Sebagai permulaan, apa kata anda muat turun terlebih dahulu templat resume pembantu tadbir kami. Dengan melakukan ini, anda akan dapat mengikuti langkah menulis resume kami yang terperinci secara satu per satu.
Di dalam panduan ini, anda tidak hanya akan diperkenalkan dengan tips terbaik untuk menulis resume yang boleh memikat hati para perekrut. Malah, anda juga akan dapat melihat contoh resume pembantu tadbir yang sebenar.
Jom lihat contoh tersebut di bawah ini.
Gaji Purata dan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir di MY
Jika anda bekerja di jabatan kerajaan sebagai pembantu tadbir, gaji minimum bulanan anda adalah sebanyak RM1,352. Pada masa yang sama, gred jawatan dan jabatan perkhidmatan anda turut memainkan peranan dalam jumlah gaji minimum yang diterima. Sila lihat senarai gaji mengikut gred di bawah (disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia):
Setiap tahun, Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia mengiklankan lebih 200 jawatan kosong dalam bidang perlaksanaan seperti pembantu tadbir. Anda juga boleh merujuk laman web kerjaya seperti Indeed sekiranya berminat untuk bekerja bersama syarikat swasta.
Perkara Utama yang Perlu Ada Dalam Sebuah Resume
Sebuah resume yang profesional harus dilengkapi dengan perkara-perkara di bawah ini:
Selain itu, apabila anda mula menulis resume, pastikan kandungan yang anda sertakan jelas dan tidak terlalu panjang. Maka, gunakan stail dan saiz tulisan yang tidak terlalu kecil atau besar. Saiz 10-11 pts sangat digalakkan untuk anda gunakan. Pada masa yang sama, guna warna fon yang sekata dan tidak cerah bagi memastikan resume anda kelihatan profesional.
Guna tiga format resume utama ini:
Terdapat tiga format cv utama yang boleh anda pilih bersesuaian dengan pengalaman kerja anda dalam bidang kerja yang dipohon.
Pertama: Format resume kronologi
Perkara utama yang diutamakan dalam resume yang menggunakan format kronologi adalah susunan tempat dan pengalaman bekerja anda. Di mana, tempat kerja anda yang terkini perlu dinyatakan terlebih dahulu dan barulah diikuti dengan tempat kerja anda sebelum itu.
Sebaik-baiknya, guna format ini apabila anda pernah bekerja di lebih daripada satu atau dua tempat.
Kedua: Format resume praktikal
Untuk menggunakan format ini, anda tidak semestinya perlu mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang dipohon. Sebaliknya, anda cuma perlu membuktikan bahawa anda memiliki kemahiran yang diperlukan.
Ketiga: Format resume praktikal + kronologi
Pemohon yang berpengalaman dan terbukti mempunyai kemahiran sebagai pembantu tadbir digalakkan untuk menggunakan format resume gabungan ini. Pastikan anda memiliki pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima tahun bagi memastikan kebolehan anda benar-benar teserlah dalam resume yang akan dihantar.
Mari lihat cara menulis setiap bahagian resume dengan berkesan...
Di bahagian seterusnya ini, kami akan menerangkan langkah yang boleh anda ikuti untuk menulis setiap bahagian utama resume anda dengan betul dan profesional. Kami juga akan memberikan anda contoh kesilapan yang biasa dilakukan oleh para pemohon dalam resume yang dihantar. Untuk itu, teruskan membaca.
Bahagian pengepala atau tajuk resume
Perkara pertama yang akan dilihat oleh HR atau perekrut adalah pengepala resume anda. Kadang-kala, bahagian ini turut dikenali sebagai tajuk resume. Ini kerana, ia mengandungi maklumat asas anda seperti berikut:
Contoh tajuk resume yang tepat adalah seperti di bawah ini:
Apabila anda menulis tajuk resume, elakkan melakukan kesilapan seperti dalam contoh di bawah ini:
Kesilapan yang boleh dilihat dalam contoh di atas adalah, pemohon menyatakan jawatan yang bukan dipohon, serta alamat e-mel yang tidak menunjukkan nama pemohon.
Bahagian rumusan profesional/objektif resume
Objektif resume boleh menggantikan rumusan profesional jika anda tidak mempunyai pengalaman sebagai pembantu tadbir. Maklumat yang boleh anda sertakan dalam objektif resume adalah seperti di bawah ini:
Untuk rumusan profesional pula, anda boleh merujuk contoh di bawah ini:
Untuk menulis bahagian ini, anda cuma perlu menggunakan tiga hingga ke lima ayat sahaja. Maklumat yang disertakan harus padat dan tidak juga terlalu pendek. Untuk itu, sila rujuk contoh di bawah bagi memastikan anda tidak melakukan kesilapan yang sama.
Bahagian pengalaman kerja anda
Pengalaman kerja harus diletakkan di bawah bahagian rumusan profesional. Di dalam bahagian ini, anda perlu menyelitkan kemahiran yang anda miliki bagi bidang kerja yang dipohon. Contohnya seperti di bawah ini:
Anda tidak digalakkan untuk menyertakan pengalaman kerja yang tidak relevan dengan jawatan yang dipohon. Melainkan jika jawatan yang anda pikul sebelum ini turut menggunakan kemahiran yang sama sebagai pembantu tadbir. Contohnya di bawah ini:
Kemahiran yang wajib dimiliki oleh pembantu tadbir
Apabila anda menyenaraikan pengalaman kerja dan menulis rumusan profesional, pastikan anda mengenal pasti kemahiran yang ada dinyatakan dalam iklan kerja. Antara kemahiran yang selalu dinyatakan adalah seperti di bawah ini:
Kemahiran teknikal:
Kemahiran insaniah:
Tahap pendidikan anda
Sebagai pembantu tadbir, anda perlu memiliki sekurang-kurangnya diploma atau Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM) untuk layak memohon jawatan sebagai pembantu tadbir. Berikut adalah contoh menulis bahagian tahap pendidikan yang betul dalam resume anda:
ataupun seperti berikut:
Bukti sijil kemahiran anda
Jika anda pernah mengikuti kursus kemahiran dalam talian atau bukan dalam talian, anda boleh menyatakan nama sijil kemahiran yang anda perolehi. Pastikan anda menggunakan titik peluru untuk menyenaraikan sijil yang anda miliki. Jika sijil tersebut diperoleh secara atas talian, sertakan juga pautan yang membuktikan sijil anda sah.
Contohnya seperti berikut:
Sijil Kemahiran
Nyatakan bahasa yang anda fasih gunakan
Jika anda mahir menggunakan lebih daripada satu bahasa, jangan teragak-agak untuk menyatakannya dalam resume anda. Lebih-lebih lagi apabila anda memohon kerja di syarikat antarabangsa. Di mana, kefasihan menggunakan bahasa Malaysia tidak begitu dipandang oleh para perekrut.
Jadi senaraikan bahasa yang anda petah gunakan seperti di bawah ini:
Maklumat mengenai orang rujukan
Anda boleh menyenaraikan sehingga tiga orang rujukan dalam resume. Pastikan juga setiap nama yang anda senaraikan bukan kenalan rapat anda. Sebaliknya, orang rujukan haruslah terdiri daripada bekas majikan anda atau penyelia latihan industri anda. Contohnya di bawah in:
Perkara lain yang boleh anda nyatakan dalam resume pembantu tadbir
Sekiranya masih terdapat ruang kosong dalam resume yang anda sediakan, anda boleh menambah perkara lain yang boleh membantu anda tampak lebih profesional dan kompetan. Antara perkara-perkara yang boleh anda nyatakan adalah seperti berikut:
Tetapi, elakkan daripada menulis resume lebih daripada satu muka surat.
Kesimpulan: Panduan Menulis CV Pembantu Tadbir yang Lengkap
Di dalam panduang lengkap ini, kami telah mengulas langkah mudah beserta dengan contoh resume pembantu tadbir sebenar yang boleh anda rujuk pada bila-bila masa sahaja. Pada masa yang sama, sebelum mengakhiri artikel panduan ini, kami ingin menegaskan bahawa resume pembantu tadbir yang profesional haruslah memiliki ciri-ciri di bawah ini:
Sertakan Juga Surat Iringan
Surat iringan akan membantu pemohonan kerja anda untuk tampil lebih menyerlah di mata para perekerut. Ini kerana, anda menunjukkan usaha dalam meyakinkan mereka bahawa anda seorang yang profesional dan layak untuk mendapatkan jawatan yang dipohon. Jadi, apa itu surat iringan?
Surat iringan adalah surat yang anda tujukan kepada syarikat yang menawarkan kerja kosong yang anda pohon. Di dalam surat ini, anda akan cuba meyakinkan perekrut bahawa anda memiliki pengalaman serta kemahiran yang diperlukan. Ia hampir sama dengan resume, cuma lebih terperinci lagi.
Maka dengan itu, muat turun templat resume pembantu tadbir kami untuk memudahkan anda menulis surat iringan.