Untuk melebarkan sayap, anda perlu kepada resume dengan susunatur yang menceritakan perjalanan selok-belok pendedahan yang anda lalui serta kemahiran anda perolehi dari pengalaman lalu untuk membuka pintu kepada beribu-ribu peluang keemasan dalam jangka hayat ini. Melalui artikel ini, kami akan membimbing dan menunjukkan kepada anda caranya.
Di bawah ini kami telah menghasilkan panduan yang mudah untuk diikuti sebagai templat CV pekerja sosial untuk membantu anda menghasilkan resume yang terbaik. Pengalaman kami adalah berdasarkan interaksi selama berdekad dengan pelbagai penganjur tempatan dan antarabangsa, termasuk agensi kerajaan dan NGO terkemuka.
Contoh resume pekerja sosial
Setelah anda menemui projek kerja sosial yang sesuai dengan jiwa anda, anda kini perlu menghasilkan resume dengan surat iringan terbaik untuk menarik perhatian penganjur atau pemilik projek tersebut. Berikut ialah petua ringkas yang boleh anda gunakan sebagai templat untuk menghasilkan resume dan surat kiriman dalam hanya beberapa minit:
Cara menulis resume pekerja sosial (walaupun tanpa pengalaman)
Bidang penulisan resume sentiasa berkembang - ia tidak seperti 5 tahun lalu. Piawaian penulisan baharu – templat – amalan terbaik – dan itulah sebabnya penting untuk anda meneliti panduan menghasilkan resume yang lengkap ini sebelum memulakan penulisan anda.
Kaedah menulis terbaik adalah memfokus kelebihan anda berbanding calon lain pada permulaan resume. Ini adalah kerana, fokus maksimum penganjur adalah dalam 10 saat pertama mereka melihat resume anda. Sekiranya menarik, fokus mereka dapat dilanjutkan kepada 3 minit lagi. Namun, sekiranya resume dibentangkan dengan baik, mereka akan meneruskan meneliti resume anda melebihi 10 minit dan anda pasti akan dipanggil untuk temuduga.
Susun atur
Struktur resume permohonan kerja pekerja sosial harus mempunyai bahagian berikut:
Anda boleh mempribadikan resume pekerja sosial terlatih dengan menggunakan tips berikut:
Format dan Struktur
Di bawah ini kami telah merumuskan jutaan jenis resume yang terdapat di internet kepada 3 kategori utama yang sesuai untuk profesion pekerja sosial, iaitu:
Susun atur resume terdiri daripada fon, saiz fon, margin, dan reka bentuk keseluruhan. Pilih reka bentuk ringkas yang mudah dibaca dan difahami. Fon seperti Helvetica, Georgia, Arial, Times New Roman dan Calibri adalah yang terbaik kerana ia mudah dibaca. Gunakan saiz fon 10-12pt.
Tajuk dan Maklumat Untuk Menghubungi Anda
Bahagian tajuk atau pengepala resume pekerja sosial merupakan maklumat yang digunakan oleh penganjur untuk menghubungi anda. Sekiranya seorang pekerja sosial mampu menulis dengan ringkas, padat dan tanpa ralat, ia pasti dapat menarik perhatian penganjur untuk ditemuduga.
Contoh pengepala/tajuk yang baik adalah seperti berikut:
Contoh pengepala/tajuk yang tidak sesuai adalah seperti berikut:
Kepilkan gambar atau tidak:
Sebagai seorang pekerja sosial, aras rupa tidak sepatutnya menjadi ukuran tahap keupayaan dan potensi anda. Gambar tidak perlu dilampirkan dalam resume melainkan penganjur memintanya di dalam iklan atau email secara peribadi kepada anda sebelum sesi temuduga dijadualkan. Ini adalah kerana, anda mungkin didiskriminasi secara tidak disedari dari pihak penganjur dari awal lagi.
Pengalaman: Merupakan asas dalam bidang kerja sosial
Bahagian pengalaman ini merupakan asas kepada resume setiap pekerja sosial dan ia mesti diolah secara kreatif untuk menarik perhatian penganjur terhadap kredibiliti dan komitmen anda sebagai pekerja sosial yang berpotensi serta berkaliber.
Untuk menjadikan CV pekerja sosial anda relevan dengan iklan jawatan, sila masukkan beberapa mata pelajaran yang berkaitan beserta tugasan untuk menunjukkan kesinambungan diantara akademik dengan skop kerja yang diiklankan penganjur.
Apa yang perlu dilakukan jika anda tidak mempunyai pengalaman
Bagaimanakah caranya untuk menghasilkan resume pekerja sosial agar penganjur terpegun serta tidak sabar menghubungi anda untuk ditemuduga.
Contoh penulisan pengalaman kerja yang baik adalah seperti berikut:
Contoh penulisan pengalaman kerja yang tidak sesuai adalah seperti berikut:
Pendidikan: Bagaimana untuk memasukkan latar belakang akademik anda
Anda boleh masukkan pendidikan sejurus selepas ataupun sebelum bahagian pengalaman kerja. Gunakan format yang konsisten untuk menyenaraikan pendidikan anda – mulakan dengan nama ijazah, nama universiti, tempoh masa pengajian dan hasil pembelajaran utama yang anda perolehi daripada kursus ijazah.
Contoh penulisan latar belakang akademik yang baik adalah seperti berikut:
Kemahiran terbaik untuk resume pekerja sosial anda
Sebahagian besar dunia telah mula empati terhadap ahli komuniti yang sedang melalui cabaran hidup. Ia bermakna, timbulnya semakin banyak peluang untuk anda bantu mereka. Namun memerlukan set kemahiran spesifik yang menghasilkan perasaan selesa untuk individu lain bekerjasama dengan anda.
Mari lihat beberapa kemahiran penting yang perlu anda tambahkan pada resume anda.
Contoh Hard Skills atau Kemahiran Teras
Contoh Soft Skills atau Kemahiran Insaniah
Ringkasan Profesional: Pembentangan intipati resume anda
Ringkasan profesional sebenarnya adalah peluang dan ruang dalam resume untuk mempromosi diri. Ia dipecahkan kepada 2 ayat:
Contoh penulisan ringkasan profesional yang baik adalah seperti berikut:
Contoh penulisan ringkasan profesional yang tidak menarik adalah seperti berikut:
Bahagian tambahan untuk CV pekerja sosial
Bahagian tambahan di dalam resume pekerja sosial bertindak sebagai sumber maklumat penting. Berikut merupakan beberapa contoh faedah yang dapat anda perolehi apabila ia digunakan dengan bijak:
Bahasa
Untuk seorang pekerja sosial, kemahiran berbahasa Inggeris dan bahasa tambahan lain akan memberi impak kepada resume kerana ia membezakan anda daripada calon lain.
Sertai beberapa kursus pendek selepas tamat pengajian atau dalam masa anda sedang menunggu untuk dipanggil temuduga. Kursus bahasa asing yang disertai perlulah menganugerahkan sijil yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa seperti berikut:
Kerja Sukarela
💡 Sebagai seorang siswazah baru, penganjur berandaian bahawa golongan ini tidak pandai bersosial. Oleh yang demikian, adalah agak bijak sekiranya anda sebagai graduan pekerja sosial mempamerkan model resume yang menarik hati penganjur.
Anda boleh mulakan dengan menentukan perubahan yang ingin anda lakukan dalam komuniti. Kemudian hubungi pengerusi taman untuk membentangkan cadangan aktiviti sukarelawan anda dan mula manarik ahli komuniti alin untuk menyertai anda.
Hobi
💡Hobi yang relevan dengan bidang yang anda ceburi adalah sangat bernilai kepada penganjur yang berpengalaman. Ia menjadi ukuran sama ada anda sanggup melakukan lebih dari apa yang di arah.
Kemahiran Komputer
💡Setiap pekerja sosial mesti mempunyai kemahiran menggunakan pelbagai perisian untuk membantu anda melengkapkan skop kerja. Ia hendaklah’ di tulis dalam bahagian tambahan sebagai ‘kemahiran komputer agar ia tidak terbenam dalam bahagian kemahiran am lain.
Pensijilan adalah penting bagi setiap pekerja sosial. Merupakan idea yang baik untuk tidak memasukkanya dalam bahagian pendidikan am. Berikut merupakan beberapa pensijilan yang dapat menonjolkan resume pekerja sosial anda:
Ringkasan: Menulis CV yang sesuai untuk pekerja sosial
Kita telah bersama-sama melihat banyak tips dan garis panduan untuk menghasilkan resume pekerja sosial yang sempurna. Sebagai nota terakhir, sila pertimbangkan petua pro berikut:
Ringkasan: Membuat Resume Profesional untuk Pekerja Sosial
Lengkapkan CV anda dengan surat iringan
Surat iringan dihantar bersama resume kerana ia menerangkan sebab anda berminat dengan jawatan yang ditawarkan dalam sesebuah iklan serta bagaimana anda merupakan calon terbaik berbanding ratusan calon lain.
Surat iringan juga membebaskan anda dari kekangan struktur resume. Di sini anda bebas meluahkan kreativiti anda melalui penulisan dan struktur logik untuk menarik mereka memilih anda.
Oleh yang demikian, sila luangkan masa untuk berfikir, membuat kajian mengenai struktur dan kandungan surat iringan yang dapat menarik perhatian penganjur dan kemudian menulisnya. Sila lihat contoh templat sedia ada disini untuk menjimatkan masa anda menghasilkan surat sendiri.