Jadi, jika anda berada di laman ini, anda cuma perlu teruskan membaca serta rujuk contoh cv pemandu yang disediakan khas oleh pakar kami. Jangan risau, panduan resume ini sesuai digunakan untuk memohon jawatan sebagai pemandu lori, pemandu peribadi atau pemandu kren.
Untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai topik yang akan kami ketengahkan dalam panduan menulis resume pemandu kenderaan, mari lihat penerangan kami yang seterusnya.
Contoh CV Pemandu Lori atau Pemandu Kenderaan yang Lain
Menggunakan format penulisan resume yang terkini serta diiktiraf sangat penting. Ia akan membezakan anda dengan para pemandu lain yang turut memohon jawatan yang sama dengan anda. Oleh itu, melalui panduan serta tips penulisan resume ini, anda akan dapat:
Kadar pekerjaan dan gaji pemandu lori di Malaysia
Anda pasti pernah mendengar bahawa pemandu lori dibayar dengan gaji yang agak lumayan. Untuk panduan ini, kami akan berkongsi dengan anda permintaan serta bayaran gaji yang layak untuk anda dapatkan.
Untuk pengetahuan anda, terdapat 493 jawatan kosong untuk pemandu lori diiklankan dalam laman Jobstreet Malaysia. Untuk anda yang berminat, anda berpeluang untuk bekerja sebagai pemandu lori perindustrian atau perniagaan-perniagaan kecil. Jadi, gaji yang dibayar juga berbeza-beza mengikut pengalaman bekerja serta industri yang anda pilih. Berikut adalah purata gaji bulanan seorang pemandu lori di Malaysia menurut Glassdoor:
Cara menulis resume pemandu lori (walaupun tanpa pengalaman)
Anda mungkin pernah menggunakan beberapa kaedah penulisan resume yang berbeza daripada apa yang kami cadangkan. Tetapi adakah kaedah yang anda gunakan dahulu berjaya membantu anda ditemuduga? Jika tidak, apa salahnya jika anda berpandukan kaedah membuat cv pemandu lori kami.
Tambahan pula, pakar kerjaya sendiri yang mereka serta menyediakan panduan resume ini. Malah, kaedah yang disediakan oleh pakar kami ini digunapakai oleh semua majikan yang ada di dunia ini. Jika anda ingin majikan antarabangsa menemui resume anda, pastikan anda mengikuti langkah-langkah penulisan resume yang akan kami kongsikan.
Sebelum itu, mari kenali rangka sebuah resume pemandu lori terlebih dahulu.
Rangka resume yang sesuai digunakan untuk permohonan kerja sebagai pemandu lori:
Tips susunan resume untuk memastikan resume anda kelihatan profesional:
Susun atur resume yang betul
Untuk menulis sebuah resume yang menarik, anda perlu memastikan resume anda senang dibaca oleh para perekrut. Oleh itu, penggunaan stail fon yang terlalu unik tidak digalakkan. Tambahan pula, anda perlu memberikan persepsi yang profesional bagi memudahkan perekrut memilih anda sebagai pemandu lori mereka.
Jadi, pastikan tetapan fon dalam resume anda menepati ciri di bawah ini:
Struktur serta format yang sesuai
Format resume yang diiktiraf oleh majikan di seluruh negara boleh dibahagikan kepada tiga:
Jika anda pemandu yang memiliki pengalaman memandu lori lebih daripada lima tahun, pilih format resume kronologi. Ini kerana, format ini akan menyusun pengalaman bekerja anda dari yang terkini dan diikuti dengan pengalaman bekerja anda sebelum ini.
Format ini sesuai juga untuk mereka yang pernah bekerja di lebih daripada dua syarikat atau majikan.
Untuk anda yang belum pernah bertugas sebagai pemandu lori tetapi memiliki lesen GDL yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, anda boleh menggunakan Format Resume Praktikal. Ini kerana, format ini akan membantu menampilkan kemahiran yang anda miliki jika dibandingkan dengan pengalaman anda.
Bagi pemandu lori yang telah lama berkhidmat dan ingin memohon kerja di syarikat yang lebih besar, menggunakan Format Resume Gabungan akan membantu permohonan anda tampak lebih menyerlah. Ini kerana, apabila anda menggunakan format ini, anda akan menampilkan semua kemahiran yang anda miliki serta pelajari sepanjang bertahun-tahun berkhidmat sebagai pemandu lori.
Tajuk dan Maklumat Untuk Dihubungi
Sama seperti format surat menyurat, bahagian tajuk dan maklumat untuk dihubungi memberitahu perekrut siapa yang menghantar resume kepada mereka. Dengan erti kata lain, ia umpama tanda nama anda. Maklumat yang perlu anda sertakan dalam bahagian ini haruslah ringkas tetapi berkaitan dengan jawatan yang anda pohon.
Bahagian ini merangkumi nama penuh, jawatan terkini serta alamat terkini anda. Walaupun kedengaran agak mudah, ramai pemohon tidak berjaya memberikan impresi yang positif kepada para perekrut. Oleh itu, sila rujuk contoh yang betul di bawah serta elakkan kesilapan yang kami nyatakan di bahagian yang sama:
Contoh tajuk yang betul:
Contoh tajuk yang kurang tepat:
Terangkan Pengalaman Anda Bertugas Sebagai Pemandu Lori
Bahagian pengalaman bekerja sudah semestinya menjadi garis ukur kepada sama ada permohonan bekerja anda akan diterima ataupun ditendang. Untuk makluman, jika anda memohon kerja di syarikat-syarikat besar, besar kemungkinan resume anda akan ditapis oleh perisian pengimbas resume terlebih dahulu.
Ya, ia umpama anda lawan robot.
Jadi, bagaimana anda boleh melawan “robot” ini? Caranya mudah sahaja. Pastikan anda boleh mengenal pasti kata kunci yang berkaitan dengan pemandu lori dalam iklan kerja kosong. Masukkan kata kunci tersebut ke dalam bahagian pengalaman anda bekerja.
Kami telah menyediakan contoh penulisan pengalaman bekerja yang betul di bawah ini:
Contoh penulisan pengalaman kerja yang tidak sesuai adalah seperti berikut:
Tetapi jika anda tidak mempunyai pengalaman ...
Tidak berpengalaman sebagai pemandu lori bukan bermakna anda tidak layak untuk memohon. Malah anda boleh menggunakan format resume praktikal. Ataupun, guna format kronologi jika anda sebelum ini pernah bertugas sebagai pemandu jentera berat yang lain.
Pendidikan: Bagaimana untuk menulis latar belakang akademik anda
Bahagian latar belakang penting kerana ia akan membantu anda tampil lebih berkelayakan berbanding pemohon lain yang tidak menyertakan bahagian ini di dalam resume mereka. Untuk menjadi pemandu lori, anda tidak semestinya memerlukan pendidikan yang tinggi. Cukuplah sekadar menerima pendidikan asas.
Walaupun begitu, anda haris memastikan bahawa cara penulisan anda untuk bahagian ini dilakukan dengan betul. Sebaik-baiknya, senaraikan sejarah pendidikan anda mengikut urutan kronologi yang betul. Iaitu, dari yang terkini dan diikuti yang sebelumnya.
Contoh penulisan latar belakang akademik yang betul adalah seperti berikut:
Kemahiran terbaik untuk CV Pemandu Lori
Seorang pemandu lori harus menampilkan kemahiran pengendalian lori yang cemerlang.
Sebagai pemandu lori, anda tidak hanya perlu memiliki lesen GDL yang diiktiraf. Malah, untuk memastikan perekrut mempertimbangkan permohonan anda, anda perlu membuktikan anda memiliki kemahiran teras dan kemahiran insaniah.
Contoh kemahiran teras dan insaniah ada di bawah ini:
Contoh Kemahiran Teras
Contoh Kemahiran Insaniah
Ringkasan Profesional: Pembentangan intipati resume anda
Ringkasan profesional disertakan dalam resume anda bagi memudahkan perekrut meneliti kelebihan yang anda miliki. Kadang-kala, perekrut akan membaca bahagian ringkasan profesional terlebih dahulu. Ini kerana, tujuan utama ringkasan profesional ditulis adalah bagi memaklumkan perekrut pengalaman bekerja serta tanggungjawab yang berjaya anda laksanakan.
Pada masa yang sama, jika anda tidak berpengalaman, gantikan ringkasan profesional dengan objektif resume.
Untuk membantu anda menulis ringkasan profesional dengan berkesan, ikuti contoh di bawah ini:
Contoh penulisan ringkasan profesional yang tepat adalah seperti berikut:
Contoh penulisan ringkasan profesional yang tidak menarik adalah seperti berikut:
Bahagian tambahan untuk CV pemandu lori
Bahagian tambahan di dalam resume akan membantu permohonan anda untuk dipertimbangkan oleh para perekrut. Ini kerana, melalui bahagian ini juga, anda dapat membuktikan keperibadian anda yang profesional.
Oleh itu, jika anda memiliki sijil atau kebolehan bertutur dalam tiga bahasa, gunakan bahagian ini untuk mempromosikan diri anda.
Bahasa
Kebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa adalah satu kemahiran yang menguntungkan. Bertutur dalam bahasa Malaysia adalah wajib. Tetapi jika anda fasih di dalam bahasa Inggeris atau Mandarin, majikan prospek akan lebih mempertimbangkan permohonan anda.
Kerja Sukarelawan
Menyertai program sukarelawan boleh menunjukkan bahawa anda mempunyai sikap perihatin dan kepimpinan yang tinggi. Jadi, jika anda pernah menyertai mana-mana kerja sukarelawan di kawasan perumahan atau kolej anda, jangan teragak-agak untuk menyenaraikannya.
Kemahiran Komputer
Kemahiran menggunakan komputer serta perisian yang berguna untuk pemandu lori juga sangat penting. Anda harus sentiasa celik teknologi jika ingin bersaing dalam dunia yang serba moden ini. Jadi, berikut adalah kemahiran berkaitan dengan komputer dan teknologi yang harus pemandu lori ada:
Pensijilan atau Perlesenanan
Mempunyai sijil yang berkaitan dengan kerja sebagai pemandu lori sangat penting. Ia akan menentukan sama ada anda layak dilantik sebagai pemandu lori ataupun tidak. Antara sijil atau perlesenanan yang harus dimiliki oleh pemandu lori adalah seperti berikut:
Ringkasan: Menulis CV yang sesuai untuk pemandu lori
Baiklah, kami yakin bahawa anda kini lebih berkeyakinan untuk menulis serta memohon jawatan sebagai pemandu lori. Ingat, anda cuma perlu merujuk panduan menulis resume ini pada bila-bila masa sahaja. Dan secara kesimpulannya juga, kita telah membincangkan perkara-perkara seperti:
Ringkasan: Membuat Resume Profesional Untuk Pemandu Lori
Lengkapkan CV anda dengan surat iringan
Dalam permohonan kerja, anda kandang-kala perlu menyertakan surat iringan. Surat ini akan ditampilkan bersama resume anda. Jika anda tidak pernah menulis surat iringan, contoh cv pemandu lori kami boleh anda rujuk pada bila-bila masa.
Sebenarnya, surat iringan turut dikenali sebagai cover letter. Di mana, ia bertujuan untuk memaklumkan perekerut mengenai kelayakan anda dengan lebih mendalam lagi. Malah, anda boleh menggunakan lebih daripada satu muka surat!