Perunding CV - Tips Menulis Resume Terbaik & Percuma

Tidak kira di mana sahaja anda berada, Malaysia atau pun luar negara, anda memerlukan resume untuk memasarkan kelayakan anda. Sebagai perunding, anda harus memiliki resume yang boleh meyakinkan majikan prospek bahawa anda calon yang layak untuk jawatan yang diiklankan.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Resume Perunding yang Sebenar

Mohd. Kamal bim Jamal
Perunding Perniagaan
012-2344321
mohd.kamal@yahoo.com
Mersing, MY
Linkedin.com/in/mohd-kamal-23

Rumusan Profesional

Perunding Perniagaan yang didorong oleh hasil dengan 6 tahun pengalaman terlibat dengan pelbagai syarikat untuk mewujudkan pertumbuhan strategik dan kejayaan operasi. Mampu mengenal pasti peluang untuk penambahbaikan, merumuskan strategi konkrit, dan melaksanakan penyelesaian yang memberikan hasil yang boleh diukur. Pengetahuan terbukti dalam pemasaran digital, serta kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan yang hebat. Ingin menggunakan rekod kejayaan dan pemikiran inovatif saya untuk menambah nilai dan pandangan disruptif kepada Mentari Sdn Bhd.

Pengalaman Kerja

Perunding Perniagaan | Firma Perniagaan Kolls
Melaka, MY | April 2019 - sekarang

  • Menyediakan panduan strategik kepada pelanggan mengenai pertumbuhan perniagaan, pengoptimuman proses, dan strategi kemasukan pasaran.
  • Menjalankan analisis perniagaan yang komprehensif untuk mengenal pasti bidang penambahbaikan dan membangunkan cadangan yang boleh diambil tindakan.
  • Bekerjasama dengan pasukan silang fungsi untuk melaksanakan penyelesaian, menghasilkan peningkatan kecekapan operasi sebanyak 43% untuk pelanggan pembuatan.
  • Bekerjasama dengan jabatan teknologi maklumat untuk melaksanakan sistem CRM baru, memperkemas komunikasi pelanggan dan meningkatkan pengekalan pelanggan sebanyak 29%.
  • Menyediakan dan membentangkan laporan terperinci kepada pengurusan kanan, memberikan pandangan mengenai ketidakcekapan operasi dan mengesyorkan penyelesaian.

Penganalisis Pemasaran | Kelana Sdn Bhd
Kuala Lumpur, MY | Mei 2013 - Januari 2016

  • Merancang dan melaksanakan kajian penyelidikan pasaran untuk menilai pilihan pelanggan, landskap yang kompetitif, dan trend baru muncul.
  • Menganalisis data menggunakan alat statistik dan menghuraikan hasil kajian untuk memberikan pandangan yang boleh diterapkan ke dalam pelan tindakan bagi pelanggan dalam sektor barangan pengguna.
  • Mencipta laporan terperinci dan penggambaran, membolehkan pelanggan membuat keputusan termaklum mengenai pembangunan produk dan kedudukan pasaran.

Latar Belakang Akademik

Sarjana Sains Analisis Perniagaan
Universiti Malaysia Pahang
November 2018

Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan
Universiti Malaysia Pahang
November 2012

Kemahiran

  • Python
  • SPSS
  • Excel
  • Komunikasi
  • Masa

Pencapaian

  • Pekerja Contoh (Khidmat Pelanggan) 2021
  • Wakil Pelajar ke Forum Perniagaan Antrabangsa Dubai

Jadi, panduan ini disediakan khas untuk anda. Apa yang akan kami kongsikan di dalam panduan ini adalah cara yang betul untuk menulis resume perinding. Tanpa berlengah lagi, mari lihat contoh resume sebenar di bawah ini.

Cara Menulis Setiap Bahagian Resume dengan Betul

Perunding CV


Baiklah, kini tiba masa untuk kami memberikan penerangan ringkas mengenai cara yang betul untuk menulis setiap bahagian resume perunding perniagaan seperti di dalam contoh di atas. Tetapi sebelum itu, anda perlu tahu pilihan format resume yang sesuai digunakan.

Format resume perunding yang boleh dipilih dan diiktiraf oleh syarikat sdn bhd

Secara amnya, terdapat tiga format resume utama yang boleh anda pilih apabila menyediakan resume bagi tujuan pemohonan kerja. Setiap format resume ini mempunyai kelebihan masing-masing. Di mana, apabila anda menggunakan format yang bersesuaian dengan kemahiran atau pengalaman kerja anda, potensi anda pasti akan menyerlah.

Format resume pertama yang digunakan di dalam contoh resume di atas ialah format resume kronologi terbalik. Untuk menggunakan format ini, anda perlu sekurang-kurangnya mempunyai pengalaman bekerja di dua atau lebih tempat yang berbeza. Pada masa yang sama, bidang kerja untuk semua tempat kerja tersubut haruslah berkaitan.

Perunding CV


Ciri utama format kronologi terbalik sudah semestinya penekanan kepada susunan masa untuk semua peristiwa penting di resume anda yang harus disusun dari yang terkini dan barulah diikuti dengan yang sebelumnya.

Format kedua pula ialah format resume praktikal. Format resume ini sesuai digunakan untuk graduan atau individu yang belum mempunyai pengalaman yang cukup untuk bidang kerja yang dimohon. Beza utama format resume ini dengan format sebelum ini adalah seperti berikut:

  • guna objektif resume dan bukannya rumusan profesional
  • nyatakan kemahiran yang boleh dipraktikkan untuk kerja yang ingin anda pohon

Format resume seterusnya ialah format resume gabungan. Anda boleh menggunakan format ini skeiranya anda memohon kerja bagi jawatan tinggi seperti Ketua Perunding Perniagaan. Dengan erti kata lain, anda perlu mempunyai bukti yang kukuh bahawa anda mempunyai pengalaman bekerja lebih daripada 10 tahun dan mempunyai pencapaian profesional yang membanggakan.

Apakah tips mudah untuk menulis resume yang profesional?

Seperti yang telah kami kongsikan di dalam cara menulis resume akauntan, anda perlu memastikan perkara di bawah diterapkan ke dalam resume perunding perniagaan anda:

  • tulis resume yang ringkas (1-2 muka surat sahaja)
  • guna fon tulisan yang mudah dibaca (Tahoma, Arial dan lain-lain)
  • guna saiz fon tulisan yang mudah dibaca (saiz 10pts ke 12pts sahaja)
  • guna warna hitam atau gelap untuk warna fon
  • semak kata kunci yang dinyatakan di dalam iklan kerja dan nyatakannya ke dalam resume anda

Apa yang Perlu Dinyatakan di Dalam Tajuk Resume?


Tajuk resume mengandungi maklumat pengenalan diri anda. Anda perlu menyatakan maklumat seperti di bawah di bahagian kiri paling atas atau di bahagian tengah paling atas, seperti sebuah tajuk karangan. Maklumat penting tersebut ialah seperti berikut:

  • nama penuh
  • jawatan yang dipohon
  • maklumat perhubungan
  • tempat tinggal terkini

Di bahagian ini, anda tidak diwajibkan untuk menyertakan gambar bersaiz passport untuk memastikan pemilihan calon yang telus dan adil.

Rumusan profesional atau Objektif Resume?


Apabila anda menggunakan format resume kronologi terbalik dan gabungan, anda perlu menggunakan rumusan profesional. Apabila anda menggunakan format praktikal, guna objektif resume. Apakah fungsi kedua-dua maklumat penting ini untuk resume anda?

Rumusan profesional menyimpulkan tahun pengalaman bekerja anda neserta dengan sumbangan yang anda lakukan menerusi kemahiran yang anda miliki untuk tempat bekerja anda sebelum ini. Objektif resume pula mengandungi maklumagt yang menyatakan bagaimana kemahiran yang anda miliki boleh membantu perusahaan seterusnya mencapai target perniagaan mereka.

Perunding CV


Latar Belakang Akademik


Anda digalakkan untuk menyatakan tahap pendidikan tertinggi yang diperlukan oleh prospek majikan. Untuk jawatan seperti perunding perniagaan, pastikan anda memiliki sekurang-kurangnya sarjana muda dalam bidang perniagaan. Guna titik peluru untuk menyenaraikan tahap pendidikan anda.

Pada masa yang sama, jangan sertakan tahap pendidikan rendah anda kerana ia hanya akan memenuhkan ruangan resume anda.

Kemahiran yang Boleh Anda Nyatakan


Mudahkan kerja perekrut dengan menyenaraikan kemahiran yang anda miliki dan pastikan kemahiran tersebut relevan dengan pemohonan kerja yang terkini. Untuk bahagian ini, kenal pasti kata kunci yang ada dinyatakan di dalam iklan kerja. Selalunya, kata kunci tersebut adalah kemahiran yang wajib dimiliki oleh pemohon. Ini termasuklah kemahiran teknikal dan insaniah.

Perunding CV


Maklumat Lain yang Boleh Membantu Resume Anda Menyerlah


Selain daripada empat perkara utama di atas, anda boleh juga menyertakan maklumat seperti berikut:

  • sijil kemahiran
  • pencapaian profesional
  • maklumat orang rujukan
  • kemahiran bahasa

Perkara-perkara di atas boleh membantu perekrut untuk membezakan kebolehan serta kelebihan anda jika dibandingkan dengan pemohon yang lain.

Kesimpulan: Resume Perunding Perniagaan yang Profesional


Resume yang lengkap haruslah ringkas, profesional dan boleh menarik perhatian perekrut secara serta merta. Untuk pemohonan kerja seperti perunding perniagaan, gunakan format resume kronologi terbalik. Semak semua keperluan jawatan yang ada dinyatakan dan pastikan anda menyertakannya di dalam resume anda.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Soalan Lazim Mengenai Resume

Di bahagian seterusnya, anda boleh merujuk senarai soalan lazim yang sering diajukan oleh pemohon. Jom lihat jawapan yang ada disertakan.

Perlukah saya menyertakan surat iringan?

Surat iringan tidak wajib disertakan, tetapi pasti dapat membantu pemohonan kerja anda. Surat iringan adalah huraian resume kerja anda dan digunakan untuk meyakinkan perekrut bahawa anda adalah calon yang layak untuk pemohonan kerja tersebut?

Perlukah saya menyertakan pautan ke portfolio profesional dalam talian saya?

Sudah tentu. Pautan ke profil Linkedin pasti dapat meyakinkan perekrut mengenai sejarah profesional anda.

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche