Penganalisa Perniagaan CV | Tips Terbaik & Percuma

Mengorak langkah dalam dunia kerjaya sememangnya mencabar. Tambahan pula jika anda tidak berpengalaman dan tidak mempunyai sumber rujukan yang bernas dalam membantu anda untuk menyediakan resume yang terbaik. Setiap resume atau cv yang ditulis harus sesuai dengan jawatan yang anda ingin pohon.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Contoh Resume Penganalisis Perniagaan

Michael Garyl
Penganalisis Perniagaan
012-012 0121
michael.gary@gmail.com
Miri, MY
Linkedin.com/in/michael-gary

Rumusan Profesional

Penganalisis perniagaan dengan 3 tahun pengalaman dalam menganalisis proses, memacu membuat keputusan strategik, dan mengoptimumkan prestasi organisasi. Mahir dalam analisis data, pengurusan projek, dan penglibatan pihak berkepentingan. Mempunyai rekod prestasi yangi terbukti dalam perlaksanaan penambahbaikan proses dan menyampaikan hasil perniagaan yang boleh diukur. Mempunyai kemahiran berkominikasi yang baik dan kebolehan menyelesaikan masalah dalam persekitaran dinamik.

Pengalaman Bekerja

Keith and Phoe Comp.
Penganalisis Perniagaan
January 2021-sekarang

  • Menjalankan analisis mendalam mengenai proses perniagaan untuk mengenal pasti peluang untuk penambahbaikan dan pengoptimuman kos.
  • Memberikan pandangan yang boleh diambil tindakan untuk membuat keputusan strategik berpandukan daata yang dikumpul.
  • Bekerjasama dengan pasukan pemasaran dan pereka untuk melaksanakan penambahbaikan, meningkatkatkan produktiviti dan menjana penjimatan kos.
  • Penyelarasan dan komunikasi pihak berkepentingan yang lebih baik untuk mencapai kejayaan projek.

PeakStrive Holding
Pelatih Industri
Januari 2020-Jun  2020

  • Mengemas kini laporan perniagaan mengikut suku tahun perniagaan.
  • Membantu dalam pembangunan dan pelaksanaan inisiatif strategik untuk memacu pertumbuhan perniagaan.
  • Membantu ketua analisis dalam menjalankan penyelidikan pasaran dan analisis trend untuk mengenal pasti peluang baru muncul dan landskap yang kompetitif.

Pendidikan

Sarjana Muda Ekonomi dan Perniagaan
Taylor’s University
Disember 2020

Asasi Ekonomi dan Perniagaan
Taylor’s University
September 2016

Pensijilan

  • Penganalisis Perniagaan Profesional yang Diperakui
  • Profesional Analisis Perniagaan dari MDEC

Rujukan

Encik Kim Ah Chong
Pengurus Besar Pemasaran Keith and Phoe Comp.
kim.ac@keithandphoe.com

Sebagai contoh, resume seorang penganalisis perniagaan harus menggunakan format resume yang khas. Oleh itu, kami telah menyediakan contoh resume penganalisis pernigaan yang boleh anda muat turun pada bilia-bila masa sahaja.

Sebelum itu, jom lihat contoh resume yang dihantara oleh pemohon untuk pemohonan kerja sebagai seorang penganalisis perniagaan.

Penganalisa perniagaan CV


Permintaan dan kadar gaji penganalisis perniagaan di Malaysia

Penganalisa perniagaan CV


Kerjaya seperti penganalisis perniagaan sememangnya memerlukan kemahiran serta latar belakang pendidikan yang tinggi. Maka dengan itu, kadar gaji yang ditawarkan kepada anda juga akan bergantung kepada perkara-perkara ini. Tetapi, menurut Indeed, gaji purata seorang penganalisis perniagaan ialah RM5,759.

Berikut ialah gaji purata bulanan seorang penganalisis mengikut pengalaman kerja yang dimilik oleh individu (Salary Explorer):

  • 0-2 tahun: RM4,960
  • 2-5 tahun: RM6,080
  • 5-10 tahun: RM8,620
  • 10-15 tahun: RM10, 100
  • 15-20 tahun: RM11,100

Selain daripada itu, individu yang layak dalam bidang ini mempunyai peluang yang cerah. Ini kerana, laman iklan kerja terkenal di Malaysia iaitu Jobstreet melaporkan lebih 3,000 peluang kerja dalam kerjaya ini di Malaysia. Laman GlassDoor pula mengiklankan hampir 3,000 jawatan kosong sebagai penganalisis perniagaan.

Cara menulis resume penganalisis perniagaan


Untuk memastikan anda satu langkah ke hadapan dalam pemohonan kerja, pastikan anda sentiasa menghantar resume yang menggunakan format serta standard terkini yang diiktiraf oleh para perekrut. Terutama sekali, perekrut yang mempunyai latar belakang dalam bidang perniagaan.

Sebuah resume yang lengkap mempunyai rangka atau bahagian penting seperti berikut:

  • Maklumat pengenalan diri anda (tajuk resume)
  • Kesimpulan mengenai kerjaya anda (rumusan profesional)
  • Bahagian pengalaman bekerja
  • Latar belakang pendidkan
  • Kemahiran teknikal dan insaniah
  • Sijil profesional
  • Orang rujukan

Bagi memastikan kandungan resume anda mudah dibaca, anda boleh juga mengikuti tips-tips di bawah ini:

  • “Kitar semula” resume lama yang anda pernah hantar dengan mengubah suai kandunganya agar relevan dengan jawatan yang anda pohon sekarang. 
  • Kenal pasti kata kunci yang dinyatakan di dalam iklan kerja (pengalaman, kemahiran khas yang diperlukan atau perisian yang perlu anda arif gunakan).
  • Guna stail dan fon tulisan yang mudah dibaca.
  • Guna warna fon gelap

Format resume yang anda boleh pilih

Secara amnya, terdapat tiga format resume yang boleh anda pilih. Menurut pakar kami, format resume yang sesuai anda gunakan ialah format resume kronologi terbalik + praktikal. Untuk makluman, format ini akan lebih menyerlahkan pengalaman kerja dan kemahiran anda.

💡 Tahukah anda, format resume gabungan sesuai untuk pekerja yang memohon kerja dalam bidang yang memerlukan bukti kemahiran yang tinggi?


Jika anda baru sahaja menamatkan pengajian di univeristi atau kolej tempatan, anda boleh menggunakan format resume praktikal. Format resume ini akan lebih menonjolkan potensi anda. Di mana, anda akan menggantikan rumusan profesional kepada objektif resume. Pada masa yang sama, anda perlu menyatakan semua kemahiran yang relevan dengan jawatan yang anda pohon.

Untuk anda yang mempunyai pengalaman bekerja lebih daripada dua tahun, anda boleh mneggunakan format resume kronologi terbalik. Apa yang penting semasa anda menggunakan format ini, pastikan susunan pengalaman kerja dan bahagian lain yang ada di resume anda disusun secara kronologi terbalik.

Apa yang perlu anda buat untuk menulis tajuk resume


Bahagian tajuk resume mengandungi maklumat penting yang akan membantu perekrut untuk mengenali anda. Oleh itu, tajuk resume harus ditulis dengan jelas dan ringkas. Anda tidak perlu menyertakan maklumat yang tidak diperlukan kerana ingat, resume yang terbaik hanya mengandungi satu atau dua muka surat sahaja. Berikut adalah contoh-contoh tajuk resume:

Contoh tajuk resume yang betul

BETUL
Michael Garyl
Penganalisis Perniagaan
012-012 0121
michael.gary@gmail.com
Miri, MY
Linkedin.com/in/michael-gary


Contoh tajuk resume yang kurang tepat

SALAH
Michael Gary
012-012 0121
michael.lol.yasuo@gmail.com
Miri, MY
Linkedin.com/in/michael-gary

📌Tip: Gunakan alamat e-mel yang profesional sahaja. Anda perlu menyatakan jawatan terkini yang anda pohon.


Cara yang betul untuk menulis rumusan profesional


Ringkasan profesional digunakan untuk merumuskan pengalaman kerja serta kemairan teknikal dan insaniah yang anda miliki. Bahagian ini harus ditulis secara ringkas. Anda cuma perlu menggunakan tiga ke limat ayat sahaja untuk merumuskan kebolehan anda. Tips mudah untuk menulis bahagian ini adalah seperti berikut:

  • nyatakan berapa tahun anda berkhidmat dalam bidang yang anda ceburi
  • Terangkan bagaimana anda menggalas tanggungjawab yang diberikan
  • apa kemahiran yang paling berharga anda pelajari
  • bagaimana anda melakukan tugasan dengan berjaya menggunakan kemahiran yang dimiliki
  • lihat semula kata kunci yang ada di dalam iklan kerja

Berikut ialah contoh rumusan profesional yang terbaik:

BETUL
Rumusan Profesional
Penganalisis perniagaan dengan 3 tahun pengalaman dalam menganalisis proses, memacu membuat keputusan strategik, dan mengoptimumkan prestasi organisasi. Mahir dalam analisis data, pengurusan projek, dan penglibatan pihak berkepentingan. Mempunyai rekod prestasi yangi terbukti dalam perlaksanaan penambahbaikan proses dan menyampaikan hasil perniagaan yang boleh diukur. Mempunyai kemahiran berkominikasi yang baik dan kebolehan menyelesaikan masalah dalam persekitaran dinamik.


Contoh rumusan profesional yang kurang tepat pula ialah seperti berikut:

SALAH
Rumusan Profesional
Mempunyai pengalaman sebagai penganalisis perniagaan. Pakar dalam menggunakan perisian analisis seperti SPSS dan Python. Mempunyai semangat pasukan yang tinggi dan seorang yang bertanggungjawab.


Terangkan pengalaman kerja anda di resume


Untuk memastikan para perekrut mendapat maklumat yang jelas mengenai kebolehan anda, anda perlu menyediakan bahagian pengalaman kerja yang mudah difahami. Elakkan menggunakan ayat yang terlalu panjang. Ini kerana, anda tidak mahu perekrut merasa bosan semasa membaca resume anda.

Sebaliknya, guna cara yang sama anda lakukan semasa menulis rumusan profesional. Asalkan ringkas tetapi padat. Bagi memastikan bahagian ini tampak kemas, anda digalakkan untuk menggunakan mata peluru dalam menyenaraikan tugasan serta pengalaman kerja anda. Jadi contoh pengalaman kerja yang betul ialah seperti di bawah ini:

Contoh menulis pengalaman kerja yang betul:

BETUL
Pengalaman Bekerja
Keith and Phoe Comp.
Penganalisis Perniagaan
January 2021 – sekarang
  • Menjalankan analisis mendalam mengenai proses perniagaan untuk mengenal pasti peluang untuk penambahbaikan dan pengoptimuman kos.
  • Memberikan pandangan yang boleh diambil tindakan untuk membuat keputusan strategik berpandukan daata yang dikumpul.
  • Bekerjasama dengan pasukan pemasaran dan pereka untuk melaksanakan penambahbaikan, meningkatkatkan produktiviti dan menjana penjimatan kos.
  • Penyelarasan dan komunikasi pihak berkepentingan yang lebih baik untuk mencapai kejayaan projek.
PeakStrive Holding
Pelatih Industri
Januari 2020 – Jun 2020
  • Membantu ketua analisis dalam menjalankan penyelidikan pasaran dan analisis trend untuk mengenal pasti peluang baru muncul dan landskap yang kompetitif.
  • Mengemas kini laporan perniagaan mengikut suku tahun perniagaan.
  • Membantu dalam pembangunan dan pelaksanaan inisiatif strategik untuk memacu pertumbuhan perniagaan

Tip: Perhatikan contoh di atas, bahagian pengalaman kerja ini menggunakan format resume gabungan.


Tetapi jika anda tidak mempunyai pengalaman …

Buat pemohon yang tidak berpengalaman dalam bidang kerja yang mereka impikan, anda boleh menggunakan format resume praktikal. Cara menulis bahagian pengalaman kerja menggunakan format ini ialah seperti berikut:

BETUL
PeakStrive Holding
Pelatih Industri
Januari 2020 – Jun 2020
  • Membantu ketua analisis dalam menjalankan penyelidikan pasaran dan analisis trend untuk mengenal pasti peluang baru muncul dan landskap yang kompetitif.
  • Mengemas kini laporan perniagaan mengikut suku tahun perniagaan di platform CRM.
  • Membantu dalam pembangunan dan pelaksanaan inisiatif strategik untuk memacu pertumbuhan perniagaan.
  • Menggunakan perisian SPSS dan Google Analytics untuk meyiapkan laporan perniagaan.


Tahap pendidikan dan cara menyatakannnya dalam resume ini

Penganalisa perniagaan CV


Memohon kerja dalam bidang yang memerlukan kemahiran tinggi seperti penganalisis perniagaan memerlukan anda mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Sekurang-kuramgnya, pastikan anda memiliki ijazah sarjana dalam bidang ekonomi atau perniagaan.

Contoh yangbetul untuk menyenaraikan tahap pendidikan anda ialah dengan menggunakan format kronologi terbalik. Contohnya di bawah ini:

Pendidikan

Sarjana Muda Ekonomi dan Perniagaan
Taylor’s University
Disember 2020

Asasi Ekonomi dan Perniagaan
Taylor’s University
September 2016


Bergantung dengan majikan, anda tidak diwajibkan untuk menyertakan keputusan peperiksaan atau CGPK anda. Melainkan anda sememangnya mempunyai rekod akademik yang terbaik.

Kemahiran terbaik untuk CV Penganalisis Perniagaan


Sebagai seorang penganalisis perniagaan, anda harus bersifat profesional dan boleh membuat keputusan dengan pantas. Untuk membuktikan bahawa anda mempunyai kemahiran yang diperlukan, anda boleh memilih mana-mana kemahiran di bawah dan selitkannya ke dalam bahagian pengalaman kerja dan rumusan profesional anda.

Kemahiran teknikal:

  • SQL
  • Microsoft Word
  • Microsoft Power Point
  • Microsoft Excel
  • Analisis Sistem
  • Google Sheets
  • BI
  • Scrum
  • Rajah UML

Kemahiran insaniah:

  • Amanah
  • Telus
  • Bertanggungjawab
  • Menepati masa
  • Profesional
  • Kerja berkumpulan
  • Kepimpinan
  • Komunikasi

Kemahiran komputer dan pensijilan

Untuk melayakkan anda pergi ke peringkat temu duga, anda harus memastikan resume anda dilengkapi dengan bahagian sijil profesional. Terutama sekali apabila anda memohon jawatan yang memerlukan seseorang yang cekap dan berkemahiran tinggi dalam bidang analisis dan teknikal.

Antara sijil profesional yang boleh membantu pemohonan anda lebih menyerlah ialah seperti berikut:

Pensijilan Profesional

  • Penganalisis Perniagaan Profesional yang Diperakui 
  • Profesional Analisis Perniagaan dari MDEC

Anda boleh menyertakan sijil lain yang anda perolehi melalui kursus dalam talian seperti berikut:

  • Sijil Profesional Sains Data IBM
  • Pengkhususan Analisis Perniagaan
  • Analisis Data dan Kemahiran Pembentangan dari PwC

Bahasa

Apabila anda memohon kerja di syarikat antarabangsa, anda wajib fasih menggunakan bahasa Inggeris. Bahasa lain yang boleh membantu anda untuk berjaya dalam bidang ini ialah bahasa Mandarin, Perancis dan Jerman. Berikut ialah cara untuk menyatakannya dalam resume anda:

  • TOEFL atau IELTS
  • Goethe-Zertifikat
  • Sijl Bahasa Mandarin Tahap 1,2 atau 3

Maklumat mengenai orang rujukan

Perkara lain yang boleh anda sertakan dalam resume ialah maklumat orang rujukan. Sebelum anda memasukkan maklumat ini, pastikan anda mendapat kebenaran daripada individu yang anda guna sebagai orang rujukan. Selain itu, hanya individu yang mengenali anda secara profesional sahaja boleh disenaraikan sebagai orang rujukan.

Berikut ialah cara yang betul untuk menulis maklumat orang rujukan di dalam resume:

Rujukan
Encik Kim Ah Chong
Pengurus Besar Pemasaran Keith and Phoe Comp.
kim.ac@keithandphoe.com


Kesimpulan: Resume yang terbaik dan profesional


Di dalam panduan yang ringkas tetapi padat ini, kami telah berkongsi dengan anda cara yang terbaik untuk menulis setiap bahagian penting di dalam resume seorang penganalisis perniagaan. Perkara lain yang akan membantu resume anda tampak lebih kemas ialah seperti berikut:

  • Semak dan baca semula resume anda
  • Pastikan tiada kesalahan ejaan
  • Pastikan maklumat yang anda nyatakan dikemas kini
  • Pastikan tiada gambar berukuran passport disertakan

Lengkapkan pemohanan anda dengan surat iringan

Penganalisa perniagaan CV


Apabila anda menghantar pemohonan kerja, anda mungkin diwajibkan untuk menyertakan surat iringan. Surat iringan lebih lagi dikenali sebagai cover letter. Jika anda tidak mempunyai pengalaman dalam menulis surat ini, anda boleh merujuk semula panduan ini atau muat turun templat resume penganalisis perniagaan kami.

Kandungan utama surat iringan ialah huraian mengapa anda wajar dipertimbangkan untuk jawatan kerja yang dipohon. Ia hampir sama dengan resume. Tetapi, surat iringan perlu ditulis menggunakan format surat tidak rasmi. Di mana, anda perlu mengunakan alamat perekrut sebagai alamat penerima. Dengan itu, kami berharap agar panduan ini berguna untuk anda.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Soalan lazim berkaitan dengan resume penganalisis perniagaan

Kami telah mengumpulkan beberapa soalan lazim yang sering ditanya oleh pemohon dalam bidang analisis perniagaan. Soalan-soalan tersebut adalah seperti berikut:

Perlukah seorang penganalisis perniagaan memiliki MBA?

Tidak semestinya. Anda cuma memerlukan ijazah sarjana dalam bidang yag berkaitan sahaja. Antara bidang pengajian yang boleh membantu anda mendapatkan pekerjaan ini ialah pengurusan perniagaan, ekonomi, perakauanan dan lain-lain.

Bagaimanakah memohon kerja dari rumah sebagai penganalisis perniagaan?

Jika anda berminat untuk bekerja dari rumah dalam bidang analisis perniagaan, anda boleh melayari laman web WeWorkRemotely atau Upwork. Anda juga boleh mencuba menggunakan laman web Linkedin untuk mencari syarikat yang menawarkan pekerjaan ini secara jarak jarak jauh.

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche