CV anda adalah kunci untuk membuka pintu peluang dalam sektor yang sangat kompetitif ini, sama ada anda baru memulakan kerjaya anda atau ingin berganjak ke peringkat yang tinggi lagi dalam industri ini. Dalam tutorial menyeluruh ini, kami bukan sahaja akan memberi anda petua tentang cara menulis resume pakar estetik kecantikan yang menonjol, tetapi juga mendedahkan kerja dalaman industri ini, memberi kuasa kepada anda untuk membezakan diri anda sebagai pakar sebenar dalam kesihatan dan kecantikan.
Peranan utama para pakar estetik di Malaysia ialah membantu pelanggan atau klien mereka untuk membina keyakinan diri dan berupaya untuk tampil berkarisma. Seperti yang anda boleh bayangkan, aura penampilan dan karisma seseorang lebih menyerlah jika dibandingkan dengan tuturcara seseorang. Oleh itu, khidmat pakar estetik bukan sekadar menjaga kulit anda untuk sentiasa kelihatan muda dan sihat.
Bagaimanakah anda memastikan kemahiran anda menonjol dalam pasaran kecantikan yang kompetitif dan sengit ini? Resume pakar estetik kecantikan yang berkesan adalah langkah pertama dalam proses itu. Pertimbangkannya portfolio anda dan impresi pertama yang akan anda berikan kepada bakal majikan. Resume anda harus membuktikan bahawa anda seorang yang meminati kecantikan, keupayaan anda untuk membina hubungan dengan pelanggan, dan dedikasi anda untuk terus mempertingkatkan kemahiran dalam bidang kecantikan.
Dalam artikel ini, kita bukan sahaja akan merangkumi keperluan untuk mencipta resume estetik kecantikan yang mengagumkan, tetapi juga mendalami motivasi di sebalik garis kerja ini. Kami akan melihat ciri-ciri yang membezakan pakar estetika terhebat, pendidikan yang menyokong pengetahuan mereka, serta kesukaran dan faedah profesion ini.
Teruskan membaca untuk mengetahui cara membuat CV yang memaparkan minat anda dan membuka jalan ke pekerjaan impian anda dalam bidang kecantikan dan kesihatab, sama ada anda seorang pakar estetik kecantikan yang bercita-cita tinggi atau pro berpengalaman yang bersemangat untuk mengembangkan lagi sayap anda.
Permintaan dan Gaji Pakar Estetik
Sebelum kita terlibat dalam pengembaraan membina résumé yang ideal, kita mesti terlebih dahulu mengenali dunia estetika kecantikan. Pakar estetik ini mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam penjagaan kulit, peremajaan semula wajah, dan orang kepercayaan dalam matlamat estetik pelanggan mereka. Mereka menggunakan kemahiran yang dimiliki dalam pelbagai tetapan, dari bilik rawatan spa yang tenang hingga spa yang sibuk ke persekitaran klinikal klinik dermatologi.
Seperti yang anda boleh bayangkan, untuk kekal relevan dalam industri ini, anda harus mempunyai kemahiran yang tinggi. Secara tidak langsung, kelayakan dan pengalaman yang dimiliki akan mempengaruhi bayaran gaji yang akan ditawarkan kepada anda.
Di Malaysia, permintaan terhadap individu yang mempunyai kemahiran ini semakin meningkat. Ini jelas dilihat apabila anda pergi ke laman iklan kerja dalam talian seperti Jobstreet. Pada bulan ini sahaja, lima ratus tujuh peluang kerja dibuka dalam bidang estetik. Manakala laman Indeed mengiklankan hampir tiga puluh iklan kerja sebagai pakar estetik di kawasan bandar utama seperti Kuala Lumpur.
Jika permintaan kerja tinggi, gaji yang ditawarkan juga pasti agak berbaloi. Pada masa yang sama, kebanyakan pusat rawatan kecantikan menawarkan gaji asas bersama dengan komisen. Ini bermakna, lebih banyak klien yang anda dapat, lebih tinggi peluang untuk anda mendapatkan gaji yang lumayan.
Secara purata, gaji bulanan seorang pakar estetik ialah RM3,780 sebulan. Seorang pakar estetik yang memikul jawatan sebagai pengurus akan mendapat gaji sebanyak sekurang-kurangnya RM6,500 sebulan.
Cara Menulis Curriculum Vitae/Resume Pakar Estetik
Memandangkan anda kini sudah memahami skop kerja dan permintaan serta gaji yang layak anda dapatkan jika berkecimpung di dalam bidang rawatan kecantikan, kini tiba masanya kami mengajar anda untuk mendapatkan resume yang berkesan.
Secara amnya, sebuah resume yang lengkap dibina menggunakan asas-asas di bawah:
Sebelum kita pergi ke setiap bahagian di atas dengan lebih mendalam, anda perlu tahu bahawa terdapat tiga format utama resume yang anda boleh gunakan.
Tiga format resume utama ada di bawah
Format resume pertama dikenali sebagai format resume kronologi terbalik. Format ini mementingkan susunan pengalaman kerja, latar belakang pendidikan dan apa-apa maklumat yang berkaitan dengan masa untuk disusun dari tahun terkini. Kemudian barulah diikuti dengan tahun-tahun sebelum itu. Ini boleh anda lihat di dalam contoh resume sebenar yang telah kami sediakan di atas.
Format resume kedua pula dikenali sebagai format resume praktikal. Beza utama format ini dengan format kronologi terbalik ialah, anda harus menukar rumusan profesional kepada objektif resume. Ini kerana, format ini lebih mementingkan kemahiran yang relevan berbanding tahun pengalaman anda bekerja.
Format resume yang ketiga ialah format resume gabungan. Gabungan ini adalah antara format kronologi terbalik dan praktikal. Orang atau individu yang sesuai menggunakan resume ini ialah mereka yang ingin memohon kerja untuk jawatan pengurusan dan ke atas. Ini bermakna, anda perlulah memiliki sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman dalam bidang kerja yang ingin diceburi.
Bahagian Pertama Resume: Tajuk resume
Mulakan resume anda dengan nama penuh, nombor telefon, alamat e-mel dan lokasi semasa anda, termasuk bandar dan negeri. Pastikan maklumat hubungan anda terkini dan mencerminkan profesionalisme yang anda tunjukkan dalam amalan anda.
Jadi elakkan untuk menyertakan maklumat yang tidak relevan seperti jantina, hobi, pautan ke profil media sosial, tarikh lahir dan menyertakan gambar berukuran pasport.
Bahagian ini boleh ditulis di bahagian tengah atas halaman resume pertama anda. Ataupun, ia boleh ditulis menyeruai format surat rasmi, seperti di bawah ini.
Contoh tajuk resume yang salah ialah seperti berikut:
Contoh di atas salah kerana pemohon menggunakan alamat e-mel yang tidak profesional, menyertakan alamat surat menyurat dan pautan ke profil media sosial peribadinya.
Rumusan Profesional atau Objektif Resume
Kadang kala, anda dapat melihat contoh resume yang menggunakan rumusan profesional. Pada masa yang lain, anda mungkin melihat contoh resume yang menggunakan objektif resume. Jadi, apakah beza antara kedua-dua ini? Secara umumnya, anda wajib untuk menulis antara satu maklumat ini di dalam resume anda.
Persamaan utama kedua-dua maklumat ini adalah untuk memperkenalkan diri anda dengan ayat yang ringkas tetapi menarik selepas maklumat hubungan yang ada ditulis di bahagian tajuk resume. Matlamat kerjaya anda harus diringkaskan dalam pernyataan ini, yang juga harus menyerlahkan pendidikan dan latihan anda yang paling penting.
Jika anda menggunakan format kronologi terbalik atau gabungan, gunakan rumusan profesional. Jika anda menggunakan format resume praktikal, gunakan objektif resume. Ini kerana, objektif resume akan menekankan keinginan dan kesungguhan anda untuk meningkatkan kemahiran yang sedia ada di tempat kerja baru.
Berikut ialah contoh rumusan profesional yang betul:
Rumusan profesional yang padat tidak boleh melebihi lima ayat. Pada masa yang sama, ia tidak boleh kurang daripada tiga ayat. Ingat, tujuan utama bahagian ini ditulis ialah untuk menyimpulkan kandungan resume anda dengan cara yang boleh meyakinkan prospek majikan.
Jadi contoh objektif resume yang betul untuk kerjaya sebagai pakar estetik ialah seperti berikut:
Pengalaman Kerja - dari peringkat junior sehingga senior
Terangkan sejarah kerjaya anda dengan terperinci, bermula dengan kedudukan terkini anda. Kemudian, barulah anda menyatakan pengalaman kerja anda sebelum itu. Dalam bahagian ini, nyatakan nama majikan anda, jawatan yang anda pegang, tarikh anda bekerja, dan kenyataan yang meyakinkan berkenaan tugas dan pencapaian anda.
Contoh pengalaman kerja yang betul dan meyakinkan ialah seperti di bawah ini:
Kunci utama untuk menulis bahagian ini dengan berkesan ialah dengan mengenal pasti kata kunci yang anda dinyatakan di dalam iklan kerja. Sebagai contoh, senarai kemahiran dan tahun pengalaman ialah contoh kata kunci yang wajib anda selitkan di bahagian pengalaman kerja.
Bagaimana jika saya tiada pengalaman kerja...
Jika ini kali pertama anda memohon kerja sebagai pakar estetik, anda boleh menggunakan format resume praktikal. Tetapi, untutuk bahagian pengalaman kerja, anda boleh menyertakan maklumat seperti kerja lapangan atau latihan industri yang anda pernah ikuti.
Pada masa yang sama, jika anda pernah bekerja di dalam bidang kecantikan sebagai pakar hiasan kuku atau juru solek, anda turut boleh menyertakan maklumat sebegini di bahagian pengalaman kerja.
Tahap Pendidikan - cara ringkas untuk menulisnya
Sebagai seorang pakar estetik, memiliki tahap pendidikan pada peringkat sarjana tidak wajib tetapi sudah pastinya dapat membantu anda mendapatkan kerja untuk jawatan pengurusan. Namun begitu, sekiranya anda memiliki sijil SPM atau diploma dalam bidang kosmetologi, anda pasti dapat memajukan diri di dalam bidang ini. Sebenarnya, sijil kemahiran lebih penting, dan kita akan mendalami perkara ini di bahagian seterusnya.
Berikut ialah contoh menulis bahagian tahap pendidikan dengan betul di resume anda:
Ingat, untuk bahagian pendidikan, anda tidak perlu menyatakan tahap pendidikan rendah seperti sijil UPSR atau PMR (kini dikenali sebagai PT3). Anda harus sentiasa memastikan resume anda tidak terlalu panjang bagi memudahkan perekrut untuk mengimbas resume anda.
Sijil Kemahiran- mengapa ia penting untuk bidang kecantikan
Serlahkan sebarang pensijilan tambahan atau latihan khusus yang telah anda selesaikan, terutamanya yang berkaitan dengan industri kecantikan, untuk menunjukkan dedikasi anda terhadap pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan profesional. Tambahan pula, berbeza dengan industri lain, untuk terus maju dalam bidang kecantikan, anda harus membuktikan bahawa kemahiran yang anda miliki dengan mendapatkan sijil kemahiran yang diiktiraf.
Berikut ialah antara contoh sijil dan cara yang betul untuk menyatakannya di dalam resume anda:
Apabila anda menyertakan maklumat sebegini di dalam resume, anda digalakkan untuk merangkumkan maklumat seperti dari mana sijil tersebut dikeluarkan. Prospek majikan anda pasti mahu memastikan bahawa sijil yang anda miliki dikeluarkan oleh badan yang bertauliah. Ini sangat penting terutama sekali jika anda memohon untuk bertugas di spa yang berprestij.
Kemahiran Wajib Dimiliki oleh Pakar Estetik
Untuk bergelar sebagai pakar estetik anda harus memiliki sifat peramah dan pada masa yang sama profesional. Untuk tampil profesional pula, anda harus memiliki kemahiran teknikal yang relevan dengan kerjaya sebagai seorang pakar rawatan kecantikan. Terdapat dua kemahiran utama yang perlu anda tahu.
Kemahiran teknikal dalam bidang estetika:
Kemahiran insaniah:
Kefasihan Bahasa Asing dan Tempatan
Jika anda ingin terus berjaya di dalam bidang rawatan kecantikan, anda harus mempunyai kemahiran untuk bertutur di dalam pelbagai bahasa. Ini kerana, klien yang berkunjung ke pusat kecantikan terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa dan kaum. Antara bahasa yang wajib untuk anda fasih tuturkan ialah Bahasa Inggeris dan Melayu.
Di negara Malaysia, memiliki kebolehan untuk bertutur di dalam bahasa Mandarin adalah kelebihan yang menguntungkan. Malah, banyak tempat kerja swasta yang mewajibkan pekerja mereka fasih untuk menggunakan bahasa Mandarin. Cara yang paling ringkas untuk menyatakan kebolehan bahasa anda di dalam resume ialah seperti berikut:
Anda boleh juga menyusun bahasa yang anda boleh gunakan mengikut urutan tahap penguasaan.
Kesimpulan: Resume Pakar Estetik yang Lengkap dan Meyakinkan
Untuk membina resume pakar estetik yang meyakinkan, anda cuma perlu memastikan maklumat yang anda sediakan disusun dengan rapi bagi memudahkan perekrut untuk membacanya. Tips seterusnya pula, pastikan resume anda mesra perisian ATS atau dikenali sebagai perisian pengimbas resume. Untuk itu, anda perlu menyelitkan kata kunci yang ada dinyatakan di dalam iklan kerja ke dalam resume anda.
Terakhir sekali, jika anda selesai menulis resume, jangan lupa untuk membaca apa yang telah anda tulis atau taip. Ini bagi memastikan tiada kesalahan ejaan atau tatabahasa ditemukan di dalam resume anda. Jika anda masih lagi ragu-ragu, anda sentiasa digalakkan untuk menggunakan templat resume pakar estetik kami yang boleh dimuat turun di laman utama kami.