan borang dan dokumen cukai serta memastikan pematuhan kepada peraturan cukai yang berkaitan.
  • Menjalankan kemasukan data dan melaksanakan audit berkala untuk mengenal pasti dan membetulkan kesilapan atau percanggahan dalam rekod kewangan.

Tahap Pendidikan

Sarjana Muda Perakaunan
Universiti Teknologi Malaysia Pahang
November 2017

Aliran Perakaunan
Kolej Matrikulasi Melaka
September 2013

Sijil Kemahiran

  • Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA)
  • Akauntan Bertauliah Malaysia (CAM)

Pencapaian Lain

  • Anugerah Pekerja Cemerlang 2021

Orang Rujukan

Dato Lee Mei Lii
Pengarah Mill&Co Textile
03-243 9009

Bagi memudahkan anda untuk mengikuti tips serta panduan yang akan kami kongsikan di sini, apa kata anda muat turun terlebih dahulu templat resume akauntan kami. Templat ini mengandungi empat bahagian utama sebuah resume yang lengkap. Bahagian utama tersebut ialah seperti berikut:

Akauntan CV

  • maklumat peribadi dan untuk dihubungi
  • pengalaman kerja
  • latar belakang pendidikan
  • kemahiran

Seterusnya, mari lihat terlebih dahulu resume akauntan yang sebenar bagi memberikan anda gambaran jelas mengenai sebuah resume yang profesional.

Tangga Gaji dan Peluang Kerjaya Sebagai Akauntan di Malaysia


Di Malaysia, seorang akauntan layak menerima gaji yang bersesuaian dengan pengalaman kerja dan tahap pendidikan mereka. Menurut Indeed, gaji purata bulanan seorang akauntan ialah RM3,843. Setakat ini, laman Jobstreet mengiklankan lebih 9,000 jawatan kosong sebagai seorang akauntan di Malaysia.

Akauntan CV


Pilih CV atau Resume Untuk Pemohonan Kerja Anda?


Perkataan CV dan resume sering digunakan bersilih ganti oleh para perekrut. Sebagai pemohon, anda mungkin merasakan bahawa kedua-dua perkara ini tidak ada bezanya. Namun begitu, secara amnya, CV lebih menyerlahkan lagi pencapaian akademik anda.

Jadi, jika anda memohon kerja dalam bidang pendidikan atau industri yang memerlukan kemahiran yang mendalam dalam bidang kajian, anda boleh menggunakan CV. Tetapi, jika sebaliknya, dan sebagai contoh anda memohon kerja sebagai akauntan, gunalah resume.

Tetapi sebelum itu, kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips mudah agar resume akauntan anda tampak kemas dan profesional.

Tips resume yang kemas dan profesional

Bagi memastikan resume yang anda hantar mudah difahami dan mampu memikat hati perekrut, sila ikuti tips-tips mudah di bawah ini:

  • Guna saiz fon yang mudah dibaca (10-12pts)
  • Guna stail huruf yang mudah dibaca (Tahoma, Arial, Times New Roman atau Helvetica)
  • Elakkan huruf berwarna-warni
  • Guna format resume yang diiktiraf

Bercakap mengenai format resume yang diiktiraf, di bahagian seterusnya anda akan mendapat penjelasan yang lebih terperinci mengenai format resume yang boleh anda gunakan.

Pilih antara tiga format resume ini

Terdapat tiga format resume yang boleh anda pilih untuk permohonan kerja sebagai akauntan. Format yang utama ialah kronologi terbalik. Perkara utama yang diketengahkan oleh format ini adalah susunan maklumat yang anda nyatakan. Di mana, semua bahagian harus disusun mengikut urutan tahun terkini dan barulah diikuti dengan tahun sebelumnya.

Akauntan CV


Format resume kedua ialah praktikal. Format ini lebih sesuai digunakan jika pemohon tidak pernah bekerja dalam bidang yang mereka pohon. Namun begitu, pemohon mungkin memiliki kemahiran yang relevan dan sama seperti yang dinyatakan dalam iklan kerja.

Format resume ketiga pula ialah gabungan antara kronologi terbalik dan praktikal. Jika anda pernah menjawat jawatan sebagai akauntan sebelum ini, anda digalakkan untuk menggunakan format resume ini. Ini kerana, ia akan menyerlahkan keistimewaan anda jika dibandingkan dengan pemohon-pemohon yang lain.

Cara yang Betul Untuk Menulis Tajuk Resume


Bahagian utama resume mengandungi maklumat seperti nama penuh anda dan maklumat yang boleh digunakan untuk perekrut menghubungi anda. Ia memang nampak mudah untuk ditulis. Namun begitu, ramai pemohon melakukan kesilapan semasa menulis bahagian ini. Cara yang betul untuk menulis tajuk resume atau pengepala resume ialah seperti berikut:

BETUL
Penny Lai
Akauntan
019-123 4567
pennylai@yahoo.com
Mersing, MY
Linkedin.com/in/penny-lai


Kesilapan umum yang sering dilakukan dalam bahagian ini adalah meletakkan gambar berukuran pasport. Untuk makluman, anda tidak digalakkan untuk menyertakan gambar sekiranya tidak dinyatakan dalam syarat pemohonan. Kesilapan lain pula ialah menyertakan alamat surat menyurat dan tidak menggunakan alamat e-mel yang rasmi atau profesional.

Contohnya seperti berikut:

SALAH
Penny Lai
Akauntan
019-123 4567
pennygoescrayyy@yahoo.com
No 1C Lorong Permai, Taman PermainJaya,
80594 Mersing, Johor MY
Linkedin.com/in/penny-lai


Cara Mudah Menulis Rumusan Profesional

Akauntan CV


Formula utama untuk menulis rumusan profesional yang terbaik ialah seperti berikut:

  • Nyatakan berapa lama anda berkecimpung dalam bidang perakaunan
  • Apa tugasan yang anda galas dengan berjaya
  • Apa kemahiran yang anda gunakan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan
  • Nyatakan juga kemahiran insaniah yang anda miliki

Berikut ialah contoh rumusan profesional seorang akauntan berpengalaman:

BETUL
Rumusan Profesional
Akauntan yang profesional dengan kepakaran dalam analisis kewangan, penyediaan laporan, dan pematuhan terhadap etika perakauanan selama lima tahun. Mahir dalam perisian perakaunan dan fungsi Excel lanjutan. Pengetahuan yang mendalam mengenai prinsip GAAP. Mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam mengenal pasti peluang penjimatan kos, melaksanakan kawalan, dan memacu proses penambahbaikan. Kemahiran komunikasi yang sangat baik, amanah dan komited untuk menyampaikan kerja berkualiti tinggi.


Seperti yang anda boleh lihat, rumusan profesional yang terbaik harus menyerlahkan kelebihan anda bagi memudahkan lagi proses permohonan kerja. Bahagian ini harus ditulis dengan ringkas sahaja. Oleh itu, guna tiga ke lima ayat untuk menghuraikan kandungan rumusan profesional anda.

Selain daripada itu, jika ini kali pertama anda memohon jawatan sebagai akauntan, anda boleh menggantikan rumusan profesional dengan objektif resume. Apa yang membezakan rumusan profesional dengan objektif resume ialah kenyataan matlamat kerjaya anda. Sebagai contoh:

” Mencari peluang kerjaya yang lebih mencabar untuk menambahkan lagi kemahiran dalam bidang perakaunan.”


Cara yang Betul Untuk Menulis Pengalaman Kerja


Untuk menghuraikan tanggungjawab serta kemahiran yang anda gunakan untuk menulis bahagian ini, anda digalakkan untuk menggunakan titik peluru dan susunan kronologi terbalik. Ini boleh anda lihat dalam contoh pengalaman kerja yang sebenar dalam resume yang terbaik:

Akauntan CV

BETUL
Akauntan Mill & Co Textile Mac 2019-sekarang
  • Melakukan analisis kewangan, menyediakan penyata kewangan, dan menyediakan laporan yang tepat untuk membantu proses membuat keputusan.
  • Menguruskan kitaran perakaunan yang lengkap, termasuk entri jurnal, penyelenggaraan lejar am, dan aktiviti penutupan akhir bulan atau akhir tahun.
  • Memastikan pematuhan prinsip perakaunan, dasar syarikat, dan keperluan pengawalseliaan, secara konsisten bagi memenuhi tarikh akhir.
  • Menyediakan dan memfailkan pulangan cukai, bekerjasama dengan badan profesional pengurusan cukai luar untuk mengoptimumkan perancangan cukai dan meminimumkan liabiliti.
  • Melaksanakan kawalan dalaman yang mantap, meningkatkan ketepatan dan kecekapan dalam operasi kewangan.
  • Mengenal pasti peluang penjimatan kos dan melaksanakan strategi pengurangan kos dan menghasilkan penjimatan yang ketara untuk syarikat.
Pembantu Akauntan Everise Tech Sdn. Bhd Disember 2017-Februari 2019
  • Membantu mengurus serta mengemas kini rekod inventori dan kiraan inventori fizikal dengan rekod kewangan.
  • Menjawab pertanyaan daripada pelanggan, vendor, dan pihak berkepentingan dalaman mengenai transaksi dan dokumentasi kewangan.
  • Menyediakan dan memfailkan borang dan dokumen cukai serta memastikan pematuhan kepada peraturan cukai yang berkaitan.
  • Menjalankan kemasukan data dan melaksanakan audit berkala untuk mengenal pasti dan membetulkan kesilapan atau percanggahan dalam rekod kewangan.


Bagaimana menulis bahagian pengalaman kerja untuk jawatan penolong akauntan?

Jika anda baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang perakaunan, anda mungkin belum mampu memenuhi syarat utama bagi pemohonan kerja sebagai akauntan. Sebaliknya, anda juga boleh mencuba nasib untuk memohon jawatan sebagai pembantu akauntan. Jadi, contoh pengalaman kerja yang boleh anda nyatakan dalam resume ialah seperti berikut:

Akauntan CV

BETUL
Pelatih Industri (Perakaunan) Everise Tech Sdn. Bhd Januari 2017-Jun 2017
  • Menggunakan Perisian perakaunan seperti QuickBooks dan Excel untuk memproses transaksi dan menjana laporan.
  • Menyediakan dan memfailkan borang dan dokumen cukai, memastikan pematuhan kepada peraturan cukai yang berkaitan.
  • Bekerjasama dengan jabatan perakaunan untuk menyokong proses penutupan akhir bulan dan akhir tahun.


Cara yang Betul Untuk Menulis Latar Belakang Pendidikan


Untuk layak memohon jawatan sebagai seorang akauntan, anda perlu memiliki sijil sarjana muda dalam bidang perakaunan dari institut yang diperakui di Malaysia dan seluruh dunia. Berikut ialah contoh yang betul untuk menyatakan tahap pendidikan anda dalam resume:

BETUL
Tahap Pendidikan

Sarjana Muda Perakaunan
Universiti Teknologi Malaysia Pahang
November 2017

Aliran Perakaunan
Kolej Matrikulasi Melaka
September 2013


Anda harus sentiasa menyatakan pendidikan terkini dan tertinggi yang dimiliki setiap kali mengemas kini resume anda.

Sijil serta Kemahiran: Cara menyatakannya dalam resume


Sebagai akauntan yang bertauliah, anda harus memiliki sijil yang diperakui oleh badan perakaunan di Malaysia dan antarabangsa. Berikut ialah antara sijil yang perlu anda miliki bagi membantu pemohonan anda dipandang tinggi oleh para perekrut:

Akauntan CV


Sijil Kemahiran

  • Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA)
  • Akauntan Bertauliah Malaysia (CAM)

Anda juga boleh menyatakan sijil lain yang boleh membuktikan kemahiran anda dalam menggunakan perisian pejabat. Contohnya seperti berikut:

  • Pensijilan Pakar Excel Microsoft Office (MOS)
  • Pengguna Bertauliah QuickBooks
  • dan banyak lagi

Senarai kemahiran yang wajib dimiliki oleh seorang akauntan

Untuk makluman, apabila kita bercakap mengenai kemahiran, terdapat dua jenis kemahiran utama; kemahiran teknikal dan insaniah. Berikut ialah senarai kemahiran yang relevan dengan kerjaya seorang akauntan:

  • Analisis kewangan
  • Kepekaan terhadap maklumat yang terperinci
  • Kebolehan menggunakan perisian perakaunan
  • Pemikiran kritis
  • Kemahiran berkomunikasi
  • Patuh terhadap etika seorang akauntan
  • Amanah
  • Pengurusan masa

Anda boleh menyenaraikan kemahiran di atas dalam resume. Ataupun, selitkan mana-mana kemahiran di atas dalam bahagian pengalaman kerja dan rumusan profesional anda.

Perkara Lain yang Boleh Anda Masukkan ke Dalam Resume


Antara perkara lain yang boleh anda nyatakan di dalam resume ialah seperti berikut:

Akauntan CV


Berikut ialah cara yang betul serta contoh pencapaian dalam sebuah resume:

Pencapaian Lain
  • Anugerah Pekerja Cemerlang 2021


Untuk maklumat orang rujukan, anda boleh menggunakan maklumat majikan anda. Contohnya seperti berikut:

Orang Rujukan
Dato Lee Mei Lii
Pengarah Mill & Co Textile
03-243 9009


Sebagai peringatan, pastikan anda meminta kebenaran daripada majikan anda terlebih dahulu sebelum menyatakan mereka sebagai orang rujukan dalam resume anda. Walau apapun, maklumat ini amat berguna dan boleh membantu para perekrut untuk mendapatkan pengesahan mengenai kelayakan anda.

Kesimpulan: Resume Akauntan yang Terbaik


Sebuah resume yang terbaik dan menyerlahkan kelayakan pemohon selalunya memiliki ciri-ciri di bawah ini:

  • Tiada kesalahan ejaan
  • Ringkas dan padat
  • Tidak melebih dua muka surat
  • Disusun menggunakan urutan kronologi terbalik
  • Mengandungi maklumat yang memenuhi syarat utama pemohonan
    • kemahiran
    • pengalaman
  • Mudah dibaca

Selain daripada itu, perkara utama yang harus anda lakukan sebelum mula menulis resume ialah, kenal pasti kata kunci yang dinyatakan oleh perekrut dalam syarat pemohonan dalam iklan kerja mereka. Dari situ, anda dapat mengenal pasti sama ada kemahiran dan pengalaman yang diperlukan untuk jawatan sebagai seorang akauntan dimiliki oleh anda.

Akauntan CV


Perlukah Saya Menyertakan Surat Iringan?

Surat iringan ialah surat sokongan yang anda tulis untuk meyakinkan para perekrut mengapa anda layak untuk jawatan yang dipohon. Jika ini kali pertama anda menulis surat iringan, usah risau. Ini kerana, anda sentiasa dialu-alukan untuk merujuk kembali templat serta panduan menulis resume kami.Secara umunya, surat iringan harus ditujukan kepada perekrut. Ia juga huraian yang lebih terperinci mengenai mengapa anda layak untuk dipilih sebagai seorang akauntan untuk syarikat atau firma tersebut. Dengan itu, kami berharap agar anda mendapat manfaat dari panduan ringkas untuk mendapatkan resume yang terbaik ini.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Soalan Lazim Mengenai Resume dan Akauntan di Malaysia?

Berikut ialah antara soalan yang sering diajukan dan dicari di dalam internet mengenai resume dan jawatan akauntan di Malaysia:

Bagaimanakah cara menjadi akauntan yang bertauliah?

Untuk menjadi akauntan yang bertauliah, anda harus mendaftar sebagai Akauntan Bertauliah Malaysia di Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Berapakah kos pengajian untuk menjadi akauntan di Malaysia?

Ini bergantung dengan pusat pengajian yang anda pilih. Sebagai contoh, jika anda melanjutkan pengajian di universiti kerajaan, kos untuk satu semester ialah RM10,000 ke RM20,000. Kos di universiti swasta pula ialah RM20,000 ke RM40,000.

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche