Resume jururawat | Contoh dan templat untuk berjaya mendapat kerja idaman

Setelah tamat pengajian dalam bidang kejururawatan, kini tiba masanya untuk mengaplikasi pengetahuan anda dengan majikan yang paling berkaliber di Malaysia. Menurut pekeiling JPA, julat gaji pokok jururawat adalah dari RM1,400.00 sehingga RM 7,000.00. Namun terdapat 33 kolej kejururawatan. Ini bermakna anda perlu melalui banyak persaingan apabila memohon pekerjaan sebagai jururawat, sama ada sebagai graduan baru atau dengan berdekad pengalaman dalam bidang kejururawatan.

Pembentukan:
Saiz:
Boleh disesuaikan:
Word (Microsoft)
A4
dan

Contoh terbaik resume jururawat

Berikut adalah contoh resume asas yang akan dibincang dan dikembangkan secara lebih terperinci dengan beberapa penambahbaikan untuk menarik perekrut untuk memanggil anda menghadiri temuduga.

Nurazura bt. Kamal
Pelajar Kejururawatan
03-33993388
nura@gmail.com
Taman Megah, Klang Selangor
linkedin.com/nurazurakamal

Sinopsis Profesional

Pelajar kejururawatan yang sangat berminat dengan bidang perubatan dan perkhidmatan kemasyarakatan. Mempunyai kemahiran mengumpul specimen, pengurusan kes dalam keadaan kecemasan, membalut luka, membimbing berbilang pesakit yang tidak dapat bergerak dengan bebas. Gemar berinteraksi dengan pesakit, staff senior serta jururawat lain, berkebolehan mengutamakan tugasan, menguruskan masa, berdisiplin, berinteraksi secara lisan dan bertulis seperti menghasilkan laporan yang pendek dan padat.

Pendidikan

Diploma Kejururawatan
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh Selangor.
2021

Kurikulum Utama

  • Bahasa Inggeris
  • Sains Kesihatan
  • Perawatan Medikal
  • Perawatan Obstetrik
  • Perawatan Kesihatan Komuniti
  • Perawatan Kecemasan
  • Sains Tingkah Laku
  • Perawatan Surgikal
  • Perawatan Pediatrik
  • Perawatan Ginekologi

Tugasan Relevan

  • Penjagaan Kejururawatan Individu dengan Gangguan Muskuloskeletal & Endokrin
  • Penjagaan Kejururawatan Individu dengan Gangguan Dermatologi & Onkologi
  • Penjagaan Kejururawatan Individu yang Menghidapi Gangguan Renal, Urologi & Gastro-Usus
  • Penjagaan Kejururawatan Individu dengan CNS & Gangguan Deria Khas

Kemahiran Tambahan

  • Pendidikan pesakit
  • Penjagaan pesakit dalam dan luar
  • Pengetahuan istilah perubatan
  • Penulisan laporan
  • Kemahiran organisasi
  • Kemahiran komunikasi lisan dan bertulis
  • Kemahiran menyelesaikan masalah
  • Menyiapkan berbilang tugas

Pengalaman Berkerja

Hospital Kuala Lumpur
Pembantu Perubatan
Jun 2020- Jun 2021

  • Menggunakan peranti mobiliti dan peralatan perubatan untuk mengalihkan pesakit dari satu tempat ke tempat lain dengan berhati-hati dan selamat.
  • Membantu pesakit dengan menggalakkan mereka mengamalkan tabiat dan kesihatan yang sihat, termasuk bercukur, mandi dan menjaga kebersihan mulut.
  • Mengumpul dan membungkus spesimen biologi daripada pesakit untuk dihantar ke makmal untuk ujian diagnostik.
  • Membantu memberi makan mengikut keperluan dan menggalakkan pemakanan pesakit yang betul serta mendokumentasikan pengambilan makanan dan keperluan diet pesakit.
  • Bertanggungjawab untuk mengenal pasti kemajuan rawatan pesakit dan penelitian tindak balas pengambilan ubat.
  • Membuat nota carta pesakit dan mengemas kini status pesakit kepada ahli pasukan dari pelbagai disiplin yang berlainan.

Oleh yang demikian, adalah sangat penting untuk menghasilkan resume jururawat yang paling berkesan untuk menarik perhatian sewajarnya daripada jabatan sumber manusia perekrut.

Di bawah ini kami telah menghasilkan panduan yang mudah untuk diikuti untuk membantu anda menghasilkan resume terbaik. Pengalaman kami adalah berdasarkan interaksi selama berdekad dengan pelbagai perekrut tepatan dan antarabangsa, termasuk dari bidang perubatan.

Kadar gaji jururawat masyarakat

💰Gaji jururawat adalah agak lumayan sekiranya dibandingkan dengan bidang profesional lain dengan kelulusan diploma. Strukturnya adalah seperti berikut:

Gred Gaji Minima Gaji Maksima U29 RM1,311.00 RM3,599.00 U32 RM2,214.00 RM4,286.00 U36 RM3,454.00 RM5,289.00 U38 RM4,270.00 RM5,781.00 U40 RM5,022.00 RM6,600.00


Bagaimana cara terbaik untuk menulis resume jururawat


Menghasilkan resume pelajar adalah sukar kerana tiada pengalaman yang konkrit selain dari menjadi pembantu semasa latihan. Walau bagaimanapun, terdapat banyak peluang kerjaya dalam bidang ini dan juga terdapat kaedah untuk mendapatkan gaji yang lebih banyak berbanding calon lain sekiranya cara penulisan adalah bijak dan betul.

Kaedah menulis terbaik adalah memfokus kelebihan anda berbanding rakan graduan lain pada permulaan resume. ini adalah kerana, fokus maksimum perekrut adalah dalam 10 saat pertama mereka melihat resume anda. Sekiranya menarik, fokus mereka dapat dilanjutkan kepada 3 minit lagi. Namun sekiranya resume dibentangkan dengan baik, mereka akan meneruskan meneliti resume anda melebihi 10 minit dan anda pasti akan dipanggil untuk temuduga.

Perara yang menarik mereka bermula dari, warna, susunatur, kandungan yang relevan dengan keperluan mereka serta masa yang anda ambil untuk mengkaji skop dan jenis calon yang mereka sedang cari.

Susun Atur

Struktur resume permohonan kerja jururawat harus mempunyai bahagian berikut:

  • Pengepala
  • Ringkasan resume/objektif resume
  • Bahagian pengalaman kerja
  • Bahagian pendidikan
  • Bahagian kemahiran
  • Bahagian tambahan (bahasa, kemahiran komputer dan sijil, anugerah, kerja sukarela dan minat)

Anda boleh memperibadikan resume jururawat terlatih dengan menggunakan tips berikut:

  • Hasilkan resume baru untuk setiap permohonan berlainan untuk menyesuaikannya dengan spesifikasi yang diperlukan majikan.
  • Semak skop dan keperluan iklan kerja dan tambahkan kata kunci dan kata kerja yang sesuai untuk meningkatkan peluang anda untuk memenangi perhatian perekrut.
  • Hasilkan tajuk yang sesuai dan cari kata kunci dari iklan, kerana ia adalah perkara pertama yang akan dicari oleh perekrut.
  • Fokuskan masa dan fikiran anda untuk menambah pengalaman relevan yang serasi dengan keperluan iklan.

Format dan Struktur

Memilih format resume adalah kunci untuk memastikan kelayakan anda mendapat perhatian sewajarnya. Terdapat jutaan resume yang anda boleh cari melalui internet. Namun, jenis yang mana paling sesuai dengan bidang anda? Di bawah ini saya rumuskan jutaan jenis resume tersebut kepada 3 kategori utama yang sesuai untuk profesion kejururawatan, iaitu:

  • Resume dengan format kronologi terbalik dapat memberi fokus kepada pengalaman profesional anda. Format ini sesuai sekiranya anda telah bekerja sebagai jururawat selama beberapa tahun.
  • Resume jenis fungsi pula menumpu pada kemahiran anda. Jika anda seorang graduan baru atau sedang menukar kerjaya untuk menjadi seorang jururawat, maka resume dengan format fungsi adalah yang terbaik untuk anda.
  • Resume hibrid/gabungan pula merupakan campuran kedua-dua format di atas. Ia sesuai untuk calon yang mempunyai gabungan kemahiran dan pengalaman yang memberangsangkan.

Susun atur resume terdiri daripada fon, saiz fon, margin, dan reka bentuk keseluruhan. Pilih reka bentuk ringkas yang mudah dibaca dan difahami. Fon seperti Helvetica, Georgia, Arial, Times New Roman dan Calibri adalah yang terbaik kerana ia mudah dibaca. Gunakan saiz fon 10-12pt.

Tajuk dan Maklumat Untuk Menghubungi Anda


Bahagian pengepala resume untuk temuduga jururawat hendaklah bebas daripada ralat dan kesilapan. Ini kerana ia mengandungi maklumat yang digunakan oleh perekrut untuk menghubungi anda. Maklumat yang perlu ada pada bahagian ini termasuk nama penuh anda, jawatan kerja seperti dalam iklan, maklumat kaedah menghubungi anda seperti pautan ke profil LinkedIn dan email anda.

Contoh pengepala/tajuk yang baik adalah seperti berikut:

BETUL
Nurazura bt. Kamal
Jururawat U29
03-33993388
nura@gmail.com
Taman Alam Megah, Shah Alam
linkedin.com/nurazurakamal


Contoh pengepala/tajuk yang tidak sesuai adalah seperti berikut:

SALAH
Nurazura bt. Kamal
Jururawat U29
03-33993388
nura@gmail.com
24, Jalan Kayu, Taman Alam Megah
40400 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tarikh lahir 01/02/2000
linkedin.com/nurazurakamal

📌Tip: Pastikan bahagian tajuk pendek, hanya masukkan maklumat seperti diatas. Adalah penting untuk anda hasilkan email baru yang berbunyi profesional serta berfungsi agar anda tidak kelihatan seperti seorang remaja yang tidak matang.


Kepilkan gambar atau tidak:

Gambar tidak perlu dilampirkan dalam resume anda melainkan perekrut memintanya di dalam iklan. Ini adalah kerana anda mungkin  didiskriminasi secara tidak disedari dari pihak perekrut .

Pengalaman: Merupakan asas dalam industri kejururawatan


Bahagian ini merupakan asa kepada resume jururawat anda. Setiap pelajar pasti menghadapi kesukaran mengisi bahagian ini kerana anda tiada pengalaman yang dapat menonjolkan kelebihan sebagai seorang jururawat berbanding dengan graduan lain. Mungkin juga anda menghadapi diskriminasi dari perekrut berdasarkan kolej anda. Ada kolej yang graduannya mudah mendapat kerja, manakala yang lain tidak.

Apa yang perlu dilakukan jika anda tidak mempunyai pengalaman

Bagaimanakah caranya untuk mengisi resume agar perekrut terkejut serta berminat untuk memanggil anda untuk ditemuduga dan mungkin menawarkan gaji lebih besar dari calon yang lain?

Saya mencadangkan agar anda luangkan masa menyertai badan kebajikan yang relevan dengan bidang anda seperti Pertubuhan Cancer atau bidan bertauliah dalam taman atau mukim anda. Luangkan masa bersama sukarelawan mereka dan simpan gambar yang tidak mengaibkan pesakit di dalam akaun linkedin anda.

Menyertai badan sukarelawan setelah tamat pengajian akan memberi persepsi yang baik kerana anda kelihatan seperti tidak sabar untuk mengaplikasi pengetahuan yang terkumpul semasa pengajian selama 3 tahun. Ia juga menunjukkan anda mempunyai sikap mesra dengan pesakit kronik, mudah bergaul dengan masyarakat, dan dapat berkerjasama dengan generasi yang lebih berusia dari anda.

Persepsi ini adalah 180 darjah dari andaian perekrut terhadap kebanyakan graduan yang biasanya kaku, tidak dapat meluahkan buah pemikiran secara spontan serta kerap bersikap kasar terhadap pesakit.

Anda boleh mulakan dengan menulis nama NGO, badan kebajikan, hospital atau klinik terlibat. Kemudian tuliskan jawatan, tepoh bersama mereka.

Di bawah setiap tempat kerja, tambahkan tiga hingga lima tanggungjawab berkaitan dan sertakan angka atau fakta untuk mengukur kejayaan usaha anda disana. Semasa anda tulis tanggungjawab, masukkan kata kunci dan kata kerja yang sama seperti yang tertulis dalam iklan kerja untuk memastikan resume anda melepasi sistem automatik yang mungkin digunakan perekrut untuk menapis resume. Ia juga merupakan cara terbaik untuk menonjolkan bahawa anda pandai membaca arahan dan kehendak majikan. Usaha ini akan meningkatkan peluang anda untuk ditemuduga kerana kebanyakan calon lain bersikap dingin, malas dan tidak mahu berfikir dan melihat diri dari kaca mata perekrut dan majikan.

Contoh penulisan pengalaman kerja yang baik adalah seperti berikut:

BETUL
Hospital Perintis
Pembantu Jururawat
Jun 2018-Mac 2020
  • Menyelia mobilisasi pesakit dan membantu mereka bergerak dari satu tempat ke tempat seterusnya untuk mengelakkan kejatuhan serta mengalami kerosakan pada kulit pesakit.
  • Membantu Jururawat Staff dengan mengukur dan merekod simptom penting bagi lebih dari 10 pesakit setiap hari.
  • Menyediakan sokongan emosi, psikologi dan rohani kepada pesakit dan penjaga, untuk meningkatkan maklumbalas terhadap kepuasan pelanggan sebanyak 20%. 

💡 Contoh di atas mengaitkan tugasan anda dengan fakta/data yang dapat digunakan untuk mengukur pencapaian yang diperolehi. Ini juga memudahkan perekrut melihat sifat analitik anda.


Contoh penulisan pengalaman kerja yang tidak sesuai adalah seperti berikut:

SALAH
Hospital Perintis
Pembantu Jururawat
Jun 2018-Mac 2020
  • Mengarahkan pesakit tentang penjagaan yang betul.
  • Menyampaikan keperluan dan permintaan pesakit kepada jururawat staff.
  • Memastikan bekalan ubatan sentiasa mencukupi.

🛑 Contoh di atas adalah tidak spesifik, dan ia tidak akan menyerlahkan resume dikalangan calon lain.


Pendidikan: Bagaimana untuk memasukkan latar belakang akademik anda


Bahagian pendidikan adalah penting untuk seorang graduan. ini adalah kerana ia menyimpulkan segala usaha anda melengkapkan diri selama berdekad di alam persekolahan sehingga tamat pengajian di institusi pengajian tinggi untuk melangkah ke alam profesional.

Anda perlu mulakan dengan kelayakan terkini dan bergerak ke belakang sehingga zaman persekolahan. Namun, sekiranya anda telah mempunyai pelbagai pengalaman kerja, informasi pendidikan dalam zaman persekolahan perlu di tinggalkan kerana ia tidak relevan lagi untuk perekrut.

Semaasa kelayan akademik disenaraikan, masukkan gelaran ijazah, institusi yang menganugerahkannya dan tahun tamat pengajian atau jangkaan masa ia akan tamat. Untuk menjadikannya relevan dengan iklan jawatan baru, sila masukkan beberapa matapelajaran yang bersangkutan serta topik tugasan untuk menunjukkan hubungan akademik anda dengan iklan kerja yang ditawarkan perekrut.

Oleh kerana anda tiada pengalaman kerja (melainkan telah melakukan kerja dengan badan kebajikan), maka mulakan dengan maklumat akademik dan kemudiannya senaraikan kemahiran yang telah anda kuasai serta pengalaman semasa latihan praktikal pada tahun akhir anda.

Contoh penulisan latarbelakang akademik yang baik adalah seperti berikut:

BETUL
Diploma Sains dalam Kejururawatan
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh Selangor.
2021

Kerja kursus yang berkaitan
  • Kejururawatan Kesihatan Komuniti
  • Kesihatan Mental dan Kejururawatan Psikiatri
  • Farmakologi


Kemahiran terbaik untuk resume jururawat anda


Contoh Hard Skills atau Kemahiran Teras

  • Membalut dan membersihkan pelbagai jenis luka
  • Mengenali pelbagai Istilah perubatan
  • Menyimpan data kesihatan secara elektronik
  • Menguruskan belanjawan
  • Pengurusan kad pesakit
  • Rheumatologi
  • Phlebotomy

Contoh Soft Skills atau Kemahiran Insaniah

  • Kemahiran mendengar secara generatif
  • Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bertulis seperti menulis laporan
  • Kemahiran menganalisis data
  • Kemahiran menyelesaikan masalah
  • Kemahiran bekerja dalam kumpulan
  • Menghormati pandangan berbeza
  • Dapat membezakan di antara masa untuk memimpin dan masa untuk dipimpin
  • Dapat bekerja dalam persekitaran yang bertekanan tinggi
  • Tidak mudah kecewa apabila idea yang diutarakan tidak mendapat sambutan
  • Dapat menerima kritikan untuk terus membina idea baru melalui gabungan idea ahli kumpulan lain

Ringkasan Profesional: Pembentangan intipati resume anda


Semasa perekrut menerima resume anda, mereka akan cuba mencari maklumat yang menarik perhatian melalui kata kunci di dalam resume yang relevan dengan iklan mereka. Sekiranya ia tersembunyi di bahagian tengah resume, kemungkinan besar ia akan terlepas dari padangan mereka. Oleh yang demikian, ringkasan profesional atau intipati resume perlu jelas dan menarik mereka untuk teruskan membaca resume anda dan melihat bahawa anda adalah calon yang mereka sedang cari.

Ringkasan resume anda, iaitu bahagian kedua selepas pengepala, perlu menarik semenariknya.

Ia berfungsi sebagai pengenalan kepada anda. Ia sangat membantu calon yang mempunyai banyak pengalaman, pencapaian hebat serta pelbagai kemahiran. Sekiranya anda tiada pengalaman konkrit, maka sertai badan kebajikan dan tampilkannya disini.

Contoh penulisan ringkasan profesional yang baik adalah seperti berikut:

BETUL
  • Jururawat Pelatih yang rajin dengan perhatian yang teliti terhadap perincian dan kemahiran klinikal yang kuat, ingin maju ke peranan RN berlesen.
  • Berkemahiran tinggi dalam penjagaan pesakit asas, termasuk penilaian, mobiliti pesakit, rawatan dan pendidikan kesihatan.
  • Kemahiran kepimpinan yang cemerlang dan ahli Persatuan Kejururawatan Pelajar.

💡 Contoh di atas menampilkan kemahiran anda. Ia menjadikan resume kelihatan seimbang dan relevan dengan peranan yang diiklankan kerana ia mengaitkan anda dengan kerja berpersatuan yang menunjukkan anda dapat berkerja secara berkumpulan dan mempunyai maklumat terkini mengenai industri kejururawatan Malaysia.


Contoh penulisan ringkasan profesional yang tidak menarik adalah seperti berikut:

SALAH
Jururawat Pelajar yang berdedikasi dengan kepakaran dalam bil perubatan, pengumpulan dan bantuan pentadbiran.

🛑 Contoh di atas terlalu ringkas maka ia gagal menampilkan kelebihan dan kemahiran yang telah anda kuasai kepada perekrut.


Bahagian tambahan untuk resume jururawat


Bahagian tambahan adalah penting kerana ia menyokong informasi yang telah di berikan mengenai relevannya anda kepada majikan, jawatan dan skop kerja yang diiklankan. Perekrut juga ingin mengetahui sama ada anda dapat menyesuaikan diri dengan budaya kerja mereka dan sebati dengan pekerja lain yang telah lama bersama mereka.

Maka, bahagian tambahan ini perlu diperhalusi dengan melihat diri anda dari mata perekrut dan kesesuaian diri dalam budaya kerja pusat kesihatan mereka.

Bahasa

Kemahiran bahasa akan memberi impak dalam resume kerana ia membezakan anda daripada calon lain. Oleh itu, sertai kursus pendek sebelum tamat pengajian atau dalam masa anda sedang menunggu untuk dipanggil temuduga dengan menyertai kursus bahasa asing yang menganugerahkan sijil yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa seperti berikut:

  • Goethe Zertifikat atau TestDaF untuk bahasa Jerman
  • TOEFL atau IELTS untuk Bahasa Inggeris
  • SIELE untuk bahasa Sepanyol

Kerja Sukarela

💡Calon yang paling menarik untuk ditemuduga dan paling cepat naik pangkat adalah mereka yang pernah melakukan aktiviti kesukarelaan di luar tempat kerja. Melalui lensa mata perekrut, anda tidak dilihat sebagai individu yang kaku, sentiasa perlu menunggu arahan pihak atasan untuk beroperasi. Ia merupakan bukti bahawa anda dapat mengadaptasikan diri dengan individu/pesakit atau rakan sekerja dari pelbagai usia, bangsa dan kewarganegaraan dengan begitu selesa dan tenang.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan anda melihat ke dalam diri anda untuk menentukan bidang sukarela yang digemari, mencari komuniti yang dihargai syarikat tersebut, sesuaikannya dengan kerjaya yang anda ingin ceburi dan terus hubungi badan kebajikan berkenaan.

Hobi

💡Hobi digunakan oleh perekrut berpengalaman sebagai ukuran keupayaan seseorang calon untuk bertahan dalam kerjayanya dalam sesebuah industri. Ia juga menjadi ukuran sama ada anda sanggup melakukan lebih dari apa yang di arah. Kerana anda minat melakukan tugasan tersebut dan ia ada kena mengena dengan hobi anda.

Kemahiran Komputer

💡Anda mungkin memerlukan kemahiran menggunakan komputer asas sebagai seorang jururawat. Walau bagaimanapun, ia mudah untuk terlepas dari pandangan perekrut sekiranya ia terbenam dalam bahagian kemahiran am. Saya mencadangkan anda hasilkan satu pengepala khas dalam Bahagian Tambahan agar tiada sesiapa terlepas dari melihatnya.

Pensijilan adalah penting bagi setiap jururawat kerana ia menunjukkan anda telah lalui latihan tambahan. Ia merupakan idea yang baik untuk tidak memasukkanya dalam bahagian pendidikan. Berikut merupakan beberapa pensijilan yang dapat menonjolkan resume pelajar kejururawatan anda:

  • Sijil Amalan Tahunan (APC)
  • Resusitasi Neonatal(NRP)
  • Penjagaan akut/kritikal (CCRN)
  • Kursus Teras Kejururawatan Trauma(TNCC)

Ringkasan Tips: Menulis CV yang sesuai untuk jururawat

  • Pilih templat yang sesuai dengan menggunakan contoh disini.
  • Sentiasa semak beberapa kali resume anda sebelum menghantarnya kepada perekrut.
  • Format resume yang betul adalah kunci untuk memastikan kelayakan anda dibentangkan dengan baik. Sila lihat beberapa tips tambahan disini.
  • Utamakan pengalaman dan kemahiran yang berkaitan pada resume pelajar kejururawatan anda.
  • Mulakan dengan pendidikan dan kemahiran, terutamanya jika anda tidak mempunyai pengalaman. Lihat beberapa kategori yang lain disini.
  • Senaraikan kemahiran anda menggunakan bullet-point untuk memudahkan pengurus pengambilan pekerja melihatnya.
  • Gunakan objektif profesional untuk meringkaskan matlamat kerjaya anda dan tunjukkan kepada perekrut bahawa ia adalah serasi dengan matlamat syarikat/hospital mereka.

Ringkasan: Membuat Resume Profesional untuk Pelajar Kejururawatan

Lengkapkan CV anda dengan surat iringan

  • Surat iringan/cover letter bersama CV adalah sangat penting kerana ia memberi peluang kepada anda untuk untuk memperkenalkan diri kepada perekrut secara rasmi dan ringkas namun bebas dari kekangan struktur sesebuah CV.
  • Personaliti, kesungguhan dan kematangan anda dapat dinilai dengan tepat dalam surat ini. Ia juga membolehkan perekrut melihat kesesuaian anda dengan jawatan serta keserasian dengan budaya kerja mereka.
  • Oleh yang demikian, sila luangkan masa untuk berfikir, menulis serta membuat kajian mengenai struktur dan kandungan surat iringan yang dapat menarik perhatian perekrut. Sila lihat contoh templat sedia ada disini untuk menjimatkan masa anda menghasilkan surat sendiri.
  • Untuk menjimatkan masa anda melakukan penyelidikan, kami telah menyediakan pelbagai contoh surat iringan yang sesuai dengan profession yang anda ingin ceburi, sila lihat senarai surat iringan tersebut disini.
  • Sekiranya anda perlukan kaedah paling mudah dan kreatif untuk menghasilkan resume dan inginkan kebebasan menukar susunaturnya berulang kali dan sesuka hati tanpa perlu bermula dari kertas kosong, saya cadangkan agar anda melihat resume builder yang telah kami hasilkan disini.

Cipta resume anda dengan templat terbaik

Soalan lazim

Hospital terkemuka manakah yang sedang aktif mencari pelajar kejururawatan?
  • O&G Medical Center, Singapura
  • Putra Specialist Hospital, Melaka
  • Lecadia Primacare,  Kota Kinabalu, Sabah
  • Pelangi Medical Center, Johor Bahru
  • Code One Medical Services, Petaling Jaya, Selangor
  • Hospital cancelor Tuanku Muhriz UKM, Selangor
Apakah kelayakan yang saya perlukan untuk menjadi jururawat di Malaysia?
  • Anda boleh memilih untuk melengkapkan diploma kejururawatan, ijazah bersekutu, atau ijazah sarjana muda.
  • Selepas menamatkan ijazah, anda mesti lulus Peperiksaan Lembaga Kejururawatan Malaysia.
  • Kemudian, mendaftar diri dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
  • Dari sana, anda mendapat Sijil Amalan Tahunan (APC) anda daripada Majlis Kejururawatan.

Buat resume anda dalam masa 15 minit

Koleksi percuma templat resume kami yang direka dengan kepakaran akan membantu anda menonjolkan diri daripada orang lain dan selangkah lebih dekat dengan pekerjaan impian anda.

Cipta resume anda

Kirjade näidised alla laadimiseks

Modèle de Lettre deCandidature
Design de Lettre deMotivation
Modèle de Lettre de Motivation pour Etudiant – Universitaire
Modèle de Lettre de Motivation d’Embauche