Pengasuh CV - Panduan Baru yang Percuma

Resume pengasuh yang disediakan dengan baik adalah alat penting untuk mendapatkan pekerjaan impian anda sebagai penjaga untuk kanak-kanak. Resume bukan sekadar sekeping dokumen. Malah, ia berfungsi sebagai dokumen penting yang mempamerkan kemahiran, kelayakan, dan pengalaman anda kepada majikan yang berpotensi.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Resume Pengasuh Sebenar yang Anda Boleh Rujuk

Sita Kenny
Pengasuh Kanak-kanak
013-310 1300
sita.nanny@yahoo.com
Kuala Lumpur, MY

Rumusan Profesional

Pengasuh yang penyayang dan berdedikasi dengan lebih daripada 5 tahun pengalaman berkhidmat dalam bidang penjagaan yang kanak-kanak dari semua peringkat umur. Mahir dalam mewujudkan persekitaran yang selamat, memupuk serta merangsang perkembangan kanak-kanak. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan seorang yang rapi, disamping iklhlas dalam memastikan tumbesaran kanak-kanak berkembang maju. Mempunyai kemahiran CPR dan Pertolongan Cemas yang diperakui.

Pengalaman Kerja

Taska Bestari
Pengasuh Taska
Mac 2019 – sekarang

  • Bertannggungjawab dalam menjaga dua kanak-kanak, berumur 3 dan 6 tahun, bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka.
  • Menjadualkan aktiviti pembelajaran yang menarikuntuk menggalakkan perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak.
  • Menyediakan makanan dan makanan ringan berkhasiat, dengan mengambil kira faktor seperti alahan pemakanan.
  • Memudahkan rutin harian, termasuk masa mandi, berpakaian, dan rutin waktu tidur.
  • Mengekalkan persekitaran yang bersih dan teratur, termasuk tugas pengemasan ringan.

Agensi Asuhan Kanak-kanak Cerdas
Pengasuh Kanak-kanak
Januari 2018 – Februari 2019

  • Menyediakan penjagaan sepenuh masa untuk bayi, memastikan persekitaran yang selamat dan memupuk.
  • Menyediakan rutin untuk makan, masa tidur, dan masa bermain.
  • Terlibat dalam permainan interaktif untuk menggalakkan kemahiran motor dan pembangunan deria.
  • Membantu melakukan kerja rumah ringan seperti mencuci pakaian, penyediaan makanan, dan menyapu lantai.
  • Berkomunikasi secara kerap dengan ibu bapa untuk memberikan maklumat terkini mengenai kemajuan serta perkembangan kanak-kanak.

Tahap Pendidikan

UiTM Sarawak
Sarjana Muda Sains Pendidikan Awal Kanak-kanak
November 2017

Kemahiran Utama:

  • Keselamatan dan Kesejahteraan Kanak-kanak
  • Penyediaan Aktiviti yang Sesuai dengan Umur
  • Penyediaan Makanan dan Pemakanan
  • Pengurusan Isi Rumah
  • Komunikasi Berkesan
  • Kesabaran dan Fleksibiliti

Sijil Kemahiran

  • Sijil Pertolongan Kecemasan
  • Sijil CPR

Orang Rujukan

Mdm. Cho Ing Lee
cho.cerdas@yahoo.com
082-098 8762

Dalam panduan komprehensif ini, kami akan membimbing anda dalam proses menulis resume pengasuh yang terbaik, di mana, kami yakin resume yang anda tulis akan menonjolkan bahagian utama. Pada masa yang sama, kami juga akan berkongsi tips berharga untuk membantu anda lebih menonjol daripada pemohon yang lain.

pengasuh CV


Sebelum itu, kami ingin mempelawa anda untuk memuat turut templat resume pengasuh kami bagi memudahkan anda untuk mengikuti panduan yang kami sediakan khusus untuk anda. Sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai cara menulis resume pengasuh, jom lihat contoh sebenar sebuah resume di bawah ini:

Peluang Pekerjaan dan Gaji Pengasuh di Malaysia


Bidang kerja pengasuh boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Dua bidang utamanya ialah pengasuh kanak-kanak di nurseri dan pengasuh kanak-kanak peribadi. Kedua-dua bidang ini mempunyai skop kerja yang hampir sama. Tetapi tahap pendidikan dan gaji yang diberikan mungkin tidak sama.

Secara amnya, pengasuh dibayar mengikut jam mereka bekerja. Bayaran sejam minimum seorang pengasuh ialah RM15. Menurut Salary Explorer pula, gaji bulanan yang diterima oleh pengasuh bergantung kepada pengalaman dan sijil kelayakan yang dimiliki. Berikut ialah gaji bulanan mengikut tahun pengalaman kerja seorang pengasuh:

  • 0 – 2 tahun: RM1,550
  • 2 – 5 tahun: RM1,990
  • 5 – 10 tahun: RM2,740
  • 10 – 15 tahun: RM3,400
  • 15 – 20 tahun: RM3,640
  • 20 tahun ke atas: RM3,880

Untuk pengetahuan anda, pekerjaan ini mendapat permintaan yang tinggi dari golongan ibu bapa dan pusat asuhan.

Tajuk Resume - Perkenalkan diri anda


Perkenalkan diri di bahagian pertama resume pengasuh anda dengan memasukkan nama penuh, nombor telefon, alamat e-mel dan lokasi anda. Pastikan maklumat yang anda sertakan tepat dan relevan dengan pemohonan kerja terkini anda. Ini kerana, kadang kala pemohon menyertakan maklumat yang tidak berkaitan seperti gambar berukuran pasport dan tarikh lahir mereka di ruangan ini. Jadi, sila elakkan kesilapan begitu.

Berikut ialah contoh tajuk resume yang ringkas tetapi tepat untuk rujukan anda:

BETUL
Sita Kenny
Pengasuh Kanak-kanak
013-310 1300
sita.nanny@yahoo.com
Kuala Lumpur, MY


Pada masa yang sama, pemohon sering kali menyertakan alamat e-mel bagi memudahkan prospek majikan untuk menghubungi mereka. Jadi, pastikan alamat e-mel yang anda sertakan menunjukkan nama sebenar serta/atau pekerjaan anda seperti di dalam contoh di atas.

Rumusan Profesional - Simpulkan kelayakan anda


Selepas butiran pengenalan diri, berikan ringkasan profesional yang menarik bagi menyerlahkan pengalaman, kemahiran, dan kewibawaan anda yang relevan bagi bidang kerja yang memerlukan anda bergaul bersama kanak-kanak. Gunakan bahagian ini untuk menarik perhatian majikan yang berpotensi dan membuat mereka bersemangat untuk terus membaca.

Berikut ialah contoh yang betul untuk menulis rumusan profesional yang terbaik bagi jawatan sebagai seorang pengasuh profesional:

BETUL
Rumusan Profesional
Pengasuh yang penyayang dan berdedikasi dengan lebih daripada 5 tahun pengalaman berkhidmat dalam bidang penjagaan yang kanak-kanak dari semua peringkat umur. Mahir dalam mewujudkan persekitaran yang selamat, memupuk serta merangsang perkembangan kanak-kanak. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan seorang yang rapi, disamping iklhlas dalam memastikan tumbesaran kanak-kanak berkembang maju. Mempunyai kemahiran CPR dan Pertolongan Cemas yang diperakui.


Walaupun bahagian ini perlu ditulis secara ringkas, anda harus memastikan kandungannya terdiri daripada tiga ke lima ayat. Elakkan juga menggunakan perkataan yang terlalu ringkas, di mana ia kurang meyakinkan para perekrut. Contohnya seperti di bawah ini:

SALAH
Rumusan Profesional
Pengasuh kanak-kanak yang penyayang, peka dan teratur. Boleh mengendalikan kanak-kanak serta bayi berumur 5 bulan ke atas. Mencari peluang pekerjaan yang lebih bagus serta positif untuk mengembangkan bakat saya.


Pengalaman Kerja - Terangkan tanggungjawab yang anda laksanakan


Perincikan pengalaman profesional anda dalam susunan kronologi terbalik, bermula dengan kedudukan terkini atau semasa anda. Sertakan nama keluarga atau agensi yang anda bekerja, jawatan anda, tarikh pekerjaan, dan penerangan ringkas tentang tanggungjawab dan pencapaian anda. Contohnya ialah seperti di bawah ini:

Pengalaman Kerja
Taska Bestari
Pengasuh Taska
Mac 2019 – sekarang
  • Bertannggungjawab dalam menjaga dua kanak-kanak, berumur 3 dan 6 tahun, bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka.
  • Menjadualkan aktiviti pembelajaran yang menarikuntuk menggalakkan perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak.
  • Menyediakan makanan dan makanan ringan berkhasiat, dengan mengambil kira faktor seperti alahan pemakanan.
  • Memudahkan rutin harian, termasuk masa mandi, berpakaian, dan rutin waktu tidur.
  • Mengekalkan persekitaran yang bersih dan teratur, termasuk tugas pengemasan ringan.
Agensi Asuhan Kanak-kanak Cerdas
Pengasuh Kanak-kanak
Januari 2018 – Februari 2019
  • Menyediakan penjagaan sepenuh masa untuk bayi, memastikan persekitaran yang selamat dan memupuk.
  • Menyediakan rutin untuk makan, masa tidur, dan masa bermain.
  • Terlibat dalam permainan interaktif untuk menggalakkan kemahiran motor dan pembangunan deria.
  • Membantu melakukan kerja rumah ringan seperti mencuci pakaian, penyediaan makanan, dan menyapu lantai.
  • Berkomunikasi secara kerap dengan ibu bapa untuk memberikan maklumat terkini mengenai kemajuan serta perkembangan kanak-kanak.


