Di bawah ini kami telah menghasilkan panduan yang mudah untuk diikuti sebagai templat resume mekanik untuk membantu anda menghasilkan resume yang terbaik. Pengalaman kami adalah berdasarkan interaksi selama berdekad dengan pelbagai perekrut tempatan dan antarabangsa, termasuk agensi kerajaan dari bidang berteknologi tinggi.
Contoh resume mekanik
Sama seperti mendiagnosis kereta, menulis resume juga ada tekniknya. Untuk memastikan anda tidak tertinggal sebarang maklumat penting mengenai pengalaman kerja sebelum ini, menulis resume mekanik merupakan kerja seni yang sangat penting untuk anda mendapat kerja dengan gaji yang memuaskan hati. Berikut ialah petua ringkas yang boleh anda gunakan sebagai templat untuk menghasilkan resume dan surat iringan dalam hanya beberapa minit:
Cara menulis resume mekanik (walaupun tanpa pengalaman)
Apabila anda melangkah ke dunia profesional dan mula kerjaya pertama, anda akan menyedari ia lebih sukar daripada menyelesaikan masalah dalam bengkel kolej kerana ia melibatkan individu lain – mereka akan sentiasa menilai anda dalam semua aspek dan respon yang anda lakukan, bermula dari cara anda memohon pekerjaan dan menulis resume, cara anda berjalan, bercakap dan menghuraikan masalah dan cara anda cadang penyelesaiannya, sama ada ia meyakinkan mereka untuk menggunakan khidmat anda atau tidak.
Bidang penulisan resume juga sentiasa berkembang, sama seperti kemajuan teknologi yang digunakan dalam bidang automotif – tidak seperti 5 tahun lalu. Piawaian penulisan baharu – templat – amalan terbaik – itulah sebabnya penting untuk anda meneliti panduan yang dipaparkan disini untuk menghasilkan resume yang lengkap sebelum memulakan penulisan anda.
Mari kita mulakan dengan melihat garis panduan penting untuk menghasilkan model resume. Kaedah ini digunakan dalam kebanyakan resume mekanik graduan mahupun berpengalaman. Disini, kami berikan kepada anda amalan terbaik yang terkini dalam jabatan sumber manusia sesebuah majikan.
Kaedah menulis terbaik memberi fokus kelebihan anda berbanding calon lain pada permulaan resume. Ini adalah kerana, fokus maksimum perekrut adalah 10 saat pertama mereka meneliti resume anda. Sekiranya tertarik, fokus mereka dapat dilanjutkan kepada 3 minit tambahan lagi. Malah, sekiranya resume dibentangkan dengan baik, mereka akan meneruskan meneliti resume anda dengan lebih lama lagi dan anda pasti akan dipanggil untuk temuduga.
Perkara yang menarik mereka bermula dari, warna, susun atur, kandungan yang relevan dengan keperluan mereka serta masa yang anda ambil untuk mengkaji skop dan jenis calon yang mereka sedang cari.
Susun atur
Struktur resume permohonan kerja mekanik harus mempunyai bahagian berikut:
Anda boleh mempribadikan resume mekanik terlatih dengan menggunakan tips berikut:
Format dan Struktur
Sebagai seorang profesional dalam bidang kemekanikan, kami tahu anda tidak mungkin mempunyai kepakaran untuk memperbaiki setiap jenis kenderaan. Tetapi dengan mengikut norma penulisan resume terbaik seperti yang dicadangkan disini, ia dapat membantu mengutamakan informasi yang lain mengenai anda. Ingat, resume anda akan dibaca oleh perekrut, maka gunakan ‘bahasa’ yang digemari mereka!
Dibawah ini kami rumuskan jutaan jenis resume yang terdapat di internet kepada 3 kategori utama yang sesuai untuk profesional kemekanikan, iaitu:
Susun atur resume terdiri daripada fon, saiz fon, margin, dan reka bentuk keseluruhan. Pilih reka bentuk ringkas yang mudah dibaca dan difahami. Fon seperti Helvetica, Georgia, Arial, Times New Roman dan Calibri adalah yang terbaik kerana ia mudah dibaca. Gunakan saiz fon 10-12pt.
Tajuk dan Maklumat Untuk Menghubungi Anda
Sebagai seorang mekanik yang diamanahkan untuk memperbaiki kenderaan pelanggan dan menjaga keselamatan mereka sekeluarga, anda tidak boleh melakukan kesilapan dalam menulis bahagian tajuk atau pengepala resume untuk resume seorang mekanik. Bahagian ini mengandungi maklumat yang diperlukan oleh perekrut untuk menghubungi anda. Sekiranya seorang mekanik mampu menulis dengan ringkas, padat dan tanpa ralat, ia pasti menarik perhatian perekrut untuk menjalani temuduga. Maklumat yang perlu ada pada bahagian ini termasuk nama penuh anda, jawatan yang dipohon seperti dalam iklan, maklumat kaedah menghubungi seperti pautan ke profil LinkedIn dan email anda.
Contoh pengepala/tajuk yang baik adalah seperti berikut:
Contoh pengepala/tajuk yang tidak sesuai adalah seperti berikut:
Kepilkan gambar atau tidak:
Sebagai seorang mekanik, aras rupa tidak sepatutnya menjadi ukuran tahap keupayaan anda. Gambar tidak perlu dilampirkan dalam resume melainkan perekrut memintanya di dalam iklan atau email peribadi kepada anda sebelum sesi temuduga diadakan. Ini adalah kerana anda mungkin didiskriminasi secara tidak disedari dari pihak perekrut dari awal lagi .
Pengalaman: Terangkan pengalaman profesional anda dengan sempurna
Bahagian pengalaman ini merupakan asas kepada resume setiap mekanik. Setiap profesional pasti menghadapi pelbagai kesukaran untuk mengisinya kerana agak sukar untuk menyenaraikan setiap tugasan rambang yang pernah anda lakukan sebagai seorang mekanik secara teratur dan berstruktur, namun ringkas dan padat dalam format resume.
Ringkasan resume anda, iaitu bahagian kedua selepas pengepala, perlu menarik perekrut terhadap kredibiliti dan potensi anda sebagai mekanik yang berkaliber.
Untuk menjadikannya relevan dengan iklan jawatan baru, sila masukkan beberapa mata pelajaran yang berkaitan serta topik tugasan untuk menunjukkan kesinambungan diantara akademik anda, pengalaman terdahulu dengan skop kerja yang diiklankan perekrut.
Apa yang perlu dilakukan jika anda tidak mempunyai pengalaman
Bagaimanakah caranya untuk menghasilkan resume agar perekrut terpegun serta tidak sabar untuk menghubungi anda untuk ditemuduga dan bersedia untuk menawarkan gaji dan tanggungjawab yang lebih besar kepada anda berbanding dengan calon lain?
Contoh penulisan pengalaman kerja yang baik adalah seperti berikut:
Contoh penulisan pengalaman kerja yang tidak sesuai adalah seperti berikut:
Pendidikan: Bagaimana untuk menulis latar belakang akademik anda
Pendidikan memainkan peranan penting dalam resume seorang mekanik. Pada kebiasaannya, perekrut akan menulis kelayakan akademik yang mereka ingini berdasarkan huraian skop dan tanggungjawab kerja yang diiklankan.
Anda boleh masukkan pendidikan sejurus selepas ataupun sebelum bahagian pengalaman kerja. Gunakan format yang konsisten untuk menyenaraikan pendidikan anda – mulakan dengan nama ijazah, nama institusi, tempoh masa pengajian dan hasil pembelajaran utama yang anda perolehi daripada pengajian.
Contoh penulisan latar belakang akademik yang baik adalah seperti berikut:
Kemahiran terbaik untuk resume mekanik anda
Mendapat pekerjaan idaman bukannya suatu yang mudah, anda perlu mempamerkan gabungan pengalaman, kemahiran, latihan dan pencapaian akademik yang memberangsangkan untuk menarik perekrut yang berpengalaman.
Resume anda perlu ada kemahiran teras serta kemahiran insaniah. Anda juga harus mengenal pasti kemahiran yang diperlukan untuk menyempurnakan kerja dan kemahiran insaniah yang penting untuk bekerjasama di tempat kerja anda.
