Pembantu pergigian CV | Panduan + Templat Percuma

Dalam bidang pergigian yang kompetitif, resume yang ditulis dengan baik sangat penting. Ini kerana, ia boleh menjadi penentu kepada sama ada anda layak untuk dipanggil temu duga. Resume pembantu pergigian yang hebat bukan sahaja menyerlahkan kemahiran dan kelayakan anda tetapi juga mempamerkan profesionalisme dan dedikasi anda terhadap bidang pekerjaan yang ingin anda ceburi.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Resume Pembantu Pembedahan Pergigian

Katherine Manyi
Pembantu Pergigian
011-111 2233
kath.manyi@gmail.com
Kota Kinabalu, MY
Linkedin.com/in/katherine-manyi

Rumusan Profesional

Pembantu pergigian yang berkemahiran tinggi dan berdedikasi dengan pengalaman selama 5 tahun dalam memberikan perkhidmatan penjagaan pesakit yang terbaik dan menyokong kakitangan pergigian dalam memberikan penjagaan kesihatan mulut yang berkualiti tinggi. Menunjukkan kepakaran dalam membantu pembedahan, prosedur pensterilan, dan tugas pentadbiran tanpa mengabaikan kebajikan pesakit. Komited dalam mengekalkan protokol kawalan jangkitan yang ketat dan terus meningkatkan kecekapan kemahiran teknikal yang dimiliki.

Pengalaman Kerja

Klinik Gigi Dent Smile
Pembantu Pergigian
Mei 2019-sekarang

  • Membantu doktor gigi dalam melakukan prosedur seperti tampalan, cabutan, dan perawatan saluran akar.
  • Menyediakan bilik rawatan, mensanitasikan peralatan, dan memastikan persekitaran kerja yang bersih dan kemas.
  • Mengajar pelawat klinik gigi mengenai amalan kebersihan mulut dan arahan penjagaan selepas rawatan.
  • Menggunakan perisian pengurusan klinik pergigian untuk menyediakan carta, pengebilan, dan pemprosesan insurans.
  • Melatih dan membimbing pembantu pergigian baru dalam prosedur klinikal dan protokol pejabat.

Klinik Bright Smile
Pembantu Pergigian Pelatih
November 2018 – April 2019

  • Memberi sokongan kepada profesional pergigian dalam prosedur dan rawatan rutin pergigian .
  • Menyediakan dan mensterilkan instrumen dan peralatan pergigian.
  • Membantu mengambil X-ray pesakit dan mengeluarkan radiograf.
  • Mengekalkan inventori bekalan pergigian dan memesan tempahan mengikut keperluan.
  • Mengekalkan persekitaran yang mesra dan selesa untuk pesakit.

Tahap Pendidikan

Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian
Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia
Mei 2019

Pencapaian Profesional

  • Pengerusi Perwakilan Pelatih Kesihatan
  • Pelatih Terbaik 2019

Orang Rujukan

Dr. Kim Mei Lee
Doktor Gigi Klinik Bright Smile
kim.dentistry@gmail.com

Artikel ini menyediakan panduan yang lengkap beserta dengan langkah demi langkah mengenai cara membuat resume pembantu pergigian yang terbaik. Pada masa yang sama, kami juga menyediakan tempat resume pembantu pembedahan pergigian bagi memudahkan anda untuk mengikuti langkah menulis cv yang kami akan huraikan di bawah ini.

Dengan mengikuti panduan ini, kami yakin anda akan mampu menyerlahkan kepakaran, pengalaman dan keistimewaan peribadi anda dengan lebih berkesan. Untuk itu, sila teruskan membaca bersama kami.

Pembantu Pergigian CV


Gaji dan Peluang Pekerjaan Dalam Bidang Pembantu Pembedahan Pergigian


Untuk makluman anda, pembantu pembedahan pergigian yang berkhidmat di sektor kerajaan ditawarkan gaji bulanan mengikutu gred atau tangga gaji. Gred gaji permulaan mereka ialah U19. Jika anda memohon kerja di sektor swasta untuk jawatan yang sama, tangga gaji anda berbeza sedikit dengan mereka yang berada di sektor kerajaan. Untuk panduan ini, kami akan berkongsi dengan anda gaji bulanan pembantu pergigian yang berkhidmat dengan kerajaan.

  • Gred gaji: U19
  • Gaji minimum: RM1,360
  • Gaji maksimimu : RM4, 052
  • Kenaikan tahunan: RM100
    (laporan eBook Kerjaya)

Peluang pekerjaan dalam bidang ini dijamin cerah. Terutama sekali buat mereka yang mengikut program latihan separa perubatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk memohon program latihan ini, anda boleh berkunjung ke portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia.

Pembantu Pergigian CV


Bahagian Utama Resume yang Perlu Anda Tahu


Sebelum kita melihat cara menulis setiap bahagian resume, kami ingin memperkenalkan kepada anda bahagian utama sebuah resume pembantu pembedahan pergigian. Ini penting kerana setiap bahagian ini akan membantu pemohonan anda lebih menyerlah. Berikut adalah rangka atau bahagian utama resume yang wajib anda sertakan:

  • tajuk resume
  • rumusan profesional
  • pengalaman kerja
  • tahap pendidikan
  • pencapaian profesional
  • sijil kemahiran (jika ada)
  • orang rujukan

Tips bagi membantu anda menulis resume yang profesional

Untuk membantu anda menulis resume dengan betul, anda boleh mengikuti tips-tips ringkas di bawah ini:

  • guna resume sedia ada dan ubah mengikut permintaan kerja yang terkini
  • tunjukkan kemahiran teknikal dan insaniah yang anda miliki dalam bahagian pengalaman kerja dan rumusan profesional
  • guna kata kerja dan ayat yang ringkas
  • semak semula resume yang ditulis bagi memastikan tiada kesalahan ejaan
  • guna format resume yang sesuai dengan pengalaman kerja dan kemahiran anda.

Dengan berpandukan tips di atas, anda tidak lagi perlu risau sama ada resume yang ditulis mencapai standard yang telah ditetapkan oleh para perekrut.

3 format resume utama untuk anda pilih

Terdapat 3 format resume utama yang boleh anda gunakan bagi memastikan kandungan resume yang ditulis tampil lebih menyerlah. Format-format tersebut ialah seperti berikut:

Pembantu Pergigian CV


Format kronologi terbalik:

Format ini sesuai digunakan oleh pemohon yang mempunyai pengalaman sebagai pembantu pergigian. Di mana, anda seharusnya mempunyai pengalaman bekerja di dua buah tempat atau klinik yang berbeza. Apabila anda menggunakan format ini, setiap bahagian dalam resume anda perlu disusun mengikut urutan kronologi terbalik

Dengan kata lain, susun dari tahun terkini dan barulah diikuti dengan tahun sebelumnya.


Format praktikal:

Format resume ini sesuai digunakan oleh pemohon yang belum pernah bekerja dalam bidang yang mereka pohon. Namun begitu, mereka mungkin pernah mengikuti program latihan dan latihan praktikal yang berkaitan dengan bidang kerja mereka. Berbeza dengan format resume di atas, format ini membantu pemohon untuk menonjolkan kemahiran yang mereka telah perolehi atau pelajari semasa mengikuti program latihan.

Format gabungan (kronologi terbalik + praktikal):

Jika anda pernah bekerja di lebih daripada dua tempat dan mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai pembantu pembedahan pergigian selama lebih daripada lima tahun, anda digalakkan untuk menggunakan format ini. Ini kerana, pengalaman dan kemahiran yang anda miliki akan lebih terserlah apabila menggunakan format ini.

