Tambahan pula, ini akan membezakan mengapa anda layak dipilih berbanding dengan pelatih lain yang turut memohon jawatan yang anda inginkan. Resume yang anda hantar juga harus merangkumi perkara penting mengenai kelayakan dan pengalaman yang anda miliki dalam bidang kesihatan. Oleh itu, anda perlu tahu bagaimana cara untuk menulis resume yang menepati standard serta kriteria yang dicari oleh para perekrut.
Objektif utama resume ini adalah untuk membantu anda menulis resume yang menepati standard utama yang telah ditetapkan oleh para perekrut. Oleh itu, kami juga menyarankan agar anda muat turun templat resume jururawat pelajar kami bagi memudahkan anda untuk mengikuti panduan ini. Untuk itu jom lihat contoh sebenar resume terbaik yang dihantar oleh jururawat pelatih di bawah ini.
Gaji dan Peluang Kerja Untuk Mereka yang Memiliki Diploma of Nursing
Jururawat pelatih yang mempunyai diploma dalam bidang kejururawatan dibayar dengan gred gaji U29. Bagi mereka yang mempunyai ijazah sarjana muda pula, gred gaji anda mungkin lebih tinggi daripada U29. Untuk makluman, gred gaji yang ditetapkan menentukan berapa jumlah gaji bulanan anda. Mari lihat contoh berikut untuk gambaran yang lebih jelas:
Jaminan kerja untuk jururawat pelatih yang mengikuti program separa perubatan di institut kemahiran KKM adalah tinggi. Untuk mereka yang mengikuti program kejururawatan di universiti swasta atau kerajaan, anda boleh menyemak laman iklan kerjaya seperti Jobstreet. Ini kerana, sebanyak lebih 1,000 iklan kerja sebagai jururawat diiklankan di laman ini. Syarat minimumnya pula ialah, anda perlu memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang kejururawatan.
Rangka Utama Sebuah Resume yang Terbaik
Sebuah resume yang ditulis lengkap perlu mengandungi perkara-perkara utama ini:
Lima daripada enam perkara yang kami nyatakan di atas adalah wajib untuk anda sertakan. Tetapi untuk memastikan penyampaian anda teratur dan mudah dibaca, anda boleh mengikuti tips mudah di bawah ini:
3 Format resume yang diiktiraf
Sebelum anda mula menulis atau menaip resume jururawat praktikal, anda perlu menentukan sama ada format resume mana yang sesuai dengan pengalaman dan kemahiran yang anda miliki. Pada pendapat kami, format resume gabungan sesuai digunakan oleh pemohon yang ingin bekerja dalam bidang kesihatan.
Format resume gabungan merupakan gabungan antara format resume kronologi terbalik dengan format resume praktikal. Format resume kronologi terbalik mementingkan susunan kandungan resume yang disusun mengikut urutan tahun terkini dan kemudian barulah diiuti dengan tahun atau tempat kerja anda sebelum ini.
Format resume praktikal pula menekankan kemahiran yang anda miliki walaupun tahun anda berkhidmat masih kurang. Jadi format gabungan akan membantu resume anda tampak lebih lengkap dan tersusun, di sambil menonjolkan lagi potensi yang anda miliki sebagai jururawat praktikal.
Bahagian Pengenalan Diri - Tajuk resume
Bahagian paling atas yang anda perlu tulis dalam resume mengandungi maklumat ringkas mengenai diri anda. Perkara utama yang anda perlu nyatakan dalam tajuk resume ialah seperti berikut:
Berikut ialah cara menulis bahagian ini dengan tepat:
Walaupun bahagian pertama resume ini nampak mudah dan tidak rumit untuk ditulis, ramai pemohon yang melakukan kesilapan di bawah sehingga menyebabkan pemohonan mereka ditolak serta merta:
Menggunakan alamat e-mel yang kelihatan dan kedengaran profesional sangat penting untuk memohon jawatan kerja dalam sektor kerajaan. Perkara seperti ini dapat membantu perekrut untuk mendapatkan gambaran awal mengenai karakter anda. Pada masa yang sama, anda juga tidak digalakkan untuk menyertakan gambar berukuran pasport di dalam resume yang dihantar. Ini kerana, ia akan memakan ruang dan gambar anda hanya diperlukan dalam profil pemohonan dalam talian sahaja.
Rumusan Profesional - Rumuskan keistimewaan anda
Sertakan ringkasan profesional ringkas atau pernyataan objektif selepas tajuk resume anda. Bahagian ini harus merumuskan kelayakan, pencapaian, dan matlamat kerjaya utama anda bagi menarik perhatian para perekrut. Bahagian ini harus mengandungi tiga ke lima ayat sahaja. Oleh itu, cuba gunakan perkataan yang jelas dan mudah difahami.
Berikut ialah contoh rumusan profesional yang baik:
Contoh di atas betul kerana pemohon berjaya menyatakan tahun pengalaman kerja yang dimiliki. Di samping itu, pemohon turut menyatakan kemahiran lazim yang harus ada pada seorang jururawat dengan menggunakan ayat yang didahulukan dengan kata kerja.
Berikut ialah contoh rumusan profesional yang kurang tepat dan lazim digunakan oleh para pemohon:
Walaupun bahagian ini perlu ditulis secara ringkas, anda tidak seharusnya hanya menggunakan beberapa perkataan sahaja. Malah, walaupun anda kurang berpengalaman jangan sesekali menyatakan perkara tersebut di dalam resume anda. Ini akan menyebabkan pemohonan anda ditendang serta merta.
Pengalaman Kerja - Guna urutan kronologi
Bagi memastikan bahagian pengalaman kerja anda ditulis berpandukan format gabungan, pastikan bahagian ini menggunakan susunan kronologi terbalik, bermula dengan kedudukan terkini. Ini termasuklah jawatan, nama syarikat, tarikh pekerjaan, dan penerangan ringkas tentang tanggungjawab dan pencapaian anda. Mari lihat contoh di bawah ini:
Adakah sijil ijazah sarjana muda boleh dikira sebagai pengalaman kerja?
Untuk pemohon yang menyertai kursus kejururawatan di universiti kerajaan atau swasta, anda tidak boleh menyenaraikan sijil ijazah sarjana muda sebagai pengalaman kerja. Tetapi, anda boleh menyatakan aktiviti seperti kerja amali anda sebagai pengalaman bekerja dalam resume anda. Contohnya ialah seperti berikut:
Latar Belakang Akademik- Nyatakan tahap pendidikan minimum anda
Untuk memohon jawatan kerja sebagai jururawat, anda hendaklah mengikuti kursus latihan separa perubatan dari institut kesihatan KKM yang ada di Malaysia. Dengan mengikuti kursus ini, anda layak mendapatkan sijil diploma bidang kesihatan dan mendaftar sebagai jururawat berdaftar di lembaga jururawat Malaysia. Pada masa yang sama, jururawat yang ingin meningkatkan gred gaji mereka juga boleh melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda sebagai nursing students di universiti yang diiktiraf.
Tetapi sebelum itu, jika anda ingin mengikuti kursus latihan separa perubatan, anda mungkin harus lulus Sijil Peperiksaan Malaysia. Syarat minimumnya ialah lulus subjek bahasa melayu dengan memperoleh gred c sahaja.
Berikut ialah contoh menulis tahap pendidikan yang betul dalam resume anda:
Sijil Profesional - Sertakan bukti kemahiran anda
Jika anda ingin pemohonan kerja lebih menyerlah, anda perlu menyatakan semua sijil profesional yang dimiliki dalam resume anda. Guna titik peluru untuk memastikan sijil yang dinyatakan disusun dengan urutan yang kemas. Contohnya seperti berikut:
Perkara lain yang anda boleh nyatakan - pencapaian profesional, bahasa, dan banyak lagi
Jika anda merasakan resume yang anda tulis kurang meyakinkan, anda mungkin boleh menambah baik resume tersebut dengan menyatakan pencapaian yang anda perolehi semasa mengikuti program latihan separa perubatan. Ataupun, anda juga boleh menyatakan bahawa anda fasih bertutur dalam pelbagai bahasa. Berikut ialah contoh yang betul untuk menulis perkara ini di dalam resume.
Pencapaian profesional
Anda boleh menyatakan juga pencapaian lain yang anda perolehi. Sebagai contoh, anda mungkin pernah mewakili negeri anda atau negara Malaysia untuk pertandingan sukan. Nyatakan sahaja pencapaian yang boleh membantu anda kelihatan profesional dan boleh dipercayai.
Bahasa yang anda fasih gunakan
Memiliki kemahiran bertutur selain daripada menggunakan bahasa melayu atau inggeris adalah kelebihan yang sangat berguna. Ini kerana, Malaysia memiliki penduduk yang berbilang kaum dan bangsa. Jadi, anda boleh menyenaraikan bahasa yang anda boleh gunakan di dalam resume seperti berikut:
Orang Rujukan - Dapatkan sokongan dari penyelia anda
Jika anda ingin pemohonan anda dipilih dengan pantas, sertakan maklumat orang rujukan di dalam resume yang dihantar. Orang rujukan ialah individu yang pernah melatih atau bekerja bersama anda. Dengan erti kata lain, individu ini boleh menilai sama ada anda layak untuk memohon kerja yang anda impikan. Contoh yang betul untuk menulis bahagian ini adalah seperti berikut:
Kesimpulan - Hantar resume jururawat pelatih yang terbaik
Di dalam panduan ini, kami percaya bahawa anda kini lebih yakin untuk memohon jawatan yang anda impikan. Dengan berpandukan panduan percuma ini, anda juga telah mengetahui contoh kesilapan yang sering dilakukan oleh pemohon. Dengan peka terhadap perkara sebegini, anda pasti dapat menulis resume yang menepati standard yang telah ditetapkan oleh para perekrut, terutamanya dalam bidang kesihatan.
Surat Iringan - Wajibkah ia disertakan?
Semasa anda melakukan pemohonan kerja dalam talian, anda mungkin pernah melihat atau diperlukan untuk menyertakan surat iringan. Ramai pemohon tidak meneruskan proses pemohonan kerja apabila melihat perkara ini kerana ramai yang tidak tahu cara menulisnya dengan betul. Surat iringan adalah huraian resume anda tetapi lebih jelas mengenai mengapa anda layak dipilih untu jawatan yang dipohon.
Bagi memudahkan anda menulis surat iringan, anda boleh menggunakan contoh resume jururawat pelatih kami sebagai panduan. Secara umumnya, anda perlu menulis surat ini dengan menggunakan format surat tidak rasmi. Letak alamat anda dan juga penerima (alamat perekrut) di sebelah kiri atas halaman pertama surat anda. Dengan itu, kami berharap agar panudan ini dapat membantu anda mendapatkan kerja impian anda.