Bagaimana pula jika anda tidak mempunyai pengalaman kerja khusus sebagai pengasuh?

pengasuh CV


Anda masih lagi boleh memohon kerja sebagai pengasuh walaupun tidak mempunyai pengalaman sebenar sebagai pengasuh. Sebagai contoh, anda mungkin pernah bekerja sebagai penjaga orang dewasa. Pekerjaan sedemikian memerlukan individu yang penyabar serta penyayang. Bahkan, anda juga harus mempunyai kemahiran khusus seperti penjagaan makanan dan memberikan ubat-ubatan mengikut waktu yang ditetapkan oleh pihak hospital.

Contoh bahagian pengalaman kerja yang relevan dengan jawatan pengasuh ialah seperti berikut:

Pengalaman Kerja
Rumah Seri Kenangan
Penjaga Orang Tua
Mei 2021 – sekarang
  • Menyediakan penjagaan ihsan kepada individu tua di pusat jagaan dewasa, membantu dengan aktiviti harian dan rutin penjagaan diri.
  • Membantu dalam melakukan aktiviti mobiliti, pemindahan, dan ambulasi menggunakan teknik dan peralatan yang betul.
  • Memberi ubat-ubatan mengikut jadual yang ditetapkan dan mencatat perkembangan mereka untuk tujuan pemerhatian kesihatan harian.
  • Menyediakan makanan berkhasiat, dengan mengambil kira sekatan diet dan keutamaan penghuni.
  • Berbual dan melakukan aktiviti yang bermakna untuk menggalakkan kesejahteraan emosi.
  • Membantu melakukan tugas pengemasan ringan, termasuk cucian dobi, mengemas ruangan tidur, dan mengekalkan ruang tamu yang bersih dan teratur.


Tahap Pendidikan - Apa yang anda perlukan untuk layak memohon?

pengasuh CV


Sebagai seorang pengasuh kanak-kanak, anda mungkin perlu memiliki sijil diploma atau sarjana muda dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Tetapi ini bergantung dengan tempat serta skop kerja yang anda lakukan. Tetapi jika anda ingin bekerja di pusat jagaan kanak-kanak yang berprestij, memiliki sijil pendidikan yang diiktiraf sangat berguna. Tambahan pula, ini akan menjadi garis ukur kepada berapa gaji yang akan anda terima.

Berikut ialah contoh ringkas dan tepat untuk menulis bahagian tahap pendidikan di resume anda:

BETUL
Tahap Pendidikan
UiTM Sarawak
Sarjana Muda Sains Pendidikan Awal Kanak-kanak
November 2017


Untuk bahagian ini, anda digalakkan untuk menyatakan tahap pendidikan tertinggi anda terlebih dahulu. Kemudian, barulah diikuti dengan tahap pendidikan rendah anda.

Kemahiran yang Wajib Dimiliki oleh Seorang Pengasuh


Sebagai pengasuh kanak-kanak, memiliki sikap penyayang dan penyabar sangat penting. Ini kerana, memegang tanggungjawab yang berat di dalam membentuk perilaku serta sahsiah kanak-kanak yang anda jaga. Ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke dalam jagaan anda juga menaruh harapan tinggi dalam memastikan anak mereka dibesarkan di dalam suasana yang ceria dan penuh kasih sayang.

Jadi, di dalam resume anda, pastikan anda meyakinkan perekrut atau ibi bapa bahawa anda memiliki kemahiran insaniah ini disamping kemahiran asas lain. Anda boleh menyenaraikan kemahiran yang anda miliki seperti berikut:

Kemahiran Utama:

  • Keselamatan dan Kesejahteraan Kanak-kanak
  • Penyediaan Aktiviti yang Sesuai dengan Umur
  • Penyediaan Makanan dan Pemakanan
  • Pengurusan Isi Rumah
  • Komunikasi Berkesan
  • Kesabaran dan Fleksibiliti


Sijil Kemahiran - Buktikan kelayakan yang anda miliki


Selain daripada perlu memiliki tahap pendidikan yang diperlukan, memiliki sijil rawatan cemas dan CPR juga sangat berguna. Ini akan memastikan resume anda tampak lebih meyakinkan jika dibandingkan dengan pemohon lain yang turut memohon jawatan yang sama. Cara yang betul untuk menyenaraikan sijil anda adalah seperti berikut:

BETUL
Sijil Kemahiran
  • Sijil Pertolongan Kecemasan
  • Sijil CPR


Maklumat Orang Rujukan


Jika anda pernah bekerja sebelum ini, anda boleh meminta kebenaran daripada bekas penyelia anda untuk menggunakan mereka sebagai orang rujukan. Cara yang betul untuk menyenaraikan maklumat orang rujukan ialah seperti berikut:

BETUL
Orang Rujukan
Mdm. Cho Ing Lee
cho.cerdas@yahoo.com
082-098 8762


Anda boleh menyenaraikan sehingga tiga orang rujukan di dalam resume anda. Pastikan anda menggunakan tanda peluru bagi memastikan resume anda sentiasa kelihatan kemas dan teratur.

Maklumat Lain yang Boleh Anda Nyatakan


Selain daripada bahagian utama resume yang kami telah bincangkan di atas, anda juga boleh menyatakan maklumat penting lain yang boleh membantu pemohonan kerja anda. Sebagai contoh, jika anda fasih bertutur dan membaca menggunakan lebih daripada dua bahasa, sila nyatakan di dalam resume anda. Contohnya seperti berikut:

Bahasa yang fasih anda gunakan

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Mandarin

Sebaik-baiknya, sila nyatakan juga tahap penguasaan bahasa anda. Ini boleh dibuktikan dengan gred yang anda capai semasa peperiksaan SPM atau sijil penguasaan bahasa yang diiktiraf.

Rangka Utama Sebuah Resume


Untuk makluman anda, resume yang lengkap harus dibina dengan menggunakan rangka utama ini:

  • Tajuk resume
  • Rumusan profesional
  • Pengalaman kerja
  • Pendidikan
  • Bahagian tambahan
    • Sijil profesional
    • Kemahiran
    • Orang rujukan
    • Bahasa

Apabila anda menulis resume, anda juga digalakkan untuk menggunakan format resume yang sesuai dengan pengalaman kerja anda. Berikut adalah penjelasan lengkap mengenai format utama resume:

Tiga format utama resume

Terdapat tiga format utama resume yang boleh anda pilih. Format pertama dan juga format yang kami syorkan untuk pemohonan jawatan sebagai pengasuh yang berpengalaman ialah format resume gabungan (kronologi terbalik + praktikal. Di dalam contoh resume sebenar di atas, kami menggunakan format ini.

Format resume seterusnya ialah format kronologi terbalik. Format ini memberikan penekanan kepada susunan kronologi kerja dan pendidikan anda. Pastikan anda menyusun maklumat mengikut urutan masa yang terkini dan barulah diikuti dengan yang sebelumnya.

Format resume ketiga ialah format praktikal. Format ini lebih sesuai digunakan oleh individu yang tidak mempunyai pengalaman khusus sebagai pengasuh. Namun begitu, pemohon yang mempunyai kemahiran yang diperlukan boleh menggunakan format resume ini. Ini kerana, ia akan menonjolkan lagi kemahiran kerja anda.

Rumusan - Cara terbaik untuk mendapatkan resume pengasuh yang hebat


Di dalam panduan lengkap ini, kami telah berkongsi denga anda cara mudah untuk menulis sebuah resume yang boleh memikat hati perekrut. Kami juga turut memberikan anda contoh kesilapan umum yang dilakukan oleh pemohon semasa menulis resume. Semoga panduan ini bermanfaat dan boleh membantu mendapatkan pekerjaan idaman anda.

Surat Iringan - Wajibkah anda menyertakannya?


Surat iringan kadang kali diwajibkan oleh para majikan. Jadi sebagai pemohon, anda harus tahu cara yang betul untuk menyediakan surat ini. Secara umum, surat iringan adalah huraian kepada resume yang anda hantar. Ia mengandungi semua maklumat penting bagi meyakinkan perekrut mengapa anda layak untuk dipilih sebagai pengasuh.

Untuk membantu anda menulis surat iringan buat kali pertama, anda digalakkan untuk merujuk contoh resume pengasuh kami pada bila-bila masa!

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Soalan Lazim Mengenai Resume Pengasuh

Untuk membantu anda menulis resume dengan lebih cekap, kami telah mengenal pasti soalan-soalan yang sering ditanya oleh para pemohon. Kami juga menyediakan jawapan kepada persoalan-persoalan yang ditanya di dalam bahagian seterusnya ini. Berikut adalah soalan-soalan yang boleh anda rujuk:

Apakah saiz fon yang sesuai digunakan untuk menulis resume?

Saiz fon yang sesuai digunakan ialah saiz 10 pts hingga ke saiz 12 pts sahaja. Saiz fon yang digunakan harus mudah dibaca dan boleh membantu resume anda kelihatan rapi serta teratur.

Apakah stail fon yang sesuai digunakan untuk menulis resume?

Anda digalakkan untuk menggunakan stail fon seperti Helvetica, Arial, Tahoma, Times New Roman, dan juga Verdana.

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche