Walau bagaimanapun, sebelum anda dapat menunjukkan kemahiran ini secara peribadi, anda mesti terlebih dahulu menyediakan resume penyambut tetamu yang terbaik serta berkesan dalam menunjukkan kelayakan, pengalaman, dan pencapaian anda.
Dalam panduan ini, kita akan melihat komponen utama contoh resume penyambut tetamu yang menarik. Ini boleh membantu anda menulis resume yang profesional dan lebih menonjol lagi jika dibandingkan dengan pemohon yang lain. Tambahan pula, contoh serta tips yang kami kongsikan adalah disediakan serta diperakui sendiri oleh pakar kerjaya.Oleh itu, jom terus membaca bersama kami.
Gaji dan Peluang Pekerjaan Sebagai Penyambut Tetamu di MY
Tahukah anda, gaji purata seorang penyambut tetamu di Malaysia boleh mencecah RM3,260 sebulan? Jumlah ini dilaporkan oleh laman Salary Explorer. Pada masa yang sama, gaji bulanan penyambut tetamu bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya ialah:
Secara amnya, anda boleh menjangkakan gaji bulanan yang diterima dalam kadar berikut:
Untuk anda yang mencari peluang kerjaya sebagai penyambut tetamu di Malaysia, anda boleh menggunakan laman kerjaya seperti Linkedin, Jora atau Jobstreet. Di laman Jobstreetsebagai contoh, terdapat lebih lima ribu iklan kerja kosong sebagai penyambut tetamu diiklankan. Dengan erti kata lain, peluang pekerjaan di dalam bidang ini sangat tinggi.
Pilih Format Resume yang Sesuai Dengan Pengalaman Kerja
Format kronologi, praktikal dan gabungan adalah format resume yang paling popular. Format kronologi biasanya merupakan pilihan terbaik untuk jawatan penyambut tetamu. Format ini mengetengahkan sejarah profesional anda dalam susunan kronologi terbalik, bermula dengan kedudukan terkini anda.
Format praktikal pula hampir sama dengan format kronologi. Perbezaannya ialah, ia lebih menonjolkan kemahiran yang anda miliki dan bolegh digunakan dalam pekerjaan yangi ingin anda pohon. Jadi, pemohon yang tidak mempunyai pengalaman bekerja sebagai penyambut tetamu boleh menggunakan format ini.
Format resume seterusnya ialah format gabungan. Format ini menggabungkan resume kronologi dan resume praktikal. Untuk mereka yang memohon kerja yang memerlukan tahap pendidikan dan kemahiran yang tinggi, anda boleh menggunakan format resume ini.
Akhir sekali, setelah anda memilih format yang sesuai digunakan, pastikan resume anda distrukturkan dengan baik, senang dibaca dan menarik. Untuk meningkatkan kebolehbacaan, gunakan tajuk yang jelas, titik peluru dan jarak yang sesuai.
Tajuk Resume - Cara menulis dengan baik
Tajuk resume mengandungi maklumat pengenalan diri anda. Ia juga harus menyatakan dengan jelas jawatan yang anda pohon menggunakan resume yang anda hantar. Berikut ialah contoh betul menulis bahagian utama resume anda:
Bahagian pertama resume ini sememangnya nampak mudah dan senang untuk ditulis. Namun begitu, agak ramai pemohon yang tidak dapat menulisnya dengan berkesan. Berikut ialah antara kesalahan umum yang dilakukan oleh pemohon dalam bahagian ini:
Tulis Rumusan Profesional yang Meyakinkan Para Perekut
Sertakan rumusan profesional atau pernyataan objektif pada permulaan resume penyambut tetamu anda. Bahagian ini ini bertindak sebagai pengenalan, ringkasan kepada kelayakan anda, objektif profesional, dan pengalaman anda. Ketengahkan mengapa anda layak mendapatkan jawatan penyambut tetamu dan sesuaikan bahagian ini agar sesuai dengan kriteria utama yang telah ditetapkan oleh perekrut.
Untuk memastikan resume anda menarik perhatian pada para perekrut, guna kata kerja di dalam bahagian rumusan profesional anda. Berikut adalah cara serta contoh yang rumusan profesional yang betul:
Apabila anda menulis bahagian ini, pastikan anda tidak melakukan kesilapan berikut:
Pada masa yang sama, jika anda tidak mempunyai pengalaman dalam bidang yang dipohon, anda boleh menggantikan rumusan profesional dengan objektif resume. Contoh objektif resume yang sebenar ialah seperti berikut:
Di dalam contoh di atas, calon menyatakan semangat serta keterbukaan mereka kepada pengalaman baru. Calon juga menyatakan bakat yang dimiliki dan boleh dipindahkan ke jawatan yang dipohon seperti perkhidmatan pelanggan dan komunikasi dalam pernyataan objektif ini. Calon juga menekankan potensi, keinginan untuk memulakan profesion, dan kesediaan untuk mengambil bahagian secara proaktif dalam kerjaya sebagai penyambut tetamu.
Jadi, jangan lupa untuk memperibadikan objektif resume untuk menyerlahkan sifat, matlamat, dan kemahiran unik anda.
Tulis Pengalaman Kerja Anda
Bahagian pengalaman kerja anda adalah bahagian paling penting dalam resume penyambut tetamu. Ini kerana di sinilah anda menggariskan jawatan dan tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada anda sebelum ini. Kunci utama dalam menulish bahagian pengalaman kerja dengan berkesan adalah, anda harus menyatakan kedudukan terkini yang anda sandang dan barulah diikuti dengan jawatan sebelumnya menggunakan susunan kronologi terbalik.
Anda harus menghuraikan peranan yang anda galas di tempat kerja dengan menggunakan tanda peluru seperti di bawah ini:
Untuk memastikan bahagian pengalaman kerja anda menyerlah, kami ingin berkongis tips mudah di bawah ini:
Latar Belakang Akademik
Untuk kerjaya sebagai penyambut tetamu, memiliki diploma dalam bidang pengurusan pejabat atau pengurusan pelancongan adalah satu kelebihan. Di bahagian ini, anda cuma perlu menyatakan tahap pendidikan tertinggi anda atau seperti yang ada dinyatakan dalam syarat pemohonan kerja. Berikut adalah contoh menulis tahap pendidikan yang betul di dalam sebuah resume:
Anda tidak perlu menyatakan tahap pendidikan rendah seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau Penilaian Menengah Rendah di dalam resume anda. Ini kerana, tahap pendidikan sebegini tidak relevan dengan jawatan yang anda pohon. Tambahan pula, anda harus ingat bahawa resume yang baik tidak terlalu panjang. Jadi, jangan sertakan maklumat yang hanya akan membuat resume terlalu padat.
Kemahiran serta Sijil yang Perlu Anda Nyatakan di Dalam Resume
Apabila anda menulis bahagian kemahiran di dalam resume, anda boleh menggabungkan kemahiran insaniah serta kemahiran teknikal yang dimiliki. Anda boleh memilih untuk menyenaraikan kemahiran dimikiki dalam bahagian khas resume atau selitkan kemahiran yang anda ada di bahagian rumusan profesional dan pengalaman kerja.
Jika anda ingin menyenaraikan kemahiran yang ada di bahagian khusus resume anda, ikuti contoh di bawah ini:
Kemahiran
Pada masa yang sama juga, jika anda ingin meyakinkan perekrut bahawa anda berkelayakan, anda boleh menyatakan sijil kemahiran yang menyokong kemahiran yang anda nyatakan. Sebagai contoh seperti berikut:
Maklumat Lain yang Boleh Membantu Pemohonan Kerja Anda
Selain daripada bahagian utama resume yang telah kita bincangkan di atas, anda juga boleh menyatakan maklumat penting lain yang boleh membantu resume anda tampil lebih positif dan meyakinkan. Maklumat seperti kefasihan dalam menggunakan bahasa asing seperti Mandarin atau Sepanyol sangat berguna. Terutama sekali jika anda memohon kerja dalam industri pelancongan.
Pada masa yang sama, anda juga digalakkan untuk menyertakan maklumat orang rujukan bagi membantu para perekrut mendapatkan pengesahan daripada bekas majikan anda mengenai kelayakan anda. Contoh yang betul untuk menulis maklumat-maklumat ini adalah seperti berikut:
Bahasa dan cara menyatakannya dalam resume anda
Untuk anda yang fasih menggunakan lebih daripada dua bahasa utama di Malaysia, anda boleh menyatakan bahasa yang anda fasih gunakan menggunakan tanda peluru. Sebaik-baiknya, nyatakan juga bukti kefasihan anda. Contohnya sijil HSK untuk bahasa Mandarin. Contoh yang boleh anda gunakan di dalam resume untuk bahagian ini adalah seperti berikut:
Bahasa
Orang rujukan - maklumat yang anda harus nyatakan
Apabila anda ingin merangkumkan maklumat mengenai orang rujukan, pastikan individu yang anda jadikan sebagai orang rujukan mengetahui bahawa anda akan menggunakan maklumat untuk menghubungi mereka. Pada masa yang sama, jangan sesekali menggunakan orang yang anda kenal secara peribadi sebagai orang rujukan. Contoh yang betul untuk menulis bahagian ini adalah seperti berikut:
Kesimpulan: Sentiasa gunakan panduan menulis resume kami
Untuk membuat resume penyambut tetamu yang hebat, anda perlu tahu strategi yang berkesan. Antaranya ialah memberi perhatian kepada perincian dan memberi tumpuan kepada kemahiran serta kejayaan anda yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Dengan mengikuti tips-tips mudah dalam artikel ini, anda boleh membuat resume yang terbaik yang membuktikan kelayakan anda, dan meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan temuduga.
Pada masa yang sama, pastikan anda menukar inti pati resume anda bagi melaraskannya dengan setiap pekerjaan yang anda pohon. Di mana, anda harus sentiasa menonjolkan serta menyatakan kemahiran dan pengalaman yang sesuai dengan syarat utama pekerjaan tersebut. Dengan resume yang ditulis dengan baik, anda kini selangkah lebih ke hadapan berbanding pemohon lain yang ada di luar sana.
Surat Iringan untuk Pemohonan Kerja
Apabila anda memohon kerja secara dalam talian, anda mungkin pernah melihat sesetengah majikan meminta para pemohon untuk menyertakan bersama surat iringan. Surat iringan adalah dokumen yang digunakan untuk menerangkan dan meyakinkan para perekrut mengapa anda layak untuk mendapatkan jawatan kerja yang diiklankan.
Jika ini kali pertama anda menulis surat iringan, kami nasihatkan agar anda menggunakan templat resume penyambut tetamu kami. Ini kerana, surat iringan adalah huraian resume tetapi dialamatkan kepada majikan prospek anda.