Memandangkan anda berada di sini, kami akan berkongsi panduan penulisan resume yang betul. Di samping itu, kami turut menyediakan templat resume penulis yang boleh anda muat turun pada bila-bila.
Di dalam panduan ini, kami akan membentangkan contoh resume penulis yang sebenar. Untuk memastikan anda tidak melakukan kesilapan yang dilakukan oleh kebanyakan pemohon dalam resume mereka, kami akan menyediakan contoh resume yang betul dan juga yang kurang tepat.
Untuk itu, jom teruskan membaca panduan resume penulis terbaik ini!
Contoh Resume Penulis Sebenar di Malaysia
Formula penulisan resume penulis yang berkesan tidaklah sesukar mana. Apa yang penting, anda harus bijak menyusun inti pati cv anda. Untuk memastikan anda tidak terlepas pandang akan kriteria resume yang hebat, mari kami perkenalkan apa yang akan dibincangkan dalam panduan ini:
Tangga Gaji Serta Peluang Pekerjaan Penulis di Malaysia
Banyak faktor memain peranan dalam menentukan bayaran gaji penulis di Malaysia. Antaranya ialah pengalaman bekerja, tahap pendidikan atau pensijilan yang dimiliki, serta, bidang kepakaran anda. Sebagai contoh: teknikal, kreatif dan iklan.
Berikut merupakan purata gaji keseluruhan bagi kerjaya ini di Malaysia menurut laporan dari Payscale.
Menurut Jobstreet, gaji purata seorang penulis di Malaysia sebulan adalah antara RM2,600 hingga RM3,800. Jika anda ingin tahu, permintaan terhadap individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini agak tinggi. Di mana, iklan jawatan kosong di Jobstreet menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 8,006 kekosongan bagi pekerjaan ini di Malaysia.
Cara Menulis Resume yang Profesional
Memandangkan banyak templat serta panduan menulis resume ada di luar sana, anda mungkin rasa semua contoh yang ada sesuai untuk digunakan bagi seorang penulis. Malangnya, tidak. Ini kerana, kebanyakan contoh yang ada dalam talian tidak diiktiraf oleh badan profesional serta belum dikemas kini.
Bagi memudahkan anda, panduan penulisan resume ini turut menyertakan pautan ke laman muat turun templat resume profesional kami untuk anda yang ingin berkecimpung dalam bidang penulisan. Untuk makluman, sebuah resume yang baik dibina berdasarkan rangka di bawah ini:
Rangka utama sebuah resume
Sebuah resume tanpa mengira apa jua jawatan yang dipohon melaluinya memerlukan rangka-rangka di bawah ini untuk menghasilkan sebuah cv yang lengkap dan profesional.
Cara penyusunan kandungan resume yang teratur
Dengan menggunakan rangka di atas untuk menghasilkan resume, anda kini lebih tahu maklumat apa yang perlu dimasukkan ke dalam resume anda. Tetapi ini tidak cukup. Anda masih lagi perlu memastikan bahawa maklumat yang ditulis mudah difahami dan menarik perhatian para perekrut.
Seterusnya, mari lihat beberapa kriteria lain yang perlu anda rangkumi dalam resume anda. Antaranya ialah:
Tiga format utama resume profesional
Terdapat tiga format resume utama yang anda boleh pilih. Pemilihan format yang ingin anda gunakan haruslah berdasarkan pengalaman serta kemahiran yang anda miliki.
Format Resume Kronologi
Format ini boleh digunakan oleh mana-mana pemohon yang pernah bekerja dalam bidang yang dipohon. Anda juga mungkin pernah bekerja dengan beberapa syarikat berbeza. Jadi format resume kronologi sesuai untuk digunakan.
Format resume ini menekankan susunan kerja yang terkini dan barulah diikuti dengan sebelumnya.
Format Resume Praktikal
Untuk mereka yang baru sahaja menceburi bidang penulisan, anda digalakkan untuk menggunakan format resume praktikal. Di mana, anda perlu lebih memfokuskan kemahiran berbanding dengan pengalaman yang dimiliki.
Format Resume Gabungan (Praktikal + Kronologi)
Jika anda memiliki pengalaman bekerja lebih daripada 10 tahun dalam bidang yang diceburi, gunakan format gabungan. Ia akan membantu resume anda tampak lebih tersusun dan profesional.
Tajuk & Maklumat Untuk Dihubungi
Tajuk yang dimaksudkan dalam resume anda adalah maklumat seperti nama penuh, nombor telefon, alamat emel dan pautan ke profil digital anda seperti Linkedin. Untuk bahagian ini, anda tidak perlu menyertakan alamat rumah penuh anda.
Ingat, resume yang terbaik tidak melebihi satu muka surat.
Berikut adalah contoh tajuk resume yang betul:
Di bawah pula contoh tajuk resume yang kurang tepat:
Ringkasan Profesional atau Objektif Resume
Setelah menulis maklumat seperti nama penuh serta jawatan yang anda pohon, kini anda perlu merangkumkan bahagian penting seterusnya iaitu ringkasan profesional. Sesetengah pemohon mungkin akan menggantikan bahagian ringkasan profesional kepada objektif resume. Ini terpulang kepada berapa tahun anda pernah berkhidmat dalam bidang yang dipohon.
Jika anda ingin menggunakan ringkasan profesional, berikut adalah contoh betul yang boleh anda rujuk:
Elakkan melakukan kesilapan di bawah dalam ringkasan profesional anda:
Bahagian Pengalaman Kerja
Setelah menyatakan ringkasan profesional, anda kini boleh menyenaraikan tanggungjawab yang anda pernah pikul di satu atau lebih syarikat. Lihat contoh di bawah sebagai rujukan anda:
Seterusnya, mari elakkan kesalahan berikut semasa anda menghuraikan tanggungjawab yang anda pernah laksanakan di tempat kerja:
Apa yang anda perlu lakukan sekiranya baru sahaja menamatkan pengajian?
Jika anda baru sahaja menamatkan pengajian tetapi ingin menceburkan diri dalam bidang ini, usah risau akan tahun pengalaman perkhidmatan yang diperlukan. Sebaliknya, fokus kepada kemahiran atau tugasan yang anda lakukan semasa latihan industri.
Latar Belakang Akademik
Bahagian penting seterusnya yang harus ada dalam semua resume adalah latar belakang akademik pemohon. Tahap pelajaran yang tertinggi diperlukan oleh seorang penulis pemasaran ialah MBA ataupun turut dikenali sebagai Sarjana Pentadbiran Perniagaan.
Memiliki pengetahuan dalam bidang pemasaran membolehkan anda memahami cara bagaimana untuk meyakinkan pembaca untuk membeli produk yang dipasarkan. Berikut adalah contoh latar belakang akademik di dalam resume:
Bahagian Kemahiran - Apa yang wajib anda nyatakan?
Sebagai penulis, anda tidak semestinya perlu arif dalam tatabahasa. Di dalam dunia pemasaran, inti pati penulisan yang boleh membantu meningkatkan jualan lebih penting lagi dari penggunaan tatabahasa yang kukuh. Jadi, jom lihat senarai kemahiran yang harus dimiliki oleh seorang penulis di bawah ini:
Kemahiran teras:
Kemahiran Insaniah
Bahagian lain yang boleh disertakan dalam resume
Bahagian lain yang boleh disertakan dan dapat membantu pemohonan anda dipertimbangkan adalah seperti berikut:
Sijil yang dimiliki
Anda boleh menampilkan semua sijil yang anda miliki beserta dengan borang permohonan kerja anda. Tetapi sebelum itu, pastikan sijil-sijil tersebut disenaraikan terlebih dahulu di dalam resume anda. Antara sijil yang berkaitan dengan kerjaya seorang penulis ialah:
Jika anda pernah meyertai sebarang pertandingan kebangsaan seperti SUKMA, Sukan SEA, Piala Dunia, atau sijil berjaya menawan Gunung Kinabalu sekali pun, senaraikan sahaja dalam resume anda. Sijil-sijil sebegini akan membuktikan bahawa anda memiliki perwatakan yang berdisiplin dan positif.
Kerja Amal
Anda juga boleh menyatakan sebarang kerja amal yang anda sertai semasa di universiti. Penyertaan anda dalam kerja-kerja sukarelawan akan memberikan pandangan bahawa anda boleh berkomunikasi dengan baik dengan orang awam. Kemahiran begini amat diperlukan oleh seorang penulis pemasaran.
Penguasaan bahasa asing
Seterusnya, jika anda fasih bertutur dan menulis dalam bahasa lain selain daripada bahasa Melayu, ini mampu membezakan pemohonan anda dengan pemohonan pemohon-pemohon lain. Dengan erti kata lain, ia adalah kelebihan bagi anda. Terutama sekali jika pekerjaan yang anda pohon memerlukan anda untuk fasih dalam menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu.
Sama seperti bahagian lain di dalam resume, senaraikan semua bahasa yang anda fasih gunakan mengikut urutan kefasihan. Jika anda mempunyai sijil pengesahan bahasa seperti TESL, TOEFL, ataupun CEFR, nyatakan semuanya di bahagian bahasa.
Orang rujukan
Anda boleh menyertakan maklumat orang rujukan yang boleh dihubungi oleh prospek majikan anda. Ibu bapa, ahli keluarga atau rakan anda tidak boleh digunakan sebagai orang rujukan. Sebaliknya, hanya individu profesional yang pernah menyelia anda sahaja boleh digunakan sebagai orang rujukan.
Berikut adalah contoh orang rujukan dalam resume anda:
Bina Resume yang Sesuai Untuk Kerjaya dalam Bidang Penulisan
Di dalam panduan ini, kita telah membicangkan dengan terperinci mengenai apa yang akan membantu resume anda kelihatan profesional. Secara kesimpulannya, berikut adalah sorotan penting mengenai panduan penulisan resume penulis yang terbaik:
Lampirkan Surat Iringan Bersama CV Penulis Anda
Perkara lain yang dapat membantu pemohonan anda dipertimbangkan adalah dengan menyertakan surat iringan. Surat iringan atau lebih dikenali sebagai cover letter ini penting dalam membantu pemohonan anda lulus ke peringkat yang lebih tinggi. Tambahan pula, jika anda tidak dapat menghuraikan kebolehan atau pencapaian anda dalam satu muka surat resume, gunakan surat iringan.
Jika ini kali pertama anda menulis sendiri surat iringan,usah risau. Ini kerana, anda sentiasa dialu-alukan untuk mendapatkan serta menggunakan cv penulis kami sebagai panduan. Untuk itu, kami berharap panduan lengkap penulisan resumes penulis ini akan membantu anda mendapatkan kerja yang anda impikan. Selamat maju jaya!