Tajuk resume - Tulis dengan ringkas


Bahagian resume paling atas ialah tajuk atau pengepala resume. Bahagian ini umpama kad pengenalan anda. Jadi, ia harus ditulis secara ringkas tanpa perlu merangkumi maklumat yang tidak relevan seperti alamat surat-menyurat atau tarikh lahir dan jantina anda. Berikut ialah contoh menulis tajuk resume dengan betul:

Pembantu Pergigian CV

BETUL
Katherine Manyi
Pembantu Pergigian
011-111 2233
kath.manyi@gmail.com
Kota Kinabalu, MY
Linkedin.com/in/katherine-manyi


Nampak senang bukan? Namun begitu, ramai pemohon melakukan kesilapan semasa menulis bahagian ini. Antara kesilapan yang sering dilakukan ialah seperti dalam contoh di bawah:

SALAH
Katherine Manyi
011-111 2233
kath.manyi@gmail.com
NO.1A, Blok A, Apartmen Ecopark, Jalan UMS,
88450 Kota Kinabalu, Sabah
Linkedin.com/in/katherine-manyi


Sekali lagi, alamat surat menyurat yang penuh tidak perlu disertakan. Ini kerana, ia memakan banyak ruang di dalam resume anda. Ingat bahagian tajuk resume perlu ditulis di bahagian kiri paling atas, atau bahagian tengah paling atas.

Rumusan Profesional - Cara mudah untuk menyimpulkan kelebihan anda


Rumusan profesional wajib disertakan dalam resume anda walaupun selama ini anda belum pernah bekerja dalam bidang yang anda pohon. Untuk yang tidak berpengalaman, anda boleh menggunakan format praktikal dan ganti rumusan profesional kepada objektif resume. Beza utama objektif resume dengan rumusan profesional ialah, ia digunakan untuk menyatakan tujuan utama pemohonan kerja anda.

Berikut ialah contoh yang betul untuk menulis bahagian ini adalah seperti berikut:

Rumusan Profesional
Pembantu pergigian yang berkemahiran tinggi dan berdedikasi dengan pengalaman selama 5 tahun dalam memberikan perkhidmatan penjagaan pesakit yang terbaik dan menyokong kakitangan pergigian dalam memberikan penjagaan kesihatan mulut yang berkualiti tinggi. Menunjukkan kepakaran dalam membantu pembedahan, prosedur pensterilan, dan tugas pentadbiran tanpa mengabaikan kebajikan pesakit. Komited dalam mengekalkan protokol kawalan jangkitan yang ketat dan terus meningkatkan kecekapan kemahiran teknikal yang dimiliki.


Di bawah ini pula ialah cara menulis objektif resume dengan betul. Perhatikan perbezaan utama kedua-dua bahagian ini:

Objektif Resume
Pembantu pergigian baru yang bermotivasi tinggi dan berdedikasi mencari peluang untuk berkhidmat di peringkat kemasukan untuk memulakan kerjaya dalam bidang pergigian. Ingin menggunakan pengetahuan teori dan latihan praktikal yang diperoleh melalui kerja kursus pembantu pergigian dan pengalaman amali. Mencari peluang untuk menyumbang kepada pasukan pergigian yang dinamik, belajar dari profesional yang berpengalaman, dan mengembangkan peranan saya sebagai pembantu pergigian.


Bahagian Pengalaman Kerja - Serlahkan keupayaan anda dengan jelasUntuk menulis bahagian pengalaman kerja dengan jelas, ikuti cara mudah ini:

  • senaraikan tempat bekerja anda menggunakan susunan kronologi terbalik
  • tunjukkan nilai murni yang anda miliki
  • buktikan kemahiran teknikal yang anda ada
  • guna tanda peluru untuk menyenaraikan tugasan yang dipertanggunjawabkan untu anda


Berikut adalah contoh bahagian pengalaman kerja yang ditulis berpandukan tips-tips di atas ini:

Pengalaman Kerja
Klinik Gigi Dent Smile
Pembantu Pergigian
Mei 2019-sekarang
  • Membantu doktor gigi dalam melakukan prosedur seperti tampalan, cabutan, dan perawatan saluran akar.
  • Menyediakan bilik rawatan, mensanitasikan peralatan, dan memastikan persekitaran kerja yang bersih dan kemas.
  • Mengajar pelawat klinik gigi mengenai amalan kebersihan mulut dan arahan penjagaan selepas rawatan.
  • Menggunakan perisian pengurusan klinik pergigian untuk menyediakan carta, pengebilan, dan pemprosesan insurans.
  • Melatih dan membimbing pembantu pergigian baru dalam prosedur klinikal dan protokol pejabat.
Klinik Bright Smile
Pembantu Pergigian Pelatih
November 2018 – April 2019
  • Memberi sokongan kepada profesional pergigian dalam prosedur dan rawatan rutin pergigian .
  • Menyediakan dan mensterilkan instrumen dan peralatan pergigian.
  • Membantu mengambil X-ray pesakit dan mengeluarkan radiograf.
  • Mengekalkan inventori bekalan pergigian dan memesan tempahan mengikut keperluan.
  • Mengekalkan persekitaran yang mesra dan selesa untuk pesakit.


Bagaimana pula sekiranya anda tiada pengalaman bekerja....

Bagi mereka yang belum pernah bekerja sebagai pembantu pembedahan pergigian, anda tidak boleh meninggalkan bahagian pengalaman kerja anda kosong. Sebaliknya, isi bahagian ini dengan tugasan serta kemahiran yang anda lakukan semasa mengikuti kursus latihan separa perubatan. Contohnya adalah seperti berikut:

Pembantu Pergigian CV

Klinik Bright Smile
Pembantu Pergigian Pelatih
November 2018 – April 2019
  • Memberi sokongan kepada profesional pergigian dalam prosedur dan rawatan rutin pergigian .
  • Menyediakan dan mensterilkan instrumen dan peralatan pergigian.
  • Membantu mengambil X-ray pesakit dan mengeluarkan radiograf.
  • Mengekalkan inventori bekalan pergigian dan memesan tempahan mengikut keperluan.
  • Mengekalkan persekitaran yang mesra dan selesa untuk pesakit.


Tahap Pendidikan Minimum yang Diperlukan oleh Pembantu Pergigian


Sebelum anda diterima untuk mengikuti program latihan pembantu pembedahan pergigian, anda perlu menduduki peperiksaan sijil pendidikan Malaysia (SPM). Seterusnya, anda harus lulus dan mendapatkan keputusan yang memuaskan untuk memohon program separa perubatan yang disediakan oleh KKM. Anda juga boleh mencuba untuk mengikuti latihan yang sama di kolej swasta.

Berikut ialah contoh tahap pendidikan seorang pembantu pembedahan pergigian:

Tahap Pendidikan
Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian
Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia
Mei 2019


Kemahiran yang Harus Dimiliki oleh Pembantu Pembedahan Pergigian


Sebagai individu yang berkhidmat dalam bidang kesihatan, anda harus memiliki perwatakan yang profesional dan mempunyai kemahiran yang boleh membantu orang lain untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka. Sebagai pembantu pembedahan pergigian, berikut adalah antara kemahiran yang wajib anda miliki:

  • Pembantu di sisi kerusi
  • Kawalan jangkitan
  • Radiografi
  • Penjagaan pesakit
  • Perisian pergigian dan penyimpanan rekod
  • Pengurusan bahan pergigian
  • Komunikasi
  • Kerja kumpulan

Anda tidak semestinya perlu menyenaraikan kemahiran yang dimiliki dengan cara di atas. Sebaliknya, selitkan kemahiran tersebut di dalam bahagian pengalaman kerja dan rumusan profesional anda.

Bahagian Lain yang Boleh anda Nyatakan


Perkara lain yang boleh anda nyatakan di dalam resume ialah seperti berikut:

  • pencapaian profesional atau akademik
  • bahasa
  • orang rujukan

Perkara-perkara ini boleh membantu resume anda kelihatan lebih meyakinkan. Terutama sekali jika anda tidak mempunyai pengalaman khusus untuk bidang yang anda pohon. Ini kerana, perkara sebegini dapat membuktikan perwatakan anda yang profesional.

Bahagian pencapaian profesional

Untuk bahagian ini, anda digalakkan untuk menyatakan semua anugerah atau pencapaian yang anda terima semasa menjalani latihan pembantu pembedahan pergigian dan semasa anda berada di sekolah menengah. Berikut ialah contoh tersebut di dalam resume anda:

Pembantu Pergigian CV

Pencapaian Profesional
  • Pengerusi Perwakilan Pelatih Kesihatan
  • Pelatih Terbaik 2019


Orang rujukan - siapa boleh anda senaraikan?

Jika anda ingin menyertakan orang rujukan di dalam resume kerja anda, pastikan hanya individu yang perna bekerja atau mengenali anda secara profesional sahaja disenaraikan sebagai orang rujukan. Ini bermakna, sahabat handai dan ahli keluarga anda tidak boleh dijadikan sebagai orang rujukan.

Dengan menyenaraikan orang rujukan di resume anda, perasaan yakin akan timbul dalam hati perekrut. Ini kerana, mereka boleh menghubungi nombor atau alamat e-mel yang anda sertakan bagi mendapatkan pengesahan mengenai kredibiliti anda. Berikut ialah contoh menulis orang rujukan:

Orang Rujukan
Dr. Kim Mei Lee
Doktor Gigi Klinik Bright Smile
kim.dentistry@gmail.com


Kesimpulan: Resume yang Profesional dan Menarik


Di dalam panduan ini, kita telah membincangkan dengan teliti cara serta tips berguna yang boleh anda ikuti semasa menulis resume pembantu pembedahan pergigian. Tetapi sebelum mengakhiri panduan ini, kami ingin berkongsi dengan anda format menulis resume rasmi yang akan membantu resume anda kelihatan profesional:

  • guna fon tulisan bersaiz 10 ke 12 pts sahaja
  • guna stail fon yang mudah dibaca (Arial, Tahoma, Times New Romans, Lato, Calibri atau Helvetica)
  • Guna huruf lebih tebal untuk bahagian utama resume atau kemahiran yang anda nyatakan
  • semak semula ejaan dalam resume anda

Surat iringan - perlukah anda menyertakannya?

Surat iringan ditulis dan dihantar bersama dokumen penting lain untuk tujuan permohonan kerja anda. Secara amnya, surat iringan merupakan huraian resume anda. Di mana, anda perlu meyakinkan perekrut mengapa anda layak dipilih sebagai calon jawatan kerja pembantu pembedahan pergigian.

Jika ini kali pertama anda menulis surat iringan, anda boleh menggunakan contoh resume pembantu pembedahan pergigian sebagai panduan. Ingat, surat iringan perlu ditulis dalam format tidak rasmi dan dialamatkan kepada perekerut.

Pembantu Pergigian CV

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Soalan Lazim Berkenaan Resume Pembantu Pembedahan Pergigian

Kami telah mengenal pasti beberapa soalan lazim yang sering diaju oleh pemohon berkenaan dengan cara menulis resume. Berikut ialah soalan dan juga jawapan kepada persoalan tersebut:

Perlukah saya menyertakan gambar berukuran pasport?

Untuk resume, anda tidak perlu menyertakan gambar berukuran pasport. Ini kerana, gambar tersebut hanya diperlukan semasa anda memohon jawatan ini dalam talian. Di mana, gambar anda akan dimuat naik di bahagian profil pemohon.

Adakah jururawat mempunyai tugasan yang sama dengan pembantu pembedahan pergigian?

Tidak. Jururawat mempunyai latihan khusus yang harus mereka ikuti. Kepakaran mereka juga lebih khusus kepada penjagaan pesakit umum. Manakala pembantu pembedahan pergigian pula perlu menjalani latihan kepakaran yang berbeza kerana skop tugasan yang tidak sama.

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche