Oleh itu, di dalam panduan umum ini, kami akan membimbing anda untuk menulis resume di dalam bidang pemasaran dengan betul. Kami percaya, panduan yang kami sediakan ini boleh digunakan untuk memohon mana-mana jawatan di dalam bidang pemasaran. Apa yang anda perlu lakukan adalah muat turun templat resume di dalam bidang pemasaran kami sebelum anda menulis resume.
Sebelum itu, jom lihat contoh resume seorang eksekutif pemasaran di bawah ini.
Kadar pekerjaan dan gaji di dalam bidang pemasaran
Pemasaran adalah sebuah industri yang luas. Bahkan juga, hampir setiap industri di Malaysia memerlukan bidang pemasaran untuk terus relevan di dalam dunia perniagaan. Ini dapat dibuktikan melalui sebuah laporan yang dikeluarkan oleh GRABJOBS, di mana laporan ini menyenaraikan industri pemasaran antaran industri yang mendapat permintaan yang tertinggi di Malaysia.
Menurut Salary Explorer, purata gaji paling rendah untuk mana-mana individu yang bekerja di dalam bidang ini ialah RM3,430 sebulan. Manakala purata gaji tertinggi pula ialah RM7,430 sebulan.Untuk memberikan anda gambaran jelas mengenai tangga gaji purata di dalam industri pemasaran, kami akan menunjukkan gaji yang diterima jika anda memilih industri ini sebagai laluan kerjaya anda.
Cara Menulis Resume Untuk Kerjaya di Dalam Bidang Pemasaran
Panduan menulis resume kami ini sesuai digunakan untuk mana-mana kerjaya di dalam bidang pemasaran yang ada di dunia ini. Ini kerana, format resume yang kami syorkan ini diiktiraf dan digunakan oleh perekrut di seluruh dunia. Selain daripada itu juga, anda boleh memuat turun cv resume di dalam bidang pemasaran kami pada bila-bila masa anda memerlukannya.
Baiklah. Anda pasti juga pernah menulis resume sebelum ini bukan? Tetapi, anda mungkin tidak tahu komponen penting yang harus disertakan oleh anda di dalam resume untuk bidang pemasaran. Tidak hanya itu, anda mungkin pernah mendapar cadangan untuk menggunakan graf bagi menunjukkan tahap kemahiran anda di dalam resume. Itu semua tidak perlu.
Anda hanya perlu memastikan resume anda ditulis secara ringkas dan padat. Untuk itu, pastikan anda merangkumi perkara-perkara di bawah di dalam resume anda untuk kerjaya di dalam bidang pemasaran:
Sebelum kita pergi ke bahagian yang lebih penting, mari lihat tips mudah agar anda dapat menulis resume dengan lebih lancar lagi di bawah ini:
Susunan resume yang betul
Apakah formula resume yang terbaik? Jawapannya ialah, susunan yang betul dan kemas. Bayangkan jika anda menonoton siri drama tidak mengikut urutan episod yang betul, pasti anda akan merasa bingung, bukan? Sama juga untuk sebuah resume. Anda tidak mahu perekrut sakit kepala sebelum sempat membaca resume anda dengan habis.
Susunan resume yang betul harus dimulakan dengan rumusan profesional, maklumat peribadi anda (tajuk resume), pengalaman bekerja, latar belakang akademik, sijil dan diikuti dengan maklumat lain seperti rujukan atau bahasa. Dengan mengetahui susunan sahaja juga tidak memadai. Ini kerana, perekrut juga sangat mementingkan kebolehbacaan sesebuah resume.
Untuk itu, ikuti tips mudah di bawah:
Struktur serta format resume yang sesuai
Kami akan memperkenalkan tiga format resume utama yang sering digunakan di dalam industri pemasaran. Jom lihat format yang mana sesuai dengan jawatan serta pengalaman kerja yang anda miliki.
Format kronologi
Format kronologi mementingkan pemohon memiliki pengelaman bekerja yang lama dan pelbagai. Pelbagai yang kami maksudkan di sini ialah, pemohon pernah bekerja sebagai eksekutif junior, hinggalah tahap yang lebih tinggi lagi di dalam bidang pemasaran. Untuk menulis bahagian pengalaman bekerja menggunakan format ini, anda perlu menyusun pengalaman bekerja anda mengikut urutan yann terkini dan diikuti dengan yang sebelumnya.
Format praktikal
Format praktikal ini sesuai digunakan jika anda tidak berapa memiliki pengalaman yang luas di dalam bidang pemasaran. Jika anda graduan baru, anda boleh menggunakan format ini. Untuk format praktikat, anda hanya perlu menekankan kemahiran yang anda miliki. Ini tidak bermakna anda perlu mengecualikan bahagian pengalaman bekerja anda.
Format gabungan
Jika anda mempunyai pengalaman bekerja lebih daripada lima tahun, anda boleh menggunakan format ini. Format ini adalah gabungan antara format kronologi dan format praktikal. Ini bermakna, anda harus membuktikan kemahiran yang anda miliki juga relevan dengan bidang pemasaran yang terkini.
Tajuk dan Maklumat untuk Dihubungi
Tajuk resume adalah nama dan jawatan terkini yang anda pohon. Manakala maklumat untuk dihibungi pula adalah, nombor telefon, alamat emel, alamat kediaman ringkas dan juga pautan ke laman portfolio dalam talian anda. Laman portfolio dalam talian adalah seperti laman Linkedin.
Kedengaran mudah sahaja, bukan? Malangnya, ramai yang tidak mengambil serius akan pentingnya bahagian ini. Antara kesilapan umum yang dilakukan oleh pemohon di bahagian resume ini adalah:
Terangkan Pengalaman Anda di Dalam Bidang Pemasaran
Walau apapun kerjaya yang anda ceburi di dalam bidang pemasaran, anda perlu menyatakan pengalaman bekerja anda dengan terperinci. Tambahan pula, bahagian ini adalah antara bahagian yang paling penting di dalam sebuah resume. Untuk itu, anda perlu bijak menggunakan perkataan yang dapat membentuk ayat yang ringkas dalam menceritakan kemahiran serta pengalaman anda.
Di bahagian ini juga, anda tidak hanya menyatakan pengalaman bekerja anda semata-mata.
Malah, anda perlu menyatakan bagaimana melalui tanggungjawab yabg diberikan, anda mampu membantu syarikat mencapai sasaran mereka. Cara ini juga akan membezakan anda dengan para pemohon yang lain. Untuk contoh yang lebih terperinci, mari lihat contoh pengalaman bekerja di bawah ini:
Contoh di atas adalah pengalaman bekerja seorang eksekutif pemasaran. Jika anda bekerja sebagai penulis iklan atau copywriter anda boleh menggunkan contoh di bawah:
Bagaimana jika anda tidak mempunyai pengalaman?
Jika anda tidak mempunyai pengalaman di dalam bidang pemasaran, jangan risau. Anda boleh menyatakan mana-mana pengalaman yang relevan seperti latihan industri di bahagian pengalaman bekerja anda. Seterusnya, gunakan format resume praktikal untuk membantu anda menampilkan kemahiran yang anda miliki.
Pendidikan: Cara untuk menulis latar belakang akademik anda
Latar belakang akademik anda sama penting dengan pengalaman bekerja. Tambahan lagi jika jawatan yang anda ingin pohon mewajibkan tahap pendidikan yang tinggi. Sebagai contoh, penganalisis data, penganalisis pemasaran dan juga pengurus pemasaran.
Untuk itu, mari lihat contoh latar belakang pendidikan di dalam bidang pemasaran yang anda boleh jadikan contoh.
Contoh latar belakang akademik di dalam resume:
Contoh latar belakang akademik di dalam resume:
Kemahiran Terbaik Untuk CV di Dalam Bidang Pemasaran
Memandangkan banyak kemahiran yang dirumuskan untuk industri pemasaran, kami akan memperkenalkan kepada anda beberapa kemahiran yang wajib anda miliki. Ini juga bagi memastikan resume anda lebih terserlah jika dindingkan dengan pemohon-pemohon yang lain.
Jika anda ingin tahu apakah kemahiran yang diperlukan oleh sesebuah jawatan yang anda pohon, lihat kemairan yang dinyatakan di dalam iklan kekosongan jawatan tersebut.
Dengan cara ini, kami pasti anda dapat mengalahkan perisian tapisan resume yang digunakan oleh majikan prospek. Jika anda tidak tahu, kebanyakkan resume yang dihantar akan ditapis oleh mesin atau perisian terlebih dahulu sebelum menentukan pemohon yang layak untuk panggilan temu duga. Oleh itu, masukkan kemahiran yang disenaraikan di dalam resume anda.
Terdapat dua jenis kemahiran yang perlu anda miliki di dalam bidang pemasaran. Kedua-dua jenis kemahiran tersebuat adalah seperti berikut:
Kemahiran teknikal:
Kemahiran insaniah:
Ringkasan Profesional: Pembentangan kad CV anda
Bahagian ringkasan profesional terletak di bahagian kedua di dalam resume anda. Untuk resume di dalam bidang pemasaran, bahagian ringasan profesional ini sangat penting. Ini kerana, sama seperti bidang pemasaran yang ingin anda ceburi, anda harus bijak ‘memasarkan’ potensi anda melalui bahagian ini.
Anda juga boleh menggantikan bahagian ini dengan objektif resume.Tetapi, pada pendapat kami, objektif resume lebih sesuai digunakan untuk pemohonan kerja yang tidak berapa mementingkan pengalaman bekerja. Sebagai contoh, pelajar latihan industri atau penulis muda.
Jika anda ingin melihat contoh ringkasan profesional yang tepat, jom lihat contoh di bawah:
Contoh ringkasan profesional yang betul
Contoh ringkasan profesional kurang tepat
Kemahiran komputer dan pensijilan
Untuk terus kekal relevan dan maju di dalam apa saja bidang yang anda ceburi di dalam industri pemasaran, anda harus melengkapkan diri dengan ilmu digital dan pemasaran yang terkini. Antara pensijilan profesional yang mendapat permintaan tinggi di dalam indsutri pemasaran adalah seperti berikut:
Pada bahagian Sijil-sijil Resume, anda boleh menggunakan bullet point seperti yang kami lakukan di atas.
Bahasa
Kebolehan berbahasa di dalam Bahasa Inggeris sangat penting. Terutama sekali jika anda ingin bekerja dengan starikat pemasaran antarabangsa. Kebolehan bertutur dan menulis di dalam bahasa antarabangsa yang lain juga satu kelebihan. Sama dengan bahagian resume yang lain, senaraikan saja semua bahasa yang fasih anda gunakan.
Rujukan
Bahagian rujukan adalah di mana anda menyertakan maklumat seperti nombor telefon dan alamat emel bekas pengurus atau penyelia anda. Ini bagi memudahkan perekrut mendapatkan bukti yang sahih mengenai kreadibiliti anda.
Ringkasan: Tulis Resume yang Sempurna
Untuk menulis resume di dalam bidang pemasaran yang sempurna, anda harus tidak melakukan kesalahan remeh seperti kesalahan ejaan. Anda juga tidak boleh memasukkan informasi yang tidak tepat hanya untuk cuba mendapatkan perhatian para perekrut. Memalsukan maklumat di dalam resume adalah kesalahan yang sangat berat.
Tetapi, jangan risau. Jika anda masih kurang yakin untuk menulis resume di dalam bidang pemasaran secara sempurna, mari imbas kembali maklumat penting yang kami telah sediakan di dalam panduan ini.
Lengkapkan CV anda dengan surat pengiring
Ramai yang tidak tahu bahawa surat pengiring dapat membantu pemohonan kerja mereka. Surat pengiring atau lebih dikenali sebagai cover letter digunakan untuk menunjukkan bagaimana kehadiran anda dapat membantu syarikat untuk maju ke hadapan. Sama dengan resume, anda perlu menceritakan kemahiran dan pengalaman yang anda miliki, tetapi dengan lebih mendalam lagi.
Jika anda tidak pasti bagaimana cara menulis surat pengiring dengan baik, anda boleh merujuk CV di dalam bidang pemasaran kami. Kami percaya anda dapat meyakinkan para perekrut untuk memanggil anda ke sesi temu duga. Oleh itu, selamat maju jaya dan selamat menulis resume yang terbaik!