Di dalam artikel ini, kami akan memberikan anda panduan terperinci kepada anda mengenai proses menyediakan resume yang profesional dan menarik. Oleh itu, muat turun terlebih dahulu templat resume jurutera perisian kami, bagi memudahkan anda untuk mengikuti panduan ini.
Kita akan melihat bagaimana setiap bahagian penting dalam resume perlu ditulis dan maklumat yang anda harus sertakan. Kami juga akan memberikan anda contoh kesilapan yang sering para perekrut temukan dalam resume jurutera perisian. Tetapi sebelum itu, mari lihat contoh resume yang terbaik dan profesional yang disediakan oleh pemohon sebenar.
Gaji & Peluang Pekerjaan Dalam Bidang Software Engineering
Bidang kejuruteraan antara bidang kerja yang menawarkan gaji yang lumayan kepada individu yang layak. Di Malaysia, seorang jurutera perisian yang berpengalaman boleh mendapatkan gaji sebanyak RM17,800 sebulan. Jadi, mari lihat tangga gaji mengikut tahun pengalaman anda, seperti yang dilaporkan di laman Glassdoor.
Jumlah yang kami nyatakan di atas adalah jumlah gaji purata minimum. Walaupun anda baru mula bekerja, anda boleh mendapatkan gaji berjumlah RM7,300. Di laman Jobstreet, anda akan dapat melihat iklan kerja kosong untuk jawatan dalam bidang software engineering dan programming. Setakat ini, 3, 527 jawatan kosong di seluruh Malaysia boleh anda pohon.
Jika anda sudah bersedia untuk menggorakkan kaki ke dunia kerjaya, kami berharap anda kekal berada di halaman ini. Ini kerana, di bahagian seterusnya, kita akan mula menyelami dengan lebih mendalam mengenai strategi serta cara terbaik untuk mendapatkan resume yang terbaik.
Strategi Menulis Tajuk Resume Anda
Apa itu tajuk resume? Tajuk resume atau bahagian pengepala resume ialah bahagian yang mengandungi maklumat pengenalan diri anda. Antara maklumat yang wajib anda sertakan dalam bahagian ini adalah seperti berikut:
Perkara utama yang anda harus ingat apabila menulis bahagian ini adalah, pastikan ia ringkas. Ini bermakna, anda tidak perlu menyertakan alamat surat menyurat penuh. Dan pastikan juga gambar berukuran pasport Tidak Disertakan melainkan ada dinyatakan dalam syarat pemohonan kerja.
Bahagian tajuk resume boleh ditulis di bahagian kiri paling atas resume anda. Sama seperti apabila anda menulis surat rasmi. Kadang kala, ia boleh juga ditulis di bahagian atas, tetapi di tengah-tengah dengan menggunakan jajaran tengah.
Berikut adalah contoh bahagian pengepala resume yang betul:
Nampak mudah bukan? Namun begitu, perekrut sering mendapati ramai pemohon masih melakukan kesilapan kecil seperti di bawah ini:
Strategi Menulis Rumusan Profesional
Rumusan profesional hampir sama dengan abstrak kertas kajian anda di universiti. Di mana, anda cuma perlu menggunakan beberapa ayat sahaja untuk merumuskan kemahiran, pengalaman serta mengapa anda layak untuk jawatan yang dipohon.
Berikut adalah contoh rumusan profesional seorang jurutera perisian yang memiliki tiga tahun pengalaman kerja:
Kata kunci yang ada dimasukkan dalam rumusan profesional di atas adalah seperti berikut:
Walaupun rumusan profesional perlu ditulis dengan ringkas, tetapi itu tidak bermakna anda boleh menulis bahagian ini dengan sebelah mata sahaja. Ini kerana, ramai beranggapan bahawa bahagian ini tidak penting walaupun ia adalah perkara utama yang dipandang oleh para perekrut. Contoh kesilapan umum yang dilakukan oleh pemohon adalah seperti berikut:
Strategi Menulis Bahagian Pengalaman Bekerja
Apabila anda menulis pengalaman kerja dalam resume, lima perkara di bawah ini wajin anda sertakan:
Contohnya di bawah ini:
Untuk mereka yang baru sahaja menamatkan pengajian dan tidak mempunyai pengalaman kerja yang luas, anda boleh menyenaraikan tanggungjawab yang anda pikul semasa latihan industri di bahagian pengalaman kerja.
Tahap Pendidikan yang Diperlukan Oleh Jurutera Perisian
Kebanyakan syarikat di Malaysia sangat mementingkan pekerja mereka mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Terutamanya untuk bidang kerja dalam industri kejuruteraan perisian. Untuk memohon jawatan ini, anda harus memiliki Sarjana Muda dalam Sains Komputer atau Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Perisian.
Berikut adalah contoh yang betul untuk menulis tahap pendidikan dalam resume anda:
Bagaimana pula jika anda tidak menepati syarat pendidikan minimum yang telah ditetapkan oleh perekrut? Usah risau. Jika anda pernah mengikuti kursus kemahiran yang relevan, anda masih boleh memohon jawatan yang diiklankan.
Selain itu, elakkan juga menyenaraikan tahap pendidikan rendah anda kerana ia tidak relevan dengan syarat minimum jawatan yang anda pohon.
Sijil Kemahiran yang Boleh Anda Sertakan Dalam Resume
Jika anda ingin pemohonan dan resume anda menyerlah, anda harus membuktikan kepada perekrut bahawa anda memiliki sijil kemahiran yang diiktiraf. Dan cara yang betul untuk menyenaraikan nama sijil tersebut adalah dengan menggunakan titik peluru. Contohnya seperti di bawah ini:
Pada masa yang sama, jika anda mengikuti kursus kemahiran yang ditawarkan oleh institut atau organisasi terkenal seperti Amazon Web Services, anda boleh menempelkan URL, pautan bukti kelayakan sijil yang diberikan.
Kemahiran yang Wajib Anda Senaraikan Dalam Resume
Sebagai salah seorang pemohon yang berjaya, anda wajib memiliki kemahiran teknikal dan insaniah yang diperlukan oleh seorang jurutera perisian. Apakah beza antara kemahiran teknikal dan insaniah? Jawapanya ada pada dua senarai di bawah ini:
Kemahiran teknikal:
Kemahiran insaniah:
Cara yang betul untuk menyenaraikan kemahiran yang anda miliki dalam resume adalah seperti berikut:
Kemahiran
Maklumat Orang Rujukan
Maklumat orang rujukan tidak wajib untuk anda sertakan dalam resume. Namun, ia pasti dapat membantu resume anda tampak lebih positif berbanding resume lain yang tidak menyertakan maklumat ini. Anda perlu menyatakan maklumat orang rujukan di bahagian paling bawah sekali. Ataupun selepas bahagian kemahiran dalam resume anda.
Contohnya seperti berikut:
Sebelum anda memasukkan maklumat seperti di atas di dalam resume anda, pastikan anda mendapat kebenaran dari tuan badan terlebih dahulu. Ingat, hanya individu yang mengenali anda secara profesional sahaja boleh digunakan sebagai orang rujukan.
Apa Lagi Maklumat yang Boleh Disertakan Dalam Resume?
Jika anda merasakan resume anda terlalu ringkas dan kurang meyakinkan, anda boleh menyertakan maklumat seperti penglibatan dalam aktiviti kesukarelawan, pencapaian sukan dan akademik, atau projek tahun akhir anda.Pastikan maklumat-maklumat di atas ditulis seperti bahagian lain yang telah kita bincangkan. Di mana, anda perlu memastikan bahawa:
Kesimpulan: Strategi Mudah Penulisan Resume yang Terbaik
Mencipta sebuah resume yang terbaik untuk jurutera perisian memerlukan pertimbangan yang teliti dalam perkara seperti kandungan dan struktur resume. Apa yang pasti, anda boleh menulis resume menarik yang menyerlahkan kemahiran, pengalaman, dan kelayakan anda kepada bakal majikan dengan mengikuti panduan komprehensif ini.
Ingat, untuk memastikan resume anda menepati syarat permohonan kerja, serlahkan maklumat yang paling penting dan gunakan bahasa yang ringkas. Anda pasti boleh meningkatkan kemungkinan anda untuk layakk ke peringkat temu duga dan akhirnya mendapatkan pekerjaan kejuruteraan perisian impian anda dengan resume yang ditulis dengan baik.
Surat Iringan: Adakah anda wajib menyertakannya?
Surat iringan turut dikenali sebagai surat lamaran. Dalam surat ini, anda akan memperkenalkan diri anda kepada perekrut atau pengurus pengambilan pekerja. Kemudian, anda harus menyatakan dengan terperinci mengenai kelayakan anda untuk jawatan yang mungkin tidak dinyatakan dengan jelas di resume anda. Secara amnya, anda harus meyakinkan perekrut mengapa anda layak dan berminat dengan jawatan yang dipohon.
Untuk yang baru kali pertama menulis surat iringan, rujuk kembali dan muat turun templat resume jurutera perisian kami. Dan akhir sekali, semoga panduan ini memberikan manfaat kepada anda.