Juruwang CV - Panduan Menulis Resume Dengan Format Terkini

Memohon sesebuah pekerjaan tidak serumit mana jika anda mempunyai kelayakan yang diperlukan. Namun begitu, ramai yang merasakan bahawa proses permohonan kerja agak sukar. Salah satu faktornya ialah, pemohon tidak menghantar resume yang menggunakan format yang diiktiraf oleh para perekrut.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Contoh Sebenar Resume Juruwang

Siti Aishas bt Jamal
Juruwang
012-345 6789
aishah99@gmail.com
Kuala Lumpur, MY

Rumusan Profesional

Juruwang yang cekap dengan 5 tahun pengalaman dan tangkas dalam memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik serta pantas. Mempunyai rekod prestasi mengendalikan wang tunai dengan tepat, memproses transaksi dengan cepat, dan memastikan ruang kerja bersih dan teratur. Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik, bagi memastikan interaksi positif bersama pelanggan dan rakan kerja. Seorang yang terperinci dan boleh dipercayai, mahir melakukan pelbagai tugasan dalam satu masa dan mengutamakan tugas untuk memenuhi keperluan pelanggan . Komited untuk memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik sambil menyumbang kepada kejayaan keseluruhan organisasi.

Pengalaman Kerja

Jaya Grocer
Juruwang
Mei 2018-sekarang

  • Memproses transaksi pelanggan yang dengan cekap dan tepat, termasuk wang tunai, kad kredit, dan pembayaran elektronik.
  • Memiliki kemahiran pengiraan yang baik dengan memastikan pengiraan wang serta baki dikembalikan kepada pelanggan dengan tepat dan pantas.
  • Sentiasa memastikan kawasan kaunter pembayaran bersih dan kemas bagi memastikan pelanggan yang membuat pembayaran selesa.
  • Menjawab pertanyaan pelanggan dan memberikan bantuan dengan cara yang mesra dan membantu bagi memupuk hubungan yang positif dengan mereka.
  • Bekerjasama dengan rakan kerja lain untuk menyelesaikan masalah pelanggan dan memastikan operasi perniagaan sentiasa lancar.
  • Menggunakan Sistem di Tempat Jual untuk mengimbas dan memasukkan maklumat produk, serta memastikan harga dan pengurusan inventori yang tepat.
  • Mematuhi dasar dan prosedur syarikat dalam pengendalian tunai, pulangan, dan pertukaran bagi meminimumkan kesilapan.
  • Membantu pengurusan inventori dan memantau jumlah produk untuk memastikan operasi gudang yang cekap.

Pendidikan

Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia
SMK Bukit Nenas
Disember 2017

Kemahiran

  • Pengendalian wang
  • Menggunakan Sistem di Tempat Jual untuk mengimbas
  • Perkhidmatan pelanggan
  • Rapi
  • Pengurusan masa
  • Multitugas

Orang Rujukan

Encik Kim Tai Cheng
Penyelia Jaya Grocer
011-223 3445

Jadi, jika anda kini ingin memohon kerja sebagai juruwang di pusat membeli belah, pasaraya atau kedai berjenama, anda harus menyediakan resume profesional. Maka dengan itu, kami juga telah menyediakan contoh resume juruwang beserta dengan templat yang boleh anda muat turun dalam panduan ini. Dengan memuat turun templat resume ini, anda hanya perlu mengisi ruangan yang disediakan dengan maklumat kerjaya anda yang terkini.

Juruwang CV


Tetapi sebelum kita pergi dengan lebih terperinci lagi mengenai cara menulis resume dengan betul, kami ingin menjelaskan kepada anda beza antara resume dan juga cv. Ini kerana, kadang-kala, kedua-dua perkataan ini sering digunakan oleh perekrut dalam iklan kerja kosong mereka.

Untuk makluman, resume ialah dokumen yang mengandungi empat bahagian utama. Seperti di bawah ini:

  • maklumat peribadi
  • pengalaman
  • latihan atau pendidikan
  • kemahiran

CV pula lebih memberi tumpuan kepada pencapaian anda dalam bidang akademik. Maka dengan itu, melainkan jika anda memohon bidang kerja dalam bidang pendidikan atau kajian, anda perlu menggunakan resume. Dan salah satu kerjaya yang memerlukan resume ialah juruwang.

Gaji dan Peluang Pekerjaan Sebagai Juruwang

Juruwang CV


Di Malaysia, gaji minimum yang ditawarkan oleh syarikat dan perniagaan berdaftar yang memiliki lebih daripada lima pekerja ialah RM1,500. Selain daripada itu, tahap gaji seorang juruwang juga dipengaruhi oleh sama ada mereka ditawarkan kerja sementara atau tetap. Walau apapun, pekerja sementara dan tetap masih layak menerima gaji kerja lebih masa.

Untuk mengetahui gaji purata bulanan seorang juruwang di Malaysia, kami telah merujuk laporan yang dikeluarkan oleh Salary Explorer. Laporan gaji purata tersebut ialah seperti berikut:

  • Gaji purata minimum: RM1,330
  • Gaji purata sederhana: RM2,550
  • Gaji purata maksimum: RM3,990

Jika anda mencari peluang pekerjaan sebagai juruwang, gunakan laman iklan kerja dalam talian seperti Indeed dan Jobstreet. Sebagai contoh, terdapat 1,330 iklan kerja sebagai juruwang dipaparkan di laman Indeed pada masa sekarang. Anda cuma hanya perlu memilih iklan yang sesuai dengan kelayakan serta cita rasa anda.

Tips Mudah Sebelum Menulis Resume yang Berkualiti


Sebelum kami menerangkan kepada anda cara menulis setiap bahagian resume dengan lebih terperinci, apa kata kami memperkenalkan anda beberapa tips mudah bagi memastikan resume anda tampak profesional. Beberapa perkara yang perlu anda lakukan agar resume anda menepati ciri-ciri yang dititik beratkan oleh para perekrut ialah seperti berikut:

  • saiz serta stail huruf yang mudah dibaca
  • pemilihan warna huruf dan latar belakang yang berkontra (tidak berwarna-warni)
  • pemilihan format resume bersesuaian dengan jawatan serta pengalaman kerja pemohon

Apa tiga format utama resume?

Terdapat tiga format utama resume yang boleh anda pilih. Setiap format ini mempunyai kelebihan dalam membantu resume anda tampili lebih menyerlah. Namun begitu, anda harus tahu bahawa anda perlu mempunyai kelayakan serta kebolehan tertentu untuk memastikan format yang diguna mampu menyerlahkan pemohonan kerja anda.

Ini kerana, sebagai contoh, format resume kronologi terbalik lebih sesuai digunakan jika pemohon pernah bekerja di dua tempat atau lebih. Ini kerana, format ini akan membantu perekrut untuk mengenal pasti susunan tahun kerja pemohon dengan lebih mudah.

Format praktikal pula lebih sesuai diguna oleh pemohon yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang kerja yang mereka pohon. Namun begitu, format ini sesuai digunakan kerana ia membantu pemohon untuk mengetengahkan kemahiran yang dimiliki oleh mereka.

Selain daripada kedua-dua format di atas, individu yang mempunyai pengalaman dan pernah bekerja di lebih daripada satu tempat digalakkan untuk menggunakan Format resume gabungan. Di mana, anda akan menyusun maklumat penting di dalam resume anda menggunakan susunan kronologi terbalik, di samping mengetengahkan kemahiran yang relevan dengan kerja yang dipohon.

Cara Menulis Setiap Bahagian Resume dengan Betul

Juruwang CV


Di bahagian seterusnya ini, kami akan menerangkan kepada anda dengan teliti mengenai cara yang betul untuk menyampaikan maklumat penting anda di dalam resume. Ingat, sebuah resume yang kemas harus memiliki ciri-ciri di bawah ini:

  • menggunakan titik peluru
  • penggunaan ayat yang ringkas
  • menggunakan susunan bahagian utama resume dengan betul

Penjelasan yang lebih terperinci ada di bahagian seterusnya ini.

Bahagian pengepala resume

Juruwang CV


Untuk menulis bahagian pengepala resume dengan betul, anda perlu memastikan maklumat peribadi anda seperti di bawah ini ada disertakan.

  • nama penuh
  • nombor telefon dan alamat e-mel yang boleh dihubungi
  • negeri asal
  • dan/atau pautan ke laman portfolio profesional

Contoh pengepala resume yang betul ialah seperti berikut:

BETUL
Siti Aishas bt Jamal
Juruwang
012-345 6789
aishah99@gmail.com
Kuala Lumpur, MY


Antara kesilapan lazim yang dilakukan oleh pemohon dalam bahagian ini adalah seperti berikut:

SALAH
Siti Aishas bt Jamal
012-345 6789
aishah99@gmail.com
No.1B, Blok2b Pangsapuri Merdeka,
Jalan Sri Kembangan, 50250 Kuala Lumpur,
Malaysia


Anda tidak perlu menyertakan alamat surat menyurat. Dan pastikan juga anda menyatakan jawatan yang ingin dipohon.

Bahagian rumusan profesional atau objektif resume

Jika anda keliru sama ada anda harus menggunakan rumusan profesional atau objektif resume, tanya diri anda..."adakah saya mempunyai pengalaman dalam bidang kerja yang saya ingin pohon?" Jika jawapannya, ya, anda perlu menggunakan rumusan profesional. Ini kerana, objektif resume lebih sesuai lagi digunakan oleh pemohon yang tidak berpengalaman.

Contoh menulis rumusan profesional yang betul ialah seperti di bawah ini:

BETUL
Rumusan Profesional
Juruwang yang cekap dengan 5 tahun pengalaman dan tangkas dalam memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik serta pantas. Mempunyai rekod prestasi mengendalikan wang tunai dengan tepat, memproses transaksi dengan cepat, dan memastikan ruang kerja bersih dan teratur. Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik, bagi memastikan interaksi positif bersama pelanggan dan rakan kerja. Seorang yang terperinci dan boleh dipercayai, mahir melakukan pelbagai tugasan dalam satu masa dan mengutamakan tugas untuk memenuhi keperluan pelanggan . Komited untuk memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik sambil menyumbang kepada kejayaan keseluruhan organisasi.


Jika anda perhatikan, contoh di atas ini sangat padat dan boleh membirkan pandangan yang positof mengenai pemohon kepada para perekrut. Ini kerana, rumusan profesional di atas menyatakan dengan ringkas mengenai pengalaman kerja dan bagaimana pemohon menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan profesional.

Contoh rumusan profesional yang kurang tepat adalah seperti berikut:

SALAH
Rumusan Profesional
Seorang juruwang di pusat membeli belah dengan pengalaman kerja selama 5 tahun. Boleh mengira, tangkas dan profesional terutamanya dalam memastikan pelanggan dilayan dengan baik.


Walaupun rumusan profesional harus singkat dan padat, pastikan anda menggunakan tiga ke lima ayat. Pastikan juga ianya tidak melebihi 100 patah perkataan atau terlalu ringkas seperti dalam contoh di atas.

Bahagian pengalaman kerja

Juruwang CV


Jika anda pernah bekerja di lebih daripada satu tempat, gunakan format resume kronologi terbalik. Pada masa yang sama, format resume ini turut sesuai digunakan oleh pemohon yang hanya pernah bekerja di satu tempat kerana ia membantu resume tampak lebih rapi. Berikut ialah contoh pengalaman kerja dan cara menulisnya dengan betul:

BETUL
Pengalaman Kerja
Jaya Grocer
Juruwang
Mei 2018-sekarang
  • Memproses transaksi pelanggan yang dengan cekap dan tepat, termasuk wang tunai, kad kredit, dan pembayaran elektronik.
  • Memiliki kemahiran pengiraan yang baik dengan memastikan pengiraan wang serta baki dikembalikan kepada pelanggan dengan tepat dan pantas.
  • Sentiasa memastikan kawasan kaunter pembayaran bersih dan kemas bagi memastikan pelanggan yang membuat pembayaran selesa.
  • Menjawab pertanyaan pelanggan dan memberikan bantuan dengan cara yang mesra dan membantu bagi memupuk hubungan yang positif dengan mereka.
  • Bekerjasama dengan rakan kerja lain untuk menyelesaikan masalah pelanggan dan memastikan operasi perniagaan sentiasa lancar.
  • Menggunakan Sistem di Tempat Jual untuk mengimbas dan memasukkan maklumat produk, serta memastikan harga dan pengurusan inventori yang tepat.
  • Mematuhi dasar dan prosedur syarikat dalam pengendalian tunai, pulangan, dan pertukaran bagi meminimumkan kesilapan.
  • Membantu pengurusan inventori dan memantau jumlah produk untuk memastikan operasi gudang yang cekap.


Contoh di atas ialah contoh pengalaman kerja seorang juruwang yang telah ditulis dengan sangat baik. Ini kerana, pemohon berjaya menyenaraikan tanggungjawab yang diberikan kepada beliau sambil membuktikan bahawa kemahiran yang dimiliki boleh membantu beliau melaksanakan kerja dengan tangkas dan profesional.

Jadi, elakkan menulis bahagian pengalaman bekerja seperti di bawah jika anda ingin pemohonan kerja anda diterima:

SALAH
Pengalaman Kerja
Jaya Grocers
Juruwang
Mei 2020-sekarang
  • Menerima bayaran, memberi pulangan wang dan membungkus barangan yang dibeli
  • Membantu rakan kerja lain menyusun barang kedai
  • Mengira baki wang dengan betul


Tahap pendidikan yang harus anda nyatakan dalam resume

Tips mudah untuk mengenal pasti tahap pendidikan yang perlu anda nyatakan dalam resume ialah, lihat tahap pendidikan minimum yang ada dinyatakan dalam iklan kerja kosong. Untuk pekerjaan seperti juruwang, anda seharusnya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia. Berikut ialah cara yang betul untuk menyenaraikan tahap pendidikan anda di resume:

BETUL
Pendidikan
Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia
SMK Bukit Nenas
Disember 2017


Pada masa yang sama, sesetengah tempat kerja atau majikan mungkin memerlukan pekerja mereka memiliki tahap pendidikan yang lebih tinggi lagi. Jadi, pastikan anda menyenaraikan latar belakang akademik anda menggunakan urutan kronologi terbalik.

Kemahiran yang berkaitan dengan kerjaya juruwang

Juruwang CV


Sebagai seorang juruwang, anda tidak semestinya harus pandai mengira baki wang sahaja. Untuk menjadi juruwang yang terbaik, anda juga perlu pandai mengendalikan pelbagai tugasan dalam satu masa. Ini kerana, seorang juruwang kebiasaannya akan berinteraksi dengan pelanggan bagi memastikan perkhidmatan serta operasi perniagaan yang lancar.

Berikut ialah senarai kemahiran teknikal dan insaniah yang wajib dimiliki oleh seorang juruwang:

Kemahiran

  • Pengendalian wang
  • Menggunakan Sistem di Tempat Jual untuk mengimbas
  • Perkhidmatan pelanggan
  • Rapi
  • Pengurusan masa
  • Multitugas
  • Mesra
  • Penguasaan matematik
  • Amanah

Orang rujukan

Anda digalakkan untuk menyertakan maklumat orang rujukan di dalam resume. Ini dapat membantu pemohonan kerja anda untuk pergi ke peringkat tapisan yang seterusnya. Namun begitu, pastikan hanya individu yang mengenali anda secara profesional sahaja digunakan sebagai orang rujukan. Contohnya ialah seperti di bawah ini:

Orang Rujukan
Encik Kim Tai Cheng
Penyelia Jaya Grocer
011-223 3445


Anda boleh menyatakan satu ke tiga individu sebagai orang rujukan di dalam resume.

Maklumat lain yang boleh anda masukkan dalam resume

Selain daripada perkara di atas, anda juga boleh menyatakan bahagian-bahagian di bawah ini di dalam resume seorang juruwang:

  • pencapaian kokurikulum
  • anugerah sukan atau akademik
  • sijil kemahiran

Cara untuk menyatakan setiap bahagian yang kami nyatakan ini adalah sama seperti bahagiab-bahagian lain yang telah kita bincangkan di sini.

Kesimpulan: Resume Juruwang yang Terbaik

Di dalam panduan ini, kita telah membincangkan teknik menulis serta contoh kesilapan umum yang mesti anda elakkan semasa menulis sebuah resume. Ingat, susunan bahagian resume yang betul ialah seperti di bawah ini:

  • pengepala resume
  • rumusan profesional
  • pengalaman kerja
  • latar belakang akademik
  • maklumat lain (orang rujukan, pencapaian akademik dan lain-lain)

Sebuah resume yang ringkas dan padat juga tidak akan melebihi dua muka surat. Pastikan juga penggunaan huruf tidak terlalu besar atau kecil. Sebelum anda menghantar resume, pastikan tiada kesalahan ejaan. Ini sangat penting jika anda ingin permohonan kerja anda dipertimbangkan secepat mungkin.

Perlukah anda menyertakan surat iringan?

Surat iringan atau di dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai cover letter merupakan dokumen yang sering disertakan bersama resume. Jika jawatan kerja yang anda pohon mewajibkan anda untuk menyertakan surat iringan, anda boleh merujuk semula panduan serta contoh menulis resume juruwang kami.

Ini kerana, surat iringan ialah huraian yang lebih mendalam serta terperinci mengenai apa yang anda telah nyatakan dalam resume juruwang anda. Oleh itu, semoga panduan penulisan resume ini dapat membantu anda menyediakan resume serta surat iringan yang terbaik.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Soalan Lazim Mengenai Resume Juruwang?

Untuk bahagian ini, kami telah mengenal pasti beberapa soalan yang sering ditanya berkenaan dengan cara menulis resume juruwang yang betul. Berikut adalah pertanyaan-pertanyaan berikut:

Perlukah saya menyertakan gambar berukuran pasport?

Anda tidak perlu menyertakan gambar berukuran pasport melainkan jika majikan prospek ada menyatakan gambar anda perlu dihantar bersama resume.

Bolehkah pemegang sijil PMR memohon kerja sebagai juruwang?

Pada zaman ini, seorang juruwang harus memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pendidikan Malaysia. Tahap pendidikan rendah daripada itu mungkin tidak akan dipandang oleh para perekrut.

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche