Anda kini memegang jawatan sebagai eksekutif dalam industri pengeluaran atau pertanian. Pengalaman yang anda miliki juga lebih luas. Jadi, anda mungkin ingin cabaran yang lebih memuaskan dalam kerjaya anda.
Mari lihat resume sebenar yang dihantar untuk pemohonan kerja sebagai pengurus projek di sebuah syarikat di Malaysia.
Ravi Singh Penolong Pengurus Projek 010-5432 789 ravisingh@yahoo.com Ipoh, MY linkedin.com/ravisingh
Ringkasan Profesional Penolong Pengurus Projek yang mempunyai 5 tahun pengalaman dalam pengurusan projek yang strategik serta pengoptimuman sumber. Mempunyai kemahiran yang tinggi dalam berunding dengan pihak berkepentingan bagi memastikan kerjasama yang berpanjangan. Turut boleh memimpin dan mengetuai dua projek pembina dengan cemerlang.
Pengalaman Penolong Pengurus Projek Kits & Mill Construction Mei 2019 – hingga sekarang
Merangka jadual pengurusan, belanjawan, serta pelan pengurusan sumber.
Menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan perjalanan projek termasuklah berhubung dengan pihak berkepentingan mengenai kemajuan projek.
Mengadakan mesyuarat secara berkala bersama pasukan pengurusan bagi memastikan projek dilaksanakan siap dalam jangka masa yang ditetapkan.
Bekerjasama dengan pasukan kawalan mutu bagi menjamin kepuasan pelanggan pada tahap 95% atau lebih setiap tahun.
Penyelaras Projek Maxim Sdn. Bhd. Mei 2018-April 2019
Membantu pengurus projek dengan pengagihan jadual, pengiraan belanjawan dan pelan perkembangan projek.
Malakukan kajian serta analisis bagi mengenal pasti kekangan serta jalan penyelesaian yang boleh diambil untuk memastikan kelancaran projek.
Membantu dalam aktiviti kawalan mutu serta, merekod perbelanjaan yang telah digunakan, dan menyediakan laporan terkini mengenai perkembangan projek.
Pendidikan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Mara November 2017
Diploma Kejuruteraan Awam Politeknik Melaka November 2014
Sijil
Ahli berdaftar Lembaga Kejuruteraan Malaysia (BEM)
Pengurus Pembinaan Bertauliah (CCPM)
Rujukan IR. Kevinder Singh Pengarah Kits Mil Construction kev.singh@kitsmil.com 03-675 089
Oleh itu, anda harus melengkapkan diri dengan kemahiran menulis resume yang lebih profesional.
Dalam panduan ini, kami akan mengetengahkan kepada anda cara serta format penulisan resume terbaru untuk pemohonan kerja sebagai Pengurus Projek. Sebelum itu, kami ingin memaklumkan bahawa templat resume pengurus projek ini boleh dimuat turun pada bila-bila masa sebagai panduan anda.
Contoh Resume Pengurus Projek Sebenar Di Bawah Ini
Bagi memastikan anda mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai panduan ini, berikut adalah apa yang akan kita bincangkan:
contoh sebenar resume
permintaan terhadap kepakaran dalam bidang pengurusan projek di Malaysia
struktur utama sebuah resume
cara menulis setiap bahagian resume anda
cara mengenal pasti kata kunci untuk dimasukkan dalam resume anda
kesalahan umum yang perlu dielakkan
tiga format utama resume
Peluang Pekerjaan Dalam Bidang Pengurusan Projek di Malaysia
Di Malaysia, peluang pekerjaan yang memerlukan tenaga pekerja mahir seperti dalam bidang kejuruteraan sangat tinggi. Memandangkan bidang pengurusan projek adalah sebahagian daripada bidang kejuruteraan, kami akan berkongsi dengan anda statistik purata gaji serta jawatan kerja kosong dalam bidang ini.
Berikut adalah purata gaji tahunan untuk individu yang memegang jawatan sebagai pengurus projek menurut laman Salary Explorer:
0-2 tahun pengalaman: RM4,190
2-5 tahun pengalaman: RM5,780
5-10 tahun pengalaman: RM8,220
10-15 tahun pengalaman: RM10,000
15- 20 tahun pengalaman: RM10,600
Untuk maklumat anda, laman Jobstreet Malaysia mengiklankan lebih lapan ribu jawatan kosong dalam bidang pengurusan projek. Industri yang diiklankan termasuklah industri pembinaan, automotif, permainan, perbankan, perniagaan dan banyak lagi.
Cara Menulis Resume Anda yang Betul
Untuk memudahkan anda mengikuti panduan yang kami kongsikan di sini, sila gunakan templat resume pengurus projek yang anda boleh muat turun dalam panduan ini. Seperti yang anda sedia maklum, cara penulisan resume yang terkini tidak sama seperti yang digunakan pada tahun-tahun sebelum ini.
Jika anda ingin memastikan pemohonan kerja anda berjalan dengan lancar, pastikan anda menggunakan cara serta format penulisan pengurus yang terkini. Menggunakan cara penulisan resume yang terkini adalah penting. Ini kerana, kebanyakan majikan hanya menerima pemohonan yang menepati standard mereka.
Struktur atau Rangka Utama Resume yang Diiktiraf
Semasa menulis resume anda, pastikan anda merangkumkan perkara-perkara di bawah:
Tajuk atau pengepala resume anda
Ringkasan profesional atau objektif resume
Pengalaman bekerka
Latar belakang akademik
Sijil
Rujukan
atau pencapaian lain (bahasa, kerja amal dan kemahiran)
Tips menulis resume anda agar mudah dibaca
Mempunyai kemahiran atau pengalaman bekerja tidak semestinya akan membantu resume anda untuk berjaya ditapis oleh perisian penapis resume seperti Applicant Tracking System. Perisian sebegini digunakan bagi menapis pemohonan yang layak untuk pergi ke peringkat lebih tinggi lagi, iaitu saringan oleh pihak pengurusan sumber manusia. Oleh itu, ikuti tips-tips mudah di bawah ini:
Semak iklan jawatan kosong dan kenal pasti kata kunci yang tertera (cth: kemahiran yang diperlukan)
Masukkan kata kunci tersebut ke dalam resume anda (dalam bahagian pengalaman atau kemahiran yang dimiliki)
Guna saiz fon yang mudah dibaca (10pts-12pts)
Guna stail fon formal (Tahoma, New Times Roman, Arial)
Gunakan warna fon hitam atau gelap
Format utama resume yang boleh anda gunakan
Secara umumnya, terdapat tiga format utama yang boleh anda pilih sebagai format resume pengurus projek anda. Ketiga-tiga format ini direka berdasarkan pengalaman yang dimiliki oleh pemohon.
Format kronologi
Format resume ini sesuai digunakan jika anda mempunyai pengalaman bekerja yang lama dalam bidang pengurusan projek. Di mana, anda juga mungkin pernah berkhidmat di lebih daripada dua syarikat.
Oleh itu, di dalam resume, anda akan menyusun pengalaman bekerja anda mengikut urutan yang terkini dan barulah diikuti dengan tempat kerja anda sebelum itu.
📌Tip: Rujuk kembali contoh resume sebenar kami di atas untuk melihat format kronologi.
Format praktikal
Format resume praktikal sesuai digunakan jika anda baru menamatkan pengajian. Atau dengan erti kata lain, tahun perkhidmatan anda tidak begitu banyak. Tetapi, anda mungkin mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk bidang yang dipohon. Jadi, format praktikal sesuai untuk digunakan.
Format gabungan
Format gabungan merupakan gabungan antara format resume kronologi dan praktikal. Untuk pemohonan kerja sebagai pengurus projek yang memiliki pengalaman lebih daripada lima tahun, anda boleh menggunakan format ini.
Pengepala atau Tajuk Resume
Pengepala atau tajuk resume merujuk kepada maklumat seperti nama serta jawatan yang anda pohon. Maklumat ini terletak di bahagian atas kiri resume anda. Sebagai contoh:
BETUL
Ravi Singh
Penolong Pengurus Projek
010-5432 789 ravisingh@yahoo.com
Ipoh, MY
linkedin.com/ravisingh
Kesalahan utama yang dilakukan oleh pemohon dalam bahagian ini adalah seperti berikut:
SALAH
Ravi Singh
Penolong Pengurus Projek
010-5432 789 raviskinhead@yahoo.com
No.9, Tingkat 6, Pangsapuri Perdana,
Taman Meloh, 30 000 Ipoh,
Perak, MY
linkedin.com/ravisingh
🛑 Pastikan alamat e-mel anda profesional dan alamat surat menyurat tidak perlu disertakan.
Ringkasan Profesional
Ringkasan profesional turut merujuk kepada rumusan profesional. Di bahagian ini, anda perlu menyimpulkan maklumat mengenai tanggungjawab yang berjaya anda laksanakan serta kemahiran dan sumbangan yang anda pernah berikan kepada majikan anda sebelum ini.
Berikut adalah contoh ringkasan profesional yang betul:
BETUL
Ringkasan Profesional
Penolong Pengurus Projek yang mempunyai 5 tahun pengalaman dalam pengurusan projek yang strategik serta pengoptimuman sumber. Mempunyai kemahiran yang tinggi dalam berunding dengan pihak berkepentingan bagi memastikan kerjasama yang berpanjangan. Turut boleh memimpin dan mengetuai dua projek pembina dengan cemerlang.
Pastikan ringkasan profesional anda tidak terlalu ringkas seperti di bawah ini:
SALAH
Ringkasan Profesional
Berpengalaman dalam pengurusan projek pembinaan selama tiga tahun. Mahir menggunakan perisian Autocad dan seorang yang profesional.
🛑 Contoh di atas terlalu ringkas dan kurang meyakinkan prospek majikan anda.
Pengalaman Bekerja
Untuk memohon jawatan sebagi pengurus projek, anda harus mempunyai bukti yang menyatakan anda pernah berkhidmat dalam bidang yang anda pohon sekurang-kurangnya 5 tahun. Cara yang betul untuk menyenaraikan tugasan serta tempat kerja anda sebelum ini adalah seperti berikut:
BETUL
Pengalaman
Penolong Pengurus Projek
Kits & Mill Construction
Mei 2019 – hingga sekarang
Merangka jadual pengurusan, belanjawan, serta pelan pengurusan sumber.
Menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan perjalanan projek termasuklah berhubung dengan pihak berkepentingan mengenai kemajuan projek.
Mengadakan mesyuarat secara berkala bersama pasukan pengurusan bagi memastikan projek dilaksanakan siap dalam jangka masa yang ditetapkan.
Bekerjasama dengan pasukan kawalan mutu bagi menjamin kepuasan pelanggan pada tahap 95% atau lebih setiap tahun.
Penyelaras Projek
Maxim Sdn. Bhd.
Mei 2018-April 2019
Membantu pengurus projek dengan pengagihan jadual, pengiraan belanjawan dan pelan perkembangan projek.
Malakukan kajian serta analisis bagi mengenal pasti kekangan serta jalan penyelesaian yang boleh diambil untuk memastikan kelancaran projek.
Membantu dalam aktiviti kawalan mutu serta, merekod perbelanjaan yang telah digunakan, dan menyediakan laporan terkini mengenai perkembangan projek.
Kesilapan umum yang dilakukan oleh pemohon dalam bahagian ini adalah seperti di bawah ini:
SALAH
Penyelaras Projek
H&L Construction. Sdn Bhd
Mac 2021-sekarang
Menyelaras projek
Berhubung dengan klien
Menyediakan laporan bulanan
🛑 Contoh di atas terlalu ringkas. Anda perlu menyatakan kemahiran yang berkaitan dengan kerja yang dipohon bersama dengan tanggungjawab yang anda laksanakan.
Bagaimana jika anda tidak menepati bilangan tahun pengalaman bekerja yang diperlukan............
Anda masih lagi boleh mencuba nasib untuk memohon kerja idaman anda walaupun tidak mempunyai tahun pengalaman bekerja yang diminta oleh para majikan prospek. Anda cuma perlu menyatakan semua tanggungjawab yang anda pernah laksanakan dari peringkat latihan industri hinggalah sekarang.
📌 Tip: Buktikan anda masih layak dengan menyatakan kemahiran utama yang diminta oleh para perekrut.
Tahap Pendidikan Anda
Perkara utama yang anda perlu lakukan adalah semak iklan jawatan yang anda ingin pohon. Dari sana, anda dapat melihat tahap pendidikan minimum yang diperlukan untuk layak memohon jawatan yang anda idamkan. Untuk tahap pengurusan, anda sekurang-kurangnya perlu mempunyai sarjana muda dalam bidang yang berkaitan. Sebagai contoh, di bawah ini:
BETUL
Pendidikan
Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
Universiti Teknologi Mara
November 2017
Diploma Kejuruteraan Awam
Politeknik Melaka
November 2014
Untuk bahagian ini, anda harus menyatakan institut yang menganugerahkan anda sijil sarjana muda atau diploma yang anda miliki.
Sijil yang Berkaitan Dengan Kerja yang Dipohon
Bagi yang berkhidmat dalam industri pembinaan, anda harus memiliki sijil khusus yang akan membantu pemohonan anda lebih menyerlah. Berikut adalah cara menulis serta contoh sijil yang berkaitan dengan jawatan sebagai pengurus perojek:
BETUL
Sijil
Ahli berdaftar Lembaga Kejuruteraan Malaysia (BEM)
Pengurus Pembinaan Bertauliah (CCPM)
Jika anda memohon jawatan dalam industri perbankan dan kewangan, anda boleh menyenaraikan sijil-sijil berikut:
Penganalisis Kewangan Berkanun (CFA)
Akauntan Pengurusan Bertauliah (CMA)
Orang Rujukan yang Boleh Dihubungi
Anda digalakkan untuk menyertakan maklumat orang rujukan dalam resume anda. Ini bagi memudahkan majikan prospek untuk mendapatkan pengesahan mengenai kelayakan anda. Senaraikan nama seperti CEO, atau pengurus anda sebagai orang rujukan. Sebagai contoh:
Rujukan
IR. Kevinder Singh
Pengarah Kits Mil Construction kev.singh@kitsmil.com
03-675 089
🛑 Jangan guna kenalan terdekat anda sebagai orang rujukan.
Kemahiran Utama yang Harus Disenaraikan Dalam Resume
Terdapat dua kemahiran atau kecekapan utama yang anda harus nyatakan dalam resume seorang pengurus projek. Dua kemahiran tersebut adalah seperti berikut:
Kecekapan teknikal
Kebolehan menggunakan perisian pengurusan projek seperti Microsoft Project
Analisis data
Pengurusan risiko
Penulisan teknikal
Memahami serta boleh mengendalikan metodologi tangkas
Pengurusan perbelanjaan
Pengurusan orang kepentingan
Kawalan mutu dan lain-lain
Kemahiran insaniah
Komunikasi
Boleh memimpin
Pengurusan pasukan
Pengurusan masa
Penyelesaian masalah
Kepintaran emosi
Pemikiran kritis
Pemikiran strategik
Perkara lain yang boleh dimasukkan
Anda juga boleh memasukkan informasi lain yang boleh membantu pemohonan anda. Sebagai contoh, bahasa yang fasih anda tuturkan secara profesional. Ataupun, pencapaian lain yang membantu anda kelihatan lebih berwibawa serta berdisipilin.
Kesimpulan
Di dalam panduan ini, anda dapat melihat dengan jelas perkara utama yang perlu dilakukan untuk memastikan resume anda kelihatan profesional. Berikut merupakan perkara utama yang harus anda ingat:
pilih format resume bersesuaian dengan kemahiran atau pengalaman yang dimiliki
kenal pasti kata kunci dalam iklan kerja dan masukkan ke dalam resume anda
guna saiz, stail dan warna tulisan yang mudah dibaca
Surat Iringan atau Cover Letter
Anda perlu menyertakan surat iringan beserta dengan resume untuk memohon kerja yang anda mahukan. Anda boleh menggunakan panduan ini untuk menulis surat iringan jika ini kali pertama anda menulis surat sebegini. Secara umumnya, surat iringan adalah huraian yang lebih lengkap dan panjang mengenai kecekapan anda yang ada dinyatakan di dalam resume. Bezanya, anda boleh menulis lebih daripada satu muka surat.
The rich text element allows you to create and format headings, paragraphs, blockquotes, images, and video all in one place instead of having to add and format them individually. Just double-click and easily create content.
Static and dynamic content editing
A rich text element can be used with static or dynamic content. For static content, just drop it into any page and begin editing. For dynamic content, add a rich text field to any collection and then connect a rich text element to that field in the settings panel. Voila!
How to customize formatting for each rich text
Headings, paragraphs, blockquotes, figures, images, and figure captions can all be styled after a class is added to the rich text element using the "When inside of" nested selector system.
This is some text inside of a div block.
What’s a Rich Text element?

Soalan Lazim
Perlukah saya menyertakan gambar berukuran passport dalam resume yang dihantar?
Jika tidak dinyatakan dalam keperluan pemohonan kerja, jangan sertakan gambar berukuran passport anda. Ini bagi memastikan pihak perekrut dapat melakukan pemilihan yang lebih adil serta saksama.
Berapa muka suratkah resume yang kelihatan profesional?
Sebuah resume yang profesional tidak akan melebihi satu muka surat. Isi kandungan yang dinyatakan harus ditulis secara ringkas, tetapi padat.
Berapa lamakah tempoh yang digunakan oleh perkerut untuk memproses pemohan kerja?
Setelah menerima resume dan pemohonan kerja anda, perekrut memerlukan masa tiga hari sehingga dua minggu untuk menentukan sama ada anda layak untuk dipanggil temu duga.
Buat resume anda dalam masa 15 minit
Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.