Resume Pereka Grafik/Reka Bentuk Grafik Terkini

Tahukah anda, kebanyakan resume yang dihantar akan ditapis terlebih dahulu menggunakan perisian pengimbas resume seperti Sistem Penjejak Pemohonan (ATS)? Untuk anda yang tidak tahu, ATS digunakan bagi menapis resume yang layak serta memiliki kata kunci berkaitan dengan kemahiran yang diperlukan.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Contoh sebenar resume pereka/reka bentuk grafik cv

Jackson Ting
Pereka Grafik
010-123 3212
jackson.design@gmail.com
Mersing, MY
Linkedin.com/in/jackson.ting

Rumusan Profesional

Pereka grafik profesional dengan 7 tahun pengalaman dalam menyediakan reka bentuk grafik yang menarik untuk klien dari pelbagai industri. Pakar menggunakan perisian reka bentuk grafik seperti Adobe Creative Suite dan Canva. Turut membantu meningkatkan 20% sumbangan derma bagi projek amal tahunan syarikat.

Pengalaman Kerja

Kits Crative Co.
Pereka Grafik
Februari 2016-kini

  • Menyediakan reka bentuk grafik untuk klien dari sektor pemasaran dan e dagang.
  • Bekerjasama dengan kaki tangan kreatif lain dari bahagian penulisan iklan, pengurus pemasaran dan orang berkepentingan bagi mencapai objektif utama yang diajukan oleh klien.
  • Menyediakan garis panduan reka bentuk grafik bagi memastikan semua kandungan pemasaran untuk setiap klien selaras seragam serta unik.
  • Melakukan kajian bagi memastikan kemahiran serta yang dimiliki seiring dengan dunia reka bentuk grafik yang terkini.
  • Mengendalikan lebih daripada satu tugasan reka bentuk dalam satu masa bagi memastikan semua projek yang diagihkan oleh para klien siap dalam masa yang ditetapkan.
  • Memberikan latihan penggunaan Adobe Creative Suite kepada pelajar latihan industri selama tiga bulan.
  • Mendapat pengiktirafan Pekerja Contoh Tahunan apabila berjaya meningkatkan sumbangan derma sebanyak 20% bagi kempen amal digital Kits Creative Co.

Upwork
Pereka Grafik Bebas
Januari 2015-Februari 2016

  • Menyediakan reka bentuk grafik untuk laman web barangan sukan termasuklah logo, identiti penjenamaan, barangan cetak digital dan juga bungkusan penghantaran.
  • Menguruskan semua aspek pengurusan perniagaan seperti pembilan, rundingan kerjasama dan juga pemilihan klien serta projek.
  • Mencapai status “Top Rated Plus” sebagai pereka grafik bebas di Upwork.

Pendidikan

Sarjana Muda Reka Bentuk Grafik
Universiti Teknologi Mara
November 2014

Diploma Reka Bentuk Grafik
Politeknik Metro Johor Bahru
Oktober 2011

Sijil Profesional

  • Rakan Bersekutu Adobe yang Diperakui (ACA)

Kerja Amal

  • Kempen Amal Digital Kits Creative Co.

Oleh itu, di dalam panduan menulis resume pereka grafik ini, kami akan berkongsi dengan anda templat resume terkini yang boleh anda muat turunkan terlebih dahulu. Kemudian, anda akan dapat melihat apa rangka utama sebuah resume pereka grafik yang sebenar.

Reka bentuk grafik CV


Permintaan Kerja serta Gaji Pereka Grafik di Malaysia

Reka bentuk grafik CV


Tidak kira sama ada anda ingin bekerja sebagai pereka grafik bebas atau di syarikat pemasaran, permintaan terhadap kepakaran dalam bidang ini sangat tinggi. Setakat ini, laman iklan kerja kosong utama di Malaysia iaitu Jobstreet mengiklankan lima ribu lebih jawatan kosong sebagai pereka bentuk grafik.

Pada masa yang sama, purata gaji tahunan untuk individu yang berkemahiran dalam bidang ini bergantung kepada pengalaman kerja yang dimiliki. Berikut adalah purata gaji bulanan berdasarkan tahun pengalaman yang dikeluarkan oleh laman Salary Explorer:

  • 0-2 tahun pengalaman: RM2,130
  • 2-5 tahun pengalaman: RM2,840
  • 5-10 tahun pengalaman: RM4,200
  • 11-15 tahun pengalaman: RM5,120
  • 15-20 tahun pengalaman: RM5,500

Untuk makluman, jika anda bekerja untuk syarikat luar negara tetapi dari rumah sahaja, anda mungkin dibayar lebih daripada purata gaji bulanan yang telah kami senaraikan di atas. Ini kerana, kemahiran mereka bentuk grafik merupakan kemairan yang dianggap sebagai kemahiran yang bernilai tinggi.

Rangka Utama Resume Reka Bentuk/Pereka Bentuk Grafik

Reka bentuk grafik CV


Untuk menarik perhatian para perekrut, anda perlu memastikan resume pereka grafik anda berasaskan rangka utama resume yang diiktiraf. Di dalam sebuah resume, anda perlu menyertakan rangka-rangka utama yang berikut:

  • Pengepala resume
  • Objektif atau Rumusan Profesional
  • Pengalaman kerja
  • Latar belakang akademik
  • Sijil Profesional
  • Aktiviti atau pencapaian lain yang relevan dengan permohonan kerja anda

Format utama resume reka bentuk grafik yang diiktiraf

Secara amnya, anda boleh menggunakan mana-mana tiga format utama resume reka bentuk grafik. Setiap format ini pula telah disesuaikan mengikut pengalaman kerja yang dimiliki oleh setiap individu. Sebagai contoh:

Format kronologi-sesuai digunakan oleh pemohon yang pernah bekerja di dua syarikat atau lebih banyak lagi.

Format praktikal-sesuai digunakan oleh graduan yang baru tamat pengajian dan kurang berpengalaman, tetapi memiliki kemahiran yang diminta oleh perekrut.

Format kronologi+praktikal-sesuai digunakan oleh individu yang berpengalaman serta terbukti memiliki kemahiran yang luas dalam bidang reka bentuk grafik.

Tips menulis resume yang menarik perhatian para perekrut

Pernahkah anda terfikir mengapa permohonan kerja anda ditolak walaupun anda yakin bahawa anda layak untuk mendapatkan jawatan tersebut? Kadang kala, permohonan kerja boleh ditolak kerana resume yang dihantar terlalu panjang dan tidak seragam.

Jadi untuk mengelakkan masalah remeh ini berlaku, pastikan resume yang anda hantar memiliki ciri di bawah ini:

  • tidak melebihi satu muka surat
  • gurna warna tulisan hitam atau gelap sahaja
  • pastikan saiz tulisan tidak melebihi 12pts atau tidak kurang daripada 10pts
  • pastikan jenis fon yang digunakan mudah dibaca (Times New Roman, Arial atau Tahoma)
  • jangan masukkan gambar berukuran passport anda

Cara menulis pengepala resume


Pengepala resume merupakan bahagian di mana anda menyatakan nama, alamat serta maklumat untuk dihubungi. Berikut adalah contoh yang betul untuk anda ikuti:

BETUL
Jackson Ting
Pereka Grafik
010-123 3212
jackson.design@gmail.com
Mersing, MY
Linkedin.com/in/jackson.ting


Jika anda perhatikan, alamat e-mel yang digunakan menunjukkan kerjaya seorang pemohon. Maka, secara tidak langsung, ini dapat memberikan pandangan yang positif kepada para perekrut.

SALAH
Jackson Ting
Pereka Grafik
010-123 3212
jackson.gamerxx@gmail.com
No.1A, Blok B Apartmen Jade,
Jalan Kubu Utama,
86800Mersing, MY
Linkedin.com/in/jackson.ting


Contoh kedua yang kami kongsikan tidak tepat. Pertama, alamat e-mel yang digunakan kedengaran kurang profesional. Kedua, alamat penuh tidak perlu disertakan.

Cara menulis ringkasan profesional


Ringkasan profesional merupakan perenggan ringkas yang mengetengahkan kemahiran serta pencapaian yang anda perolehi sepanjang perkhidmatan anda sebagai pereka grafik yang profesional. Berikut adalah contoh ringkasan profesional yang ringkas tetapi padat:

BETUL
Ringkasan Profesional
Pereka grafik profesional dengan 7 tahun pengalaman dalam menyediakan reka bentuk grafik yang menarik untuk klien dari pelbagai industri. Pakar menggunakan perisian reka bentuk grafik seperti Adobe Creative Suite dan Canva. Turut membantu meningkatkan 20% sumbangan derma bagi projek amal tahunan syarikat.


Ringkasan profesional yang baik tidak terlalu panjang dan tidak juga terlalu ringkas. Sebaik-baiknya, pemohon digalakkan menggunakan angka atau statistik bagi membuktikan keupayaan serta kemampuan mereka sebagai pereka grafik yang hebat. Seperti dalam contoh di atas, angka 7 tahun dan 20% mampu memberikan impak yang positif terhadap permohonan anda.

Contoh ringkasan profesional yang kurang meyakinkan perekrut adalah seperti berikut:

SALAH
Mempunyai pengalaman dalam bidang rekaan grafik selama bertahun-tahun. Membantu pasukan dalam menyediakan logo serta bahan cetakan pemasaran digital serta mampu menjalankan pelbagai tugasan dalam satu masa.


Cara menulis pengalaman kerja anda

Reka bentuk grafik CV


Contoh resume yang baik selalunya dilengkapi dengan huraian pengalaman kerja yang merangkumi kata kunci dalam iklan jawatan kosong. Jika anda meneliti semula iklan kerja yang dipohon, anda pasti dapat melihat senarai kemahiran yang diperlukan untuk jawatan tersebut. Itu adalah kata kunci yang perlu anda rangkumkan dalam bahagian resume anda.

Berikut adalah contoh pengalaman bekerja seorang pereka grafik yang mempunyai pengalaman bekerja lebih daripada lima tahun:

BETUL
Pengalaman Kerja
Kits Crative Co.
Pereka Grafik
Februari 2016-kini
  • Menyediakan reka bentuk grafik untuk klien dari sektor pemasaran dan e dagang.
  • Bekerjasama dengan kaki tangan kreatif lain dari bahagian penulisan iklan, pengurus pemasaran dan orang berkepentingan bagi mencapai objektif utama yang diajukan oleh klien.
  • Menyediakan garis panduan reka bentuk grafik bagi memastikan semua kandungan pemasaran untuk setiap klien selaras seragam serta unik.
  • Melakukan kajian bagi memastikan kemahiran serta yang dimiliki seiring dengan dunia reka bentuk grafik yang terkini.
  • Mengendalikan lebih daripada satu tugasan reka bentuk dalam satu masa bagi memastikan semua projek yang diagihkan oleh para klien siap dalam masa yang ditetapkan.
  • Memberikan latihan penggunaan Adobe Creative Suite kepada pelajar latihan industri selama tiga bulan.
  • Mendapat pengiktirafan Pekerja Contoh Tahunan apabila berjaya meningkatkan sumbangan derma sebanyak 20% bagi kempen amal digital Kits Creative Co.
Upwork
Pereka Grafik Bebas
Januari 2015-Februari 2016
  • Menyediakan reka bentuk grafik untuk laman web barangan sukan termasuklah logo, identiti penjenamaan, barangan cetak digital dan juga bungkusan penghantaran.
  • Menguruskan semua aspek pengurusan perniagaan seperti pembilan, rundingan kerjasama dan juga pemilihan klien serta projek.
  • Mencapai status “Top Rated Plus” sebagai pereka grafik bebas di Upwork.


Jika anda perhatikan, pengalaman bekerja bagi contoh di atas menggunakan format resume kronologi.

Apa perlu saya lakukan jika tidak mempunyai pengalaman bekerja?

Sekiranya anda baru sahaja menamatkan pengajian, anda pasti risau kerana tidak tahu apa yang perlu anda nyatakan dalam bahagian pengalaman bekerja resume anda. Namun begitu, usah risau. Ini kerana, anda boleh menggunakan format resume praktikal, di mana anda hanya perlu menekankan kemahiran yang relevan untuk jawatan yang anda inginkan.

Selain itu juga, anda boleh menyatakan latihan industri sebagai sebahagian daripada pengalaman bekerja anda.

Latar belakang pendidikan


Untuk menarik perhatian perekrut dalam bidang reka bentuk grafik, anda haruslah mempunyai kelulusan yang relevan dalam bidang ini. Kebanyakan pereka grafik profesional memiliki diploma atau sarjana muda dalam reka bentuk kreatif. Untuk menyatakan latar pendidkan anda dengan tersusun, ikuti contoh di bawah ini:

Pendidikan

Sarjana Muda Reka Bentuk Grafik
Universiti Teknologi Mara
November 2014

Diploma Reka Bentuk Grafik
Politeknik Metro Johor Bahru
Oktober 2011


Contoh di atas turut menggunakan kaedah kronologi.

Sijil profesional dalam bidang reka bentuk grafik


Untuk mereka yang mungkin tidak dapat melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi, memiliki sijil profesional dapat membantu anda tampak lebih meyakinkan berbanding pemohon yang lain. Di bawah adalah antara contoh sijil yang relevan dengan bidang kerja sebagai pereka grafik:

Sijil Profesional
  • Rakan Bersekutu Adobe yang Diperakui (ACA)
  • Sijil Rekaan Grafik dari UCLA
  • Sijil Rekaan Grafik dari Sekolah Rekaan Parsons


Cara menulis kerja amal dalam resume


Jika anda pernah menyertai sebarang aktiviti kemasyarakatan, anda boleh menyenaraikannya di dalam resume terkini anda. Untuk pengetahuan anda, banyak organisasi yang mencari sukarelawan bagi membantu mereka mereka logo persatuan atau sebarang tugasan yang berkaitan dengan bidang rekaan grafik.

Para graduan baru terutamanya boleh menyertai kerja amal sebegini bagi menambah pengalaman bekerja mereka. Di samping itu, aktiviti ini dapat memberikan imej yang positif terhadap anda dan memudahkan perekrut untuk menilai anda sebagai seorang yang beramanah.

Perkara lain yang anda boleh masukkan dalam resume reka bentuk


Contoh resume yang terbaik tidak semestinya perlu merangkumkan semua perkara yang anda capai dari sekolah rendah hinggalah ke zaman bekerja. Sebenarnya, anda cuma perlu menyertakan pencapaian atau aktiviti yang relevan dengan pemohonan kerja anda sekarang.

Berikut adalah antara perkara lain yang belum kami nyatakan dalam contoh resume reka bentuk utama kami di atas, tetapi anda boleh sertakan dalam resume anda:

  • pencapaian dalam bidang sukan
  • orang rujukan
  • kemahiran teknikal serta insaniah

Apabila anda menyenaraikan pencapaian dalam bidang sukan dan juga orang rujukan, pastikan anda sentiasa menggunakan bullet point seperti mana bahagian lain dalam contoh resume yang telah kami kongsikan.

Selain itu, pastikan juga orang rujukan yang anda senaraikan bukan ahli keluarga atau sahabat anda. Individu yang boleh anda gunakan sebagai orang rujukan adalah bekas penyelia latihan industri anda, ataupun bekas pengurus di tempat kerja anda.

Kemahiran teknikal dan insaniah

Reka bentuk grafik CV


Anda boleh menyenaraikan kemahiran yang dimiliki kepada dua bahagian utama, iaitu kemahiran teknikal dan insaniah. Berikut adalah contoh kemahiran yang berkaitan dengan jurusan reka bentuk grafik:

Kemahiran teknikal:

  • boleh menggunakan perisian Adobe Photoshop
  • Adobe Illustrator
  • InDesign
  • tipografi
  • Teori warna
  • Suntingan gambar
  • rekaan halaman
  • rekaan laman web

Kemahiran insaniah:

  • kerja kumpulan
  • pengurusan masa
  • komunikasi
  • kreatif
  • mudah menyesuaikan diri
  • penyelesaian masalah
  • khidmat pelanggan
  • multitugas

Ringkasan Cara Menulis Resume yang Terbaik


Dengan berpandukan panduan menulis resume yang terbaik ini, kami pasti anda sudah mendapat gambaran yang jelas mengenai apa yang perlu anda lakukan. Untuk mengimbas semula apa yang telah dibincangkan, mari lihat perkara penting yang perlu anda lakukan semasa menulis resume anda:

  • Pastikan resume anda ditulis dengan berasaskan rangka utama resume yang diiktiraf
  • Pilih format resume yang bersesuaian dengan pengalaman bekerja anda
  • Guna fon tulisan yang mudah dibaca (warna gelap, saiz 10-12 dan tulisan Times New Romans)
  • Kenal pasti kata kunci untuk anda masukkan ke dalam resume anda
  • Elakkan menulis resume yang melebihi satu muka surat
  • Guna bullet point untuk menyenaraikan pengalaman bekerja, pencapaian, sijil serta kemahiran anda yang lain

Perlukah saya menyertakan surat iringan atau cover letter?

Anda digalakkan menyertakan surat iringan dalam permohonan kerja anda. Surat iringan tidak jauh bezanya dengan resume. Beza utamanya ialah, surat iringan lebih panjang lagi. Dengan erti kata lain, ia adalah huraian daripada resume anda.

Anda digalakkan untuk memuat turun templat cv kami bagi memudahkan anda menulis surat iringan yang akan dihantar bersama resume anda nanti. Dengan itu, kami berharap agar permohonan kerka anda berjaya. Selamat maju jaya!

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan lazim berkaitan dengan kerjaya pereka grafik di Malaysia.

Apakah laman freelance untuk pereka grafik di Malaysia?

Jika anda pereka grafik bebas, anda boleh menggunakan laman Upwork, Fiverr, We Work Remotely dan Linkedin untuk mencari kerja atau gig yang boleh anda lakukan dari rumah dan di mana-mana sahaja.

Siapakah pereka grafik terkenal di Malaysia?

Antara nama yang gah dalam industri rekaan grafik di Malaysia ialah Bel Koo Bel Koo, Afdzal Ahmad dan juga Shazana Rosli.

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche