Tambahan pula, persaingan dalam industri penjagaan kesihatan semakin sengit. Lebih-lebih lagi apabila banyak institut latihan kejururawatan swasta disediakan untuk melahirkan lebih banyak individu yang mempunyai kemahiran sebagai jururawat. Jadi, anda harus memastikan anda resume jururawat anda mampu menonjolkan pengalaman, kepakaran, dan kelayakan anda dengan sebaik mungkin.
Pada masa yang sama, anda juga boleh merujuk panduan menulis resume untuk jawatan dalam bidang kesihatan seperti pembantu perubatan atau doktor yang telah disediakan oleh pakar kami. Sebelum itu, mari lihat contoh resume jururawat berdaftar yang sebenar di bawah ini.

Gaji dan Peluang Kerjaya Sebagai Jururawat Berdaftar

Bidang kesihatan sememangnya atara bidang kerjaya yang dikenali kerana menawarkan gaji yang lumayan kepada individu yang layak. Di dalam artikel ini, kami akan memebrikan anda gambaran gaji purata tahunan yang diterima oleh seorang jururawat berdaftar di Malaysia.
Menurut Payscale, gaji purata tahunan yang diterima oleh jururawat ialah RM30,113 setahun. Banyak faktor yang menentukan jumlah gaji ini. Antaranya ialah sektor yang diceburi (kerajaan atau swasta), tahap pendidikan, pengalaman dan faedah lain seperti bonus tahunan.
Seperti yang anda sedia maklum, peluang kerjaya dalam bidang kesihatan sangat tinggi. Ini termasuklah Malaysia dan di luar negara. Ramai individu yang mempunyai sijil dalam bidang ini bekerja di negara luar kerana gaji yang ditawarkan sangat lumayan. Di Malaysia, anda juga boleh memohon mana-mana seribu lebih iklan kerja kosong yang ada di laman Jobstreet.
Struktur Utama Sebuah Resume yang Lengkap
Sebuah resume yang lengkap harus mengandungi maklumat utama yang boleh menonjolkan kelebihan. Ini bagi membezakan anda dengan pemohon yang lain. Maka dengan itu, pastikan anda merangkumkan perkara di bawah sebagai struktur utama resume anda:
Pada masa yang sama, anda juga boleh menyatakan maklumat penting lain yang boleh membantu resume anda tampil menyerlah. Antara maklumat tersebut ialah seperti berikut:
Di bahagian seterusnya ini, kami akan membimbing anda untuk menulis setiap bahagian utama resume ini dengan berkesan. Oleh itu, teruskan membaca kerana anda juga akan dapat melihat contoh kesilapan yang perlu anda elakkan semasa menulis resume.
Tajuk resume - apa yang perlu anda nyatakan?
Tajuk resume juga dikenali sebagai pengepala resume. Ia mengandungi maklumat pengenalan diri anda. Bahagian ini perlu dinyatakan di bahagian paling atas halaman pertama resume anda. Pastikan maklumat seperti berikut ada dinyatakan:
Walaupun bahagian pengenalan diri ini nampak mudah dan senang untuk ditulia, ramai pemohon melakukan kesilapan seperti menggunakan alamat e-mel yang tidak melambangkan nama atau kerjaya mereka. Pada masa yang sama, anda tidak digalakkan untuk menyatakan maklumat seperti tarikh lahir atau nombor kad pengenalan anda di dalam resume.
Rumusan Profesional - Ringkasan mengenai kerjaya anda
Bahagian rumusan profesional yang ditulis dengan betul dan berkesan adalah penting untuk kerana ia memberikan gambaran ringkas tentang kelayakan, kemahiran, dan objektif profesional anda. Berikut ialah strategi serta langkah-langkah untuk menulis rumusan profesional yang betul:
Berikut adalah contoh rumusan profesional yang ditulis dengan baik:
Pengalaman Kerja - Cara yang betul untuk menulisnya

Apabila menulis mengenai pengalaman kerjaya kejururawatan anda di dalam resume, pastikan anda memberi penekanan khusus kepada tanggungjawab, pencapaian, dan sumbangan yang anda pernah lakukan sepanjang berkhidmat sebagai jururawat. Berikut ialah cara untuk menyatakan pengalaman kerja sebagai jururawat anda dengan berkesan, secara lebih terperinci:
Berikut ialah contoh yang betul untuk menulis bahagian pengalaman kerja dalam resume anda:
Jika ini adalah kali pertama anda memohon jawatan sebagai jururawat, anda boleh menggunakan panduan menulis resume jururawat pelajar kami. Panduan ini hampir sama dengan panduan menulis resume jururawat berdaftar. Bezanya ialah, ia lebih memfokuskan bagaimana anda boleh mengoptimumkan bahagian pengalaman kerja walau tidak mempunyai lebih daripada satu tahun pengalaman kerja.
Latar Belakang Pendidikan
Untuk bahagian pendidikan, anda dinasihatkan agar sentiasa menyatakan tahap pendidikan tertinggi anda. Jika anda masih lagi melanjutkan pengajian, pastikan anda menyatakannya di bahagian paling atas sekali. Kursus yang berkaitan dengan bidang kejururawatan juga boleh disenaraikan di bahagian ini.
Contoh menulis latar belakang pendidikan yang ringkas adalah seperti berikut:
Untuk layak memohon jawatan sebagai jururawat, anda harus sekurang-kurangnya memiliki sijil atau diploma dalam bidang kejururawatan yang disediakan oleh badan dan pusat latihan yang diiktiraf.
Sijil Profesional dan Keahlian dari Badan yang Dikenali
Dengan menyatakan bahawa anda memiliki sijil profesional, pemohonan anda akan berada satu langkah di hadapan jika dibandingkan dengan pemohonan calon yang lain. Sebaik-baiknya, sijil yang anda nyatakan haruslah berkaitan dengan bidang kerja yang dipohon. Pada masa yang sama, sijil tersebut boleh membuktikan bahawa anda layak untuk memohon jawatan kerja yang diiklankan.
Keahlian anda dalam mana-mana badan atau persatuan profesional juga boleh membantu membuktikan sikap kepimpinan dan semangat kerja berkumpulan anda. Jadi, cara yang betul untuk menyatakan perkara ini di dalam resume anda ialah seperti berikut:
Maklumat Orang Rujukan
Untuk makluman anda, maklumat orang rujukan tidak wajib dinyatakan di dalam resume walaupun anda digalakkan untuk menyatakannya. Selalunya, maklumat orang rujukan hanya akan diperlukan oleh para perekrut setelah anda berjaya ditemu duga. Dengan erti kata lain, ia adalah prosedur terakhir dalam proses tapisan calon.
Jika anda ingin merangkumkan maklumat ini di bahagian terakhir resume, pastikan anda meminta kebenaran dari individu yang ingin anda tampilkan sebagai orang rujukan. Pada masa yang sama, hanya individu yang mengenali anda secara profesional sahaja boleh dijadikan sebagai orang rujukan.
Contoh menulis bahagian ini dengan betul jika anda belum mahu menyatakan maklumat sebenar orang yang boleh dirujuk ialah seperti berikut:
Kemahiran yang Wajib Ada Pada Seorang Jururawat Berdaftar

Memiliki diploma atau latihan kejururawatan bukanlah satu-satunya faktor yang akan diperlukan untuk memastikan pemohonan anda berjaya. Bahkan, seorang jururawat yang layak memiliki kemahiran teknikal dan insaniah yang tertinggi. Apabila anda menulis resume, anda harus menyatakan kemahiran-kemahiran yang diperlukan di bahagian rumusan profesional dan pengalaman kerja.
Pada masa yang sama, anda juga boleh menyediakan ruangan khas di dalam resume untuk menyenaraikan semua kemahiran yang anda miliki. Contohnya seperti berikut:
Kemahiran Klinikal dan Insaniah:
Kesimpulan: Tips ringkas untuk menulis resume yang profesional
Sebelum kita mengakhiri panduan ini, kami ingin berkongsi dengan anda tips terakhir agar resume jururawat anda lebih menyerlah dan tampil profesional. Untuk itu, sila ikuti tips-tips mudah di bawah ini:
Resume jururawat berdaftar yang ditulis dengan baik akan meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan kerjaya impian anda dalam dunia kesihatan yang sememangnya sangat kompetitif. Maka dengan itu, anda harus menyusun setiap bahagian utama di dalam resume anda dengan strategik. Ini bagi menyerlahkan kemahiran serta kelayakan utama anda.
Jangan lupa juga untuk mengetengahkan tahap pendidikan tertinggi serta sijil profesional yang dimiliki. Bentangkan semua maklumat ini dengan cara yang kemas, tetapi mudah difahami oleh para perekrut. Untuk itu, kami berharap dengan panduan lengkap ini anda akan berjaya mendapatkan jawatan impian anda.
Sertakan Surat Iringan Bersama Resume Anda
Apabila anda melakukan pemohonan kerja di dalam talian atau bukan di dalam talian, anda mungkin diwajibkan untuk menyertakan surat iringan. Surat iringan juga dikenali sebagai cover letter jika di dalam bahasa Inggeris. Tujuan utama surat iringan ditulis adalah bagi meyakinkan para perekrut mengenai kelebihan anda.
Dengan erti kata lain, ia digunakan bagi menghuraikan kandungan resume jururawat anda. Surat ini harus ditulis menggunakan format surat tidak rasmi.