Saingan untuk mendapatkan pekerjaan seperti pelayan di hotel atau restoran ternama Malaysia sangat sengit. Oleh itu, anda harus menawan hati para perekrut dengan menggunakan resume pelayan yang terbaik. Maka, panduan ini adalah pilihan tepat untuk anda ikuti dari sekarang.
Sebelum pergi dengan lebih lanjut, sila muat turun templat pelayan cv kami bagi memudahkan anda mengikuti panduan ini.
Apa yang Membezakan Resume Pelayan yang Terbaik dengan yang Biasa?
Resume pelayan yang terbaik dapat membantu pemohon lulus ke tahap pemohonan yang lebih tinggi lagi - iaitu, temu duga. Jadi, bagi memastikan resume anda memenuhi kriteria yang layak untuk dipanggil temu duga, semak senarai di bawah ini terlebih dahulu:
Tiga Format Utama Resume/Pelayan CV
Bergantung kepada pengalaman serta kemahiran yang anda miliki anda perlu memilih format resume yang bersesuaian. Terdapat tiga format resume yang boleh anda pilih:
Format Resume Kronologi
Format resume ini membantu para pemohon yang pernah berkhidmat sebagai pelayan di beberapa buah tempat untuk menampilkan kelebihan mereka. Perkara utama yang membezakan format resume ini adalah cara susunan pengalaman kerja pemohon.
Susun tempat kerja anda dari yang terkini dan barulah diikuti dengan tempat kerja anda sebelum ini.
Format Resume Praktikal
Bagaimana jika anda belum pernah bekerja sebagai pelayan sebelum ini? Jangan risau, anda masih boleh menulis resume anda menggunakan format resume praktikal. Format resume ini akan membantu pemohon yang kurang berpengalaman untuk membuktikan yang mereka mempunyai kemairan sebagai seorang pelayan.
Format Resume Gabungan
Jika anda memohon untuk bekerja sebagai pelayan di restoran ternama, anda seharusnya perlu memiliki etika, personaliti serta kemahiran yang terbaik. Ini bagi memudahkan permohonan untuk pergi ke peringkat tapisan yang lebih tinggi.
Format resume gabungan adalah gabungan antara format resume praktikal dan kronologi.
Peluang Kerja dan Gaji Pelayan di Malaysia
Gaji minimum di Malaysia adalah RM1,500 jika anda bekerja bersama syarikat atau restoran yang mempunyai bilangan pekerja melebihi lima orang. Namun, anda sudah semestinya layak menerima gaji lebih daripada RM1,500 jika memiliki kemahiran serta pengalaman yang diperlukan. Lokasi tempat kerja anda juga turut mempengaruhi gaji yang anda terima.
Berikut merupakan purata gaji tahunan jika anda menceburkan diri di sebagai pelayan restoran, bar atau hotel (menurut SalaryExplorer):
Peluang pekerjaan sebagai pelayan di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Jika anda pergi ke laman Indeed, anda akan melihat lebih kurang 10 jawatan kosong sebagai pelayan restoran. Ini tidak termasuk dengan iklan-iklan yang dipaparkan di laman kerja kosong lain yang ada di Malaysia.
Tips menulis Pengepala Resume Dengan Betul
Pengepala resume adalah bahagian paling atas resume anda. Malkumat penting yang terkandung dalam bahagian ini adalah nama penuh dan juga maklumat yang boleh digunakan untuk perekrut merujuk anda. Berikut adalah contoh pengepala resume yang betul:
Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh pemohon semasa menulis pengepala resume mereka adalah seperti berikut:
Kesilapan-kesilapan yang boleh dilihat dalam contoh di atas seperti berikut:
Cara Terbaik Untuk Menulis Rumusan Profesional
Rumusan profesional merupakan bahagian yang menyimpulkan kemahiran serta pengalaman yang anda miliki sebagai pelayan. Anda cuma perlu menggunakan ayat yang ringkas tetapi jelas menyatakan maklumat penting yang boleh menarik perhatian perekrut. Sebagai contoh seperti di bawah ini:
Elakkan daripada menulis rumusan profesional yang terlalu ringkas dan kurang meyakinkan, seperti di bawah ini:
Cara yang Tepat Untuk Menulis Pengalaman Bekerja
Untuk menulis bahagian pengalaman bekerja dalam resume, pastikan anda menggunakan format resume kronologi. Di mana, pekerjaan serta tempat kerja terkini anda harus dinyatakan terlebih dahulu. Kemudian barulah diikuti dengan pekerjaan anda sebelum itu. Berkut adalah contoh yang betul untuk menulis pengalaman bekerja anda:
Cara yang Betul Untuk Menyatakan Tahap Pendidikan Anda
Jika anda ingin bekerja di hotel atau restoran yang berprestij, anda mungkin perlu memiliki sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 atau Diploma dalam Bidang Pengurusan Hotel atau Kulinari. Cara yang betul untuk menulis bahagian pendidikan dalam resume anda adalah seperti berikut:
Elakkan menyertakan maklumat pendidikan yang kurang diperlukan untuk jawatan yang dipohon seperti di bawah ini:
Kemahiran yang Wajib Dimiliki Oleh Seorang Pelayan
Sebagai pelayan, anda perlu memiliki personaliti yang menarik dan ceria. Ini kerana, tanggungjawab utama anda memerlukan anda untuk berinteraksi dengan pelanggan setiap masa. Oleh itu, pastikan anda memiliki kemahiran teknikal serta insaniah yang diperlukan untuk menjadi pelayan yang baik.
Berikut adalah contoh kemahiran teknikal:
Berikut pula adalah kemahiran insaniah yang sangat berguna jika anda ingin menjadi pelayan di restoran atau hotel:
Senarai di atas boleh anda selitkan dalam bahagian pengalaman kerja dan rumusan profesional bagi membantu pemohonan kerja anda tampil lebih menyerlah berbanding pemohon lain yang turut memohon jawatan sebagai pelayan.
Cara Menulis Maklumat Penting Seperti Bahasa
Kefasihan dalam menggunakan lebih daripada satu bahasa adalah kelebihan yang sangat tinggi nilainya. Restoran serta hotel bertaraf lima bintang mewajibkan anda untuk fasih menggunakan bahasa Inggeris. Jadi, untuk menyatakan bahasa yang fasih anda gunakan, ikuti contoh di bawah ini:
Bahasa
Sebaik-baiknya, sertakan bukti kefasihan anda dalam menggunakan bahasa yang disenaraikan. Sebagai contoh, nyatakan gred bahasa Inggeris anda dalam peperiksaan SPM.
Cara Menyatakan Maklumat Orang Rujukan dalam Resume
Anda boleh menyertakan maklumat orang rujukan dalam resume bagi membolehkan perekrut untuk mendapatkan pengesahan mengenai anda dari sumber yang boleh dipercayai. Namun begitu, jangan guna maklumat kenalan rapat anda seperti adik beradik atau suami serta isteri. Sebaliknya, tanya majikan anda sebagai orang rujukan dalam resume.
Cara menulis orang rujukan dalam resume:
Maklumat Lain yang Boleh Disertakan Dalam CV Anda
Berikut adalah maklumat lain yang boleh anda masukkan dalam resume pelayan anda:
Sijil yang Dimiliki
Selain dari perkara-perkara di atas, anda boleh menyertakan maklumat seperti sijil-sijil yang anda miliki. Sijil-sijil yang anda ingin sertakan haruslah berkaitan dengan jawatan yang anda pohon. Berikut adalah antara sijil yang berguna jika anda ingin menjadi pelayan:
Anugerah yang Pernah Diterima
Selain daripada itu, anda juga boleh menyertakan maklumat penting lain seperti anugerah yang pernah diterima semasa di sekolah menengah atau semasa anda berkhidmat sebagai pelayan di tempat kerja anda sebelum ini.
Contohnya seperti di bawah ini:
Rumusan Tips Menulis Pelayan CV
Untuk memastikan pemohonan kerja sebagai pelayan anda mendapat respon yang positif daripada perekrut, pastikan anda mengikuti setiap langkah yang telah kami huraikan dalam panduan ini. Secara keseluruhannya, resume pelayan yang profesional harus merangkumi perkara-perkara di bawah:
Pada masa yang sama, elakkan kesilapan lazim di bawah bagi memastikan resume anda berkualiti tinggi:
Sebelum anda menghantar resume, pastikan anda menyemak semua maklumat yang telah dimasukkan agar tepat dan bebas daripada kesilapan yang boleh dielakkan.
Sertakan Surat Pengiring
Adakah ini kali pertama anda mendengar perkataan surat pengiring? Bagaimanan pula dengan cover letter? Surat pengiring yang turut dikenali sebagai cover letter merupakan surat yang dihantar ke perekrut bersama dengan resume bagi meyakinkan majikan prospek. Secara amnya, surat ini digunakan untuk menghuraikan dengan lebih terperinci lagi mengenai kelebihan serta kebolehan anda.
Anda digalakkan untuk memuat turun templat pelayan cv jika ini kali pertama anda menulis surat pengiring. Dengan itu, kami berharap agar pemohonan kerja anda menjadi lebih mudah dan berjaya. Oleh itu, semoga sentiasa maju jaya dalam kerjaya yang anda ingin ceburi.