Mari lihat beberapa kemahiran penting yang perlu anda tambahkan pada resume anda.
Contoh Hard Skills atau Kemahiran Teras
Contoh Soft Skills atau Kemahiran Insaniah
Ringkasan Profesional: Pembentangan intipati resume anda
Ringkasan profesional merupakan peluang di dalam resume untuk mempromosi diri. Ia dipecahkan kepada 2 bahagian:
Contoh penulisan ringkasan profesional yang baik adalah seperti berikut:
Contoh penulisan ringkasan profesional yang tidak menarik adalah seperti berikut:
Bahagian tambahan untuk CV mekanik
Bahagian tambahan di dalam resume bertindak sebagai sumber maklumat penting untuk seorang mekanik professional atau graduan. Berikut merupakan beberapa contoh faedah yang dapat anda perolehi apabila ia digunakan dengan bijak:
Bahasa
Untuk seorang mekanik, kemahiran berbahasa Inggeris dan bahasa tambahan lain seperti Mandarin akan memberi impak kepada resume kerana ia membezakan anda daripada calon lain. Bahasa tersebut digunakan dalam menulis laporan, email, berdiskusi dan mempelajari pengetahuan baru setelah berkerja dan berbincang dengan pelanggan anda.
Sertai beberapa kursus pendek selepas tamat pengajian atau dalam masa anda sedang menunggu untuk dipanggil temuduga. Kursus bahasa asing yang disertai perlulah menganugerahkan sijil yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa seperti berikut:
Kerja Sukarela
💡 Sebagai seorang mekanik, perekrut mempunyai andaian bahawa golongan professional ini tidak kreatif. Oleh yang demikian, adalah agak bijak sekiranya anda sebagai mekanik mempamerkan model resume mekanik yang menarik hati perekrut dengan menyertai program sukarela yang berkaitan dengan industri automotif.
Anda boleh mulakan dengan menentukan perubahan yang ingin anda lakukan dalam komuniti. Kemudian hubungi mereka melalui Facebook untuk membentangkan cadangan aktiviti sukarelawan anda dan mula menarik ahli komuniti lain untuk menyertai anda.
Hobi
💡Hobi yang relevan dengan bidang yang anda ceburi adalah sangat bernilai kepada perekrut yang berpengalaman. Ia menjadi ukuran sama ada anda sanggup melakukan lebih dari apa yang di arah.
Kemahiran Komputer
💡Setiap mekanik mesti mempunyai kemahiran menggunakan teknologi berkomputer untuk membantu anda mendiagnosis kenderan pelanggan. Maka, ia hendaklah’ di tulis dalam bahagian tambahan sebagai ‘kemahiran komputer agar ia tidak terbenam dengan bahagian kemahiran am yang lain.
Pensijilan adalah penting bagi setiap profesional seperti mekanik. Ia merupakan idea yang bijak untuk tidak memasukkanya dalam bahagian pendidikan am. Berikut merupakan beberapa pensijilan yang dapat menonjolkan resume mekanik anda:
Ringkasan: Menulis CV yang sesuai untuk mekanik
Kita telah melihat begitu banyak tips dan panduan menghasilkan resume mekanik yang terbaik atau dengan kata lain, model resume mekanik. Sebagai nota terakhir, sila lihat semula rumusan berikut:
Ringkasan: Membuat Resume Profesional Untuk Mekanik
Lengkapkan CV anda dengan surat iringan
Surat iringan membebaskan anda dari kekangan struktur resume, kerana di sini anda bebas meluahkan kreativiti anda melalui penulisan dan struktur logik untuk menarik mereka memilih anda.
Surat iringan dihantar bersama resume dan ia menerangkan sebab anda berminat dengan jawatan yang ditawarkan dalam sesebuah iklan serta bagaimana anda merupakan calon terbaik berbanding ribuan calon lain.
Oleh yang demikian, sila luangkan masa untuk berfikir, membuat kajian mengenai struktur dan kandungan surat iringan yang dapat menarik perhatian perekrut dan kemudian menulisnya. Sila lihat contoh templat sedia ada disini untuk menjimatkan masa anda menghasilkan surat sendiri.